kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

3/3/10

Festival Zagazig 2010 : Nostalgia Festival Zagazig.....

Perintis..... barisan AJK Pelaksana yang banyak berjasa kepada Festival Zagazig 2008

Zagazig telah mengalami peningkatan dari segi jumlah ahli semenjak 3 tahun lalu.Populasi ahli DPMZ yang sebelumnaya hanya berjumlah sekitar 100 sehingga 150 telah mengalami perubahan mendadak akibat kemasukan ramai mahasiswa Perubatan pada 2006 dan 2008.Oleh itu, DPMZ telah cuba untuk menaik taraf dan membina program-program yang dapat memberi manfaat kepada seluruh ahli sama ada dari kalangan Pengajian Islam mahupun Perubatan.Lalu, terciptalah sebuah program mega yang diberi nama "The Annual Festival Thaqafah And Ukhuwwah Of Zagazig" atau singkatannya "Festival Zagazig" pada Mac2008.

Program ini adalah hasil cetusan idea AJKT DPMZ semasa sesi pentadbiran UsMuhammad Mumtaz Harun sebagai Pengerusi DPMZ ke-15.Beliau bersama para AJKT memikirkan kaedah untuk menggabungkan pengisian ilmiah, tarbiyah dakwah, acara kesenian dan sukan serta pemantapan ekonomi di dalam sebuah program supaya dapat meraikan seluruh ahli DPMZ yang mempunyai pelbagai minat dan kecenderungan tertentu terhadap sesetengah perkara di samping memantapkan ukhuwwah sesama ahli.

Festival Zagazig 08..... permulaan era baru DPMZ

Catatan baru..... buat kali pertama aktiviti bazar wujud di Zagazig

Penyeri majlis..... Bazli UNIC hadir sebagai penyanyi undangan pada Malam kesenian Islam

Festival Zagazig 2008


Festival Zagazig dilaksanakan pada minggu DPM iaitu masa yang telah diberikan oleh Lajnah Perancang PMRAM bagi seluruh DPM untuk program mega.Antara DPM lain yang telah meneroka hari kebudayaan seperti Festival Zagazig ialah DPM Tanta melalui program "The Symposium Of Malaysian Students In Tanta" (EMINENT) dan DPM Damanhur melalui MINDA.DPMZ pada sesi sebelum ini tidak pernah mengadakannya sehinggalah Mac 2008.Pengarah bagi Festival Zagazig yang pertama ialah Us Muhammad Najib Hanafiah.Festival Zagazig yang diadakan pada ketika itu dianjurkan bersama oleh Unit Pengetahuan Dan Pendidikan, Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan dan Unit Kebudayaan, Kesenian Dan Sukan.Temanya ialah "Kemantapan Thaqafah Peribat Ukhuwwah Sejati" pada 9-13 Mac 2008.Program ini telah diadakan dengan jayanya oleh pihak Ahli Jawatankuasa Kerja Festival Zagazig 2008.


Festival musim panas..... sambungan daripada sambutan menggalakkan ahli pada festival sebelumnya

Menarik...... Summer Festival 08 menyajikan pengisian menarik buat ahli

Bazaria festival..... berlangsung dengan jayanya

Summer Festival 2008

Setelah kejayaan Festival Zagazig 2008, DPMZ terus mengadakan Summer Festival pada 11-14 Julai 2008.Antara pengisian menarik ialah "Islamic Basic Preparation For The Muslim Futurity" yang mengandungi kursus asas Islam seperti kursus jenazah, sembelihan dan tahnik, futsal Piala Pengerusi dan sukan dalaman serta Muzakarah Berkelompok Gabungan.Bazar juga mendapat sambutan menggalakkan daripada ahli.

Festival Zagazig 09..... terus mendapat tempat di hati ahli DPMZ

Festival Zagazig 2009

Pada 9-14 Mac 2009, Jabatan Pengerusi DPMZ telah mengadakan program ini untuk tahun yang kedua.Sambutan yang diterima daripada ahli amat menggalakkan.Pengisian Ilmiah yang diadakan menyajikan pengisi terbaik dari seluruh Mesir sama ada dari Pengajian Islam mahupun Perubatan.Aktiviti bazar juga menwarkan sajian menarik kepada para pengunjung.Selain itu, bakat seni ahli juga digilap melalui pertandingan kesenian yang mengandungi nasyid, deklamasi sajak dan pementasan drama.Pengarah Festival 2009 iaitu Us Mohd Dzakwan Mohd Ikhsan bersama-sama para AJK telah berjaya memberikan impak yang hebat kepada festival pada tahun tersebut.

Festival Zagazig 10..... nantikan kemunculannya Mac ini

Tapak Bazar..... tempahan dibuka kepada semua dengan harga berpatutan

Festival Zagazig 2010

Festival Zagazig 2010 bakal diadakan pada 8-14 Mac 2010 dengan tema "Membina Generasi Pentajdid Ummah".Festival pada tahun ini menawarkan pengisian yang lebih menarik.Pengisian ilmiah yang bakal diadakan ialah pengisian mengenai thaqafah agama dan perubatan oleh para pengisi seperti Us Nazrul Nasir, Us Salman Maskuri, Us Mukri, Us Farkhan Md Zain dan ramai lagi.Pertandingan kesenian juga diadakan seperti biasa dan buat pertama kalinya acara kesenian untuk mahasiswi diadakan pada tahun ini.Acara lain yang menarik ialah "Sukan Tradisional" seperti galah panjang, sepak raga, balin selipar, tarik tali dan banyak lagi khas untuk mahasiswa.Seperti tahun-tahun sebelumnya, aktiviti bazar juga akan diadakan.DPMZ mengajak seluruh ahli menyertai Festival ini yang akan dimulakan dengan majlis perasmian pada 8 Mac ini bersama-sama pengisian oleh us Salman Maskuri dan pembukaan bazar.Ayuh bersama kita meriahkan Festival zagazig 2010, semoga ianya menjadi penaut ukhuwwah sesama kita.

No comments: