kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

2/6/10

Bedah Kutaib :Tanggung Jawab Pemuda Islam Hari Ini, (2)



DUA HAKIKAT PENTING DI GELANGGANG POLITIK YANG MESTI DIKETAHUI OLEH PEJUANG ISLAM

PERTAMA:

Sesungguhnya Allah telah menurunkan bala ke atas penduduk yangatheis, yang berterusan dalam kefasikan. Allah telah menurunkan bala kepada penyeru yang menghalalkan segala-galanya. Allah telah memecahkan mereka menjadi berpuakpuak, sebahagian dari mereka menggunakan kekuatan dalam usaha menghancurkan sebahagian yang lain. Inilah di antara kelebihan-kelebihan Allah yang dikurniakan kepada hamba-hambanya.

KEDUA:

Jiwa penganut Islam tidak kurang semangat mereka terhadap Islam dan kemuliaan. Apa sahaja usaha dan perbuatan meruntuh dan menghancur yang dilakukan oleh pemimpin dan penyeru sekular tidak melemahkan mereka.

Apabila ada satu jemaah yang cergas, cukup lengkap dengan syarat keahliannya untuk menjalankan peranan kepimpinan dan pentadbiran, jemaah yang tegak di atas keimanan yang kuat dengan berpegang teguh kepada Islam, yang bangun di atas akidah yang kuat dengan dasar Islam dan keazaman yang benar untuk mengorbankan segala2 pada jalan ini. Allah akan memberi kemenangan kepada mereka di dalam pertempuran yang menentukan di antara yang haq dengan yang batil.


KEWAJIPAN PEMUDA ISLAM

1- Memperbetulkan budipekerti yang telah menyeleweng, memperbaiki adat yang telah rosak sehingga dapat memperlihatkan perkara secara praktikal bagi Islam.

2- Mencurahkan segala apa yang termampu melalui fikiran dan tenaga bekerja yang Allah kurniakan kepada kita untuk berdakwah.

3- membebaskan fikiran dan jiwa orang Islam dari meniru orang-orang barat. Menghancurkan berhala-berhala dan teori-teori barat kerana teori ini telah banyak menipu segolongan orang-orang Islam sejak zaman berzaman.

4- Bertugas menyusun dan membentangkan undang-undang Islam yang bersangkutan dengan kehidupan manusia dengan cara-cara yang paling munasabah dan mudah dalam mempraktikan supaya dapat menarik dan meyakinkan generasi baru bahawa undang-undang Islam itu adalah betul dan baik.

5- Menggabungkan tiap-tiap orang yang berminat dengan dakwah Islamiyah kepada usrah.

6- Menyusun orang-orang yang ada di kalangan mereka dalam satu jemaah yang kuat, yang mempunyai disiplin yang kukuh dan mempunyai perlembagaan yang utuh.

7- Bekerja keras menyebar dakwah di kalangan orangorang awam hingga anda boleh menyingkap kabus kejahilan mereka.

8- Bekerja keras memperbaiki budi pekerti mereka, meninggikan taraf pemikiran dan fahaman mereka terhadap Islam supaya mereka dapat berdiri tegak dan teguh dalam menghadapi serangan ideologi, seruan kepada maksiat dan kefasikan yang sedang bermaharaja lela.


9- Jangan cuba membangun dasar-dasar Islam di atas asas yang tidak sihat, di atas tiang seri yang lemah dan di atas tunjang yang bergoyang.

10- Menghayung langkah kehadapan dan setiap langkah mestilah berwaspada, bijaksana dan berhati-hati. Jangan terlalu cepat menghayung langkah baru sebelum mengulangi hasil langkahan anda dahulu serta menganalisa natijahnya.

No comments: