kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

2/28/10

Siri Membina Fikrah : Bersabarlah wahai pejuang..



" Ai muram je ana tengok anta ust Faiz, biasanya orang balik dari elex ni ceria "

Setelah selesai sesi yang pertama mesyurat AJKT PMRAM Cawangan Zagazig, kami berhenti rehat makan tengahhari di sebuah reetoran berhampiran dengan dewan, disana aku bertemu dengan ahli bait yang baru pulang dari Elex memberi pembentangan kepimpinan disana.

" Tengok bunga hidup di Taman Muntaza pun monyok lagi ke? Ustazah Elex dera ust ek " ku cuba berjenaka dengan harapan ust faiz kembali ceria, namun usahaku gagal, keadaan tetap sama, senyap sepi tanpa kata. Ku membiarkan dia bersendirian, pasti sesuatu telah berlaku. " tak pelah pasni aku tanya balik" bentak hati kecilku.

" Bunga jadi duri nif " tiba-tiba ust Faiz bersuara.

" Emh camne bunga leh jadi duri lak? " Ku cuba bersuara.

" Cuba anta tengok kat bilik ana ni apa yang kurang? "

" Zaujah " ku bergurau untuk menceriakan keadaan. Sambil melihat keadaan sekeliling bilik untuk mencari barang yang kurang.

" Emh laptop? " Ku meneka.

Ust Faiz mengangguk lemah. " Kenapa dengan leptop anta? "

" Kene kebas dek arab" Ust faiz bernada lemah.

" Innalillah wainnailaihi rajiun, camne leh kene kebas nge arab tu? "

" Ntah la nif, kalau anta tengok arab tu memang takkan percaya arab tu pencuri, baik je dengan ana, nagk dia hafiz siap minta ana soal dia lagi. "

" pah camne arab tu leh curi anta nye laptop? " ku inginkan lebih kepastian

" Ana gi jalan-jalan kat mandarah, pahtu gi Qal'ah kat sana ana jumpa arab ni, kami sembang-sembang la, bercerita tentang malaysia dan macam-macam, pahtu ana nge dia gi solat maghrib kat masjid dekat-dekat tu, lepas je sembahyang dia ajak ana gi minum air lu, ana pun ikut la arab tu, pah masa tengah2 minum ana nak gi bilik air sat, ye la ana tengok arab tu bagus je tak sampai hati la ana nak bawa sekali dengan beg laptop tu ana pun siqoh la dengan dia, keluar2 ke bilik air tengok arab tu dah tak de, tergamam ana tak tau nak buat apa"

" emh arab ust faiz bukan semua kita boleh percaya sangat, takpe la ana harap ust sabar ek ni ujian untuk ustaz sebelum naik jadi pejuang yang lebih besar pahni, nak wat camne bukan kita nak benda ni hilang cuma kita banyak berdoa k semoga Allah buka pntu hati arab tu tuk pulangkan balik Insyallah. " Ku cub memberi semngat..


" Takpe la nif ana redho dengan ujian yang diberi ni, Allah nak ana merasai kemanisan dalam kesabaran menghadapi ujiannya"


BERSABARLAH WAHAI PEJUANG!!!
.................................................................................

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. "

..................................................................................



Perjuangan dan Pengorbanan

Kemenangan Semanis Madu Memerlukan Pengorabanan Sepahit Hempedu.

Hidup in adalah perjuangan. Perjuangan memerlukan pengorbanan.

Maksud Firman Allah :


Maksudnya :
Berjuanglah kamu samaada ringan atau berat dan berkorbanlah dengan harta dan jiwa kamu di jalan Allah yang sedemikian itu adalah terlebih baik (kemenangan ) bagi kamu jika sekiranya kamu mengerti .

-Surah At Taubah:41 .

Sejarah kegemilangan dan kemenangan Islam di sepanjang zaman turut diwarnai dengan perjuangan dan pengorbanan. Pejuang yang terbilang diperhatikan cukup hebat menyumbangkan segala harta, tenaga, darah dan nyawa mereka sebagai yuran yang cukup berkualiti bagi mendapatkan habuan yang kekal abadi iaitu syurga.

Firman Allah yang bermaksud


Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang benar - benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

-Surah Al Ahzaab:23.

Mereka yang berjuang ikhlas kerana Allah swt dan demi melihat Islam itu ditegakkan pasti akan menerima ganjaran yang sangat setimpal yang akan dihidangkan oleh Allah swt kepada mereka, sudah pasti darjat serta pangkat mereka disisi Allah adalah yang tertinggi.


(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjuang pada jalan Allah dengan mengrbankan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (menang)-


Surah At Taubah:20.

Kemenangan memerlukan kepada kesungguhan. Kesungguhan itu iaalah PERJUANGA dan PENGORABANAN.



UJIAN DALAM PERJUANGAN..


Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.

-Surah Faathir:6.


Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya). -


Surah Al Baqaarah:217.


Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang BERJUANG dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. -


Surah Muhammad:31.


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: -


Surah Al Baqarah:155.


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjuang untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). -


Surah At Taubah:24.


Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.


-Surah Al Ankabuut:1- 3.


Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang BERJUANG dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?

-Surah Ali Imran:142.


Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahuiNya) orang-orang yang berjihad ( BERJUANG ) di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan.


-Surah At Taubah:16.


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

-Surah Al Baqaarah:214.

Bersabar dengaann ujian, Syurga sebagai ganjaran.. Insyallah..

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Siri Membina Fikrah : Bersabarlah wahai pejuang..

2/24/10

Siri Membina Fikrah : Konsep Spiritual dalam Harakah Islamiyyah



Sejarah baginda Muhammad saw telah membuktikan kepada kita betapa hebatnya baginda dan para sahabat dalam memperjuangkan Islam sehingga ia sampai kepada kita hari ini. Bagaimana kejayaan menguasai 2/3 dunia pada seketika dahulu ini berjaya? tidak lain tidak bukan adalah kerana tarbiah serta keimanan yang tinggi yang ada pada seorang pejuang muslim & muslimah pada ketika itu.

Untuk melahirkan seorang muslim & muslimah yang cemerlang kita mestilah melengkapkan diri kita dengan 3 elemen kekuatan yang sangat penting iaitu kekuatan jasadi, kekuatan ruhi dan kekuatan fikri.

Konsep spritual memainkan peranan penting dalam gerakan Islam. Ia terbahagi kepada beberapa aspek :

1) Hubungan yang sangat erat dengan bertaqarub kepada Allah swt

cara :

- Bermunajat di malam hari
- Menunaikan solat malam sepanjang hari. " Man tolabal 'ula saharallaya "
- Sentiasa mengingati Allah swt " Dengan mengigati Allah hati akan menjadi tenang "
- Berfikir akan ciptaan Allah swt " berfikir sejenak adalah lebih baik dari beribadah setahun"
- Sentiasa solat berjemaah " Solat berjemaah lebih baik dari solat secara berseorangan diri dengan kelebihan 27 darjat"
- Bersedekah @ Infaq pada jalan Allah.. "
Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda."

2) dakwah yang berterusan ( istiqamah )

Istiqomah itu lebih baik dari seribu karomah. Terdapat belbagai cara untuk kita terus istiqamah dalam berdakwah, asalkan ianya kearah menyuruh kepada maruf dan menegah kepada kemungkaran ia juga dita;rifkan sebagai satu dakwah. Antara lainnya ialah :
- Mengajar dan Belajar " Sebaik2 kamu adalah orang yang yang mempelajari Al-quran ( segala ilmu yg terdapat di dalamnya ) dan mengajarkannya.
- Berdakwah secara Umum seperti berceramah, mengadakan forum dll.
- Berdakwah secara perseorangan ( dakwah fardiyyah )
- Mengadakan program2 yang berbentuk dakwah dll - Melarang manusia dari melakukan maksiat kepada allah swt


3) Harap dan bertawakal pada Allah swt.


- Optimis dengan kemenangan Islam.Yakin pada janji Allah "sesungguhnya janji Allah itu bbenar"
- Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. - Tidak terlalu musta'jil ( nak cepat @ tergopoh gapah )

"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri."


TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Siri Membina Fikrah : Konsep Spiritual dalam Harakah Islamiyyah

2/19/10

Rabiul Awwal, Permulaan Sejarah Terunggul dunia.



Arkib DPMZ :- www.dpmz.blogspot.com

"Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas) Al-fath 48:29

Rabiulawal kini kembali lagi, bulan keberkatan, bulan kelahiran junjungan besar nabi kita Muhammad saw. Sejarah kelahiranya membawa sejuta kerahmatan, memberi sejuta kesejahteraan kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini. Yang hitam menjadi putih, yang gelap menjadi terang, yang hina dimuliakan, yang sesat diperi petunjuk keimanan. Keputraan baginda sewajibnya diingati sebaik mungkin bagi melahirkan rasa cinta,kasih dan sayang kepada baginda, seterusnya menghayati semangat perjuangan yang telah ditunjukkan oleh baginda dalam menyebarkan agama Islam yang suci.

Baginda diutuskan bagi membawa perubahan kepada seluruh alam, membawa masyarakat jahiliyyah yang keras hati kepada cahaya keimanan yang penuh dengan ketaqwaan dan berkasih sayang. Ianya bertepatan dengan hadis baginda yang bermaksud “Sesungguhnya aku telah diutuskan untuk menyempurniakan kemuliaan dan nilai Akhlaq."

Perjungan menyebarkan Islam bukanlah sesuatu perkara yang mudah, dakwah islam ini tidak dihamparkan dengan permaidani merah, tidak disajikan dengan hidangan istimewa, tidak nobatkan sebagai yang berkuasa, akan tetapi perjuangan menyebarkan dakwah Islam ini dihamparkan dengan ranjau berduri, disajikan dengan caci maki, dinobatkan sebagai pengkhianat dan sebagainya. Ini terbukti di dalam lipatan sejarah perjuangan nabi Muhammad saw dalam memperjuangkan agama Islam. Kesabaran serta kekuatan iman sebagai penguat kepada paksi perjuangan.

Episod permulaan nabi Muhammad saw dalam berjuang menegakkan Islam adalah secara rahsia di bumi Makkah, bermula di rumah al-arqam ibnu al-arqam baginda mengumpulkan kekuatan, berdakwah secara fardi dan memberikan tarbiah secara aman dengan menjaga kerahsiaan dalam setiap gerak geri demi untuk kebaikan serta kelangsungan dakwah Islam.

Setelah kekuatan dikumpul, perintah diterima bermulalah dakwah secara langsung atau terang terangan di khalayak masyrakat jahiliyyah, disana bermulanya cabaran yang cukup perit yang terpaksa dilalui oleh nabi juga para sahabat dalam usaha penyebarkan dakwah Islam. cabaran serta ujian sebagai satu tanda pertambahan iman.

Sejarah perjuangan nabi mengajar kita erti pengorbanan, mengajar kita erti persahabatan, mengajar kita erti segala2nya. Sejarah nabi Muhammad saw adalah sebagai satu paksi kepada sejarah dunia. Dr Mustafha as-siba'i menyebut dalam muqaddimah kitanya Duru wal-Ibar, Sejarah nabi Muhammad saw mempunyai kelebihannya yang tertentu diantaranya :

a) Ia sebagai satu sejarah yang paling sahih bagi sejarah para nabi. telah sampai kepada kita akan sejarah Nabi Muhammad saw berlandaskan torik yang diterima kebenaranya.

b) Sejarah kehidupan nabi sangat jelas dari segala aspek kehidupan. Bermula sejarah perkahwinan ayahnda baginda dengan ibunda Aminah sehinggalah saat baginda dilahirkan,dibesarkan, saat kanak-kanak, remaja, berkeluarga sehinggalah baginda wafat bertemu dengan yang maha pencipta.

c) Sejarah baginda melengkapi setiap aspek kehidupan manusia, dari segi keperibadian, kemasyarakatan, ekonomi, politik, stratigi peperangan, kerohaniaan jasadi dan sebagainya.

d) Sejarah baginda memberikan kepada kita bukti yang kukuh akan kebenaran ajarannya tanpa sebarang keraguan. Baginda diutuskan dalam keadaan tidak tahu menulis dan membaca membuktikan Al-quran bukanlah direka2 oleh baginda akan tetapi ia benar2 diwahyukan oleh Allah swt kepada baginda.


Ianya diperakui benar berlandaskan disiplin yang ketat dalam pengumpulan sejarah, orang-orang arab Islam mereka mempunyai satu ilmu yang disebut sebagai "fann ar-riwayah" berlandaskan ilmu ini mereka mengumpul segala maklumat yang telah ditapis dari pelagai sumber yang dianggap sahih.

Atas sifat seorang mukmin yang jujur,amanah dan adil, maka penulisan sejarah baginda Nabi Muhammad saw sudah pasti berada diatas landasan disiplin yang jauh lebih ketat, ini kerana penulisan terhadap sunnah baginda Nabi Muhammad saw adalah sebagai kunci utama bagi menjelaskan akan segala rahsia Al-quran.


Maka dengan kebenaran serta keuntuhan sejarah baginda Muhammad saw tidak hairanlah seorang pemikir sejarah barat Michael H. Hart telah meletakkan baginda Muhammad saw sebagai seorang tokoh yang menduduki rangking yang pertama dalam senarai seratus tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah dunia.

Sejarah merupakan satu kekuatan, tanpa kekuatan kita pasti akan lemah. Sejarah baginda Nabi Muhammad saw sebagai satu sokongan yang padu dalam memahami nas-nas Al-quran. Sukar bagi seserang untuk memahami maksud serta tujuan ayat itu diturunkan tanpa menguasai sirah rasulullah saw. Ini kerana setiap tindak tanduk baginda terhadap sesuatu isu dan situasi adalah tafsir yang sebenar oleh kita semua.

Bagaimana mungkin kita boleh mengatakan kita mencintai baginda sedangkan kita tidak mengetahui akan sejarah kehidupan baginda? Bagaimana mungkin juga kita mengaku sebagai seorang pejuang Allah sedangkan kita tidak dapat menghayati sejarah perjuangan baginda Nabi Muhammad saw?

Maka dengan kedatangan bulan Rabiulawwal ini, marilah sama-sama kita beruasaha sedaya upaya untuk meniliti serta menguasai sejarah baginda Muhammad saw. Marilah sama-sama kita menerapkan dalam jiwa dan raga kita akan kecintaan terhadap baginda Nabi Muhammad saw. Usah pedulikan pertelingkahan yang berlaku, asalkan ianya tidak bersalahan dengan syariat Islam serta dapat menatijahkan kecintaan yang mendalam terhadap baginda ayuh kita usahakan bersama.

Semoga kita semua memperoleh cinta Baginda Nabi Muhammad saw...


TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Rabiul Awwal, Permulaan Sejarah Terunggul dunia.

2/17/10

Mahasiswa Perubatan Zagazig Kemalangan.

Sekadar hiasan

16 februari 2010. Zagazig. Seramai 12 orang pelajar perubatan Zagazig telah terlibat dalam kemalangan jalan raya kira-kira jam 5.15pm. Kemalangan berlaku apabila knderaan yang mereka naiki untuk menghadiri seminar perubatan di Kaherah telah merempuh pembahagi jalan lalu terbalik sejurus selepas pemandu van terbabit cuba mengelak dari melanggar sebuah teksi. Mangsa yang tercedera ialah pemamdu van iaitu Ammu Azim, Mohd Zulkarnain bin Mohd Nor cedera dibahagian tangan kanan, W.Arislan Nasrullah W.Omar, W.Muhammad Faiz W.hassan, N.Muhammad Fitri Nik Afendi, Syazwan Mohd Noor, kesemua mereka cedera ringan, manakala yang lain dilaporkan stabil.


Marilah sama-sama kita mendoakan semoga kesemua sahabat seperjuangan yang terlibat di dalam kemalangan ini diberi kesihatan sepenuhnya oleh Allah s.w.t agar mereka mampu untuk meneruskan perjuangan di bumi Anbiya ini Insyallah...

Sumber : laman web DPMZ
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Mahasiswa Perubatan Zagazig Kemalangan.

2/14/10

Explorace DPMZ 2010 Mencapai Matlamatnya..

Tempat Pertama ( Gembira setelah berjaya )

12 Februari 2010, Dewan Dar Wehdah. Seramai 70 peserta telah mengambil tempat dalam pertandingan Explorace DPMZ 2010. Seawal jam 3 petang para peserta telah berkumpul di Dewan baru DPMZ bagi menunaikan solat asar berjemaah seterusnya berkumpul mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Sebanyak 10 kumpulan telah dibentuk bagi menghadapi cabaran ini. Pengerusi DPMZ Ust Muhammad Hanif Jamaluddin telah melepaskan para peserta untuk berentap tepat jam 4.45 petang sejurus selepas memberikan taklimat khusus mengenai Explorace DPMZ 2010.



Cabaran bermula di Masjid terbesar yang berada di Zagazig dan para peserta diberi arahan untuk solat maghrib berjemaah di sana seterusnya meneruskan misi masing-masing bagi memburu kejayaan. Antara klu check point yang harus ditempuhi oleh perara peserta adalah kedai O.E berhadapan dengan Misri Thoiran, Kamsis paling sikit penduduk, taman terbesar di Zagaizig dan sebagainya. Di setiap check point para peserta perlu bertemu dengan penjaga setiap chekpoint yang berkopiah putih bagi mendapatkan klu yang seterusnya.


Para peserta menunjukkan semangat berpasukan serta kesabaran yang sangat tinggi, walaupun terpaksa berpenat lelah namun perjuangan tetap diteruskan hingga ke penghujungnya. Tepat jam 8.50 malam pasukan yang pertama telah berjaya sampai ke check point yang terakhir disusuli kurang seminit oleh kumpulan yang kedua. pada jam 10 malam kesemua 10 pasukan berjaya menamatkan perjuangan mereka. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi DPMZ Ust Hanif Jamaluddin.

DPMZ mengucapakan tahniah kepada semua peserta kerna berjaya menamatkan misi explorace pada kali ini. Semangat berpasukan yang telah ditunjukkan hasil gabungan mahasisawa Al-Azhar dan perubatan haruslah dikekalkan sebaiknya, Ukhuwwah yang telah dibina sebaiknya jangan dirobohi dengan perselisihan pendapat malah wajib dihiasi dengan kemanisan sifat mahabbah dan mawaddah diantara kita. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada semangat mencipta kejayaan yang mendatang di dunia dan akhirat..

Tempat Kedua ( Berbeza hanya setengah saat, sapa yang wat lambat ni?? :P )

Tempat Ketiga ( Geng Otai berjaya menamatkan misi biarpun tersesat ke Zoo Zagazig hii )



Keempat ( tetap ceria walau dikejar anjing pada akhir check point huu )

kelima

keenam
ketujuh

Kelapan

Kesembilan

Kesepuluh

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Explorace DPMZ 2010 Mencapai Matlamatnya..

Sistem Ekonomi Islam & Konvensional ( 2 )




Ekonomi Campuran

Di samping itu ada juga sistem ‘klon’ yang lahir dari sistem-sistem tersebut yang disebut sebagai ekonomi campuran. Sebenarnya sistem ekonomi konvensional tidak ada sebarang sistem ekonomi yang tulen. Dalam sistem komunis ada juga cirri-ciri kapitalis.

Di Rusia para petani dibenarkan bercucuk tanam di atas tanah mereka di halaman rumah dan memiliki hasilnya. Mereka juga dibenarkan memiliki beberpaa ekor ternakan seperti ayam, babi dan biri-biri. Setengah-setengah negara seperti di Afrika dan Timur Tengah membentuk sistem campuran bebas dan sosialisme. Di bawah sistem ekonomi campuran, hakmilik harta boleh berubah dari hak milik individu secara mutlak kepada hakmilik negara sepenuhnya.

Nisbah di antara satu sama lain mungkin berubah dengan perkembangan ekonomi itu. Cara bagaimana sesebuah perusahaan itu dimulakan juga berbeza. Perusahaan kecil-kecilan mungkin dibiarkan kepada individu manakala perusahaan yang lebih besar menjadi hakmilik negara dan dijalankan oleh negara. Malaysia mempunyai sistem ekonomi campuran yang terbuka, berorientasikan eksport dan bergantung kepada mekanisma harga serta pasaran.

Perbezaan Dasar Sistem Ekonomi Islam dan Konvensional


Perbezaan dasar antara ekonomi Islam dan konvensional boleh dilihat dari beberapa sudut iaitu:

1.Sumber (epistemology) Sebagai sebuah addin yang syumul, sumbernya berasaskan kepada sumber yang mutlak iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah. Kedudukan sumber yang mutlak ini menjadikan Islam itu sebagai suatu agama (addin) yang istimewa berbanding dengan agama-agama ciptaan lain.

Al-Qur’an dan al-Sunnah ini menyentuh kita mempraktikkan ajaran wahyu tersebut dalam semua kehidupan termasuklah soal muamalat. Perkara-perkara asas muamalat dijelaskan di dalam wahyu yang melibatkan suruhan/galakan dan larangan.

