kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

11/28/09

Usrah Tercinta


Bergambar di Istad selepas solat idiladha - semoga ukhuwwah terus berkekalan


Dari Kanan : Berdiri

1) Muhammad Afeeq Bin Azmi
- 22/11/1990
- pesanan utk afeeq : siap sedia misi membalas dendam akan bermula :)

2) Den lee :p

3) Abdul Rahman Bin Ahmad Bukhari
- 31/05/1990

4) Amir Asyraf Bin Abdul Rahim
- 22/04/1988

5) Mohammad Ermyzal Nazirul Bin Musa
- 25/09/1989

6) Mohd Bukhari Muslim Bin MOhd Nadzim
- 23/12/1989

7) Mazuan Bin Muhammad Noh
- 5/1/1989


Dari Kanan : Duduk

1) W. Arislan Nasrullah Bin W. Omar
- 23/09/1990

2) Muhammad Faiz Bin Azlan ( Ketua Usrah )
- 02/06/1988

3) Zaiful Ikram Bin Abdul Kadir
- 26/02/1989

4) Mohd Syafiq Bin Yahya
- 31/07/1990
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Usrah Tercinta

11/19/09

Bahas Lughawi : Hasyiah al- Hudori



حاشية الخضري على شرح ابن عقيل على ألفية ابن مالك

محمد بن مصطفى الخضري الشافعي


شرح ابن عقيل من اهم الشروحات على الفية ابن مالك في النحو حيث شرحها شرحا" وافيا" وبين المسائل التي تضمنتها، وجاء بالشواهد العربية الثيرة على ذلك، وهذه حاشية على شرح ابن عقيل حيث وضع فيها المحشي تعليقات هامة وزاد في ايضاح المسائل النحوية وايراد اقوال علماء النحو وزاد في ايراد الشواهد القرآنية والشعرية وغيرها من اقوال العرب .


تعريف بالمؤلف

هو محمد بن مصطفى بن حسن الخضري؛ فقيه شافعي, عالم بالعربية, مولده ووفاته في دمياط (مصر) دخل الأزهر, فمرض وصمت أذناه, فعاد إلى بلده, واشتغل بالعلوم الشرعية والفلسفية واستخرج طريقة لمخاطبته بأحرف إشارية بالأصابع, فتعلمها منه أصحابه فكانوا يخاطبونه بها من مؤلفاته: - حاشية على شرح ابن عقيل. - شرح اللمعة في حل الكواكب السيارة السبعة. - شرح زاد المسافر لابن المجدي. - سواد العين. - حكمة العين. - مبادئ في علم التفسير. – أصول الفقه. - حاشية على شرح الملوي على السمرقندية.


Baru buat ckit je :d ponin2 huu - moga d permudahkan

sapa-sapa ada buku ni sila maklumkn ek ana nak pinjam.. syukran :)
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Bahas Lughawi : Hasyiah al- Hudori

11/4/09

Peluang Pahala!!!!! Sapa Cepat Dia Dapat!!!



Kepada sahabat2 yg berada di malaysia atau ada saudara mara yang ingin turut serta dalam bahagian ibadah Qurban di Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig Mesir pada tahun ini,

bolehlah menghubungi terus

Pengerusi DPMZ Muhammad hanif Jamaluddin di alian ( +2014-2309120 / id ym : pngrsi_dpmz@yahoo.com )

atau Ketua Unit Dakwah DPMZ ust Sobri Yaakub ( +2011-7926442 )



Untuk sumbangan bolehlah dimasukkan kedalam ekaun DPMZ

EKAUN HSBC
ATAS PENAMA : AHMAD ZAIDAN ABU SAMAH
NO EKAUN : 373 483577 025


untuk keterangan lanjut boleh lah layari laman web DPMZ - www.dpmz.blogspot.com

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Peluang Pahala!!!!! Sapa Cepat Dia Dapat!!!

11/3/09

Selamat Hari Lahir Emak




Gambar emak bersama arwah Ateh, pertama dan terakhir jaulah keluarga bersama arwah ateh ke Langkawi..

Terima Kasih Mak

Kerana mendidik kami semua
untuk menjadi insan yang sempurna,
Mengajar kami erti ketaqwaan
agar menjadi muslim yang sejati,
Memberi kefahaman erti perjuangan
moga kami menjadi rijal fisabilillah,
memimpin kami dalam keimanan
supaya bersama dalam kenikmatan jannatullah..

Doakan kejayaan anakMu di perantauan ini..
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Selamat Hari Lahir Emak

Syukur Pada Mu Ya Allah.. ( 2 )


curi dari blog pengarah hii :P



Alhmdulillah selesai sudah tugasan hari ini. Program Liqa Mahabbah yang baru sahaja bermula hari ini berjalan dengan lancar. Kesinambungan dari bacaan yasin setiap kamsis ( kampung siswa) yang telah dilakuan oleh generasi perintis dahulu berjaya dihidupkan semula pada tahun ini. Bermula di rumah ketua setiap kamsis dan akan diteruskan pada setiap hari Isnin malam Selasa setiap minggu Insyallah. Semoga objektif untuk mengukuhkan lagi ukhuwwah sesama mahasiswa di seluruh bumi Zagazig ini tercapai dan diberkati Allah aminnn..

Nak sambung bercerita sedikit akan kenikmatan serta peluang yang telah Allah beri pada diriKu di sepanjang perjalan program Kutub Sittah baru2 ini.. Ya tidak dinafikan kronologi perjalanan majlis K6 ini terdapat pelbagai rintangan serta cabaran, sehingga ke hari ini isu K6 masih lagi tidak selesai. Ana yang terlibat secara langsung sebagai unit kecil dalam majlis ini turut terasa akan ujian tersebut. Namun dugaan serta penat lelah sepanjang program itu terubat jua setelah Allah memberikan kenikmatan serta ganjaran kejayaan pada kami di pengakhiran majlis..


1- Diterima masuk K6

Pada asalnya nama peserta dari Zagazig sudah terlewat untuk dihantar ke urusetia pendaftaran K6 dan berkemungkinan akan ditolak penyertaan. Ana sekarang sudah berada ditahun akhir pengajian, hanya tahun ini sahaja peluang untuk menyertai majlis K6 ini. Hati rasa sangat sedih sebab tak dapat nak sertai K6. Namun kesedihan tadi hanya seketika :) setelah ditanya kembali kepada peringkat adho pelaksana Alhamdulillah kouta untuk zagzig masih lagi dibuka. Berbunga hati ini bila mendengarnya :P... Syukur pada Mu Ya Allah..

2- Diminta untuk membantu perjalanan K6

Menyertainya sahaja sudah cukup untuk ku rafakkan setinggi kesyukuran pada Allah nikan pula diminta untuk membantu sedikit sebanyak demi kelancaran perjalanan majlis yang penuh keberkatan ini. Sedikit pun tidak ku tolak, ya aku diberitahu bahawa aku mungkin tidak akan dapat mendengar majlis pembacaan hadis sepenuhnya kerna tugas yg akan digalas agak berat. Namun bagiku memberi manfaat yang terbaik pada orang lain adalah lebih baik dan pasti Allah akan memberi ganjaran yang lebih baik dari itu.

Teringat akan satu hadis nabi Muhammad yang diriwayatkan oleh Imam al-Tabrani dari Abdullah bin Umar RA yang bermaksud " manusia yang paling dicintai oleh Allah SWT ialah orang yang paling bermanfaat bari orang lain" hadis yang membuatkan ku lebih semangat untuk menjadi orang yang dapat menyumbangkan tenaga yang mampu untuk menjayakan K6 yang pastinya sangat bermanfaat pada semua peserta yang hadir.. Syukur pada Mu Ya Allah..



Bersambung.... nak tido :P
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Syukur Pada Mu Ya Allah.. ( 2 )

11/2/09

Aku Pun Pelik.. Tapi bagus gak.. Alhamdulillah..




Artikel dari blog Ust Mumtaz :-
www.jihadislami.blogspot.com

p/s: yang ni den copy paste dari blog ust mumtaz so tulisan dalam ni adalah hak milik terpilihara ust mumtaz dan tiada kene mengena dengan gaya penulisan den. just malas nak cite panjang2 sbb apa yang den nak cite ada gak kene mengena ckit apa yang telah diceritakan k..


Baru-baru ini, ana dimaklumkan oleh pengerusi DPM bahawa urusan dipejabat amn daulah tidak sesukar sebelum ini, segala urusan begitu mudah sekarang. Ia berlaku baru dalam sekitar seminggu lebih. Sebelum ini, kalau student membuat visa, terpaksa menunggu sebulan atau lebih untuk mendapat visa tersebut setelah berurusan dipejabat jawazat. Tetapi sekarang perjalanan mudah, boleh selesai dengan cepat. Amat mudah urusan dan tidak sesukar dahulu. Kalau dulu, urusan dengan amn untuk soal jawab sahaja amat sukar dan macam-macam prosedur dan soal jawab, tetapi sekarang, pergi sahaja ke pejabat amn, pelajar tidak lagi disoal, hanya dengan melihat pasport, maka selepas itu amn melepaskan student tanpa soal jawab dan report/keterangan diambil, ini yang dimaklumkan pada ana baru-baru ni. Pendek kata urusan kini amat mudah. Syukur pada Allah.

Menjadi persoalan, selama tiga tahun urusan visa sebelum ini agak sukar, macam-macam student kena lalui untuk mendapat visa, termasuk perlu menunggu lama sekitar sebulan bagi mendapat visa, walaupun setelah dimaklumkan kepada pihak yang tertentu, supaya dapat membantu untuk memudahkan urusan tersebut, tetap urusan ini susah, tiada perubahan. Terbaru dalam sebulan lepas dimaklumkan pada ana, seperti dalam entry ana sebelum ini, visa akan dilewatkan lagi kepada lebih sebulan atau dua bulan(makluman amn sendiri), menyebabkan apa yang terkandung dalam entry sebelum ini diluahkan ana. Tak sangka pula, selepas entry ana ditulis, hanya tak sampai dua minggu, urusan visa menjadi mudah, alhamdulillah.

Cuma mengapa begitu drastik perubahannya? mengapa perlu tunggu tiga tahun atau lebih dari itu baru ia mudah? Agak-agaknya, kalau post ana sebelum ini tak berlaku, bila agaknya visa akan mudah bagi semua pelajar dimesir? itu pun kalau betullah visa sudah mudah sekarang semacam yang diberitahu oleh pengerusi DPM pada ana, harap-harap macam tu lah hendaknya, mudah.

Proses yang dimaklumkan oleh pihak pejabat amn daulah bermula dengan urusan dijawazat, kemudian borang visa akan dihantar ke pejabat amn daulah selepas seminggu, berada dipejabat amn beberapa hari dan kemudian dipanggil student berkenaan untuk disoal dan diambil keterangan, proses ini kadang-kadang agak sulit untuk melepasi amn, setelah amn berpuas hati dengan maklumat student, borang tersebut akan diproses semula di kaherah, dan akan dihantar semula ke pejabat amn daulah setelah dua minggu(proses dua minggu dikaherah tidak diketahui),selepas itu borang akan berada lagi di pejabat amn, dan kemudian akan dihantar ke jawazat semula untuk proses seterusnya, selama seminggu pula. Sesudah itu baru boleh kepada semua student yang membuat visa ke pejabat jawazat, untuk mendapatkan cop visa. Proses keseluruhan makan masa satu bulan, hanya kadang-kadang agak cepat, bergantung pada keadaan.

Alhamdulillah, Urusan Visa baru-baru ini telah berubah. Tiga tahun lepas urusan visa agak sukar. Nampaknya seolah-olah ada pihak yang mengambil cakna pada hal ini sekarang, dan rentak sudah berubah. Pengerusi bertanya kepada amn, " kenapa urusan visa sekarang mudah? " pihak amn menjawab " tak apa, tak apa, urusan visa sekarang mudah, semuanya mudah " tanpa menjawab sebab apa dan mengapa berbeza. Ada sesuatu yang berlaku mungkin. Apa pun Alhamdulillah, apa yang berlaku telah memudahkan student dalam urusan ini.

Menjadi kepelikan, dari beberapa tahun sudah, pertanyaan demi pertanyaan bermain dalam benak fikiran ini. Mengapa pelajar indonesia tidak dipanggil ke amn daulah dan tidak disoal selidik serta di soal jawab? mengapa hanya ketua mereka disoal selidik(bagi keterangan untuk warganya) dan warganya tidak disoal selidik? mengapa student thailand yang terkenal dengan pergolakan ditanah air mereka tidak disoal selidik seperti warga malaysia dimesir? mereka tidak perlu diambil report, keterangan atau soal jawab seperti pesalah, mengapa tidak mereka? mengapa warga singapore dan lain-lain wafiddin juga tidak disoal jawab dan tidak diambil keterangan/report oleh pihak amn daulah seperti warga kita malaysia dimesir ini? semuanya bermain dibenak fikiran ini. Yang menjadi pelik, pernah berlaku dan dalam pengetahuan kami, warga indonesia atau tahailand atau wafiddin lain yang dipanggil oleh amn daulah adalah mereka yang disuspek bergiat dengan I.M atau melanggar undang-undang mesir seperti berdemonstrasi dan lain-lain pelanggaran undang-undang yang dilakukan mereka, maka mereka akan dipanggil untuk membuat keterangan/report seperti yang dikenakan kepada pelajar malaysia keseluruhannya sebelum ini, dan mungkin sekarang juga(kerana belum pasti peraturan ini dhazafkan/dibuang).

Terkadang-kadang terfikir didalam fikiran, adakah kami ini student malaysia ini pesalah? perlu diambil keterangan seperti kami ini pesalah. Moga-moga selepas ini, seperti yang dikhabarkan, visa urusannya telah mudah, moga-moga ianya benar. Dalam masa yang sama Apa yang diharapkan juga, pihak berkenaan yang menyekat PMRAM dengan makluman PMRAM agen parti pembangkang kepada pihak azhar, menyekat PMRAM menggunakan ACC atau apa sahaja kemudahan Azhar dengan makluman kepada pihak Azhar, haramkan PMRAM dari menggunakan kemudahan Azhar, ditarik balik kenyataan rasmi itu. Mudahkan semula urusan PMRAM sebagaimana sebelumnya, hilangkan sekatan yang dilakukan pihak terbabit, seperti mana hilangnya permasalahan visa sekarang yang dimaklumkan.



Den
nak ulas lak :)
yang ni baru den yang tulis...

- xnak ulas panjang pun, sbb hajat nak posting gak pasal bab ni, tapi sebab duk wat keje lain langsung xmenaip, pah ust mumtaz post dulu so kira lebih kurang la..

-
masa mula2 selepas dipertangungjawapkan untuk jadi pengerusi pada 4.8.09 dulu antara benda yang paling merungsingkan den adalah berhadapan dengan amnu daulah dalam urusan visa dan lain2, Bukan rungsing sebab apa tapi berdasarlkan sanad cerita yang diturunkan kalau berurusan dengan amnu daulah komfem paling kurang akan meluangkan masa beramah mesra bersama abg tersayang (amn daulah) satu jam setengah. Dan paling pasti tak akan dapat ke kuliah pada majlis ramah mesra tersebut huu

- Selepas sebulan berurusan, ternyata benar apa yang diperkatakan oleh TUN2 pengerusi yang lepas, memang lama sungguh wat urusan dengan abg den ni lagi2 bab iqomah.Tapi tak mengapa ni adalah amanah kepercayaan yang telah diberikan so wajib dijalankan sebiknya, semoga Allah beri kekuatan aminn.

- Pah kebiasaannya bagi urusan iqomah selepas urusan selama berjam2 (mengikut kuantiti student yang berurusan) abg den ni pasti akan bgtau tuk ambik cop adalah selepas 2 minggu, tapi...... kebiasaannya komfem xkan dapat lepas 2 minggu kecuali mereka yang datang tu benar2 wali Allah yang trun dari langit tuk amik cop. Gholibnya sebulan atau lebih..

- Alhamdulillah.. sejak seminggu ni urusan bersama abg kesayangan den ni menjadi sangat mudah, sampai pelajar yg datang berurusan terkejut, "dah siap ustaz? " mau nye tak terkejut xsampai seminit pun dipangil dah boleh duduk.. dan proses taqdim iqomah pun berjalan dgn lancar sekali, hari ini taqdim lusa nama dah naik di perinkat amnu daulah. dan kali ini selepas sahaja selesai urusan dan bila ditanya bila boleh cop, jawapan yang diterima dari amn adalah selepas 3 hari tidak lagi 2 minggu (tapi den bgtau kat budak2 semingu hi berhati2 ye la 3hari arab ni bersmaan semingu) Alhamdulillah... Semoga kelancaran urusan ini berkekalan sehinga untuk di masa akan datang...

- kebetulan?? perancangan?? ntah la yang penting urusan dah dipermudahkan Allah.. Alhamdulillah

- tapi ada satu pesanan penting gak khas dari abg den, ada perkara yang mybe akan melambatkan kelulusan iqomah iaitu daftar pribadi yang xlengkap so bertindaklah sebijaknya.. xnak cakap panjang2 nanti ada yang salah faham n paling berdosa sekali ada yg menfitnah..

- sekian.... tidoooo






TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Aku Pun Pelik.. Tapi bagus gak.. Alhamdulillah..