kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

2/3/10

Bedah Kutaib :Tanggung Jawap Pemuda Islam Hari Ini, (1)



Keadaan dunia Islam dan kepentingannya..



Jenis pertama :

Negara dimana orang2 Islam merupakan kumpulan minoriti dan tampuk pemerintahannya berada di tangan orang lain ( bukan Islam)


Jenis kedua :

Negara yang majoriti penduduknya terdiri daripada orang2 Islam dan merka sendri yang menerajui pemerintahan.

kelompok yang kedua ini lebih penting dari kelompok yang pertama mengikut ukuran biasa. Kerana nasib umat Islam di dunia ini benar-benar bergantung di atas maju atau mundurnya kelompok kedua ini, berdasarkan sistem yang dipilih untuk diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.

Apabila akidah, pemikiran dan dakwah tadi telah kalah dalam kandang sendiri atau kedudukan terhina maka sudah terang orang-orang mukmin yang bertaburan disana sini di segenap pelusuk alam tidak akan di tanggung oleh bumi dan diteduhi oleh langit.

MASA DEPAN NEGARA ISLAM IALAH MASA DEPAN UMATNYA

- apakah keadaan yang sedang berlaku di negara-negara ummat Islam hari ini ? - apakah sebab dan faktornya ? - dan apakah cara dan metod yang mesti diikuti oleh orang-orang yang berkerja keras untuk membela nasib umat Islam ?

PENJAJAHAN TANAH AIR BERUBAH KEARAH PENJAJAHAN FIKIRAN

Seburuk-buruk kesan yang kita terima dari serangan penjajahan barat ini ialah jatuhnya kita ke dalam lembah kehinaan yang amat ketara dari sudut kelemahan fikiran, keruntuhan moral dan peniruan kebudayaan barat.


ANTARA TAKTIK MUSUH ISLAM

PERTAMA :
Merombak sistem pelajaran dan pendidikan adalah antara menjadi tujuan penjajahan . Menghapuskan sistem pelajaran dan pendidikan kita jika mereka mampu. Menjadikan orang-orang yang berkelulusan menurut sistem pelajaran kita tidak ubah seperti barang yang tidak berharga.

KEDUA :
Menukar dan menghapus bahasa tempatan umat Islam dengan mengunakan cara yang halus.

KETIGA :
Membentuk angkatan baru yang buta (jahil) Islam. Generasi ini telah dicelup aliran pemikiran nya sehingga caracara berfikir dan pandangan mereka terhadap perilaku sesuatu itu mengikut kacamata materialisma barat.

MENIRU GAYA HIDUP BUKAN ISLAM

PERTAMA : Meniru bahasa dan gaya hidup penjajah.

- Mereka menganggap bahawa bahasa sendiri adalah satu keaibpan sementara bercakap dalam bahasa penjajah satu kebanggaan bagi mereka. - Ada pula orang-orang Islam yang merasa bangga kerana mereka menyeleweng dari landasan Islam. - Mereka merombak tamaddun Islam yang luhur ini dengan segala makian atau tuduhan dan menganggap dengan berbuat begitu, itu adalah cara untuk menambahkan kemuliaan.


KEDUA : Meniru pakaian dan fesyen penjajah.

KETIGA : Meniru cara makan atau minum dan adat istiadat penjajah.

- Golongan yang berhaluan barat tanpa merasa malu berusaha untuk meniru cara hidup orang-orang barat dalam semua aspek - kecil dan besar. - Mereka telah terhidu fahaman kebendaan (materialisma), idealisma (fikiran yang tidak mengaku kewujudan tuhan) seperti nasionalisma jahiliah, pergaulan bebas, mendedahkan aurat dan mabuk.

TEKNIK MENGANGKAT TARAF ORANG YANG JAHIL TENTANG ISLAM

- Yetiap orang Islam yang mula mendapat menerima celupan barat dan menjauhi ciri-ciri Islam akan segera diberikan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat.
- Mereka mendapat keistimewaan dalam lapangan politik dan sosial.
- kemerdekaanpun tercapai, maka biasanya tampok pimpinan pasti kembali ke tangan mereka ini. Oleh kerana mereka adalah orang-orang yang menguasai bahasa dan tabiat penjajah dan yang paling dekat dengan penjajah.
- Takkala bayang penjajah mulai hilang dari negeri-negeri ummat Islam, maka tampok pemerintahan dan kuasa memutuskan undangundang (kekuasaan mesyuarat tertinggi ) berpindah kepada golongan ini. Ketika itu jadilah mereka sebagai pengganti penjajah di bumi ummat Islam.



KESAN-KESAN PENJAJAH

1. MEROSAKKAN AKHLAK UMMAT

-Penjajah telah mengekalkan mereka (anak2 negeri yang dijajah) supaya mereka tetap hidup dalam kejahilan dan dengan merosakkan akhlak mereka.
- Penjajah memguat kuasakan undang-undang mereka yang diekspot ke negara-negara Ummat Islam sebagai ganti perundangan dan Syariat Islam.
- Mereka membiasakan anak tempatan hidup di atas dasar dan cara hidup yang bukan Islam.

2. MENJAUHKAN ULAMAK DARI MEMIMPIN MASYARAKAT DAN TERAJU POLITIK

- Para alim ulama itu akhirnya menjauhkan diri dari teraju pemerintahan negara dan tidak mencebur diri dalam masalah politik dan sosial, hingga lama kelamaan mereka tidak lagi mampu dan layak untuk membimbing umat dalam bidang politik.
- Mereka tidak dibenarkan menyertai secara langsung didalam pentadbiran negara di zaman selepas kemerdekaan. Tugas mereka dari sudut sosial hari ini tidak lebih dari tugas brek pada enjin kereta. Mereka hanya dapat mempertahankan sedikit sebanyak kelajuan perjalanan hidup sosial.

3. MEMBENTUK SERTA MENYOKONG GERAKAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN YANG PALSU.

- Gerakan-gerakan kemerdekaan yang lahir di negara-negara Islam yang dipimpin oleh golongan barat tidak dapat menggerakkan orang-orang Islam dan berhujjah untuk membangkit semangat orang ramai untuk menyokong gerakan mereka tanpa digerakkan di atas nama Agama. Ianya perlu mempergunakan slogan 'mengembalikan keagungan Islam' dll. Mereka menyeru orang ramai dengan nama Allah dan Rasulnya.
- Mereka mempertentangkan antara Islam dengan kufur. Ini membuat hati orang ramai bertambah cenderung kepada seruan dan laungan mereka dan dapat menggerakkan supaya rakyat mencurahkan tenaga dan jiwa untuk tujuan ini.


p/s : remaja zaman lani sudah bnyak terpengaruh dengan anasir2 yang secara khususnya dicipta oleh barat sendri.. SEDARLAH WAHAI REMAJA!! ANDA TELAH DIJAJAH!!! mulakan langkah baru agar kita dapat merealisasikan impian untuk membina sebuah keluarga juga daulah islamiah InsyalAllah aminn..

bersambung :).... nak gi dewan baru lak :)

No comments: