kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

2/19/10

Rabiul Awwal, Permulaan Sejarah Terunggul dunia.



Arkib DPMZ :- www.dpmz.blogspot.com

"Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas) Al-fath 48:29

Rabiulawal kini kembali lagi, bulan keberkatan, bulan kelahiran junjungan besar nabi kita Muhammad saw. Sejarah kelahiranya membawa sejuta kerahmatan, memberi sejuta kesejahteraan kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini. Yang hitam menjadi putih, yang gelap menjadi terang, yang hina dimuliakan, yang sesat diperi petunjuk keimanan. Keputraan baginda sewajibnya diingati sebaik mungkin bagi melahirkan rasa cinta,kasih dan sayang kepada baginda, seterusnya menghayati semangat perjuangan yang telah ditunjukkan oleh baginda dalam menyebarkan agama Islam yang suci.

Baginda diutuskan bagi membawa perubahan kepada seluruh alam, membawa masyarakat jahiliyyah yang keras hati kepada cahaya keimanan yang penuh dengan ketaqwaan dan berkasih sayang. Ianya bertepatan dengan hadis baginda yang bermaksud “Sesungguhnya aku telah diutuskan untuk menyempurniakan kemuliaan dan nilai Akhlaq."

Perjungan menyebarkan Islam bukanlah sesuatu perkara yang mudah, dakwah islam ini tidak dihamparkan dengan permaidani merah, tidak disajikan dengan hidangan istimewa, tidak nobatkan sebagai yang berkuasa, akan tetapi perjuangan menyebarkan dakwah Islam ini dihamparkan dengan ranjau berduri, disajikan dengan caci maki, dinobatkan sebagai pengkhianat dan sebagainya. Ini terbukti di dalam lipatan sejarah perjuangan nabi Muhammad saw dalam memperjuangkan agama Islam. Kesabaran serta kekuatan iman sebagai penguat kepada paksi perjuangan.

Episod permulaan nabi Muhammad saw dalam berjuang menegakkan Islam adalah secara rahsia di bumi Makkah, bermula di rumah al-arqam ibnu al-arqam baginda mengumpulkan kekuatan, berdakwah secara fardi dan memberikan tarbiah secara aman dengan menjaga kerahsiaan dalam setiap gerak geri demi untuk kebaikan serta kelangsungan dakwah Islam.

Setelah kekuatan dikumpul, perintah diterima bermulalah dakwah secara langsung atau terang terangan di khalayak masyrakat jahiliyyah, disana bermulanya cabaran yang cukup perit yang terpaksa dilalui oleh nabi juga para sahabat dalam usaha penyebarkan dakwah Islam. cabaran serta ujian sebagai satu tanda pertambahan iman.

Sejarah perjuangan nabi mengajar kita erti pengorbanan, mengajar kita erti persahabatan, mengajar kita erti segala2nya. Sejarah nabi Muhammad saw adalah sebagai satu paksi kepada sejarah dunia. Dr Mustafha as-siba'i menyebut dalam muqaddimah kitanya Duru wal-Ibar, Sejarah nabi Muhammad saw mempunyai kelebihannya yang tertentu diantaranya :

a) Ia sebagai satu sejarah yang paling sahih bagi sejarah para nabi. telah sampai kepada kita akan sejarah Nabi Muhammad saw berlandaskan torik yang diterima kebenaranya.

b) Sejarah kehidupan nabi sangat jelas dari segala aspek kehidupan. Bermula sejarah perkahwinan ayahnda baginda dengan ibunda Aminah sehinggalah saat baginda dilahirkan,dibesarkan, saat kanak-kanak, remaja, berkeluarga sehinggalah baginda wafat bertemu dengan yang maha pencipta.

c) Sejarah baginda melengkapi setiap aspek kehidupan manusia, dari segi keperibadian, kemasyarakatan, ekonomi, politik, stratigi peperangan, kerohaniaan jasadi dan sebagainya.

d) Sejarah baginda memberikan kepada kita bukti yang kukuh akan kebenaran ajarannya tanpa sebarang keraguan. Baginda diutuskan dalam keadaan tidak tahu menulis dan membaca membuktikan Al-quran bukanlah direka2 oleh baginda akan tetapi ia benar2 diwahyukan oleh Allah swt kepada baginda.


Ianya diperakui benar berlandaskan disiplin yang ketat dalam pengumpulan sejarah, orang-orang arab Islam mereka mempunyai satu ilmu yang disebut sebagai "fann ar-riwayah" berlandaskan ilmu ini mereka mengumpul segala maklumat yang telah ditapis dari pelagai sumber yang dianggap sahih.

Atas sifat seorang mukmin yang jujur,amanah dan adil, maka penulisan sejarah baginda Nabi Muhammad saw sudah pasti berada diatas landasan disiplin yang jauh lebih ketat, ini kerana penulisan terhadap sunnah baginda Nabi Muhammad saw adalah sebagai kunci utama bagi menjelaskan akan segala rahsia Al-quran.


Maka dengan kebenaran serta keuntuhan sejarah baginda Muhammad saw tidak hairanlah seorang pemikir sejarah barat Michael H. Hart telah meletakkan baginda Muhammad saw sebagai seorang tokoh yang menduduki rangking yang pertama dalam senarai seratus tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah dunia.

Sejarah merupakan satu kekuatan, tanpa kekuatan kita pasti akan lemah. Sejarah baginda Nabi Muhammad saw sebagai satu sokongan yang padu dalam memahami nas-nas Al-quran. Sukar bagi seserang untuk memahami maksud serta tujuan ayat itu diturunkan tanpa menguasai sirah rasulullah saw. Ini kerana setiap tindak tanduk baginda terhadap sesuatu isu dan situasi adalah tafsir yang sebenar oleh kita semua.

Bagaimana mungkin kita boleh mengatakan kita mencintai baginda sedangkan kita tidak mengetahui akan sejarah kehidupan baginda? Bagaimana mungkin juga kita mengaku sebagai seorang pejuang Allah sedangkan kita tidak dapat menghayati sejarah perjuangan baginda Nabi Muhammad saw?

Maka dengan kedatangan bulan Rabiulawwal ini, marilah sama-sama kita beruasaha sedaya upaya untuk meniliti serta menguasai sejarah baginda Muhammad saw. Marilah sama-sama kita menerapkan dalam jiwa dan raga kita akan kecintaan terhadap baginda Nabi Muhammad saw. Usah pedulikan pertelingkahan yang berlaku, asalkan ianya tidak bersalahan dengan syariat Islam serta dapat menatijahkan kecintaan yang mendalam terhadap baginda ayuh kita usahakan bersama.

Semoga kita semua memperoleh cinta Baginda Nabi Muhammad saw...


No comments: