kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

3/31/10

Darul Wadud :)


Para Tentera Ashabul Wadud


*cerpen anugerah naib johan fetival zagazig '10 oleh saudara dr mazwan bin mohamad noh ( jihad ) ( pertama dari kiri yg duduk ) (*_^)

"Sabda Rasulullah saw, ''tidak beriman seorang itu, jika dia tidak menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri.” Ustaz Mohammad memulakan bicara dengan sebuah hadis yang selalu disebut-sebutnya. Sebuah hadis sulung dalam urutan penghafalan hadis kumpulan usrah yang dibimbingnya itu.


"Saudara muslim itu merupakan cermin kepada saudara muslimnya yang lain. Tegurlah kawan-kawan kita kalau ada antara mereka melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah. Kalau kita terus mendiamkan diri, ketahuilah bahawa kita juga turut mengumpulkan saham dosa bersama-sama mereka"


Keadaan malam yang dingin itu tetap sunyi seperti selalunya. Cuma kedengaran beberapa orang Arab yang menjerit-jerit dari bawah bangunan. semua Ahli Usrah mendengar kata-kata ustaz mohammad dengan kusyuk.


"Tapi kalau hanya pandai menegur dalam masa yang sama dia sendiri pun melakukan perkara yang sama, tak jadi juga. Disamping itu, kita juga perlu mengukuhkan ukhuwah antara kita. Keluarga yang berada jauh di Malaysia takkan nak berulang-alik datang ke Mesir semata-mata untuk menyelesaikan satu dua masalah yang kita hadapi. Sahabat-sahabat yang ada di sinilah sebagai abang dan adik kita. Kalau ada sahabat-sahabat yang menghadapi masalah, ringankan tulang untuk membantu."

Ahli usrah yang dipimpin beliau itu ada antaranya menunduk dan ada juga yang mengangguk tanda faham. Tiba-tiba salah seorang daripada ahli usrahnya itu rebah bersujud. Terharu rasa hati melihat suasana seperti itu. Tidak pernah sebelum ini ada ahli usrah yang bersujud ditengah-tengah aktiviti usrah dijalankan. Sahabat yang bersujud itu bangun semula daripada sujud. Mengesat matanya yang merah sambil menyapu mulutnya yang berair bening.


"Maaf ustaz , ana tertidur tadi. rasa penat pula badan ni."


Suasa mengharukan tiba-tiba bertukar menjadi lucu. Ketawa mereka memecah kesunyian malam. Persoalan "air mata bening" yang dikesat daripada mulut itu tadi terjawab. Ustaz Mohammad hanya ketawa kecil. Tetap menunjukkan kesiqahannya. Beliau faham sebahagian daripada ahli usrahnya itu merupakan jentera-jentera kuat persatuan. Pagi tadi persatuan meminjam tenaga mereka untuk menguruskan beberapa program yang dianjur persatuan. Mujur ada semangat yang masih terpacak teguh dalam diri, menguatkan kudrat untuk mereka bersengkang mata seketika. Mentajdid semangat perjuangan bersama saudara-saudara yang lain. Demi untuk mendapatkan redha Allah.


"Mulai hari ini, ana memberikan gelaran kepada sahabat sekalian bersempena dengan nama rukun-rukun Bi'ah yang sepuluh iaitu Faham, Ikhlas, Amal, Jihad, Tadhiyyah, Taat , Thabat, Tajarrud, Ukhuwwah dan thiqah. ana harap selepas ini gelaran-gelaran ini akan sahabat-sahabat gunakan ketika bermuamalat antara sesama sahabat."


Ustaz Mohammad berkata sewaktu memimpin kumpulan usrahnya, Ashabul Wadud dalam satu perjumpaan Usrah yang lain.

Hubungan persaudaraan memang sangat-sangat beliau titikberatkan. Bukan setakat berkata-kata, bahkan setiap apa yang disampaikan itu ditunjukkannya dalam amalan seharian dengan harapan sahabat-sahabatnya ikut sama mengamalkan.

Majlis usrah diteruskan dalam keadaan penuh Ukhuwwah. Sekali-sekala bunyi hon tramco bersahut-sahutan kadang-kadang mencuri perhatian mereka. Cuaca musim sejuk yang menusuk sampai ke tulang sumsum itu seakan tiada maknanya bagi mereka-mereka yang tetap siap sedia berjuang di jalan Allah.


* * * * * * * * * * * * * *

Jauh-jauh kulontar pandanganku keluar melalui tingkap empayar utama Darul Wadud. Aku sendiri tidak pasti samada aku sedang memerhati atau termenung ketika itu. Kenangan bersama saudara-saudara Ashabul Wadud sewaktu menuntut ilmu di Mesir dahulu semakin segar diingatan walaupun sudah 20 tahun aku dan kawan-kawan meninggalkan Bumi Anbiya' itu.

Setelah tamat pengajian, Ashabul Wadud sekali lagi bertemu untuk merancang strategi. Kerja-kerja perjuangan menjadi lebih mudah selepas Ustaz Mohammad dilantik menjadi Perdana menteri Malaysia pada beberapa tahun selepas itu. Syiar Islam disebar ke seluruh Kepulauan Melayu sebagai langkah pertama. Akhirnya wujudlah empayar yang diberi nama Darul Wadud ini. Pengaruh empayar menjadi lebih kukuh apabila Saudara-saudara bersepuluh Ashabul Wadud dihantar sebagai utusan ke setiap pelusuk dunia untuk mengajak rakyat dunia bernaung di bawah nama Islam. Kebanyakan daripada mereka menerima Islam sebagai agama dan beberapa negara lain bersetuju menjadi Ahli Zimmi. Israel, Amerika dan Britain pula masih tetap dengan kesombongan menegakkan ideologi mereka.

Beberapa "Flaying car" mewah yang terbang melaju sekali-sekala mengail pandanganku. Proton jenamanya. Sejak tertubuhnya empayar pengimbang kuasa dunia ini, pelbagai kajian dalam segala bidang ilmu seperti bidang perubatan, kejuruteraaan dan pertanian semakin giat dijalankan. Semua pakar dari serata dunia berusaha mengkaji perkara-perkara baru berdasarkan nas-nas Al-Quran dan hadis Rasulullah dengan dibantu oleh para Ulama'. Hasilnya, dalam jangka waktu 10 tahun ini teknologi dunia berkembang dengan sangat pesat. Kereta terbang yang seperti ini bukan lagi sesuatu yang asing.


"Nasaluka ya manhuwallahullazi..."
Komputer kecilku memberi isyarat. komputer kecil yang kuletakkan di dalam poket jubah kuambil. Skrin komputer kutekan untuk menjawab panggilan yang memang kutunggu-tunggu sejak menyelesaikan Qiyamullail beberapa minit yang lalu.

"Assalamaulaiakum, General Jihad."
Kelihatan satu susuk tubuh gagah perkasa tiba-tiba muncul di hadapanku. Susuk tubuh yang memang sangat kukenal. General Amal namanya. Di belakangnya kelihatan beberapa orang berpakaian besi yang dilengkapi dengan senjata-senjata berat. Seperti pakaian robot gayanya.


"Waalaikumussalam saudaraku, Amal. Macamana dengan keadaan di sana? Apa khabarnya dengan saudara Ukhuwah, Faham dan Ikhlas, masih bertahan lagi kah mereka?

Kulihat Amal mengukir senyuman. Menyenangkan hatiku.


"Alhamdulillah keadaan di sini semakin baik setelah General Ikhlas dan pasukannya berjaya meletupkan sumber tenaga pihak musuh. Pihak musuh hanya mampu bersembunyi di dalam kubu mereka di Tel Aviv ketika ini. Alhamdulillah, General Ukhuwah dan General Faham dalam keadaan yang sangat baik ketika ini. Mereka berdua sedang memimpin tentera mujahidin untuk membuat persediaan terakhir sebelum serangan malam ni. General Ikhlas pula... Alhamdulillah, telah syahid dalam serangannya semalam."
Suasana menjadi hambar seketika. Wajah Ikhlas terbayang-bayang difikiran. Salah seorang saudara yang mewakili salah satu rukun bi'ah tidak hidup di dunia fana ini lagi dan ketika ini sudah pun berjaya mencapai satu darjat yang lebih agung daripada kami. Betapa beruntungnya Ikhlas memperoleh kesyahidan. Pemergian yang pasti takkan dilupakan. Apa tidaknya, seperti juga berakar kukuhnya rukun Bi'ah di dalam hati, begitu jugalah kukuhnya ingatan kami kepadanya.


"Insyaallah, pada tengah malam ini iaitu waktu subuh mengikut waktu Malaysia, kami akan melancarkan serangan terakhir ke atas tentera Israel. Mohon doa seluruh rakyat dan pemimpin Darul Wadud. Moga dipermudahkan kemenangan ini. Sampaikan salam dan khabar kami dari sini kepada Tan Seri Mohammad dan saudara-saudara Ashabul Wadud yang lain."

Beberapa minit berbincang, akhirnya Amal menghentikan perbualan, mungkin ada perkara lain yang ingin diuruskannya. Setelah itu, skrin komputer kutekan semula. Lapan orang panglima yang ditugaskan memimpin pasukan pertahanan di sempadan Darul Wadud kuhubungi. Alhamdulillah, semuanya memberikan khabar berita yang menggembirakan. Serangan tanpa henti Israel bersama sekutu-sekutunya, Britain dan Amerika sejak sebulan lalu sangat-sangat menekan. Empat daripada sepuluh lapisan pertahanan Darul Wadud berjaya mereka tembusi. Sehinggalah dua hari yang lalu semua serangan mereka dihentikan. Tidak kutahu mengapa. Mungkin kerana keadaan kubu utama mereka di Tel Aviv yang hanya menunggu masa untuk dijatuhkan itu mendesak kepulangan mereka.

Darul Wadud yang merupakan kubu utama Empayar Khalifah Islamiyah menjadi sasaran utama serangan tentera musuh. Saudara-saudara Ashabul Wadud yang lain iaitu Tadhiyyah, Siqah, Tajarrut, dan Thabat masing-masing ditaklifkan sebagai gabenor di setiap kawasan takluk Empayar Khalifah Islamiyah yang meliputi Tanah Besar Asia, kepulauan Tanah Arab dan sebahagian besar kawasan Amerika Selatan. Kesemua mereka berjaya mencapai kemenangan dalam perjuangan mempertahan kawasan masing-masing.

"Allahu akhbar, Allahu akhbar..."

Azan subuh berkumandang. Komputer kecil kututup. Terus melangkah ke arah Masjid Darul Wehdah yang berada tidak jauh di hadapan empayar utama Darul Wadud.


Setiba di Masjid, kulihat ratusan jemaah lelaki yang sedang kusyuk beribadat telah pun mengisi ruangan dalam masjid. Benarlah suatu kata tentang umat Islam yang takkan dapat dikalahkan selagi jumlah kehadiran jemaah subuhnya menyamai kehadiran solat Jumaat. Dalam jangka waktu sebulan ini, kubu musuh di Amerika dan Britain telah berjaya ditawan. Sebelum waktu Zuhur hari ini pula Palestin akan menjadi milik umat Islam semula, sekaligus memadam nama Negara Israel daripada peta atlas dunia.

Aku berjalan untuk mengambil tempat di saf paling hadapan. Di situ aku terserempak dengan Tan Seri Mohammad dan saudaraku, Taat, salah seorang daripada anggota Ashabul Wadud. Dia ditugaskan untuk menjaga keamanan di dalam Darul Wadud ini. Marshal Taat gelarannya. Waktu itu mereka sedang berbincang bersama beberapa orang pembesar Darul Wadud.

Setelah bersalam-salam dengan mereka aku terus menunaikan solat sunat Subuh. Seterusnya menunaikan solat fardhu Subuh secara berjemaah. Berimamkan Tan Seri. Surah Al-maidah dibacanya. mengingatkan aku tentang pengisytiharan kesempurnaan Islam oleh Allah melalui firmannya itu suatu ketika dahulu. Saat Islam baru sahaja berjaya menakluk dan membuka Makkah. Waktu itu ada sebahagian sahabat yang dapat menjangka pemergian Rasulullah meninggalkan dunia fana. Tanpa kusedar, ada titisan jernih menitis dari mata. Suasana itu sangat-sangat menenangkan hati. Pasti Luluh hati sesiapa saja yang berada dalam suasana seperti ini. Tiada apa di hatiku ketika itu, melainkan Allah. Tidak henti-henti hatiku berdoa untuk kesejahteraan ummat Islam di dunia dan akhirat.

Setelah selesai bersolat dan berdoa, Aku mengajak Tan Seri dan pembesar-pembesar yang lain untuk membuat perjumpaan bagi menyampaikan maklumat tentang keadaan di Palestin. Satu persatu berita kusampaikan.

Komputer kecilku bergetar memberi isyarat bahwa ada orang yang menghubungi. Skrin komputer kutekan. Imej tiga dimensi Amal, Faham dan Ikhlas muncul. Kali ini dengan wajah penuh ceria.

"Assalamualaikum semua barisan pemimpin yang hadir."


Amal bersuara penuh semangat. Di belakang kelihatan beberapa orang yang sedang menurunkan bendera Israel dengan penuh penghormatan. Salam Amal disambut dengan nada yang sama oleh pemimpin-pemimpin Darul Wadud.


"Alhamdulillah, Tel Aviv berjaya kita tawan tanpa ada pertumpahan darah."
Serentak kami bersujud tanda syukur kepada Allah. Semua jemaah yang beriktiqaf mendengar berita dengan penuh kegembiraan lantas turut sama bersujud tanda syukur. Anak-anak kecil berlari keluar daripada masjid sambil menjerit-jerit kegembiraan meraih kemenangan.


Dunia seakan berganti. Hati yang kecil seakan-akan besar dirasa. Suasana penuh syahdu menyelubungi masjid. Dinding, tiang-tiang, mimbar dan semua makhluk di seluruh dunia semuanya turut sama berzikir tanda syukur atas rahmat ini...Alhamdulillah~



TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Darul Wadud :)

3/27/10

Siri Membina Fikrah : MESTI ADA KESATUAN DALAM AMAL ISLAMI.





أبجديات التصور الحركي للعمل الإسلامي
للأستاذ فتحي يكن


وجوب وحدة العمل الإسلامي

* ظاهرة انتشار التعددية في العمل الإسلامي .
* مبررات التعددية عند أصحابها .
* نتيجة التعددية .
* آثار التعددية على الإسلام والمسلمين .
* آثار التعددية على المستوى الحركي .
* الخلفيات الحقيقية للتعدد .
* وحدة العمل الإسلامي فريضة شرعية .
* وحدة العمل الإسلامي ضرورة بشرية


تكاد تكون التعددية في العمل الإسلامي ظاهرة عالمية لم ينج منها قطر من الأقطار ، صغيرًا كان أم كبيرًا .. بل لم تنج منها أية مجموعة أو جالية إسلامية على امتداد العالم .

ففي كل مكان عشرات التنظيمات والهيئات والجماعات والمشيخات والأحزاب الإسلامية ..

في لبنان مثلاً ـ والذي لا يبلغ تعداد المسلمين فيه أكثر من مليون ونصف مليون نسمة ـ هناك عشرات التنظيمات الإسلامية ، منها : الجماعة الإسلامية ـ حزب التحرير ـ جماعة التبليغ ـ جماعة عباد الرحمن ـ جند الله ـ جمعيات مكارم الأخلاق الإسلامية ـ جمعية المقاصد الإسلامية ـ جمعية المحافظة على القرآن الكريم ـ جمعية التربية الإسلامية ـ جمعية التوجيه الإسلامي ـ جمعية الإصلاح الإسلامية ـ جمعية البر والإحسان ـ جمعية الشبان المسلمين ـ التجمع الإسلامي ـ حركة التجمع الإسلامي ـ المجلس الإسلامي ـ يضاف إلى ذلك المشيخات والفرق الصوفية الكثيرة والمختلفة ..! .

والغريب أن بعض العاملين في الحقل الإسلامي يعتبرون التعددية هذه ظاهرة صحية ، وأنها مدعاة إلى احتواء حجم أكبر من الناس ، وتغطية مساحة أوسع من العمل !! .. وكأن القضية قضية حجم وسعة في الأنصار والانتشار ، وليس في نوعية العمل وفاعليته في إحداث التغيير الإسلامي .


Kitab “ Tasawwur Asasi Gerakan islam “ Karangan Dr Fathi Yakan.

Bahagian ke empat.
MESTI ADA KESATUAN DALAM AMAL ISLAMI.


Berbilang organisasi dalam amal Islami menjadi satu gejala di seluruh dunia. Tidak ada sebuah Negara pun sama ada kecil ataupun besar yang terselamat dari keadaan ini. Bahkan kumpulan Islam di seluruh dunia turt sama terlibat. Di setiap tempat terdapat berpuluh2 pertubuhan Islam dan sebagainya. Di Labnon sahaja misalnya yang penduduk Islamnya tidak sampai satu setengah juta orang terdapat berpuluh-puluh pertubuhan Islam. Di antaranya :

1. Jamaah Islamyah.
2. Hisbu at-tahrir.
3. Jamaah tabligh.
4. Jamaah Ibadur rahman.
5. Jundullah.
6. Persatuan kemliaan akhlak islam.
7. Persatuan tujuan2 Islam.
8. Persatuan pendidikan Islam.
9. Persatuan panduan Islam.
10. Persatuan Islah Islam.
11. Persatuan Kebajikan.
12. Peratuan belia Islam.
13. Pekumpulan Islam.
14. Gerakan Perkumpulan Islam.
15. Majlis Islam.

Di tambah lagi dengan syekh2 tarikat, kumpulan-kumpulan tasawuf yang banyak dan berbagai aliran. Yang menghairan sebahagian orang2 yang bekerja di lapangan Islam in menganggap bilangan yang banyak ini merupakan satu gejala yang sihat. Konon dapat menarik lebih ramai orang dan dapat memenuhi ruang kerja yang lebih luas. Seolah-olah perkara ini satu bentuk perluasan sokongan dan perkembangan, bukan pada penjenisan kerja dan keberkesanan dalam melakukan perubahan Islam.


مبررات التعددية عند أصحابها :

وأصحاب القناعة بالتعددية ، والمسئولون عن تعددية العمل الإسلامي ، والذين تسببوا باستحداث تنظيمات وجماعات إسلامية بالرغم من وجود تنظيمات وجماعات إسلامية سابقة ، يعمدون إلى تقديم مبررات لفعلتهم هذه ولتصرفهم ذاك .. وتكاد تكون هذه المبررات واحدة ، منها :
( 1 ) أن التنظيمات الإسلامية السالفة استنفدت أغراضها ، ولم تعد قادرة على تحقيق الأهداف الإسلامية .
( 2 ) أن تلك التنظيمات والجماعات تهتم بجانب من جوانب العمل ، أو تغلِّب جانبًا من الجوانب .
( 3 ) أن تلك التنظيمات والجماعات عليها شبهات كثيرة ، وعلامات استفهام عريضة ، وأن إقامة تنظيم جديد يريح العاملين فيه من كل هذه الشبهات وعلامات الاستفهام .
( 4 ) أن تلك التنظيمات والجماعات وقعت في أخطاء كثيرة .


ALASAN DARI PARA PENDOKONG BERBILANG JEMAAH.

Orang2 yang suka dengan kewujudan banyak jemaah dan orang yang menjadi bertanggungjawab melahirkan kerja2 Islam melalui banyak jemaah dan orang yang menjadi sebab dengan mewujudkan pembaharuan pertubuhan dan kumpulan Islam, mereka sengaja memberikan alas an-alasan terhadap perbuatan dan tindak tanduk mereka terhadap perkara ini, Sehinga semua alas an-alasan ini menjadi satu, antaranya :

1. Pertubuhan-pertubuhan yang terdahulu telah tersasar dari arah tujuannya dan tidak mampu lagi mencapai matlamat-matlamat keIslaman yang diperjuangkan.
2. Pertubuhan2 dan kumpulan2 itu lebih menitikberatkan satu sudut sahaja.
3. Dalam pertubuhan itu terdapat banyak kekeliruan dan persoalan2 besar yang tidak terjawab. Dengan mewujudkan persatuan baru akan membebaskan pekerja2 dalam persatuan itu dari kekeliruan dan persoalan tersebut.
4. Pertubuhan dan kumpulan tersebut banyak kesalahan.


والآن ماهي النتيجة ؟

والآن لو جئنا نبحث ونفتش عن مآل هذه المبررات بعد توالد التنظيم الثاني والثالث والرابع ..
هل أن التنظيم الأول استنفد أغراضه ، وأن التنظيمات المتوالدة حققت أغراضًا لم يحققها هو ؟ .
وهل نجت هذه التنظيمات من الشبهات والأخطاء بعد قيامها على أرض الواقع ؟ .
إن الحقيقة المرة التي تطالعنا ، هي انهيار هذه المبررات وسقوطها دفعة واحدة بعد ولادة كل تنظيم جديد على الساحة الإسلامية :

( 1 ) فالتحديات والشبهات التي ظن تنظيم ما أنه سيكون في مأمن منها ومنجاة ، لحقته جملة وتفصيلاً .. ولقد غاب عن باله أن الإسلام هو المستهدف والمقصود في الأساس ، وأن العاملين للإسلام كائنًا ما كانت أسماؤهم ومسمياتهم أمام مصير مشترك .

( 2 ) وأن العيب الذي كان يراه في غيره أصبح متهمًا به هو ، وأن سابقة إجازته للتعدد قد فتحت الباب على مصراعيه أمام ما يسمى ( بالحركات التصحيحية ) وأكثرها من عمل الشيطان ؛ لأنها لا تؤدي إلا إلى مزيد من الانشقاق والانقسام .

( 3 ) وفي النهاية لو جئنا إلى هذه التنظيمات التي توالدت ، وإلى هذه الحركات التصحيحية التي قامت ، لوجدنا أنها لم تتعد في أعمالها مجتمعة حجم ما حققه التنظيم الأول الذي توالدت عنه هذه التنظيمات .
فما الفائدة التي جناها الإسلام ـ إذن ـ من خلال التعددية ؟ وما المكاسب التي حققها التنظيم الثاني والثالث والرابع ولم يتمكن من تحقيقها التنظيم الأول ؟ .

SEKARANG APAKAH NATIJAHNYA?


Sekiranya kita mengkaji akan alas an-alasan ini, setellahir pertubuhan kedua,ketiga,keempat dan seterusnya, adakah benar jemaah yang pertama itu telah terpesong dari tujuannya? Apakah pertubuhan yang sentiasa lahir itu telah Berjaya mencapai tujuan yang tidak dapat direalisasikan oleh pertubuhan yang pertama dahulu? Apakah kesemua persatuan yang baru ini terselamat dari kekeliruan dan kesilapan setelah ia wujud??

Sesungguhnya kenyataan pahit yang telah kita saksikan ialah kesemua alasan2 yang diberikan itu telah jatuh serentak selepas setiap kali lahir pertubuhan baru di lapangan Islam.

1. Segala cabaran dan kekeliruan yang di sangka oleh apa jua pertubuhan dapat selamat darinya, sebenarnya ia telah dijangkiti oleh cabaran dan kekeliruan secara total. Sesungguhnya pertubuhan itu tidak terfikir bahawa Islam itulah yang menjadi tujuan dan objektif pada asasnya. Oran2 yang bekerja untuk Islam atas apa juga nama, mereka akan tetap sama berhadapan dengan apa yang akan berlaku di hadapan mereka.
2. Keaiban yang dilihat pada orang lain menjadi satu tuduhan pula baginya apabila ia bergiat di bidang tersebut. Sesungguhnya pendahuluan yang membenarkan wujudnya banyak jemaah telah mendedahkan kepada apa yang dinamakan “ gerakan pembetulan “ dan kebanyakannya merupakan kerja syaitan, ini kerana tidakan itu lebih membawa kepada perpecahan dan perselisihan.
3. pertubuhan yang pertama yang dilahirkan pertubuhan2 ini.

Maka apa yang diperolehi oleh Islam dari hasil gejala bermacam-macam jamaah itu?? Apakah sebarang hasil yang belum dicapai oleh tanzim yang pertama berjaya dicapai oleh jemaah yang kedua,ketiga dan keempat??


آثار التعددية على الإسلام والمسلمين :

مشكلة التعددية ليست في عدم تحقيقها فائدة ما في نطاق العمل الإسلامي فحسب ، وإنما فيما خلقته من آثار سيئة على الساحة الإسلامية ، من هذه الآثار على سبيل المثال :

( 1 ) أنها أعطت كثيرًا من المسلمين مبررات للهروب من الانتماء الحركي ، بسبب ذريعة التحير التي يبديها هؤلاء حيال كثرة الاتجاهات .
( 2 ) أنها فتتت القوى الإسلامية وأضعفتها ، ولم تكن بحال عاملاً في تطوير العمل الإسلامي وإغنائه ، وإنما كانت عاملاً في تشرذمه وتخلفه ، وعاملاً في التشكيك فيه .
( 3 ) أنها سهلت على أعداء الإسلام عملية تصفية الاتجاه الإسلامي باستفراد كل كيان على حدة ، ولم تكن باعث صمود أمام التحدي .
( 4 ) أفرزت حساسيات لدى أتباع كل تنظيم من التنظيمات الأخرى ، مما زاد في تشرذمها ، وأجج العصبية الحزبية الفئوية بين أفرادها ، وجعل بأسها بينها بدل أن يكون بينها وبين عدوها .
( 5 ) وهذا كله عمل على تأخرها وتخلفها وعدم وصول واحدة منها إلى أهدافها ، وبلوغها الغاية التي حددتها لنفسها .


KESAN-KESAN DARI BANYAKNYA BILANGAN JEMAAH KE ATAS ISLAM DAN UMATNYA.

Masalah berbilang jemaah bukan sekadar tidak ada faedah yang dicapai dalam lingkungan amal Islami sahaja, malah ia meniggalkan kesan yang buruk di medan Islam. Di antara kesan2 ini seperti :

- Ia telah member banyak peluang kepada orang2 Islam buat alas an untuk lari dari mejdi anggota gerakan, Kerana mereka berasa bingung terhadap arah hala yang banyak itu.
- Ia telah memecahbelahkan kekuatan Islam dan melemahkannya. Jadi, banyak bilangan itu sama sekali tidak menjadi factor memajukan amal Islami bahkan menjadi sati factor memundurkannya dan mengasingkannya serta menimbulkan keraguan terhadapnya.
- Memudahkan musuh2 Islam menghapuskan arah hala Islam dengan memencilkan titap2 satu gerakan tadi dan ia tidak menjadi perangsang kuat berhadapan dengan cabaran yang besar.
- Melahirkan rasa senstif di kalangan pengikut-pengikut pertubuhan. Menybabkan lebih terpecil dan fanatic setiap anggota kepada pertubuhan itu sahaja. Selain itu kenyataan tersebut menyebabkan permusuhan yang terjadi adalah diantara sesame pengikut, bukan antara mereka dengan musuh2 islam itu sendiri.
- Kesemua kerja ini menybabkan ia mundur dan terkebelakang dan tidak satu pun ang ampai ke matlamatnya. Semua keadaan tersebut merupakan kerja yang menyebabkan kelambatan, kemunduran malah tidak dari satu tanzim trsebut mencapai sasaranya dan menepati matlamat yang telah mereka sendiri tetapkan.


آثار التعددية على المستوى الحركي :

ولقد كان للتعددية آثار بالغة السوء والخطورة على العمل الإسلامي ، مما أدى إلى بروز كيانات إسلامية مشوهة ألحقت إساءات بالفكر الإسلامي وبالمنهج الإسلامي .. من هذه الآثار :

( 1 ) بروز ظاهرة الشخصانية والفردية والمشيخية بديلاً عن العمل المؤسسي المنظم .
( 2 ) بروز ظاهرة الإقليمية والمحلية في العمل الإسلامي بديلاً عن عالميته ووحدته ومركزيته .
( 3 ) بروز ظاهرة الولاء الحزبي بديلاً عن الولاء المبدئي والعقيدي .
( 4 ) بروز ظاهرة الجزئية في العمل الإسلامي بدل الكلية والشمولية .
( 5 ) وأبرز هذه الآثار ، هي أن كل فريق كان يقع في نفس الأخطاء التي وقع فيها غيره ، لأنه كان يأبى الاستفادة من التجربة التي مر بها سواه ، وهذا ما يبقي الاتجاه الإسلامي في دوامة من التجارب على حساب الإسلام ، والذكي من اتعظ بغيره ، ولا يلدغ المؤمن من جحر مرتين .

KESAN-KESAN TINGGALAN DARI BAYAKNYA JEMAAH

Bilangan jemaah yang banyak ,melahirkan kesan yang sangat buruk dan bahaya kepada amal Islami. Ini akan membawa kepada lahirnya badan2 Islam yang cacat yang merosakkan pemikiran Islam dan konsep Islam. Di antaranya :-

- Melahirkan sifat keseorangan dan bersendirian sebagai ganti kepada kerja berorganisasi yang tersusun.
- Melahirkan sifat kedaerahan dan tempatan dalam amal Islami mengantikan sifat universal, kesatuan dan pemusatan.
- Melahirkan rasa setia kepartian mengantikan dari rasa kesetian aqidah dan prinsip.
- Melahirkan rasa selesa bekerja untuk kerja juziyyah dalam amal Islami mengantikan kerja yagn bersifat menyeluruh dan sempurna.
- Kesan paling menonjol ialah setiap pasukan terlibat dalam kesalahan yang sama dengan yang lain. Sebab setiap pasukan itu tidak mahu mengambil iktibar dari yang lain. Inilah yang selalu terjadi kepada arah hala Islam yang sering dalam percubaan. Orang yang cerdik ialah orang yang sanggup belajar dari orang lain. Semua mu’min itu tidak dipatuk ular dua kali dalam lubang yang sama.


الخلفيات الحقيقية للتعددية :

الحقيقة أن الأسباب التي يبرر بها هذا التنظيم أو ذاك وجوده وقيامه ـ وبالرغم من وجود تنظيم سابق له ـ غير مقبولة لكونها غير شرعية وغير منطقية ، وغير صحيحة !! .

الحقيقة الأخرى هي أن وراء التعددية أسبابًا وخلفيات كثيرة أخرى يمكن أن نستعرض منها ما يلي :

( 1 ) من الخلفيات الكامنة وراء التعددية في العمل الإسلامي ، خلفيات دولية ـ من هذا المعسكر أو ذاك ـ الهدف منها ضرب العمل الإسلامي الأصيل من قلب الساحة الإسلامية .. فالإنجليز مثلاً عندما أرادوا ضرب الحركة الإسلامية المتوثبة في شبه القارة الهندية بقيادة ( أحمد بن عرفان ) اصطنعوا حركة إسلامية أخرى منحرفة هي ( الحركة القاديانية أو الأحمدية ) .

( 2 ) ومن الخلفيات الكامنة وراء التعددية سلطان النزعة ( الزعامية ) والذي يحول في كثير من الأحيان دون وحدة العمل ، التي تتطلب تجردًا لله ، وتضحية في سبيله ، كما تتطلب نكران النفس والذات احتسابًا لوجه الله .

( 3 ) ومن الخلفيات الكامنة وراء بعض التعدديات ، سلطان النزعة المادية والحرص على المنافع الدنيوية .. فلقد ابتلي الإسلام في هذا العصر بأدعياء يتاجرون بالإسلام ، ويبتزون بالإسلام ، ويحققون من خلاله مصالحهم .. وهؤلاء لا شك يرفضون وحدة العمل الإسلامي لأن من شأنها أن تغلق ( دكاكينهم ) وتعطل مصالحهم وتفوت عليهم الثروات .
من المؤسف أن هنالك عشرات الجمعيات القائمة هنا وهناك وهنالك لها رحلة في الشتاء ورحلة في الصيف لجمع التبرعات من دول الخليج ، وهي في الواقع جمعيات وهمية لا وجود لها ولا أثر على ساحة العمل الإسلامي .

( 4 ) ومن الخلفيات الكامنة وراء التعددية ، الجهل بالإسلام ، أو بمقتضيات العمل الإسلامي في هذا العصر ، وهذا ما جعل ساحة العمل الإسلامي حقول تجارب لفئات شتى من العاملين ، من دون أن تعمد فئة من هذه الفئات إلى الاستفادة من تجارب غيرها .
ولكن كل هذا لا يعني ـ حصرًا ـ انعدام وجود مبررات شرعية وحركية لقيام أي تنظيم إسلامي في أعقاب تنظيم آخر أو على أنقاضه .


KESAN SEBENAR DARI BERBILANG JEMAAH

Sebenarnya alasan-alasan yang diberikan bagi membolehkan pertubuhan2 baru sedangkan telah wujud pertubuhan yang dahulu tidak boleh diterima kerana ia tidak syar’I, tidak logic dan tidak betul.

Sebenarnya, di sebalik bilangan banyak jemaah itu terdapat bayak sebab dan kesan sampingan yang dapat kami bentangkan, di antaranya :

- Kesan-kesan sampingan antarabangsa ( dari pelbagai Negara ) yang matlamatnya hendak menghancurkan amal Islami yang tulin dari dalam gelanggang Islam sendiri. Inggeris misalnya, ketika mereka hendak menghancurkan gerakan Islami yang bergelora di semenanjung Benua India di bawah pimpinan Shekh Ahmad bin Irfan, mereka telah membentuk satu gerakan Islam yang menyeleweng, iaitu Gerakan Qadiani atau Gerakan Ahmadiah yang dipimpin oleh Ghulam Ahmad Qadiani.

- Cita-cita menjadi tokoh pimpinan yang sentiasa menjadi penghalang kea rah kesatuan gerakan yang menuntut hati tulus ikhlas kerana Allah, berkorban pada jalannya, sebagaimana ia menuntut disingkirkan hawa nafsu semata-mata kerana mengharapkan reda Allah.


- Suka kepada kuasa kebendaan dan bersifat tamak kepada kepentingan duniawi. Islam di zaman ini telah diuji dengan orang2 yang memperniagakan Islam dan Berjaya mendapatkan kepentingan peribadi mereka. Meerka inilah yang menolak kesatuan amal Islami, kerana ia menutup dan menggangu kepentingan mereka dan hilang segala kekayaan dari mereka.

Adalah sangat disayangkan disana terdapat puluhan jemaah yang dapat mengadakan rehlah ke sana kemari di musim sejuk dan panas utnutk menghimpunkan sumbangan derma dari negara2 teluk, padahal jemaah-jemaah tersebut hamper tidak wujud dan tidak memiliki pengaruh sama sekali dalam medan Islami.

- Jahil terhadap Islam atau jahil terhadap kehendak-kehendak amal Islami di zaman ini. Ini menjadikan lapangan alam islami itu sebagai satu tempat percubaan bagi pelbagai golongan yang bekerja di lapangan amal Islami tanpa mengambil sebarang pengajaran dari sesuatu percubaan dari kumpulan lain.

Akan tetapi ini tidak bermakna ( secara keseluruhannya ) tidak wujud alasan2 syari’ atau haraki yang membolehkan menubuh sebarang pertubuhan Islam selepas pertubuhan lain atau menubuhkan selepas satu pertubuhan lain telah mati.


وحدة العمل الإسلامي فريضة شرعية :

ومما لا شك فيه أن الأصل في الشريعة هو وحدة العمل الإسلامي وليس تعدده .. وأن هذه الوحدة تعتبر فريضة شرعية من عدة وجوه :

ـ الأصل وحدة المسلمين ووحدة الأمة لقوله ـ تعالى ـ : { إن هذه أمتكم أمة واحدة وأنا ربكم فاعبدون } ( الأنبياء : 92 ) .
وقوله : { وإن هذه أمتكم أمة واحدة وأنا ربكم فاتقون } ( المؤمنون : 52 ) .

وقوله ـ صلى الله عليه وسلم ـ : ( مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم مثل الجسد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى ) ( لأحمد في مسنده ولمسلم ) .

ـ الأصل الحض على الوحدة والنهي عن الاختلاف لقوله ـ تعالى ـ : { ولا تكونوا كالذين تفرقوا واختلفوا من بعد ما جاءهم البينات وأولئك لهم عذاب عظيم } ( آل عمران ).

{ إن الذين فرقوا دينهم وكانوا شيعًا لست منهم في شيء إنما أمرهم إلى الله ثم ينبئهم بما كانوا يفعلون } ( الأنعام : 159 ) .
وقوله ـ صلى الله عليه وسلم ـ : ( من فرق فليس منا ) رواه الطبري .

ـ الأصل التزام جماعة لا جماعات ، لقوله ـ صلى الله عليه وسلم ـ : ( ستكون هنات وهنات ، فمن أراد أن يفرق أمر هذه الأمة وهي جميع ، فاضربوه بالسيف كائنًا ما كان ) رواه مسلم ، وقوله : ( دعانا النبي فبايعناه ، فقال : فيما أخذ علينا ، أن بايعنا على السمع والطاعة في منشطنا ومكرهنا ، وعسرنا ويسرنا وأثرة علينا ، وألا ننازع الأمر أهله ، إلا أن تروا كفرًا بواحًا عندكم من الله فيه برهان ) رواه البخاري .
وقوله : ( الجماعة رحمة ، والفرقة عذاب ) زوائد المسند ( ض ) .
وقوله : ( يد الله على الجماعة ) رواه الترمذي .

جاء في هامش ( الجامع الصغير للإمام السيوطي ) تعليقًا على هذا الحديث : ( يد الله على الجماعة : أي حفظه ووقايته وكلاءته ، أي هم في كنفه ، ويد الله قوته ، وأوصى حكيم أولاده : ائتوني بعصي ، فجمعها وقال : اكسروها مجموعة ، فلم يقدروا ، ففرقها وقال : اكسروها ، ففعلوا ، فقال : لن تغلبوا ما اجتمعتم ، فإذا تفرقتم تمكن منكم العدو ) الجامع الصغير ( 2/ 370 ) .


KESATUAN AMAL ISLAM SATU TUNTUTAN SYARA’


Tidak di ragukan lagi bahawa pada asalnya di dalam syariat amal islami dilaksanakan secara kesatuan bukanya dengan banyak bilangan jamaah. Kesatuan ini menjadi tuntutan syara’ dari beberapa sudut :

- Menurut prinsip asal orang Islam adala satu dan umat yang satu. Firman Allah Subhanahu wa Taala: “ Sesungguhnya umat Islam ini umat kamu yang satu, akulah tuhan kamumaka sembahlah kamu akan daku” ( Surah Al-Anbiya : ayat 92 )

Firman Allah Subhanahu wa Taala “ dan sesungguhnya umat Islam ini umat kamu yang satu dan Akulah tuhan kamu maka bertaqwalah kamu kepadaKU. “ ( Surah Al-Mukminu: ayat 52 )

Sabda Nabi Muhammad SAW “ Bandingan orang mukmin dalam kasih sayang dan balas ihsan mereka seperti tubuh yang satu apabila satu anggota mengadu kesakitan menyebabkan seluruh tubuh berjaga malam ( tidak boleh tidur ) dan sakit “ HR Ahmad & Muslim

- Menurut asalnya digesa bersatu dan ditegah dari bertelingkah. Firman Allah SWT “ Dan janganlah kamu menjadi seperti orang2 ( yahudi dan nasrani ) yang telah bercerai-berai dan berselisihan ( dalam agama mereka ) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata ( yang dibawa oleh nabi2 Allah ) dan mereka yang bersifat demeikian akan beroleh azab seksa yang besar.” Surah Al-Imaran 105

Firman Allah SWT “ Bahawasanya orang2 yang mencerai-beraikan agama mereka ( denga perselisihan yang bedasarkan hawa nafsu ) dan meeka menjadi berpuak-puak tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam perbuatan mereka. Sesungguhnya ia akan menerangkan kepada mereka ( pada hari kiamat kelak ) apa yang telah mereka lakukan ( dan membalasnya.) Surah al-anam ayat 159.

Rasulullah SAW telah bersabda : “ Barangsiapa yang memisahkan diri, maka ia bukan dari golongan kami. HR At-Tabrani.

- Menurut asalnya mesti patuh pada Jama’ah, bukan kepada beberapa jemaah. Sabda Rasulullah SAW “ Umatku akan lemah dan lemah, maka sesiapa yang memecahkabelahkan urusan umat ini sedangkan ia satu, hendaklah kamu bunuh tidak kira apa juga makhluk” HR Muslim.

“ Nabi Sallallahu alaihi wasallam pernah menyeru kami, lalu kami pun berjanji setia dengannya. Dlam bai’ah itu baginda mengambil pengakuan kami untuk mendengar dan taat samada dalam keadaan cergas atau malas, dalam keadaan senang atau susah mengutamakan dirinya dari diri kami sendiri, agar kami tidak menentang satu keputusan oleh orang yang berkeahliannya, kecuali bila terlihat kekufuran yang nayat disisi Allah Subhanahu wa taala beserta buktinya. “ HR Bukhari.

Ssbda rasulullah SAW “ Berjemaah itu rahmat dan berpecah itu sengsara “ ( Zawaid Musnad )

Sabda Rasulullah SAW “ Tangan ( Kekuasaan ) Allah itu pada jemaah “ HR Tarmizi. Imam Sayuti dalam kitabnya mengulas hadith ini bermaksud : Allah memelihara, mengawal dan menjaga mereka itu dalam lindungan Allah, Tanagn beri kekuatan “

Orang2 bijak berpesan kepada anak-anak mereka “ patahkan lidi-lidi itu semua” mereka berkata “tidak boleh” Ia berkata “pecahkan dan patahkan” lalu mereka mematahkan satu demi satu. Kemudian ia pun berkata “ kamu semua tidak boleh dikalahkan selama mana kamu semua bersatu padu, Oleh itu jika kamu bercerai berai nescaya musuh akan dapat menewaskan kamu. ( Jami’ Al-Soghir jilid 2 halaman 370)


وحدة العمل الإسلامي ضرورة حركية :

وفضلاً عن كون وحدة العمل الإسلامي فريضة شرعية ، فإنها ـ كذلك ـ ضرورة حركية وبشرية لأسباب كثيرة ، منها :

( 1 ) إن التغيير الإسلامي المنشود يستلزم تضافر القوى الإسلامية جمعاء في مسيرة واحدة ، وضمن خطة واحدة ، وتشرذم هذه القوى وعدم توحدها من شأنه تعطيل هذه العملية وتأخير الانقلاب الإسلامي ، وبالتالي تمكين القوى الجاهلية من الاستمرار والاسترسال في قيادة المسلمين بشرًا وأقطارًا .

فالتغيير الإسلامي عملية شاقة ، ودحر القوى الجاهلية عن مواقعها ليس بالأمر السهل ، وتحقيق قوامة الإسلام على المجتمع ـ فكرًا وسلوكًا ونظامًا ـ يفرض تلاحم القوى ضمن إطار وحدة ( اندماجية ) لا تنسيقية .

( 2 ) والتواطؤ الدولي على الإسلام وعلى الحركة الإسلامية يفرض بالتالي وحدة المواجهة والتصدي .. فالدول الغربية يجمعها ( حلف شمال الأطلسي ) ، وأوروبا تتعاون فيما بينها ضمن إطار ( السوق الأوروبية المشتركة ) ، ودول المنظومة الاشتراكية يجمعها ( حلف فرصوفيا ) ، واليهود يلتقون ضمن ( المنظمة الصهيونية العالمية ) .

فإذا كانت القوى العالمية المعادية للإسلام المتآمرة على العالم الإسلامي تتعاون فيما بينها وتوحد جبهاتها ، أفلا يحسن بالقوى الإسلامية في العالم الإسلامي أن تتداعى إلى وحدة فيما بينها ، كي لا تكون لقمة سائغة ، وكي لا تسهل تصفيتها وسحقها ؟! .

فلو لم تكن وحدة العمل الإسلامي فريضة شرعية من حيث المبدأ ، لأصبحت كذلك حفاظًا على المصير الإسلامي ، وصونًا للمسيرة الإسلامية من التعطل والتنكيل والإبادة .

( 3 ) ثم إن القوى والأحزاب المحلية المعادية للإسلام باتت تجمعها اليوم جبهات على امتداد العالم الإسلامي ، هذه الجبهات لا تفتأ تدرس وترصد وتخطط وتستعد على كل صعيد ، أفيحسن بالقوى الإسلامية ـ حيال هذا الواقع ـ أن تبقى مشرذمة مفككة ؟ أم يجدر بها أن تتعالى فوق كل الاعتبارات والأسباب التي تحول دون وحدتها وتلاحمها ؟ .

إن مصيرًا مشتركًا رهيبًا ينتظر كل القوى الإسلامية ما لم تبادر إلى نسيان النفس والذات ، وتخرج من دوامة النفس والذات ، لتلتقي جميعًا على الله ، وعلى مصلحة الإسلام العليا .



KESATUAN AMAL ISLAMI ADALAH KEPERLUAN HARAKAH

Selain menjadi wajib dalam syara’ kesatuan amal islami juga menjadi satu kperluan bagi harakah dan kemanusian. Terdapat banyak sebab: di antaranya :

- Perubahan Islam yang disusahakan itu memerlukan sokongan seluruh kekuatan Islam supaya berada dalam satu arah hala dan satu perancangan. Perpecahan kekuatan Islam secara langsung akan menghalang usaha ini, melambatkan perubahan Islam seterusnya membolehkan kuasa-kuasa jahiliyyah sentiasa berterusan membelenggu pimpinan umat islam secara peribadi mahupun negara mereka.

Perubahan umat Islam merupakan satu gerakan yang sangat sukar, menhapuskan kuasa-kuasa jahiliyyah dari tempatnya bukan satu perkara yang mudah, merealisasikan kebenaran islam dalam masyrakat ( pemikiran, tingkah laku dan system ) memerlukan kekuatan yang padu dalam satu gambungan bukan sekadar ada penyelarasan.

- Pakatan Sulit antarabangsa ke atas Islam dan harakah Islam memerlukan kesatuan untuk menentang dan menahan. Negara barat disatukan oleh penjajian atlantik utara (NATO), Eropah bekerjasama antar mereka dalam gabungan Pasaran Bersama Eropah (EEU), negara-negara blok sosialis disatukan oleh perjanjian Sofia dan yahudi bertemu dalam pertubuhan Zionis sedunia.

Jika kuasa-kuasa dunia memusuhi Islam, melakukan komplot ke atas dunia Islam, bekerjasama di antara sesame meeka dan menyatukan pertahanan mereka, apakah tidak baik bagi kuasa Islam dalam dunia Islam bermuafakat kea rah kesatuan sesame mereka, supaya tidak dimamah supaya tidak menjadi begimudah dihapuskan dan dihancurkan.

Sekiranya kesatuan amal Islami itu tidak menjadi wajib syar’I dari segi prinsipnya ia t etap juga menjadi wajib syar’I dari segi prinsipnya, ia tetap juga menjadi pengawal masa hadapan, pemelihara perjalan Islam dari diganggu, diancam dan dihapuskan.

- Kuasa-kuasa dan dan parti-parti tempatan yang memushi Islam, mereka telah disatukan oleh beberapa front diseluruh dunia Islam. Front ini sentiasa mengkaji, memerhati, merancang dan bersedia sepanjang masa. Apakah patut Islam ( dalam berhadapan reality seperti ini) kekal dalam perpecahan dan perselisihan? atau wajarkah ia masih berpegang kepada alas an-alasan yang menghalang diri mereka dari bersatu dan berpadu?

Masa depan bersama yang menakutkan sedang menanti kuasa-kuasa Islam selagi tidak segera melupakan kepentingan diri dan keluar dari kongkongan hawa nafsu unuk bertemu di jalan Allah dan di atas kepentingan Islam yang tertinggi.
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Siri Membina Fikrah : MESTI ADA KESATUAN DALAM AMAL ISLAMI.

3/17/10

Pada Siapa patut diberikan Cinta?





Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang yang mabuk cinta dan tidak kurang ramai yang akan dihumbankan ke dalam neraka gara-gara cinta. Cinta yang bagaimana boleh bawa seseorang ke syurga, dan yang bagaimana pula yang dapat memasukkan kita ke dalam neraka?


Datangnya cinta dari dua sumber yakni hawa nafsu dan dari Allah. Cinta yang diilhamkan nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Cinta nafsu itu tidak berkekalan dan hanya akan menyusahkan manusia di dunia ini.


Sebaliknya cinta dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.


Ianya boleh berlaku pada sesiapa - antara sahabat, keluarga mara dan sebagainya. Kalau ianya berlaku antara lelaki dan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tidak akan perlu berjumpa, bercakap atau memerlukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang belaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu.


Kalau berlaku antara suami isteri, maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami kerana cintanya pada suami datangya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Sumber cinta dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta makhluk, akan cinta Allah dimenangkan.


Cinta Allah adalah taraf cinta yang tinggi. Cinta pada Allah akan lahir bagi orang yang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. semuanya datang dari Allah - kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila2 masa Menarik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu. Segala nikmat itu datangya dari Allah. Diberikan pada kita samada pada masa kita ingat ataupun pada masa kita lalai. Begitulah,kebaikan Allah pada kita - "Kalau kau hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tidak terhitung."

Oleh itu orang yang benar2 kenal dan beradab akan malu kepada Allah, dan cintanya hanya tertumpu pada Allah. Bila cinta pada Allah sudah penuh dalam hatinya, akan tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu. Jika hati atau cinta itu diberikan pada manusia akan dirobek-robekkannya . Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya.


Oleh itu, seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah SAW dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakkan cinta yang betul dan menguntungkan di dunawi dan di akhirat.
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Pada Siapa patut diberikan Cinta?

3/16/10

Methods of Remembering Allah




Methods of Remembering Allah


This series is a collection of inspirational advice in an attempt to set out the goal of the believer: Paradise, and the way to reach that ultimate goal.

How can you remember Allah throughout the normal course of your day without withdrawing from the routine of your daily worldly life?

How can you ensure that your personal life, family life, professional life and other activities all continue in full swing, and yet, at the same time, ensure that your life as a whole - every moment of it - is permeated with remembrance of Allah?

Such an all-pervading remembrance can be an onerous task, but one you can accomplish - with some ease. Let me remind you of four states of consciousness that you must strive to develop by remembering certain things, absorbing them and reminding yourself of them often.

1- Say to yourself: I am in Allah's presence; He is watching me.

If ever you are alone, He is the second and that if you are two, He is the third. He is with you wherever you are. He is nearer to you than your jugular vein.

He is watching everything that you do and hearing everything that you say. He is ever present and His knowledge is all encompassing. Remind yourself of this as often as you can, and throughout the day - every time you begin a new task, and every time you speak.

Indeed, your aim should be to impress this on your heart in such a way that it ultimately becomes your very breath. When the Prophet was asked by a Companion about the best method of purifying himself, he replied: 'You should always remember that Allah is with you wherever you are.' (At-Tirmidhi)

2- Say to yourself. Everything I have has been given to me by Allah.

All that there is - surrounding you, on you and in you - comes from Allah alone. There is none that creates or gives anything but Allah. Therefore, reflect upon all the blessings that He has created you with and be thankful to Him.

In all the sayings that the Prophet has taught us to remember Allah with, gratefulness to Allah is a constant theme. Many of these sayings are simple to learn, and indeed, it was the most simple of his sayings that he used most frequently.

When the Prophet rose in the morning, he would say Alhamdulillah (Thanks to Allah)

whenever he ate or drank he would say Alhamdulillah; and even when he relieved himself he would give thanks to Allah.

Learn as many of the sayings as you can, and throughout the day, as you witness all that Allah has blessed you with, punctuate your day with these sayings.

If ever you appear to be short of things to be thankful for, recall the hadith of the Prophet: 'There are 360 joints in the body and for each joint you must give a sadaqa(thanks or charity) each day.' ( Al-Bukhari)

You must give charity for each one of them because without anyone of them you will be incomplete and handicapped. You must do this on a daily basis for should anyone of them become damaged one day, you will similarly become incapacitated.

Additionally, you may remind yourself that, as we now know from our knowledge of human physiology, your heart beats 72 times a minute. Every time it beats, it does so with the permission of Allah.

The moment He withdraws that permission, the heart will stop beating and your life will certainly come to an end. If you feel that there is nothing else to thank Allah for, then thank Him for the life that He has given you - for, so long as there is life, there is hope.

3- Say to yourself: Nothing in this world can happen without His permission.

Everything lies in the hands of Allah. No harm can befall you and no benefit can reach you except as Allah ordains. God says in the Quran what means,

{If God should touch you with miifortune, none can remove it but He; and if He should touch you with good fortune, He has power over all things. He alone holds sway over His creatures; He is the All- Wise, the All-Aware.} (Al-An`am 6:17-18)

The Prophet Muhammad would supplicate to Allah after each Prayer:

O Allah, whatever You want to give me, no one can stop it from coming to me and whatever You want to prevent from coming to me, nobody can give to me. (Al-Bukhari)

Prayer after Prayer, you should recite these beautiful words.

And beyond that, remind yourself as much as you can and throughout the day, especially as you expect something to happen, or not to happen, that everything happens only as He commands, and by His permission.

4- Say to yourself: I am going to return to Allah one day and that day could be today.

You do not know when you will leave this world. It may be that the coming morning is your last morning, or perhaps the coming evening is your last evening.

Indeed, it may be that this hour is your last hour, or even, that this moment is your last moment. Such an uncertainty does not, of course, justify a complete withdrawal from this life so as to prepare for the next in some monastic fashion.

It is important, however, that you are always conscious of this uncertainty, to the extent that it motivates you to spend every moment of your remaining life seriously, considering it as a gift from Allah and spending the resources He has blessed you with - time, ability and energy as He has advised. Then, and only then, will your life have achieved what is required of it, and your return will achieve what is required of it.

To help you attain this state of consciousness, recall and reflect upon the following Quranic verse as much as you can and throughout the day

{From Allah we came and to Him we shall return.} (Al-Baqarah 2:156)

These are the four states of consciousness that can help us achieve a life completely devoted to the remembrance of Allah.

To try to reach these four states simultaneously, and with sincerity, can only purify you. To try in a determined fashion to reach these four states will lead you inevitably to Paradise.



Source:

http://www.readingi slam.com/ servlet/Satellit e?c=Article_ C&cid=1229319089251&pagename=Zone- English-Discover _Islam/DIELayout

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Methods of Remembering Allah

3/12/10

Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, tetapi bersyukur kena selalu.



Ujian adalah tarbiah dari Allah


Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada
kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu,
mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka
bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak
penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran
sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak-anak,
kadang-kadang tangisan nyaring.


Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:


Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa
pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang
dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam
catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah
tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan
keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan
tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.


Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu
jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan
syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia
bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan
ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah.


Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang
mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki
comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah
itu.


Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan
subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku
sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini
mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya.
Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya.
Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi
seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal,
anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.


Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan
sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap
ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu
kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.


Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit
kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak
mengulanginya kembali.


"Mama, abang minta maaf .... Abang tak akan ulang lagi."
Itulah
ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.


Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan
mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata.
Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih
dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran
dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.


Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana
kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada
tetamu yang bakal datang.


Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah
terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang
langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.


"Abang ... mari sini!!" Jerit si ibu memanggil anaknya lebih
kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar
rentung ladang hemahnya.


Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu
mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah.. Kaki anak
melangkah keluar dari rumahdengan larian deras. Sesaat dia telah berada
di hadapan pagar.


Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu
terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku ... Alangkah
terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran
longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah
anaknya.


Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia
meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana,
dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan
menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu
keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah
merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.


"Ya Allah ... tolonglah selamatkan anakku ini." Doanya dalam
raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta
laluan daripada pemandu lain.


"Ya Allah ... aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang
baik
tetapi aku memohon sekali ini ... Ya Allah selamatkanlah anakku ini."


Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan
bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam
keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga
telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan
kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah
bercucuran keluar.


Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis
semahunya.


"Mama maafkan abang ..." Ungkapannya sukar ... tersekat-sekat
kerana kesakitan itu.


"... Abang janji tak akan buat lagi."


Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah.
Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu
dengar.


Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian
kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan
mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa
merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat
hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.


"Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu
yang baik, aku sedar akan kesalahanku ..."


"Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini ..."


Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan
setulus-tulusnya kepada tuhan.


Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola
matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.


"Puan, maafkan ... Kami telah cuba melakukan yang terbaik."
Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.


"Anak puan ... Telah meninggal dunia."


Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap
sukar untuk menjelaskannya kepada ibu ini.


Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras
ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun
kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia
meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat,
kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat
selama-lamanya.


"Anak ... Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan
di sepanjang perjalanan pendekmu ini ..."


Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku,
dingin sekali.


Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna.
Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu
keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah
semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya
penuh koyakan kertas yang ditaburkan.


Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu
berkata, "Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari di
sepanjang hidup ini."


"Ibu rindu kepadamu ... Ibu rindu kepada nakalmu ... Ibu
rindu
pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?"


Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun
hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi.
Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.


**********


Syukur masih di beri kekuatan

Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu
nikmati dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa.


Amat malang kerana kita selalu sedar dan menghargai sesuatu,
hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman.
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, tetapi bersyukur kena selalu.