kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

1/2/10

JANGAN....



Kita sering lalai dan alpa dengan kenikmatan dunia..
Kita sering lalai dan alpa dengan kehendak nafsu durjana..

sehinggakan
kita sering melanggari perintah yang maha esa
kita sering menuruti kehendak syaitan laknat
kita sering mengambil mudah urusan agama
sering tertipu dengan nafsu dunia


JANGAN
melewatkan solat kerna ia dibenci Allah

" Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang Zuhur pada tengah hari yang sangat panas, mendirikan sembahyang Asar ketika matahari kelihatan bersinar terang, mendirikan sembahyang Maghrib ketika matahari terbenam...... " HR Muslim

JANGAN
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa


" Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka... " Annur 30


JANGAN
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa..

"Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)" Nuh 4

JANGAN
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita

"Dia menahan diri dari melakukan keburukan, maka itu juga dikira sebagai sedekah "HR Muslim


JANGAN
sering bermasam muka,
senyuman itu mengindahkan suasana.


" Adalah Rasulullah SAW tidak akan berbicara mengenai sesuatu perkara kecuali dalam keadaan senyum" HR Ahmad



JANGAN
biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri2 munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

"Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas " HR Muslim


JANGAN

bersuara bagi wanita,
fitnah pasti akan terbuka.

"janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)" Alahzab 32


JANGAN
berjalan dgn membunyikan hentakan kasut
menarik perhatian lelaki itu ditegah

"janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. Annur 31



JANGAN
mencaci orang,
awak tu macam baik sangat..


"Mencaci dan memaki orang-orang Islam adalah fasiq dan memerangi mereka adalah kafir " HR Muslim


"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka" alHujrat 11

JANGAN

mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.

Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya


"Wahai budak!! aku ingin ajarkan kamu beberapa kalimah, Jagalah (perintah) Allah nescaya Allah akan menjaga kamu, Jagalah (perintah) Allah nescaya kamu akan mendapatinya di hadapan kamu (Allahmembantu).. HR Ahmad & Tarmizi..


No comments: