kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

2/3/11

Revolusi Mesir. Tanda Kiamat Hampir Tiba? ( siri 1 )

Revolusi Mesir. Tanda Kiamat Hampir Tiba? ( siri 1 )





Bermula dengan tragedi revolusi Tunisia yang berakhir dengan penggulingan pemerintahan dektator Zain Abeden Ben Ali yang telah memerintah selama hampir 23 tahun, kini ia dilihat telah menjangkiti rakyat Mesir keseluruhannya.

Pemerintahan di bawah kerajaan presiden Husni Mubarak dilihat sebagai satu pemerintahan yang zalim oleh kebanyakan rakyat Mesir. Harta kekayaan negara, hasil galian minyak dan sebagainya diagih sesama mereka, orang atasan hidup kesenangan rakyat kebuluran.

Seakan-akan sama dengan apa yang belaku di Tunisia, bermula pada 17 Januari lalu, seorang lelaki telah membakar dirinya di hadapan Dewan Rakyat Kaherah untuk menunjukkan ketidak puas hatiannya sebagai tanda protes dan marah terhadap kerajaan Mesir, ia menyerupai tindakan yang telah dilakukan oleh Muhammad Albuazizi di Tunisia yang dianggap sebagai pencetus revolusi Tunisia.

Tindakan yang sama juga telah dilakukan oleh seorang pekerja di Iskandariah pada hari yang berikutnya. Ditambah pula dengan kata-kata seorang ahli politik pembangkang yang berpengaruh di Mesir iaitu “ Sekiranya Tunisia mampu untuk merealisasikan tujuan mereka ( menukar kerajaan ) mungkin Mesir juga mampu untuk merealisasikannya ” membakar lagi semangat rakyat Mesir untuk terus berjuang menuntut hak mereka.

Bermula dari 25 Januari di Kaherah sehingga ke hari ini tunjuk perasaan dan demontrasi penduduk Mesir semakin hebat diseluruh Mesir. Bilangan yang terkorban dari kalangan orang awam dan pihak berkuasa juga semakin meningkat, akan tetapi hal ini tidak mematahkan dan melemahkan semangat mereka untuk terus berjuang.

Adakah rentetan peristiwa kebangkitan menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman di beberapa Negara Arab ini antara tanda kiamat hampir tiba?
ikuti sambungan kupasan persoalan ini dibawah tajuk “ Fitnah & Petaka Akhir Zaman” pada siri seterusnya, InsyaAllah...

2 comments:

nana sharom said...

as salam.. hanif n huzaifah kt sana mcmana? ok ke? mak kata x dpt nk contact anif kt sana... bagaimana keadaan kt tpt anif n huzaifah? hanisa sihat?

Anonymous said...

siri 2 mana?