kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

8/27/10

Ayuh Bangkitlah Lepasan Al-Azhar.


( Mungkin sedang menutup telinga bergembira )

" kalau saya nak sebut satu-satu nama lepasan luar negara yang langsung tak nampak muka di masjid boleh je ustaz" luahan nazir masjid

" balik dari al-azhar muka tak pernah nampak pun kat masjid, kami lak yang gi turut kat umah minta datang masjid" Luahan seorang ajk masjid

" balik senyap je, mungkin mereka tak terlibat dengan persatuan kot kat sana, tu yang tak berani nak bagi tazkirah, beza dangan mereka yang terlibat dengan persatuan ni" luahan seorang ustaz.

“Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga.” [al-Taubah 9: 122]


Bukan ingin mengatakan diri ini cukup sempurna, namun sangat hina dan tidak mempunyai apa-apa yang boleh disumbangkan, namun hati kecil berasa tersentuh apabila kenyataan berbentuk keluhan demi keluhan (dengan nada kesalan) menyentuh gegendang telinga, mungkin masih baru bertatih di pentas masyarakat terasa seperti satu pukulan mati yang sungguh memedihkan.

Amat benarlah apa telah disampaikan oleh Ust Syed Abd kadir, Ust Nasruddin tantawi mengenai kurangnya peranan lepasan al-azhar di muka bumi malaysia. Baru kini ku terasa apabila satu demi satu "tohmahan" yang dilemparkan kepada lepasan al-azhar. Mungkin mereka telah lali mendengar segala tohmahan ini sehingga sanggup bertandang ke Mesir semata-mata ingin memberi inzar kepada mahasiswa/wi al-azhar mengenai hal ini.

Tujuan menulis bukan untuk menyakitkan hati, menyentuh senstivit individu atau sebagainya, namun sebagai satu lontaran kepada sahabat-sahabat mengenai realiti yang sedang berlaku di malaysia sekarang. orang yang menulis lebih dahulu akan dipersoalkan berkenaan apa yang ditulis. Moga diberi kekuatan oleh Allah.

Mungkin kita tiada kemampuan untuk berhadapan dengan masyarakat, memberi tazkirah atau sebagainya namun sekurang-kurangnya kita ada sumbangan untuk membantu menyebarkan Islam. Bantulah perjuangan Islam setakat mana yang termampu agar kita tidak termakan dengan ilmu agama yang telah kita pelajari..Janganlah sampai ke masjid pun kita langsung tidak pergi. Cukuplah sekadar di sana..

Ayuh bangkitlah kita kembalikan kerizzahan Al-Azhar, bukan kerana kita mengaji di al-Azhar akan tetapi kerana ilmu agama yang kita perolehi di bumi yang penuh dengan para masyaikh, penuh dengan ilmu.

Saya tidak menafikan ramai juga lepasan Al-azhar yang sangat memberi sumbangan dalam perjuangan Islam, tertubuhnya ILMAM (Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir) sangat memberi kesan yang positif dalam memberi kesedaran pada masyarakat. Mungkin apa yang diperkatakan hanyalah berlaku di segilintir tempat sahaja, namun ia haruslah dijadikan sebagai satu sempadan agar apa yang sangat diharapkan masyarakat dapat kita penuhi..

Semoga Allah mengampunkan dosa dan menetapkan hati ini dalam membantu perjuangan Islam aminnnn


TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Ayuh Bangkitlah Lepasan Al-Azhar.

8/25/10

Universiti Al-Azhar & PMRAM - Terima Kasih





Assalamualaikum w.b.t. Sudah sekian lama blog ini bersawang, barangkali kalau di jelamakan sebagai sebatang besi pasti sudah berkarat tidak berguna. Maaf dipinta kerna kemalasan yang bermaharajarela sekian lama di dalam diri ini menjadi penyebab utama kelesuan blog ini.

Terasa segan dengan sahabat-sahabat medic yang rancak menggerakkan blog peribadi mereka dalam misi menyampaikan dakwah Islam. Semoga tulisan yang serba rengkas ini menjadi pemangkin semangat untuk diri ini terus menulis, berkongsi pendapat serta sedikit ilmu yang ada pada diri insan yang hina ini.

Alhamdulillah biiznillah daku selamat tiba di bumi Malaysia yang tercinta pada 17 ogos 2010 tempoh hari. Terasa masa terlalu cepat berlalu 4 tahun bagaikan 4 minggu. Perasaan gembira bertemu keluarga tersayang setelah hampir 3 tahun ditinggalkan demi untuk menuntut ilmu di rantauan tidak dapat digambarkan, namun tidak dinafikan kenangan bersama arwah adinda tersayang membuatkan hati terasa sedih, imbauan demi imbauan tergambar di fikiran, semoga roh ateh ditempatkan bersama para insan yang dijanjikan syurga Allah aminnn.

Apa yang ingin dikongsikan bersama ialah cabaran dalam menghadapi realiti manusia di bumi Malaysia ini. Terkenang kata-kata ust syafiq ketika baru 2 hari ku berada di Malaysia " Selamat pulang ke Malaysia. Rasailah dunia keriangan di sini." ya memang dunia kini penuh dengan keriangan, keriangan berjuang juga keriangan rintangannya, pelbagai cabaran perlu dihadapi, pelbagai masalah perlu diatasi, pelbagai tohmah perlu dirempuhi.. Jauh sekali cabarannya berbanding dengan ardul kinanah, amat jauh sekali..

Terima kasih Al-Azhar kerana memberi ku ilmu untuk berhadapan dengan pelbagai permasalahan ummat. Terima kasih PMRAM kerana mendidik ku bagaimana untuk berhadapan dengan kerenah manusia. Tanpa keduanya sudah pasti daku kaku membisu dalam meneruskan misi dakwah perjuangan yang telah dibina oleh baginda junjungan Nabi Muhammad s.a.w ini..

Ilmu agama akan kita dapati dengan kita mengaji,bertalaki dan sebagainya. Ilmu berhadapan dengan masyarakat,menyelesaikan masalah kita hanya akan dapati dengan berpersatuan. Hanya dengan bertalaki tanpa bermasyarakat (berpersatuan) yakin dengan pastinya tidak ramai yang mampu untuk berhadapan dengan cabaran yang sangat berat begitu juga hanya dengan bermasyrakat tanpa ilmu juga tidak mampu memberi kesedaranyang jelas kepada masyarakat..

Kecapi keduanya seiringan agar kita dapat memberikan kesedaran yang baik pada masyarakat Malaysia khususnya remaja-remaja yang semakin parah dengan pelbagai masalah aqidah dan sosial...

“Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga.” [al-Taubah 9: 122]




TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Universiti Al-Azhar & PMRAM - Terima Kasih