Suruhan seperti makan dan minum menjelaskan tentang tuntutan keperluan asasi manusia, Penjelasan Allah s.w.t tentang kejadianNya untuk dimanfaatkan oleh manusia (Yasin ayat 34-35. 72-73) (an-Nahl ayat 5-8, 14, 80) menunjukkan bahawa alam ini disediakan begitu untuk dibangunkan oleh manusia sebagai Khalifah Allah (al-Baqarah ayat 30).

Larangan-larangan Allah s.w.t seperti riba (al-Baqarah ayat 275) perniagaan babi, judi, arak dan lain-lain kerana perkara-perkara tersebut menceroboh fungsi manusia sebagai khalifah tadi. Oleh itu sumber rujukan untuk manusia dalam semua keadaan termasuklah ekonomi ini adalah lengkap. Kesemuanya itu mejurus kepada suatu paksi iaitu pembangunan seimbang rohani dan jasmani manusia berasaskan tauhid.

Manakala ekonomi konvensional pula ianya tidak bersumber atau berlandaskan wahyu. Oleh itu ianya lahir dari pemikiran manusia yang boleh berubah bila-bila masa sahaja berdasarkan pengalaman atau maklumat yang baru. Kalau ada ketikanya diambil dari wahyu tetapu akal memprosesnya mengikut selera manusia sendiri kerana halatujunya ialah endapat pengiktirafan manusia bukan mengambil kira pengiktirafan Allah SWT.

Itu bezanya antara sumber wahyu dengan sumber akal manusia atau juga dikenali sebagai falsafah yang lepas bebas dari ikatan wahyu. Oleh itu sekalipun dapatan penyelidikannya adalah sama tetapi lahir dari kepompong yang berlainan. Tunjang yang tidak sama akan melahirkan implikasi yang berbeza kerana pakar ekonomi Islam bertujuan untuk mencapai al-falah di dunia dan akhirat, manakala pakar ekonomi sekular cuba menyelesaikan segala kemelut yang timbul tanpa ada pertimbangan mengenai soal ketuhanan dan keakhiratan tetapi keutamaannya hanyalah untuk kemudahan manusia di dunia sahaja.

2.Halatuju Kehidupan :

Halatuju ekonomi Islam membawa kepada konsep al-falah (kejayaan) di dunia dan akhirat tetapi ekonomi sekular untuk kepuasan di dunia sahaja. Ekonomi Islam meletakkan manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini di mana segala bahan-bahan yang ada di bumi dan di langit adalah dipermudahkan untuk manusia. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, matahari serta bulan dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu.

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya. Dan apa-apa jua yang dijadikan untuk kamu di bumi yang berlainan jenisnya (dimudahkan jua untuk kegunaan kamu).

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda bagi kaum yang mahu mengingati ni’mat Allah itu.” (Surah al-Nahl ayat 12 – 13) Kesemuanya adalah bertujuan untuk beribadat kepada Allah S.W.T sama ada berkaitan dengan soal ibadat yang khusus atau ibadat yang umum.Manusia merupakan makhluk yang tidak boleh bersendirian.

Oleh itu dalam soal pemilikan harta terdapat harta milik individu dan juga terdapat hak-hak harta yang menjadi hak masyarakat umum. Oleh itu sebarang pencabulan atau pencerobohan kepada hak milik orang lain adalah suatu kesalahan.

3. Konsep Harta Sebagai Wasilah:

Di dalam Islam harta bukanlah merupakan matlamat hidup tetapi adalah wasilah atau perantara bagi merealisasikan perintah Allah swt. Matlamat hidup yang sebenar ialah seperti firman Allah swt surah al An’am ayat 162 yang bermaksud: “Katakanlah: ‘Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah utnuk Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”

Merealisasikan perintah Allah swt yang sebenarnya ini akan membawa kepada ketenangan hidup yang hakiki. Setiap Muslim percaya bahawa Allah swt merupakan Pencipta yang mampu memberikan ketenangan hakiki bukannya harta. Untuk itu harta bukanlah tujuan sebenar kehidupan tetapi adalah sebagai jalan bagi mencapai nikmat ketenangan kehidupan di dunia dan berterusan hingga ke alam akhirat.

Ini berbeza dengan sekular yang meletakkan keduniaan sebagai matlamat yang tidak mempunyai kaitannya dengan Tuhan dan akhirat sama sekali. Ini sudah tentu berlawanan dengan Islam. Bagi merealisasikan matlamat hidup menurut aliran sekular ini mereka menggubal sistem-sistem mengikut selera nafsu mereka bagi memuaskan kehendak material mereka semata-mata.

Oleh kerana sistem sekular adalah berteraskan ekonomi buat untung tanpa mempedulikan apa-apa nilai wahyu, maka mereka mengutamakan kepentingan individu atau kepentingan golongan tertentu serta menindas golongan atau individu yang lemah dan tertindas di atas prinsip siapa kuat dialah yang berkuasa (survival of the fittest).

Antara sistem yang digubal ialah konsep riba. Riba bukanlah suatu yang baru. Ianya sudah lama dipraktikkan sejak dahulu lagi. Sebenarnya riba inilah yang membantut pertumbuhan ekonomi manusia. Ianya diibaratkan sebagai lintah yang menghisap darah manusia di mana akhirnya sisa-sisa hidup peminjam hutang secara riba terpaksa dihambakan kepada tuan punya harta tersebut yang semakin lama semakinbertambah hutangnya apabila bayaran gagal diselesaikan dalam tempohnya.

Di zaman tamadun Romawi misalnya apabila kaum wanita berkuasa dalam bidang ekonomi, mereka meminjamkan wang kepada suami mereka dengan kadar bunga yang tinggi dan akhirnya suami mereka menjadi hamba kepada mereka. Oleh kerana soal dunia sahaja yang dipentingkan maka kehidupan sekular ini hanya berpijak kepada memberi keseronokan peribadi sahaja dengan segala apa yang boleh didapati dengan segala cara yang ada. Inilah asas yang membezakan antara ekonomi Islam dengan sekular.

Di dalam Islam untuk mendapat keuntungan maka alternatif yang ada bukanlah berasaskan kepada riba tetapi berasaskan kepada sistem jual beli dan mudharabah. Di dalam Islam Allah s.w.t menjelaskan perbezaan antara riba dan jual beli iaitu jual beli adalah dihalalkan tetapi riba adalah diharamkan. Jual beli ialah kontrak yang berteraskan saling reda meredai tanpa sebarang hasutan atau matlumat yang palsu.

Setelah masing-masing berpuas hati maka dijalankan aqad yang jelas melalui ijab dan qabul. Sekalipun konsep jual beli ini nampak sama dengan sistem sekular tetapi sistem Islam adalah berteraskan niat yang ikhlas kerana Allah s.w.t. (yang menghubungkan dengan kejayaan akhirat – tidak seperti sistem sekular untuk kepentingan duniawi semata-mata) tanpa ada sebarang bentuk penipuan dan provokasi untuk kepentingan diri semata-mata.

Di samping itu juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan tidak terlibat dengan perkara yang merosakkan fungsi manusia seperti pernjualan barang-barang yang menyalahi syarak seperti arak, daging babi dan lain-lain. Di dalam sistem muamalat Islam pelaburan merupakan suatu yang tidak asing lagi diperkatakan. Di dalam hal ini sistem mudharabah adalah merupakan suatu yang praktikal untuk dilaksanakan.

Di samping ianya tidak berteraskan riba ia juga memberikan pengagihan keuntungan yang saksama kepada setiap pemodal atau sekiranya menganggung kerugian maka setiap pemodal menanggung kadar kerugian yang sama. Di dalam Islam tidak sepatutnya diizinkan pertarungan bagi membolot harta orang lain dan berusaha untuk mengaut untung menerusi pegangan saham orang lain serta merugikan pihak yang satu lagi (yang kalah bertarung) seperti mana yang berlaku di dalam bursa anjuran sekular.

Oleh kerana sistem Islam mengutamakan aktiviti pelaburan yang sihat dan mempunyai tujuan yang mulia maka aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti gharar adalah diharamkan. Gharar menurut bahasa ialah risiko yang tidak diketahui pada masa hadapan. Dari segi iatilahnya gharar boleh dikatakan sebagai sebarang bentuk pemalsuan yang tidak ketara pada asalnya termasuklah judi. Salah satu dari aktiviti gharar yang diharamkan ialah aktiviti spekulasi yang merbahaya. Spekulasi seperti ini tidak sama dengan perniagaan risiko tinggi. Spekulasi seperti ini sebenarnya adalah amalan judi kerana speculator mendapat untung di atas kerugian orang lain.

Manakala risiko tinggi pula ialah tidak membabitkan kerugian kepada orang lain tetapi mendapat keuntungan secara bersih dari usaha yang dilakukan. Dan kalaupun berlaku kerugian dengan sebab ijtihad yang salah, maka tidak ada pihak lain lagi akan mendapat keuntungan di atas kerugian kita dan begitulah sebaliknya.

Mengenai wang kertas emas dan perak, Islam meletakkkan emas dan perak adalah sebagai asset hakiki yang berharga yang menjadi kecenderungan manusia (al-‘Imran ayat 14) serta piawai bagi matawang dunia. Di dalam dunia moden pada hari ini penggunaan wang kertas menggantikan emas dan perak tidak asing lagi kepada kita. Pada dasarnya ianya tidak mendatangkan masalah sekiranya wang kertas tersebut benar-benar disandarkan kepada nilai sebenar emas dan perak.

Namun apa yang menjadi masalah kepada dunia sekarang ini ialah golongan sekular ini menggunakan apa sahaja demi kepentingan material mereka. Sebagai contoh duit dolar Amerika syarikat pada tahun 1970 di zaman Presiden Nixon sebenarnya mencipta kejatuhan nilai yang teruk tetapi telah diisytiharkan sebagai setara dengan nilai emas. Ini bermakna wang dolar tidak lagi disandarkan kepada emas bahkan pengeluaran wang dolar bukannya di bawah pengendalian Bank Negara tetapi diberikan kepada pihak swasta untuk mencetak wang iaitu Federal Reserve Bank tidak seperti di negara-negara lain diseluruh dunia yang di bawah pengendalian Bank Negara.

Problem Ekonomi


Sesetengah penulis cenderung untuk memperkatakan bahawa apabila wujud sistem ekonomi Islam maka sudah tentu tidak ada masalah sama sekali bahkan meletakkan masalah ekonomi itu ialah masalah manusia sendiri bukannya masalah pengeluaran. Oleh yang demikian mereka tidak gemar berbicara tentang aspek sumber yang terhad.

Pada hakikatnya sememangnya Allah SWT berkuasa membuka khazanah baru kepada manusia di alam ini dengan menyebut ‘Kun’ sahaja. Masalah ekonomi yang menjadi ujian Allah swt ini dengan mengambil petunjuk Ilahi iaitu wahyu sebagai kunci kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sekiranya kita melihat dari sudut ‘harta yang terhad ini’ semata-mata disebabkan tidak mengikut perintah Allah swt dan sekiranya mengikut segala perintah Allah swt maka tidak berlaku sama sekali masalah demikian, maka hal ini perlu difahami dengan wajar. Ini ialah kerana bukan semestinya apabila seseorang atau sesebuah negara itu beriman sebenar-benarnya, langsung tidak ada masalah di dunia ini dan harta semestinya menjadi cukup, tetapi ianya mungkin cukup atau mungkin tidak cukup.

Di zaman Khalifah Umar bin al-Khattab misalnya pernah berlaku masalah tidak cukup makanan. Apakah di zaman Umar kita boleh anggap bahawa pemerintahan Islam tidak bagus sedangkan dalam sejarah Islam begitu jelas sekali sifat keadilan dan ketaqwaannya dan beliau tergolong di dalam senarai Khulafa’ al-Rasyidin. Oleh yang demikian boleh kita katakan sumber yang terhad ini yang mungkin berlaku pada satu masa tertentu mungkin merupakan salah satu dari ujian Allah swt seperti di dalam firmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 155-157 yang bermaksud: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta benda dan jiwa serta tanaman.

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang sabar: iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. Mereka ini ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya”.

Walaupun sekali imbas ianya kelihatan tidak baik dan tidak disukai tetapi boleh jadi yang tidak disukai itu adalah kebaikan bagi kita sepeti tahu mensyukuri ni’mat Allah apabila melimpah ruah, tahu berjimat cermat dan tidak membazir, mematangkan pemikiran kita dan sebagainya. Apatah lagi terlalu banyak bahan-bahan makanan halal dan baik-baik yang dijadikan oleh Allah swt kepada kita sama ada ianya asasi atau tidak asasi (manakala jenis-jenis makanan yang diharamkan adalah sedikit sahaja)

Sekalipun masalah-masalah ini tetap ada di mana-mana yang termasuk sebagai ujian Allah swt maka Islam memberikan alternatifnya dengan berbagai-bagai cara. Untuk itu setiap manusia sebagai khalifah Allah swt mestilah bertaqwa, berusaha dan berdoa untuk mendapat jawapan bagi setiap permasalahan seperti berusaha menyusun pengagihan yang adil, menghapuskan riba, mentadbir sistem zakat secara berkesan dan lain-lain.

Satu perkara lagi yang perlu disedari bahawa bencana kepada manusia bukan sahaja bersifat kemiskinan tetapi juga kemewahan. Negara-negara barat yang dianggap maju dan membangun seperti Amerika Syarikat yang menhadapi masalah sakit jiwa dan kadar jenayah yang tinggi. Dari segi kepuasan, kebiasaannya manusia tidak pernah puas dan cukup dengan apa yang ada.

Dari satu segi ketidakpuasan ini ada juga bersifat positif iaitu tidak puas dengan amalan kebajikan yang dilakukan bagi mendapat keredaan Allah swt untuk mencapai al-falah di akhirat, melahirkan kreativiti bagi memantapkan fungsi sebagai manusia mengikut syariat Allh swt, menggalakkan usaha dan produktiviti yang lebih agar lebih dapat membantu dan memajukan diri sendiri, keluarga dan negara mengikut syariat Allah swt dan lain-lain lagi yang tidak keluar dari niat kerana Allah swt dan mengikut landasan syariat untuk keredhaan Allah swt.

Dari sudut kepuasan yang negated pula ialah bersifat menurut hawa nafsu tanpa memikirkan maslahat orang lain atau maslahat umum tetapi hanya untuk kepentingan diri semata-mata. Apa yang dipentingkan ialah kepuasan sendiri sahaja dengan berbagai cara tanpa melihat dari segi aktiviti tersebut mengikut landasan syariat atau tidak, ataupun aktiviti mengikut syariat tetapi niat seseorang itu tidak mengarahkan hanya kepada Allah swt untuk mencapai kebahagiaan di hari akhirat kelak tetapi hanya terhad untuk kepentingan duniawi semata-mata.

Bertitik tolak dari ini lahirlah aliran kapitalis yang menaja sistem ekonomi buat untung dengan segala cara bagi mencapai matlamat yang diinginkan. Walau bagaimanapun masalahnya yang berlaku, sepatutnya tidak menjadi alasan kepada manusia untuk mengelakkan diri dari mempraktikkan sistem ekonomi Islam (dan juga sistem-sistem lain secara menyeluruh) kerana ianya adalah suatu tuntutan kepada penyelesaian masalah manusia.

Mungkin ianya tidak ketara dari sudut harta tetapi menonjol dari segi keberkatan yang lain seperti tidak banyak berlaku keganasan manusia dan ketenangan jiwa, kesihatan manusia, ternakan dan lain-lain. Sesungguhnya Allah swt mampu segala-galanya dan Dia menyediakan kepada kita segala-galanya. Pokok pangkalnya apa yang diamanahkan kita itulah sepatutnya dilaksanakan. Soal natijah itu hendaklah diserahkan kepadaNya. Apa yang penting ialah merealisasikan perintahNya berdasarkan aqidah dan keyakinan yang kental berserta dengan praktikal doa dan usaha yang gigih.

Kaedah-kaedah Asas Dalam Sistem Ekonomi Islam

Oleh kerana sistem ekonomi Islam bermatlamatkan mencari keredhaan Allah swt semata-mata yang berbeza dengan sistem ekonomi konvensional, maka terdapat garis panduan bagi menjadikan sistem ekonomi itu teratur, seimbang dan diredai oleh Allah swt serta membahagiakan sesama manusia.

1.Harta merupakan hak Allah swt yang mutlak Ini merupakan rukun asasi dalam akidah Muslim seperti firman Allah swt yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki”.

Manusia sebagai khalifah dimuka bumi, maksud firmanAllah: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi” bertanggungjawab untuk menggunakan dan membelanjakan apa sahaja yang dikurniakan oleh Allah swt di muka bumi mengikut perintah Allah swt: “Dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu sebagai wakil untuk menguasainya”.

Bertitik tolak dari inilah dasar kebebasan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini terkandung menerusi amalan pemikirannya bagi mencari pendekatan kaedah-kaedah pelaburan, penggunaan sumber-sumber alam dan usaha-usaha dalam batas-batas yang diredhai Allah swt.

2.Aktiviti perekonomian merupakan suatu ibadat Unsur asasi untuk mendapatkan rezeki ialah pekerjaan.Lantaran itulah kita dapati Islam memberi penekanan dari segi kerja dan menyeru manusia agar bekerja bagi menghasilkan maslahat dunia dan akhirat. Firman Allah swt yang bermaksud: “Apabila selesai sembahyang maka bertebaranlah di muka bumi dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu berjaya (dunia dan akhirat)”.

Dengan ini aktiviti ekonomi termasuklah aktiviti pasar merupakan suatu ibadat. Umar al-Khattab berkata: “Tidak ada seorang rakyat yang datang kepadaku lalu ia meninggal, lebih aku cintai melainkan yang berurusan jualbeli denganku untuk keperluan kaum keluargaku”. Al-Qurtubiy di dalam tafsirnya mengenai surah al-Saf ayat 10 –12 menyifatkan perniagaan adalah sebagai jihad.

3.Asal sesuatu adalah harus Sesungguhnya asal bagi ciptaan Allah swt terhadap sesuatu ialah halah dan harus, tidak diharamkan kecuali terdapat dalil nas yang jelas mengharamkannya. Ini adalah pendangan majority ulama’ Islam.

Oleh itu segala aktiviti adalah harus dan halal selagi tidak melibatkan diri dengan yang diharamkan oleh Allah swt menerusi nas. Walau bagaimanapun larangan Allah swt tidak banyak berbanding dengan aktiviti yang harus dan halal yang begitu luas.

4.Uruf dan adat diambil kira dalam transaksi Uruf ialah adat yang dipraktikkan di kalangan manusia, manakala adat yang khas bagi individu-individu tidak dinamakan uruf. Adat dan uruf pada asalnya mempunyai makna yang sama tetapi ahli-ahli usul dan ahli-ahli Fikh menentukan bahawa uruf adalah lebih umum dari adat.

5.Mencapai Maslahat Khas dan Am

b)Intipati syariah ialah maslahah seperti kata Imam al-Syatibiy: (sesungguhnya diletakkan syariah itu ialah untuk kemaslahatan hamba di dunia dan akhirat)

ii)Mengambil kira maslahah individu dan maslahah ramai/umum. Kaedah ini yang membezakan antara sistem kapitalis dan Sosialis/Komunis di mana kapitalis yang menekankan maslahah individu manakala Sosialis menekankan maslahat umum.

iii) Mengutamakan maslahah umum apabila bercanggah dengan maslahah individu. Di antara kaedah fikah di dalam soal ini ialah: (Apabila berlaku dua kerosakan, hendaklah dipilih yang paling ringan)

6.Mengetahui hukum-hakam Seseorang yang ingin bermuamalat semestinya mengetahu tentang soal hukum hakam, haram dan halal serta memenuhi syarat yang ditetapkan. Menurut Imam Nawawi, seseorang yang berurusan di dalam ekonomi sekurang-kurangnya dapat mengetahui hukum h akam yang lahirnya diketahui oleh orang ramai.

Penutup


Sistem ekonomi Islam atau dikenali sebagai muamalat adalah suatu sistem yang mantap kerana berdasarkan wahyu yang jelas dari Yang Maha Berkuasa iaitu Allah swt. Namun ianya menjadi agak complicated terutamanya akhir-akhir ini, disebabkan kerana terikut dengan rentak dan cara hidup serta pendidikan barat yang mengabaikan aspek yang paling penting kepada manusia iaitu pembangunan manusia hakiki berteraskan paradigma tauhid bagi menuju pengiktirafan Allah swt bagi mencapai al-falah dan bukannya semata-mata bangunan yang barangkalinya didiami oleh manusia-manusia yang ketandusan jiwa dan akhlaknya

Oleh Sabri Haron
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Sistem Ekonomi Islam & Konvensional ( 2 )