kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

2/7/10

Sinai Untuk Yang ke 4 kalinya..


Sina 2009

Kesihatan tubuh badan merupakan satu dari berjuta kenikmatan yang telah Allah kurniakan kepada kita, setinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t atas kenikmatan yang cukup besar ini, tanpa kesihatan tubuh badan manusia tidak mampu untuk melakukan sebarang bentuk pekerjaan, tanpa kesihatan akal fikiran manusia tidak mampu untuk berfikir sewaras insan lain..

Alhamdulillah ku bersyukur dengan segala nikmat itu dan dengan keizinanNya buat kali yang ke empat kalinya ku akan bertandang ke tanah kesan peniggalan para nabi dan insan2 kekasih Allah. Pasti pengembaraan kali ini amat menyeronokkan kerana mengabungkan dari semua ganerasi mahasiswa zagazig juga mahasiswa dari muhafazah lain iaitu Damanhur, dan yang paling menarik kami disertai oleh sahabat dari jordan dan salah seorangnya abang kepada musyrif untuk jaulah kali ini :)


Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah; Karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul). (QS. 3:137)

Katakanlah:"Berjalanlah kamu (di muka) bumi, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa." (QS. 27:69)

Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang diderita) oleh orang-orang yang sebelum mereka Orang-orang itu adalah lebih kuat dari mereka (sendiri) dan telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkannya lebih banyak dari apa yang telah mereka makmurkan.Dan telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata.Maka Allah sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri. (QS. 30:9)

Apa yang diharapkan ialah natijah dari kembara Sinai ini dapat memberi kesan yang sangat positif pada semua peserta serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kami semua.. Doakan semoga perjalanan in diberkati oleh Allah serta selamat pergi dan kembali ke tanah air tercinta bumi Zagazig..

No comments: