kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

10/28/09

Memahami Perjuangan Islam


Teruskan Perjuangan walau Apa Pun Berlaku

Perjuangan Islam bermaksud perihal umat Islam berusaha mempertahankan agamanya dan mengatasi pihak-pihak yang menentangnya.

Oleh kerana perkataan juang itu sendiri bermaksud melawan, maka persoalan perjuangan Islam itu menggambarkan betapa unsur perlawanan dn persaingan adalah satu perkara rutin dan lumrah yang pasti ada di dalam Islam dah dihadapi oleh umat Islam tidak kira bila atau di mana mereka berada.

Mahu tidak mahu, setiap muslim terpaksa menghadapi reality perlawanan atau perjuangan sama ada dalam bentuk perseorangan atau perkumpulan, hebat atau hanya pertentangan kecil mengikut tahap keimanan seseorang.

Demikianlah, sejak generasi Islam yang pertama pada zaman Rasulullah s.a.w. lagi, umat Islam telah dihadapkan dengan suasana perjuangan yang penuh dengan tekanan dan ujian.

PERJUANGAN DAN JIHAD

Di dalam bahasa Arab, perkataan yang paling sesuai dan sinonim dengan perjuangan adalah jihad. Jihad adalah kata terbitan (masdhar) yang berasal dari perkataan jahada bererti bersungguh-sungguh dan berpenatan mengerjakan sesuatu. Jahada pula bererti memerah tenaga.Jahada al-‘aduw bererti memerangi musuh.

Dari segi bahasa, jihad membawa pengertian berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan sesuatu matlamat. Al-Jihad menurut kebanyakan kamus bererti perang mempertahankan agama.

Dalam konteks Islam, pekerjaan yang paling bersungguh dan paling banyak risiko adalah peperangan atau usaha menegakkan kalimah Allah di hadapan ancaman pemerintah yang zalim sebagaimana dinyatakan dalam hadith Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:

Daripada Abu Sa’id al-Khudri katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim.”

Sebab itulah kebanyakan pentakrifan jihad pada zaman silan lebih merujuk kepada aspek peperangan.

Contohnya, ulama’ Mazhab Syafie memberi definisi jihad sebagai perang ke atas orang kafir untuk memenangkan Islam.

Manakala ulama’ Mazhab Hanafi pula mendefinisikannya sebagai menyeru kepada agama yang sebenar dan memerangi orang yang tidak menerimanya, dengan harta dan nyawa.

Imam Hassan al-Bana pula menyatakan bahawa:

“Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesam manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas pundak tiap-tiap muslim. Amanah menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusa menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran.”

Persoalan mengenai perjuangan dalam Islam juga merangkumi usaha umat Islam mengembangkan agama ini dengan menjalankan gerakan dakwah ke merata tempat di serata pelusuk dunia.

Lalu, di dalam usaha berdakwah itu,mereka menghadapi sekatan, ancaman dan cabaran yang datang dari kebanyakan orang- orang kafir serta sasaran dakwah yang tidak bersikap terbuka untuk mendengar dahulu seruan Islam.

Di dalam suasana ini, timbul perlawanan dan perjuangan menentang halangan, sekatan dan ancaman dari musuh dakwah.

Namun dalam konteks zaman mutakhir ini, perjuangan Islam khususnya dengan pengertian jihad, merangkumi aspek yang luas dengan tidak tertumpu kepada aspek peperangan bersenjata sahaja.

Bahkan ia lebih banyak cenderung kepada persoalan memperbaiki umat dan mempertahankan hak-hak umat Islam sama ada melalui gerakan bersenjata, penentangan terhadap pemerintah yang tidak melaksanakan Islam dengan saluran pilihanraya, penulisan dan sebagainya.

Pokoknya, di dalam usaha tersebut pada sepanjang zaman, mereka akan menghadapi cabaran dan tentangan dari musuh yang merupakan sebahagian dari ujian Allah s.w.t. Cabaran dan tentangan tersebutlah yang melahirkan reaksi dalam bentuk perjuangan.

AQIDAH ASAS PERJUANGAN

Islam meletakkan aqidah sebagai asas utama dalam perjuangan. Bahkan ia merupakan rahsia kekuatan Islam sepanjang zaman. Dengan kata lain, Islam tidak menjadikan isu sebagai landasan utama kerana persoalan aqidah adalah bersifat menyeluruh dan evergreen.

Perjuangan yang berasaskan isu akan tamat dengan selesainya isu berkenaan. Sebaliknya Islam sentiasa mengetengahkan isu-isu yang berpaksi pada aqidah untuk menjelaskan tuntutan sebenar tauhid.

Kalimah syahadah La ilaha illa Allah yang menjadi tema tauhid itu sendiri adalah suatu cetusan revolusi atau perubahan besar -besaran di dalam jiwa dan kehidupan manusia kerana ia bererti pengakuan kepada kekuasaan menghukum dan memerintah tertinggi yang disrahkan hanya kepada Allah.

Ia adalah cetusan revolusi terhadap kuasa duniawi yang telah merampas suatu sifat khusus Tuhan yang utama iaitu menentukan perjalanan dan peraturan hidup manusia . Islam adalah revolusi terhadap kenyataan hidup yang bersandarkan kepada rampasan hak Tuhan itu dan juga merupakan suatu pukulan maut ke atas sebarang peraturan dan kekuasaan yang tidak diredhai Allah.

Sebaliknya Islam menuntut manusia tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t. selaras dengan pengertian kalimah Islam sendiri.

Syed Qutb menyifatkan Islam merupakan revolusi di dalam kehidupan manusia. Dalam hubungan ini Syed Qutb menyatakan:

“Seorang yang menganut Islam itu sebenarnya telah melucutkan dari dirinya segala sesuatu dari zaman lampaunya di alam jahiliyah. Dia merasakan ketika dia mula menganut Islam bahawa dia memulakan zaman baru dalam hidupnya; terpisah sejauh-jauhnya dari hidupnya yang lampau di zaman jahiliyah. Sikapnya terhadap segala sesuatu yang berlaku di zaman jahiliyah dahulu ialah sikap seorang yang sangat berhati-hati dan berwaspada.”

Ibn Taimiyah pula menyatakan apabila ucapan La ilaha illa Allah itu merupakan ucapan yang sebenar,jadilah orang yang mengucapkannya itu ahliNya dan tergolong dalam golonganNya (golongan Allah), manakala orang yang mengingkarinya adalah musuhNya dan orang-orang yang dimurkaiNya.

Risalah Islam yang disebarkan melalui dakwah yang telah dimulakan oleh para nabi itu sendiri bersifat menyeru kepada Allah dan menentang taghut iaitu segala perkara atau sembahan yang bersifat merampas hak-hak ketuhanan sama ada dari sudut ibadah, undang-undang dan pemerintahan.

Dalam perkara ini, Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al-Nahl ayat 36 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul kepada setiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah dan jauhilah taghut.”

Peranan utama para rasul yang diutuskan Allah adalah membawa petunjuk kepada hambaNya. Ia terdiri dari dua perkara penting yang saling perlu-memerlukan dan menyempurnakan di antara satu sama lain iaitu:

• Menyeru supaya beribadah dan mengabdikan diri hanya kepada Allah yang Esa
• Menyeru supaya menjauhi taghut

Jelas bahawa seruan Islam bukan setakat mengajak kepada kebaikan dengan menyembah Allah dan mentaatinya, tetapi dalam masa yang sama hendaklah menjauhi dan menentang taghut.
MATLAMAT PERJUANGAN ISLAM

Matlamat utama perjuangan Islam adalah untuk meninggikan kalimah Allah iaitu dengan terlaksananya syariatNya dan tunduknya segala fahaman, agama dan ajaran yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a. katanya: Sesungguhnya seorang lelaki Badwi iaitu Arab desa datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya: “Wahai Rasulullah! Ada seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, ada juga seseorang yang berperang untuk membuktikan kejantanannya dan ada pula seseorang yang berperang untuk melihat kemampuannya. Oleh itu, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Barangsiapa yang berperang demi menegakkan kalimah Allah, maka beliaulah yang berada di jalan Allah.” (Riwayat Muslim)

Allah s.w.t. sendir menuntut agar agamaNya ini siletakkan mengatasi segala ajaran yang lain. Tuntutan ini jelas dinyatakan oleh Allah ketika menjelaskan tentang matlamat pengutusan Rasulullah s.a.w. kepada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dialah (Allah) yang telah mengutus rasulNya dengan hidayah petunjuk dan agama yang sebenar supaya dimenangkanNya atas segala agama walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin.” (al-Saff : 9)

Al-Maududi menyatakan:

“Sebagaimana halnya dengan din-din lainnya, din Allah ini juga menuntut bahawa seluruh wewenang mesti diserahkan kepadaNya semata-mata. Sedangkan semua din yang berlawanan dengannya mesti ditundukkan. Kalau tidak, ia akan dapat menuntut kepatuhan rakyat, kerana dalau din ini telah berlaku, maka tidak akan ada lagi din kerakyatan, kerajaan atau din kaum komunis.”

Tuntutan ini tidak bererti bahawa Islam bertindak memaksa manusia memeluk Islam dan menghapuskan terus ajaran lain secara kekerasan kerana kekerasan dan paksaan tidak akan menghapuskan apa yang ada dalam hati dan fikiran manusia. Ini dijelaskan dalm konsep dan etika peperangan dalam Islam antaranya ialah larangan manakut-nakutkan orang ramai,melampau, membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua yang sudah kabur pandangan, paderi-paderi, penjaga gereja, membakar pokok dan membunuh haiwan tanpa maslahah. Demikian juga difahami dari ayat ke 40 Surah al-Hajj:

Maksudnya: “Dan sekiranya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah .”

Tuntutan itu sebenarnya adalah supaya Islam mendominasikan seluruh suasana dan kekuasaan pemerintahan agar manusia dapat melihat kehebatan dan keagungan Islam lalu mereka akan menerima Islam sama ada sebagai agama anutan atau sebagai pemerintahan yang adil dengan secara rela. Firman Allah s.w.t. Surah at-Taubah, ayat 40:
Maksudnya:
“Dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah dan kalimat Allah itulah orang-orang tinggi.”

Tuntutan menzahirkan agama ini dijelaskan sehinggalah dalam soal peperangan. Tujuan peperangan dalam Islam sendiri adalah untuk memastikan bahawa Islam menjadi penentu dalam percaturan politik dan hidup manusia.

Firman Allah s.w.t.:

“Dan perangilah mereka (orang-orang kafir) sehingga tiada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya menjadi semata-mata untuk Allah.” (al-‘Anfal : 39)

Menurut Saiful Islam, maksud dari perkataan ‘perangilah’ adalah agar kekufuran tidak melata dan agar din Allah di atas segala -galanya, sehingga din al-Islam ada di mana-mana.

PERJUANGAN TIDAK BERNOKTAH

Islam sentiasa menghadapi tentangan. Hasil daripada dua factor di atas, lalu timbul pula reaksi di kalangan manusia yang enggan tunduk kepada seruan dakwah Islam. Reaksi itulah yang menyemarakkan lagi pertentangan di antara Islam dengan musuh-musuhnya.

Contoh yang paling ketara daripada sirah Rasulullah s.a.w. ialah apabila baginda berdakwah dengan orang ramai tentang Islam supaya mengucap syahadah La ilaha illa Allah, dua orang lelaki Badwi dari kalangan yang hadir berkata:

“Ini adalah perkara yang dibenci oleh raja-raja (pemerintah). Kerana inilah kamu akan diperangi oleh orang-orang Arab dan orang-orang ‘ajam (bukan Arab).”

Peristiwa ini menggambarkan bahawa penentangan terhadap Islam adalah perkara yang sentiasa berlaku sebagaimana ia telah berlaku ke atas nabi-nabi yang terdahulu. Namun faktor utama penentangan itu bukanlah kerana faktor batang tubuh individu atau golongan yang menyeru, tetapi kerana seruan Islam itu sendiri.

Sebagaimana Rasulullah s.a.w. sendiri ditentang bukan kerana peribadi baginda yang sudah terkenal sebagai al-Amin dan pernah diberi kepercayaan menjadi hakim menyelesaikan masalah perletakan Hajar al-Aswad dalam peristiwa banjir besar di Makkah sebelum kenabian baginda s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Jihad itu berterusan sejak aku dibangkitkan sehingga umatku yang terakhir membunuh Dajjal.”

KONSEP KEMENANGAN

Kemenangan adalah satu perkara yang sentiasa menjadi matlamat dalam setiap perjuangan. Tidak kira perjuangan itu benar ( haq) atau batil, pejuang itu muslim atau tidak, masing-masing meletakkan harapan untuk mencapai kemenangan dengan berusaha untuk mengatasi yang lain.
Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri tentang kemenangan, berbeza dengan konsep kemenangan dalam agama atau ideologi serta fahaman lain. Di dalam al-Quran, Allah s.w.t. menggunakan beberapa istilah kemenangan iaitu al-falah, al- fawz, al-nasr dan al-fath. Masing-masing mempunyai pengertian yang berbeza.

Kemenangan dengan istilah al-falah melambangkan kemenangan yang umum dan menyeluruh meliputi segala aspek individu, masyarakat umum, dunia dan akhirat. Kemenangan al-fawz pula digunakan secara lebih khusus kepada kemenangan atau kejayaan di akhirat. Manakala kemenangan al-nasr pula adalah kemenangan dalam jihad kerana membela agama Allah ke atas musuh-musuhNya.

A. Kemenangan di Dunia

Di dalam al-Quran, golongan yang memperolehi kemenangan dunia (al-nasr) ini disebut sebagai ghalibun dan dzahirun. Ghalibun memberi maksud orang-orang yang mengalahkan, manakala dzahirun bermaksud orang yang menang.

Kemenangan di dunia disebut juga al-fath. Istilah al-fath digunakan oleh al-Quran dalam banyak ayat yang menyentuh tentang kemenangan besar. Contohnya, Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al-Fath ayat 1:

“Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.”

Ulama’ sejarah menggunakan istilah al-fath (pembukaan) di dalam setiap kejayan tentera Islam menawan sesuatu wilayah kerana mengambil pengajaran dari al-Quran. Sifat penaklukan itu bukan pemaksaan dan penjajahan, tatapi ia adalah pendedahan manusia kepada Islam, pemerintahannya dan keadilannya. Kemenangan di dunia dapat dilihat dari beberapa aspek sebagaimana dinyatakan di dalam Surah al-Nur ayat 55:

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad!) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang- orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).”

Tiga bentuk kemenangan al-nasr yang dijanjikan itu adalah:

a) Mendapat kuasa pemerintahan di muka bumi dengan penguasaan pendukung-pendukung ke atas negara atau wilayah dan memeang tampuk pimpinan.
b) Menguatkan agama Islam dengan mengurniakannya wewenang untuk menentukan kehidupan manusia. Dengan kata lain, Islam menjadi asas kehidupan dan undang-undang dalam negara.
c) Mewujudkan keamanan dalam kehidupan setelah mereka berhadapan dengan pelbagai ancaman, rintangan dan risiko dalam mengharungi perjuangan.

B. Kemenangan di Akhirat

Kemenangan di akhirat (al-fawz) adalah kemenangan yang sbenar. Walaupun pejuang-pejuang Islam itu kalah atau gugur di medan peperangan atau sebarang medan perjuangan lain, namun pada hakikatnya mereka telah beroleh kemenangan. Kemenangan inilah yang menjadi matlamat sebenar di dalam perjuangan Islam.

Allah s.w.t. menawarkan kemenangan di dalam firmanNya dalam Surah al-Saff ayat 10 – 12:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman ( syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga “Adn”.Itulah kemenangan yang besar.”

Berdasarkan ayat di atas, kemenangan di akhirat itu meliputi empat perkara:

a) Mendapat jaminan keselamatan dari azab yang pedih di akhirat
b) Mendapat keampunan dari Allah s.w.t. atas segala dosa yang telah dilakukan
c) Dimasukkah ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai
d) Mendapat tempat tinggal yang baik khusus di yurga yang bernama ‘And

C. Kemenangan Adalah Janji Allah

Di dalam Islam, kemenangan adalah suatu yang pasti dan perlu diyakini oleh setiap muslim. Mereka perlu mengimani masa hadapan yang baik dan gemilang untuk Islam. Ini kerana terdapat banyak nas al-Quran dan al-Hadith yang memberitakan bahawa Islam akan berjaya pada suatu hari kelak. Ayat 55 Surah al-Nur tadi dimulakan dengan lafaz wa’ada bermaksud ‘telah menjanjikan’, di mana kemenangan di dunia (al-nasr) telah dijanjikan oleh Allah sebagai satu kemestian kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh apabila tiba masanya. Janji ini bukan sahaja dikhususkan buat umat Muhammad s.a.w., bahkan ia telah dinyatakan oleh Allah s.w.t. sejak zaman Nabi Daud a.s. lagi.

Firman Allah s.w.t. dalam ayat ke 105 Surah al-Anbiya’:

“Sesungguhnya telah kami wartakan dalam kitab Zabur selepas peringatan bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.”

Janji Allah s.w.t. ini disebut pula dalam hadith Rasulullah s.a.w.:

Dari Tamim al-Dari katanya: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan sampai urusan ini (agama Islam) ke setiap tempat yang sampai padanya malam dan siang. Dan Allah tidak akan membiarkan walau sebuah rumah di Bandar dan perkampungan mahupun di pedalaman melainkan akan dimasukkanNya agama ini melalui kemuliaan orang yang mulia atau kehinaan orang yang hina.

Dengan kemuliaan Allah memuliakan Islam dan dengan kehinaan Allah menghina kekufuran.” Tamim al-Dari menyatakan bahawa aku telah mengalami perkara itu dalam keluargaku, yang Islam mendapat kebaikan, kemliaan dan kehebatan, manakala yang kafir mendapat kehinaan, merasa kerdil dan membayar jizyah.”

Hadith ini menerangkan bahawa agama Islam akan berkembang seluas-luasnya ke setiap penjuru dunia. Janji Allah dan RasulNya ini telah berlaku untuk peringkat pertamanya dengan berlakunya pembukaan-pembukaan negara Islam dan berkembangnya wilayah taklukan Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. hingga kurun ke-14 Hijrah.

D. Kemenangan Adalah Pertolongan Allah

Persoalan pokok dan perkara pnting yang membezakan konsep Islam terhadap kemenangan dengan konsep-konsep agama, ideology dan fahaman lain adalah unsur pertolongan Allah, Islam amat menitik-beratkan hubungkait manusia Islam dengan Tuhannya dalam perjuangan bahkan dalam setiap aspek kehidupan.

Para pendukung perjuangan Islam sentiasa diingatkan tentang peri pentingnya bergantung kepada Allah dan menyakini bahawa kemenangan hanya datang dari Allah apabila dikehendakiNya. Allah s.w.t. berfirman dalam ayat 10 Surah Ali ‘Imran dan 126 Surah al-Anfal:

“Dan tiadalah pertolongan kecuali dari Allah.” (Al-Anfal: 126)

Al-Nasr dalam ayat ini memberi pengertian pertolongan dan kemenangan di dalam perjuangan. Allah s.w.t. mengaitkan persoalan kemenangan dalam ayat ini dengan pernyataan bahawa Allah Yang Maha Perkasa untuk menunjukkan bahawa Dialah yang berkuasa memberi kemenangan kepada orang-orang beriman walaupun jumlah mereka sedikit dan kelengkapan mereka kurang berbanding dengan pihak lawan.

Manakala pernyataan bahawa Allah Maha Bijaksana menegaskan bahawa Dialah yang lebih mengetahui bilakah masa yang paling sesuai untuk mengurniakan kemenangan dan sebab apakah kemenangan itu tidak diberikan dalam semua keadaan.
Setiap pejuang Islam perlu menyakini bahawa kemenangan adalah kurniaan Allah dan bergantung kepada izin dan kehendak Allah. Bila-bila masa Dia boleh mengurniakan kemenangan atau menarik nikmat itu dan memberikan kekuasaan kepada golongan lain.
Justeru, para pejuang Islam perlu mengambil berat hakikat ini agar kemenangan Islam itu dibina atas dasar kefahaman dan penghayatan Islam dalam mengisi kemenangan.

Hakikat ini dinyatakan dalam firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran ayat 26:

“Katakanlah (wahai Muhammad) Ya Allah! Engkau pemilik segala kekuasaan, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabutnya dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Dan Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.”

Lajnah Tarbiah dan Latihan kepimpinan...
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Memahami Perjuangan Islam

10/25/09

Mengapa persatuan lain tak perlu wujud di ZAGAZIG..

1)

Mengapa ISMA Tidak Perlu Wujud Di Mesir (kira kat zagzig sekali la- aku tambah)

PETIKAN DARI BLOG UST SYAFIQ:

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang ditubuhkan pada tahun 1930 adalah persatuan pelajar Melayu tertua di Mesir. Mengikut catatan sejarah, pada tahun 1923 lagi persatuan anak-anak Melayu ini telah ditubuhkan dan diberi nama Persatuan Anak-Anak Jawa.

Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Mesir (ISMA) baru sahaja beroperasi. Mengapa satu lagi persatuan anak Melayu ini perlu beroperasi?Justify Full

Bukankah kita sudah ada PMRAM yang menyatukan suara anak-anak Melayu di bumi Mesir? Apakah kelahiran dan kewujudan ISMA hanya mahu memporak perandakan mahasiswa di Mesir.

Ini adalah hiraki mahasiswa. PMRAM sebagai persatuan induk. Badan Kebajikan Anak Negeri dan Dewan Perwakilan Mahasiswa pula sebagai persatuan di peringkat negeri dan cawangan. Bayangkan sistem kerajaan Malaysia. Kita ada Perdana Menteri mentadbir Malaysia dan Menteri Besar mentadbir negeri.

Ada beberapa perkara yang difikirkan perlu diubah pemikiran mahasiswa kita. Jika ISMA mengatakan 'kami juga mahu menyampaikan dakwah', mengapa tidak bersama-sama kukuhkan dan satukan medan dakwah bersama PMRAM? Mengapa perlu diasing-asingkan? Jika ISMA mengatakan PMRAM lemah dari sudut tarbiah, mengapa kalian tidak duduk membantu PMRAM, untuk menjalankan tarbiah?

Pada hemat saya, jikalau kita punya satu semangat persaudaraan, persefahaman, dan tidak inginkan perpecahan; ayuh duduk di dalam satu bumbung. Bekerja bersama-sama dalam satu gerakan. Bukan mewujudkan gerakan mahasiswa baru. Ia adalah semata-mata mencari ruang untuk memimpin. Jika kalian mahu memimpin, mengapa tidak bersama-sama bertanding di dalam pentadbiran PMRAM? Gunakan satu pendekatan baharu.

Atau, ISMA hanyalah semata-mata akan menjadi persatuan suruhan JPMK setelah wakil kerajaan di Mesir itu tidak dapat 'mencipta' satu persatuan yang mampu berdiri bersama mereka.

Saudara, kita bukan kanak-kanak. Kita mahasiswa yang perlukan pemikiran terbuka. PMRAM pula harus membuka jalan agar semua mahasiswa berhimpun di dalam satu bumbung.

Oleh hal yang demikian, istilah tarik dan mencuri mahasiswa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah (untuk menyambut mahasiswa baru) tidak akan wujud lagi sebagaimana yang didakwa sebelum ini.

2)

di petik dari blog ust faizuddin..

Kronologi DPMZ

Sejarah DPMZ yang saya paparkan kepada anda ini adalah rentetan sejarah bermula dari generasi perintis iaitu pada awal penubuhannya (1993/1994) sehinggalah sesi (2006/2007). Masih belum tercatat lagi sejarah DPMZ pada tahun berikutnya, jika diizinkan saya akan paparkan pula sejarah DPMZ sesi 2007/2008 dan sesi 2008/2009. Insya-Allah...

Program Spring Camp 2007

Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) telah ditubuhkan pada akhir tahun 1993, setelah bumi Zagazig didatangi sejumlah 41 orang mahasiswa untuk menuntut di Universiti Al Azhar, Zagazig. Tahun ini merupakan satu jumlah yang terbesar berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pihak PMRAM telah berusaha membantu menempatkan mahasiswa di sini dan menubuhkan DPMZ sebagai satu persatuan untuk menaungi dan menjaga kebajikan pelajar di sini.

Seterusnya pada akhir tahun 1994, seramai 40 orang lagi pelajar Malaysia ditempatkan di sini. Kumpulan ini merupakan generasi yang kedua DPMZ. Barisan kepimpinan diperkemaskan lagi setelah jumlah pelajar semakin bertambah.

Setelah setahun, tiada pelajar baru ditempatkan di sini. Pada akhir tahun 1996 seramai 52 orang pelajar Malaysia dihantar ke sini. Pelbagai aktiviti dan program semakin rancak dijalankan berikutan pertambahan ahli baru DPMZ.

Seramai 72 orang pelajar baru ditempatkan di sini pada akhir tahun 1997. pelbagai cabaran terpaksa dilalui DPMZ seiring dengan pertambahan usianya dan pertambahan ahlinya. Pada sesi 1997/1998 menyaksikan DPMZ telah melahirkan graduan dari Universiti Al Azhar.

Sekembalinya graduan ke tanah air pada akhir tahun 1998, telah mengurangkan ramai ahli DPMZ. Tambahan pula hanya seramai 5 orang pelajar baru yang duhantar ke bumi Zagazig. Tahun ini merupakan tahun yang paling sedikit jumlah pelajar yang ditempatkan di sini.

Akhir tahun 1999, seramai 43 orang pelajar baru ditempatkan di sini. Jumlah ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan ahli DPMZ seramai 169 orang.

Pada sesi 1999/2000, DPMZ menjadi gagah dengan pertambahan ahlinya. Kepimpinan pada sesi ini telah di ketuai oleh Hj Mohd Bukhari bin Hj Mohd Suhaimi. Pelbagai aktiviti yang telah dilakukan.

Setahun ke setahun,bilangan pelajar Malaysia yang datang untuk belajar di sini makin bertambah sehinggalah pada akhir tahun bagi sesi 2005/2006, sejumlah 175 orang pelajar baru yang melapor diri bagi meneruskan pengajian dibumi Syarqiah ini. Ini merupakan jumlah pertambahan ahli yang ramai berbanding tahun sebelumnya. Jumlah ahli pada tahun tersebut seramai 258 orang. Dianggarkan tiga perempat ahli merupakan pelajar muadalah tahun akhir dari Kusza, Insaniah, Madiwa, Ar Razi, Ihsaniah, MINDA, Marsah dan institusi lain yang terdapat di Malaysia. Selain itu, tahun ini juga merupakan tahun teramai pelajar baru tahun satu dengan jumlah 31 orang yang masing-masing kuliah Lughah Arabiah, Usuluddin dan Syariah.

Amanah satu tanggungjawab, bukan satu kemuliaan

Mantan Penasihat DPMZ 05/06 (Us Zarul & Us Wan Asyraf)

Pada sesi 2005/2006 juga menyaksikan DPMZ telah menjadi tuan rumah dalam penganjuran pertandingan bola sepak peringkat kebangsaan, PIALA MALAYSIA bersempena sambutan hari kemerdekaan yang telah bermula pada awal bulan Ogos 2006. Ini merupakan julung-julung kali DPMZ menjadi tuan rumah bagi penganjuran tersebut.

Pertandingan tersebut telah disertai oleh hampir ke semua pasukan bola sepak muhafazah dan juga Bkan. Tidak ketinggalan,pasukan dari Sabah dan juga Singapura mengambil bahagian. Bagi penganjuran kali ini, pihak DPMZ telah menguruskan tempat tinggal bagi peserta, urusan padang bola dan juga menubuhkan satu ahlijawatankuasa kecil bagi melaksanakan segala gerak kerja bagi menjayakan penganjuran tersebut.

Ini merupakan majlis terbesar yang dianjurkan oleh DPMZ dibawah persatuan yang diketuai oleh Mohd Muzaidi bin Mustani. DPMZ sesi ini telah berjaya menganjurkan satu majlis kenduri kesyukuran besar-besaran di mana telah menumbangkan seekor lembu. Hampir 1000 orang tetamu telah hadir ke majlis tersebut termasuklah tetamu dari luar bumi Zagazig seperti Kaherah, Iskandariah dan lain-lain lagi.

Selain itu, DPMZ sesi ini juga telah mengadakan satu program Dialog Dakwah Islam Serantau anjuran bersama Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir dan Dewan Pengurus Daerah Persatuan Pelajar Mahasiswa Indonesia pada tanggal 19 Julai 2006 bersamaan 24 Jamadil Akhir 1427.

Mantan Presiden PMRAM, Us Hairul Nizam menyampaikan kalam taujihat kepada adik-adik generasi baru.

Bagi sesi 2006/2007, Ahmad Zaidan Abu Samah telah dilantik menjadi pengerusi bagi sesi ini. Pada tahun ini,jumlah keseluruhan ahli sejumlah 103 orang. Berkurangan berbanding sesi 2005/2006. Masing-masing 30 orang pelajar tahun satu dan 28 orang muadalah.

Namun, DPMZ pada tahun ini telah menerima sejumlah 45 orang pelajar Perubatan yang menuntut di Universiti Zagazig yang terletak berhampiran dengan Universiti Al Azhar. Pelajar perubatan yang hadir terdiri daripada 22 pelajar lelaki dan 23 pelajar perempuan. Tahun ini juga telah mencipta sejarah apabila DPMZ pertama kali menerima kehadiran pelajar perubatan amnya, ditambah pula kehadiran pelajar perempuan khasnya.

Buat pertama kalinya, DPMZ telah bertungkus lumus bagi menguruskan hal hal berkaitan pelajar perubatan terutamanya pelajar perempuan yang merupakan generasi pertama yang belajar di bumi Zagazig. Ini ditambah pula DPMZ tidak mempunyai ahli yang telah berkahwin bagi memudahkan lagi urusan berkaitan pelajar perempuan.

Pelajar-pelajar perempuan ini telah ditempatkan di satu kawasan yang sama bagi memudahkan segala kerja memandangkan hanya 23 orang pelajar perempuan Malaysia yang ada di bumi Zagazig ini.

Pada tahun ini juga, DPMZ telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa bersama pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah yang telah dihadiri hampir keseluruh ahli DPMZ.

Selain dari itu, DPMZ bagi sesi ini juga telah menjalinkan hubungan bersama Persatuan Perubatan Kaherah memandangkan tahun ini merupakan generasi pertama pelajar perubatan ke bumi Zagazig.

Walaupun jumlah pada tahun ini hanya 103 orang, tetapi jumlah keseluruhan ahli yang masih ada di bumi Zagazig ini bertambah dan merupakan tahun paling ramai setakat ini iaitu seramai 313 orang. Namun, dijangka jumlah ini akan bertambah memandangkan masih terdapat pelajar perubatan yang belum melaporkan diri.

Bagi sesi ini,majoriti ahli-ahli DPMZ yang berada di tahun akhir berjaya menamatkan kuliah mereka dan telah pulang ke Malaysia.

Mesyuarat Agung Tahunan sesi 2007/2008

Bagi sesi ini juga, menyaksikan DPMZ terpaksa berpindah dari markaz yang hampir 14 tahun telah digunakan, markaz yang menyaksikan segala aktiviti yang telah dilakukan DPMZ sejak tahun 1993 lagi. Secara tidak rasminya, DPMZ telah berpindah ke markaz baru yang terletak di kawasan Qaumiyah. DPMZ kali ini telah berubah suasana dengan mendapat nafas baru di tempat baru.

Di bawah motto “GEMBLENG KEKUATAN PASAK KEILMUAN” DPMZ akan meneruskan perjuangan bagi kebajikan setiap ahli yang berada di bawah naungannya disamping meneruskan niat utama berada di bumi Mesir iaitu mendapatkan ilmu.


Selembar Sejarah Pimpinan DPMZ 1993-2009


Pengerusi Sesi 1993 /1994 - Mohd Nasuha Ismail
Pengerusi Sesi 1994 /1995 - Hj Mohd Fu’ad B Hj Mohd Seleh
Pengerusi Sesi 1995 /1996 - Norulhuda @ Norulazhar Haron
Pengerusi Sesi 1996 /1997 - Hj Abd Rahman B Mamat

Pengerusi Sesi 1997 /1998 - Hj Suharme B Hj Abdullah

Pengerusi Sesi 1998 /1999 - Hj Mohd Bukhari B Hj MohdSuhaimi

Pengerusi Sesi 1999 /2000 - Hj Mohd Bukhari B Hj MohdSuhaimi

Pengerusi Sesi 2000 /2001 - Mohd Hilmy B Sulaiman

Pengerusi Sesi 2001 /2002 - Mohd Redzuan B Ahlal

Pengerusi Sesi 2002 /2003 - Mohd Faizal B Najimuddin

Pengerusi Sesi 2003 /2004 - Zulazhar B Mohamad

Pengerusi Sesi 2004 /2005 - Zarul B Salleh
Pengerusi Sesi 2005 /2006 -
Mohd Muzaidi B Mustani
Pengerusi Sesi 2006 /2007 - Ahmad Zaidan B Abu Samah

Pengerusi Sesi 2007 /2008 - Muhammad Mumtaz B Harun

Pengerusi Sesi 2008 /2009 - Mohd Faizzudin B Ghazali



Ziarah AJKT ke rumah adik-adik Perubatan

3)

di petik dari blog rasmi OPZ

Kedatangan pelajar perubatan buat pertama kalinya di bumi Zagazig pada tahun 2006 menunjukkan bahawa bidang perubatan Mesir semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Sehubungan dengan ini Organisasi PERUBATAN Zagazig (OPZ) telah ditubuhkan bagi memudahkan perhubungan dan gerak kerja antara pimpinan PERUBATAN di Kaherah dengan ahli-ahli PERUBATAN yang berada di sini.

OPZ bertanggundemik ahli-ahli PERUBATAN di Zagazig dan seterusnya menjadi medan jalinan ukhwah dan perpaduan sesama ahli-ahli PERUBATAN di seluruh Mesir.

Ahli jawatankuasa organisasi ini berada terus di bawah biro-biro PERUBATAN di Kaherah. Maka segala perancangan dan aktiviti yang dibuat adalah selari dengan perancangan dan aktiviti PERUBATAN di Kaherah. Selain itu, pihak OPZ menjalinkan hubungan yang baik dengan Dewan Perwakilan Mahasisgjawab membawa visi dan misi semasa PERUBATAN sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan tubuh PERUBATAN. Organisasi ini juga bertujuan menjaga kebajikan dan akawa Zagazig dalam segala urusan terutamanya dalam hal-hal keselamatan dan perhubungan dengan pihak berkuasa tempatan seperti urusan passport dan visa, penerbitan risalah dan lain-lain.

Di samping itu, tanggungjawab menjalinkan hubungan baik dengan persatuan pelajar lain juga dititikberatkan agar nama baik dan imej PERUBATAN terpelihara di mata semua pihak.Diharapkan kerjasama dari semua pihak dapat diberikan agar OPZ dapat terus berbakti selagi wujudnya pelajar perubatan di bumi Mesir ini.

4)

Apa Gunanya Semua Diatas??

Siapa yang membaca dengan betul dan berfikiran waras pasti mengetahui bahawasanya PMRAM, DPMZ, OPZ bukanlah satu persatuan atau pertubuhan yang baru dibuat, PMRAM sejak 70 tahun yang lalu, DPMZ sejak 17 tahun yang lalu, OPZ sejak 3 tahun yang lalu. PMRAM sebagai satu persatuan induk yang menjaga segala kebajikan, keselamatan ,DLL bagi setiap ahli yang berada di Mesir. DPMZ sebagai anak kepada PMRAM yang juga mempunyai tugas yang sama memantau keseluruhan mahasiswa/wi yang berada di zagazig tidak kira pengajian Islam mahupun perubatan. Manakala OPZ pula sebagai satu organisasi yang lebih khusus kepada segala yang berkaitan dengan mahasiswa/wi perubatan.

Kerjasama seiringan, berkesefahaman dalam setiap gerak kerja, agenda amar ma'ruf nahi mungkar juga pembawakan Islam yang diaturkan membawa kepada kesatuan seluruh mahasiswa/wi. persoalan yang ingin ana timbulkan juga sama seperti apa yang telah dituliskan oleh saudara syafiq.

Mengapa perlu ada persatuan lain? persatuan yang juga atas nama kebajikan?kebajikan siswa/wi? adakah langsung tidak ada kebajikan yang diberi oleh DPMZ serta OPZ sebelum ini? atau sebagai satu perancanaan demi untuk memulakan bibit perpecahan di dalam kesatuan yang telah di bina?

Dr Fathi Yakan dalam kitabnya ada menerangkan kitabnya "Tasawur Asasi Gerakan Islam" dalam bab "Mesti ada kesatuan dalam Amal Islami" telah membawa satu hadis dari baginda nabi Muhammad SAW yang bermaksud " Umatku akan lemah dan lemah, maka barangsiapa yang memecah belahkan urusan umat ini sedangkan ia satu, hendaklah kamu bunuh tidak kira apa jua makhluk" HR Muslim

Beliau juga ada menyebut antara kesan dari banyaknya bilangan persatuan atau jemaah ke atas Islam dan umatnya, antaranya ialah :

- ia telah memecahbelahkan kekuatan Islam dan melemahkannya.
- banyakknya bilangan sama sekali tidak menjadi satu faktor memajukan amal Islami bahkan menjadi faktor memundurkan dan mengasingkan serta menimbulkan keraguan.
- memudahkan musuh2 ISlam menghapuskan arah hala Islam.
- Melahirkan rasa sensitif di kalangan pengikut-pengikut pertubuhan. Menyebabkan lebih terpecil dan fanatik setiap angota kepada pertubuhan itu sahaja.
- kesemua kerja ini menyebabkan ia mundur dan terkebelakang dan tidak satu pun yang sampai ke matlamatnya.

Antara alasan2 yang sering digunakan oleh pendokong kepada berbilangnya pertubuhan yang telah diterangkan oleh Dr Fathi Yakan ialah :

- Pertubuhan-pertubuhan Islam yang terdahulu telah tersasar jauh dari arah tujuanya.
- pertubuhan Islam yang terdahulu itu lebih menumpukan atau menitikberatkan satu sudut sahaja.
- dalam pertubuhan itu terdapat banyak kekeliruan dan persoalan yg x terjawab. dengan pertubuhan baru akan membebaskan orang-orang bekerja dalam pertubuhan itu dari segala kekeliruan.
- pertubuhan itu terlibat dalam banyak kesalahan

Kesatuan merupakn tuntutan syara'

Sesungguhnya ugama Islam inilah ugama kamu, ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku. " Al-Anbiya 92

"
Dan sesungguhnya ugama Islam ini ialah ugama kamu - ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu. " Mukminun 52

"
"Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar. " Al-Imran 105

"Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan ugama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya). " Al-an,am 159





TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Mengapa persatuan lain tak perlu wujud di ZAGAZIG..

10/22/09

Syukur Pada Mu Ya Allah.. ( 1 )



Tarikh keramat..

17-20 oktober 2009 MAJLSI PEMBACAAN SUNNAN SITTAH BERSAMA PARA MASYAIKH AZHAR - Satu tarikh yang sangat bermakna bagi diri ku. Walaupun keletihan ( mau nye x letih kene ketat muka je sepanjang program huu ) tapi apa yang pasti ia akan menjadi satu kenangan yang terindah buat diriku yang hina ini.. Aku juga pasti bukan aku sahaja yang berasa sangat gembira, malah aku begitu yakin seluruh peserta yang jumlahnya hampir mencecah 700 orang juga turut berasa sangat gembira dengan perjalanan majlis tersebut terutama pada majlis penutup yang cukup-cukup mengharukan..Syukur pada Mu Ya Allah di atas peluang yang telah engkau berikan pada hambaMu ini..


Syukran Lillah..

InsyaAllah ana akan cuba bercerita perjalan sepanjang majlis k6 ini berlangsung..

Apa yang pasti hati ini berasa sangat bahagia, sangat gembira bila dapat bersama dengan para masyaikh azhar, syukur pada nikmat Mu Ya Allah.. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa bahagianya hati bila dapat bertemu, bersua muka, bersalaman, bertalaki terus dengan para masyaikh azhar terutama Al-allamah
Syeikh Ali Jum`ah yang merupakan ulama besar di Mesir.

Ya Allah gembiranya hati ini.. Moga diberi lagi kesempaan untuk terus dapat bersama dalam majlis seperti ini..Amin ya Rob...




TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Syukur Pada Mu Ya Allah.. ( 1 )

Penutup Majlis Pembacaan Hadith Sahih Al-Bukhari, Satu Kenangan Seabadinya

Dipetik dari :
Blog Ustaz khairul Nizam..


Ya Allah. Syukur padaMu atas nikmat ini. Malam tadi satu malam yang cukup bermakna buat seluruh peserta Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri 1 (Sahih Al-Bukhari). Ucapan demi ucapan setiap ulama yang membacakan hadith Sahih al-Imam al-Bukhari pada kami cukup menyentuh atma dan jiwa halus kami.

Syeikh Usamah sebelum ini meminta saya bersungguh-sungguh untuk membawa dan menjemput Prof. Dr. Saad Saad Jawish al-Husaini untuk bersama-sama dalam majlis penutup malam tadi. Alhamdulillah, walaupun Syeikh Saad Saad Jawish tidak dapat menghadiri majlis ini dari hari pertama lantaran kesibukan beliau memunaqasyah tesis M.A dan PhD di Universiti al-Azhar, beliau akhirnya dapat meluangkan masa dalam majlis penutup sekitar jam 5.10 petang semalam sehingga majlis tamat.

Sementara menunggu ketibaan Syeikh Ali Jum`ah yang merupakan ulama besar di Mesir yang merupakan guru kepada para guru saya di Mesir (Syeikh Sayyid Syaltut, Syeikh Muhammad Sultan, Syeikh Usamah, Syeikh Yusri al-Hasani, Syeikh Amru al-Wirdani, Syeikh Ahmad Hajin dan lain-lain), kami terpaku dengan bilah-bilah ucapan para guru yang meminta kami agar tabah dalam menjunjung ilmu yang merupakan warisan dan harta pusaka dari al-Habib al-Mustafa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Saya lihat beberapa orang peserta sebak dan menangis apabila Syeikh Saad Saad Jawish berucap. Beliau membawa kepada kami satu hadith bahawa Rasulullah pada satu hari telah diperlihatkan oleh Allah dunia seluruhnya dari timur hingga ke barat. Beliau menyatakan bahawa berkemungkinan mata Rasulullah juga telah melihat Malaysia yang akhirnya menerbitkan semangat juang untuk mempertahankan Islam dan mencintai Rasulullah dalam jiwa anak-anak Muslim di Malaysia.

Subhanallah. Malam tadi air-air mata itu berguguran laju apabila hati-hati pemiliknya diketuk agar mencintai Rasulullah. Syeikh Usamah sendiri menangis apabila cinta Rasulullah dilahirkan.

Tuhan. Saya rindu pada Baginda.

Akhirnya selepas solat Isyak, Fadhilat al-Mufti Syeikh Ali Jum`ah tiba. Kami semua seperti tidak percaya bahawa beliau ada di hadapan mata kami. Semua yang hadir berdiri menghormati ulama besar ini yang telah melahirkan ramai para ulama Mesir yang pakar dalam bidang yang pelbagai.

Syeikh Ali dalam ucapan beliau menceritakan guru-guru beliau. Antaranya adalah Syeikh Yasin al-Fadani dan Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari. Saya sempat menoleh ke arah Syeikh Yusri al-Hasani. Saya dapati beliau menangis apabila Fadhilat al-Mufti menceritakan kepada kami kisah al-Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari. Saya dapat rasakan betapa Syeikh Yusri yang pernah belajar daripada Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari merindui guru beliau yang sudah tidak ada lagi hari ini.

Subhanallah. Malam tadi malam yang cukup mengharukan. Setiap bilah kalam para ulama yang hadir menggamit kami untuk mencintai Rasulullah serta mempertahankan pusaka Rasulullah. Subhanallah. Al-Azhar -demi tuhan Kaabah- telah memupuk jiwa kami untuk rindu dan cinta pada Rasulullah. Air mata ini mengalir lagi.

Ya Allah. Berkatilah para masyaikh kami. Lapangilah hidup mereka. Berkatilah mereka. Tanamkanlah dalam jiwa kamu cintakan Nabi dan cintakan para ulama. Jadikanlah kami orang yang bersungguh-sungguh menggali ilmuMu dari dada para ulama. Jadikanlah kami manusia yang akan meredah jahiliyyah lalu kami kotakan Islam dan kamu junjung serta kami mahkotakan Islam.

Ya Allah. Kami menjadikanMu, para malaikatMu dan makhluk seluruhnya bahawa kami mencintaiMu dan mencintai NabiMu.

Terimalah Ya Allah.

**************

Tahniah buat PMRAM dan seluruh individu yang telah bercekal dan berlelah dalam menjayakan program ini. Teringat dengan apa yang diucapkan oleh Syeikh Yusri pada kami sewaktu majlis berenti rehat "Kamu telah mula menghidupkan kembali sunnah pembacaan Kutub Sittah ini, maka kamu jangan menutupnya".

Semoga PMRAM akan terus tabah dan bersemangat untuk memimpin tangan-tangan anak-anak Melayu di Mesir ini agar serius dalam menuntut dan menjiwai ilmu. Tahniah buat semua.

Satu Fikrah Satu Amal,
Kita PMRAM.

*************

P/s :

1) 1 juta juta Tahniah PMRAM
2) Maaf semua peserta kot2 ada terkasar masa ana jadi unit disiplin K6
3) Kenangan yang pasti tidak akan dapat ku lupakan. bersama,bercerita, berkhidmat untuk para masyaikh.. Bahaginya ya Allah... Syukur pada Mu Ya Allah... ( akan cuba menceritakan pengalaman di post kan datang :D )
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Penutup Majlis Pembacaan Hadith Sahih Al-Bukhari, Satu Kenangan Seabadinya

10/15/09

Perjungan Tetap akan Diteruskan.. Cepat Sembuh!!



Tregedi 11 oktober menjadi satu sejarah. Kembara perjuangan telah diuji dengan cubaan serta dugaan. Apa yang pasti segala dugaan serta musibah yang berlaku sebagai satu ujian untuk menambahkan lagi semangat serta menguatkan lagi keimanan kita pada Allah..

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." Al-angkabut ayat 2&3.


Kenikmatan Buat Para Pejuang..


"Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar;"


Al-imam Abdullah bin Mubarak pernahmenulis kepada sahabatnya yang beriktikaf di Makkah dengan meninggalkan tugas Jihad:

Wahai saudara yang sedang beribadat ditanah suci,
kalau saudara melihat kami,saudara akanketahui,
Saudara hanya bermain dengan ibadat,
Siapa yang pipinya berlumuran airmata,
maka leher kami berlumuran darah,
Kalau kudamua penat didalam kebatilan,
Maka kuda kami penat di medan perang.


"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar."
As-Saff 10-12


Semoga antum semua cepat sembuh..

Syam : anta kene kuat tuk menghadapi ujian yang menimpa ini, mungkin ini giliran anta diuji dan ujian untuk kami juga pasti akan menyusuli cuma mybe bentuk berbeza , semoga ujian ini dapat menguatkan lagi kerja dakwah serta semangat anta k :)

Hadi: you are the best, walau kaki berbalut tapi ttap ceria xtau la bila msa hang xkan ceria, kaki sahaja yang sakitkan so masih mampu untuk membantu mengerakkan perjalanan dakwah Islam dalam perubatan. gunakan kesempatan kedatangan adik2 ke rumah sebgai satu peluang untuk hang memberi nasihat serta tunjuk ajar, cepat2 sembuh k..

Dayat : kerja kuat anta amat kami hausi, semoga diberi kecerdasan secepat mungkin untuk meneruskan misi2 perjuangan yang semakin rumit. Rehat secukupnya untuk kerja2 yang mendatang. (turun dari sidratul muntaha tu mai duk dewan ada ore jaga :P )

Anas : Mungkin masih terkejut dengan apa yang berlaku, "UPAP kerja setahun" itulah nasihat yang selalu ana sebutkan kepada anta. nasihat yang diberikan dari ust mumtaz kepada ku ketika ku memegang tugasan tersebut. kuatkan semangat, tekadkan keazaman, cekalkan hati semoga boleh kempbali bertugas berssama kami semua..

Soleh,Hakim,Wan Zaimu Alhmdulillah dan tahniah, musibah yang telah antum lalui langsung tidak mematahkan semangat untuk terus membantu, walaupun terdapat kecedraan dlaam tragedi tersebut namun antum tetap terus bergerak membantu segala gerakkerja yang dijalankan.. semoga Allah membalas jasa2 antum semua aminnn...


TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Perjungan Tetap akan Diteruskan.. Cepat Sembuh!!

10/12/09

Mengapa Perlu Jadi sejahat Itu??



“al-Azhar terlalu sibuk dengan pelbagai urusan tambahan pula campur tangan kuasa luar yang tiada kaitan dengan al-Azhar menyebabkan al-Azhar tidak sempat untuk melaksanakan Majlis mulia sebegini.Apa-apa pun, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah memulakan kembali sunnah mulia ini.Moga akan membuka mata al-Azhar untuk kembali melaksanakan Majlis sebegini kelak.”

kata-kata Syaikhuna al-Allamah Dr Jamal Faruq hafizahullah bilamana wakil PMRAM bertanyakan kepada beliau mengapakah al-Azhar sudah tidak menganjurkan lagi Majlis Sama’ Hadis sebegini? ( majlis pembacaan kutub sittah )


Persoalan :


- Mengapa ada pihak yang cuba untuk memprotes majlis yang mulia ini?
- Apakah motis percubaan membatalkan majlis mulia ini? kerana politik? kerana takut? kerana tak ingin Islam itu disebarkan? atau kerana apa??
- Apakah hukum orang yang cuba untuk menghalang dari diadakan program mulia ini?
- Adakah kita ingin jadi seperti kaum musyrikin yang cuba menghalang dakawah2 yang disampaikan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam?


Tindakan :


- Jikalaulah percubaan ini BETUL dan dilakukan atas sebab kerana takutkan Islam itu disebarkan, atau kerana takut kemurkaan yang dilakukan akan terbongkar, serta melakukan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas kepada PMRAM, saya tidak teragak2 mendoakan agar Allah memberikan peringatan serta hidayah terhadap individu-individu yang terlibat dlam konspirasi jahat ini..




Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan merekaGoncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Mengapa Perlu Jadi sejahat Itu??

10/8/09

Kewajipan Mengundi Mengikut Hukum Syara.




Menegakkan Pemerintahan Islam

Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau Imaratul Mukminin ataupun al Imamah al ‘Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya. Ia ditakrifkan oleh Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain dengan maksud :

“mengalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya”.

Pengertian ini dibuat berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq r.a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. maksudnya:

“Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya”.
Kata-kata ini terus mendapat sokongan dan persetujuan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Saqifah Bani Sa’adah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w.

Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam

Ramai di kalangan ‘alim ulama’ yang bercakap tentang perkara ini, yang biasa didengari ialah seperti Al Imam Al Mawardi, Abu Yu;la, Ibnu Khaldun, (faqih Siasi), Imam Al Haramain Al Juwaini, (Faqih Ijtima’ie), Imam Al Ghazali, (Faqih Tasawwuf) dan lain-lain lagi. Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata al Faqih al Ma’ruf Ibnu Hazam Al Andalusi:

“Para ulama’ daripada Ahlu Sunnah wal Jamaah, Al Murji’ah, As Syiah dan Khawarij bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan Pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Namun begitu terdapat satu puak daripada Al Khawarij yang bergelar Al Najdat mengatakan bahawa tidak wajibnya menegekkan kerajaan yang serupa itu. Walau bagaimanapun mereka sudah tidak wujud lagi dewasa ini.

Pendapat mereka ditolak oleh Ijma’ mereka yang telah disebutkan itu, lebih-lebih lagi apabila kita dapati Al-Quran dan Al-Sunnah turut menyatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu.

Wajibnya menegakkan Pemerintahan Islam itu berdasarkan Syara’ dan berdasarkan ‘Aqal
Kita telah menyatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu wajib. Apakah wajibnya itu berdasarkan syara’ atau berdasarkan ‘aqal atau kedua-duanya sekali?

Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Hazam dan Ibnu Khaldun menyatakan bahawa syara’ dan ‘aqal sama-sama mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam. Hal ini berdasarkan Al-Quran, Al-sunnah, Al-Ijma dan ‘aqal (logik).

Selain dari Al-Quran dan Al-Sunnah, para sahabat dan tabi’in telah sebulat suara mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu (Pemerintahan Islam).

Dari segi logiknya pula, manusia itu tidak boleh hidup dalam keadaan porak peranda tanpa tanzim, maka setiap tanzim perlu kepada pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam sesebuah negara ialah pemerintah.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Jika tiga orang berada dalam pelayaran maka hendaklah mereka melantik seorang ketua”.

Hadis ini menunjukkan bahawa nabi mewajibkan perlantikan ketua dalam kumpulan yang kecil, maka apatah lagi kumpulan yang lebih besar dan tersebar.

Cara-cara Menegakkan Pemerintahan Islam

Sebelum itu, kita telah menyatakan bahawa Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah. Pembentukan dilakukan melalui perlantikan pemimpin tertinggi iaitu khalifah dan khalifah pula akan melantik pembantu-pembantunya sama ada jemaah menteri, ahli syura dan lain-lain.

Dalam keadaan biasa, perlantikan khalifah itu berlaku melalui tiga peringkat pencalonan, penapisan calon dan pungutan suara rakyat yang berhak bersuara. Ia dikenali dengan Bai’ah Ammah.

Hal ini dipetik dari peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar Al Siddiq, di mana beliau dicalonkan dan disahkan pencalonannya di dalam perhimpunan Saqifah Bani Saidah, kemudian selepas itu dilakukan ‘baiah 'ammah’ di masjid Al Nabawi.

Baiah 'ammah itu kadangkala dipanggil pungutan suara ramai, kadangkala digelar dengan nama Al Syahadah iaitu para saksi yang juga dipanggil pengundi memberikan penyaksiannya bahawa calon itu adalah layak memiliki syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam.

Kewajipan Ummah di dalam Menegakkan Pemerintahan Islam

Sama ada persetujuan kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas dibuat atas nama ‘Baiah Ammah’ atau ‘Al Syahadah’ maka setiap umat Islam yang aqil baligh wajiblah menyertainya. Atas nama baiah ianya wajib kerana bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Sesiapa yang mati dan tidak pernah melakukan baiah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyyah”.

Antara maksud lafaz baiah itu ialah:

“Aku memberi baiah kepad kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya”.

Adapun atas nama Al Syahadah, ianya diwajibkan bersandarkan kepada antara lainnya Firman Allah Ta’ala, maksudnya:

“Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu”. (At Talaq:2)

Firman Allah lagi, maksudnya:

“Dan hendaklah menegakkan syahadah semata-mata kerana Allah”. (At-Talaq:2)

Firman Allah Ta’ala lagi, maksudnya:

“Dan janganlah kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya berdosalah hatinya”. (Al-Baqarah: 283)

Oleh kerana itu para pengundi haruslah mempunyai syarat-syarat yang ada pada saksi, antara lainnya bersifat adil. Mereka memberikan persetujuan kepada seseorang calon itu hanya berdasarkan kelayakan peribadi dan matlamat pencalonan seperti mana hadith Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”.

Mendaftar Diri Sebagai Pemilih

Sayugia diingatkan bahawa menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia memerlukan kepada proses mendapat suara majoriti di dalam dewan rakyat atau dewan negeri. Untuk mendapat suara majoriti di dewan rakyat atau dewan undangan negeri mestilah memenangi kerusi terbanyak di dalam dewan-dewan tersebut.

Untuk memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya mestilah mempunyai pengundi yang ramai (majority). Undi yang serupa itu tidak akan diperolehi kecuali para pencinta Islam layak menjadi pengundi.

Mereka tidak akan layak mengundi (mengikut peraturan yang ada) kecuali mereka didaftarkan sebagai pemilih. Oleh kerana itu dan berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kita bentangkan di atas dan berdasarkan kaedah fiqh:

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”.

Maka dengan itu mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam negara Malaysia ini adalah menjadi wajib mengikut hukum syara’.

Kesimpulan dan Penutup

Semua mengetahui bahawa melaksanakan hukum syara’ itu adalah wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka mewujudkan kerajaan Islam adalah wajib.
Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan kerajaan Islam dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib. Seseorang itu tidak mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah wajib.

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya akan ia menjadi wajib”



Rujukan : Kertas Kerja Ust Dr Haron Din
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Kewajipan Mengundi Mengikut Hukum Syara.

10/6/09

Tahniah Mustakim Atas kelahiran Puteri Pertama :)


bila plak den nak blh anak ni hii :d gai insyaAllah


TAHNIAH SAHABAT KU...

(09 september 2006) -Tarikh Aku dan Mustakim tiba di lapangan airport kaherah.

-Kami bersama2 di tauzikkan di sebuah muhafazah yang diberi nama Zagazig..

-Bermula dari mula ketibaan di bumi Zagazig kami tingal serumah di satu kawasan yg di beri nama Murur.

- Setelah raya pertama kami di kaherah kami berpindah ke rumah baru di kawasan baru di Salam. rumah yang seperti gua berubah menjadi Syurga kami bersama :)

- Mustakim & aku, kami tingal sebilik, laptop kepunyaannya ku lakukan seperti milikku jua :P

- Alhamdulillah kami disatukan bersama, dikuliah yang sama kuliah Bahasa Arab. bermula dari tahun satu hinga sekarang, kami sudah di tahun 4 kami masih lagi bersama dan memperolehi keputusan yang sama JAYYID alhmdulillah..

- Pada tahun 2008 kami pulang bersama ke malaysia..

-Bermula dari tahun itu kami tidak lagi bersama :( huu sbb..... mustaqim telahpun berumah tagga dengan gadis pilihan hatinya :P dari awal2 lagi dah nak kawen dah :P

- walaupun jauh setelah tinggl di Iskandariah tapi kegigihannya untuk terus berjaya dalam pelajaran amat aku kagumi, seminguu pasti 4@5 hari dia akan bersama kami untuk hadir ke muhadarah bersama doktor di kuliah walau terpaksa berjauhan dengan zaujah tercinta..

- tiada apa yang aku paling dengki ( dengki baik :P ) dengan mustakim ialah ingatannya dalam menghafaz memenag kami tak dapat tandingi, walaupun soleh antara yang terhebat dari kami ber4 (aku hebat lagi :P ) tapi klu nak dibandingkan dalam bab hafalan bait syair atau sebgainya memang mustaqim tiada tandingan.

- Dan apa yang aku dengki gak dia bahagia je duk nge zaujah huu :P bila la den nak nikah ni hahaha

- dan bertambah dengki lagi bermula hari ini -5 oktober 2009- mustaqim sudah bergelar bapa kepada seorang puteri comel.. huu

- pah anaknye comel lak tuu huu lagi la dengki :(

- apa2 pun tahniah di ucapkan kepada sahabat ku mustaqim diatas kelahiran puteri pertama, semoga dengan kdatangan puteri cumil ini dapat membahagiakan lagi rumah tangga serta ditambahkan lagi kesyukuran serta ketaqwaan pada Allah swt..

-semoga puteri sulung in menjadi anak yang solehah serta menjadi muslimah pejuang yang memperjuangkan dirinya semata2 kerana Islam seperti babanye :P Insyallah aminnn






TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Tahniah Mustakim Atas kelahiran Puteri Pertama :)

10/4/09

Negara Islam..


Ya Allah jadikanlah kami sebagai pejuang agamaMu..

DALAM dunia politik hari ini, berbagai-bagai istilah yang disabitkan dengan pemerintahan telah dicipta oleh manusia, namun kebanyakan mereka bermuafakat tentang istilah, tetapi berbeza pendapat tentang pengertian atau definisinya.

Terdapat pula istilah yang mempunyai makna yang serupa, tetapi mempunyai beberapa perbezaan yang segi amalan dan perlaksanaan.

Malah kadang-kadang terdapat yang bertentangan antara satu sama lain. Inilah yang dikatakan 'sama tapi tidak serupa'.

Istilah politik itu sendiri, kebanyakan kita sepakat menggunakan namanya tetapi diberi istilah yang berbeza. Contohnya dalam masyarakat Greek digunakan istilah politik sebagai 'anak watan dan hak-haknya dalam negara'.

Di waktu lain mereka menggunakan istilah politik sebagai pemerintah yang sedang menjalankan urusan pemerintahannya dan terdapat yang menggunakan istilah itu sebagai polisi negara dan tipu muslihatnya.

Dalam sistem kita hari ini itulah yang berlaku, iaitu kita menerimapakai istilah politik tetapi memberi pengertian yang berbeza.

Ada antara kita yang merujuk politik sebagai ilmu pengetahuan berkenaan cara pemerintahan kepada dasar dan polisi sesebuah negara, ada yang merujuk kepada suatu kaedah yang dipergunakan oleh pemerintah sebuah negara dan hubungannya dengan negara lain.

Politik juga dikaitkan dengan kelicikan dan maslahat sesuatu tindakan.

Kalaulah istilah politik itu sudah bercelaru apatah lagi dengan istilah demokrasi yang sama istilahnya tetapi mempunyai pengertian yang amat berbeza.

Demokrasi adalah sistem pemerintahan yang dipilih rakyat melalui wakil-wakil mereka. Ada yang mengatakan pemerintahan rakyat untuk rakyat dan tidak kurang yang mengatakan demokrasi itu adalah kuasa rakyat untuk rakyat.

Kalau itulah realitinya, maka demikian pula dalam menggunakan istilah Negara Islam, memang sesuatu yang telah menjadi lumrah dan dipergunakan secara berleluasa oleh banyak pihak termasuk U***

Namun apakah pemahaman sebenar mereka terhadap penggunaan istilah Negara Islam itu? Mereka begitu mudah menerimapakai istilah Negara Islam dengan hanya merujuk kepada pemerintah dan majoriti rakyatnya beragama Islam.

Jika itulah pemahaman mereka, maka seluruh negara umat Islam hari ini terutamanya yang menganggotai Persidangan Negara-negara Islam (OIC), tanpa kecuali semuanya adalah Negara Islam.

Akan tetapi realitinya tidak demikian kerana negara yang mengistiharkan mereka sebagai Negara Islam hanya beberapa buah sahaja, namun boleh dipertikaikan adalah mereka itu Negara Islam sebenar.

Istilah Negara Islam sebenar tidak boleh lari dari apa yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Negara Islam yang ulung ditubuhkan di Madinah dalam tahun 623M bersamaan dengan tahun ke 2H.

Negara Islam Madinah adalah contoh benar yang perlu difahami dan dihayati maknanya. Dalam hubungan ini Allah SWT berfirman dalam Surah al-Ahzab, ayat 21, mafhumnya:

"Sesungguhnya telah ada pada perbuatan Rasulullah itu contoh teladan yang amat baik bagimu..."

Sebagai muslim, tiada contoh yang lebih baik dalam lapangan kehidupan melainkan yang diambil dan ditiru dari perbuatan Rasulullah.

Dalam hal ketatanegaraan, Nabi Muhammad telah menunjukkan contoh seperti yang diperintah kepadanya oleh Allah SWT. Dengan sifat-sifatnya yang jelas seperti yang ditunjukkan dalam Surah al-Hajj, ayat 41 yang mahfumnya:

"Orang-orang yang Kami perteguhkan kedudukan mereka di muka bumi (pemerintah Negara Islam), mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang maaruf dan mencegah dari perbuatan mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan (berserah dan bertawakkal)."

Ayat ini, jika dirujukkan kepada tafsir al-Quran yang muktabar, diberi pengertian yang mendalam dengan merujuk kepada makna yang falsafi di setiap perkataan ayat itu.

Dalam tafsir al-Maraaghi misalnya, perkataan mendirikan solat, dihurai sebagai mentaati perintah Allah SWT dan melaksanakan hukum-hukum Islam dengan sebaik mungkin.

Solat itu sendiri adalah lambang kepatuhan mutlak kepada Allah SWT, meskipun perintah solat itu tidak difahami bersungguh-sungguh seperti mengadap kiblat, mengangkat tangan takbir, qiam tangan, tunduk rukuk, bangun, sujud dan sebagainya, tidak semestinya difahami tujuan perbuatan itu dipatuhi, namun solat seperti yang diperintahkan Allah mesti dilakukan sepenuhnya.

Sekiranya sengaja meninggalkan satu rukun sahaja, maka tidak sah didirikan solat itu.

Rujukan : Dr Haron Din - kearah memahami negara Islam sebenar..
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Negara Islam..

10/3/09

Ulama & Politik


moga inilah barisan ulama masa hadapan aminnn


Kedudukan Ulama Dalam Islam

Ulama itu ialah mereka yang takut hanya kepada Allah dari kalangan mereka yang diberi pengetahuan dan kefahaman oleh Allah ‘Azzawajalla tentang Islam yang lengkap dan syumul itu. Untuk menjelaskan perkara ini Allah berfirman, maksudnya:

“Hanya semata-mata yang takut kepada Allah daripada kalangan hamba-Nya ialah ulama’”. (al-Fathir : 28)

Untuk menentukan kedudukan mereka di dalam Islam, Allah berfirman, maksudnya:

“Katakan (wahai Muhammad) apakah sama golongan yang berilmu denga golongan tidak berilmu, sesungguhnya yang mempunyai akal fikiran yang waras sahaja yang selalu ingatkan perintah Allah”.(az-Zumar : 9)

Firman Allah, maksudnya:

“Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan golongan yang berilmu pengetahuan dan Allah amat mengetahui apa yang kamu kerjakan”.(al-Mujadalah : 11)

Untuk menjelaskan perkara yang sama Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang melalui sesuatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, Allah memudahkan baginya jalan ke syurga. Sesungguhnya para malaikat meletakkan sayapnya untuk menuntut ilmu kerana berpuas hati dengan perbuatannya.

Sesungguhnya orang-orang Alim itu meminta ampun baginya oleh sekalian yang ada di langit dan di bumi sehingga ikan-ikan di air turut meminta ampun baginya.

Ia kelebihan orang alim berbanding dengan orang yang beribadat seperti kelebihan bulan berbanding dengan sekelian bintang.

Para ulama itu adalah pewaris kepada para nabi dan sesungguhnya para nabi itu tidak meninggalkan emas dan perak malahan mereka meninggalkan ilmu pengetahuan. Sesiapa yang menerimanya maka ia mendapat bahagian yang cukup sempurna”.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud:

“Perumpamaan para ulama di muka bumi seperti bintang-bintang di langit yang memberi petunjuk kepda musafir dan pelayar di waktu malam, apabila terlindungnya bintang tersebut mereka akan terpinga-pinga kehilangan petunjuk”. (Hadith Riwayat Imam Ahmad)

Ternyata daripada pembentangan di atas bahawa ulama itu mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah.

Rasulullah SAW meletakkan mereka sebagai pewaris para nabi. Pewaris para nabi yang bermaksud “menggalang ganti di dalam menjaga agama dan mentadbir dunia dengannya” menghendaki supaya para ulama menjadi pengganti nabi dalam urusan mentadbir dan menjaga agama.

Itulah yang difahami oleh para sahabat dan para cerdik pandai Islam. Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman Ibnu Affan, Ali Ibnu Abi Talib dan lain-lain daripada para khulafa’ mengambil tempat baginda Rasulullah SAW dalam urusan yang kita sebutkan di atas.

Justeru itu, para cerdik pandai Islam yang menulis buku di bidang siasah dan pentadbiran negara menyatakan bahawa jawatan-jawatan penting di dalam negara seperti khalifah, perdana menteri dan para hakim hendaklah disandang oleh para ulama mujtahidin dari kalangan ulama Islam.

Hal ini saudara akan dapati bila saudara-saudara membaca buku-buku yang ditulis oleh Imam As-Syafie, Al-Mawardi, Abu Ya’la, Ibnu Khaldun, Imam Al-Haramain Al-Juwaini, Al-Imam Al-Ghazali dan lain-lain.

Bertolak dari kajian-kajian dan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh para alim ulama yang mentadbir di zaman silam, maka para penulis dan penganalisa zaman sekarang ini membuat beberapa rumusan di antara lainnya:

1. Bahawa pemerintahan Islam itu adalah pemerintahan yang berasaskan agama. Hal ini antara lainnya diasaskan kepada kata-kata Al-Imam Al-Ghazali yang bermaksud:

“Agama itu asas dan kerajaan itu pengawal. Maka sesuatu yang tidak mempunyai asas akan tumbang dan sesuatu yang tidak ada pengawal akan hilang”.

2. Ia merupakan kerajaan yang dipandu oleh para ulama. Hal ini adalah didapati daripada beberapa rumusan yang dibuat oleh cendikiawan Islam yang mengatakan bahawa mengetahui syariat Islam sampai kepada peringkat ijtihad adalah salah satu daripada syarat-syarat kelayakan untuk menjadi ketua negara, perdana menteri dan hakim di dalam negara Islam.

3. Hal ini terlalu jelas apabila kita merenung firman Allah, maksudnya:

“Dan hendaklah kamu menjalankan hukum (pemerintahan) di kalangan mereka berdasarkan kepada apa yang diturunkan oleh Allah”. (al-Maidah : 48)

Siapakah yang lebih arif tentang apa yang diturunkan oleh Allah kalau tidak para ulama. Piagam Madinah jelas menyatakan bahawa rujukan kepada kerajaan Islam itu ialah kitab Allah dan Sunnah RasulNya.

“Dan sesungguhnya apa jua yang berlaku di kalangan mereka yang menandatangani piagam ini, yang khuatir berlaku kerosakan atau kehuruharaan maka Kitab Allah dan sunnah Rasul menjadi rujukan”.

Mengimbas kembali kepada apa yang dibentang dan apa yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan zaman para Khulafa’ Al-Rasyidin mengajak kita berfikir dan membuat rumusan tentang kedudukan ulama’ dalam politik sesebuah negara.

Ia bukan sekadar melibatkan diri di dalam politik malahan menjadi tonggak kepada kepimpinan negara. Hal ini jelas apabila Al-Imam Al-Mawardi mengatakan antara lainnya:

“Apabila berlaku kekosongan jawatan ketua negara, maka dua golongan masyarakat haruslah tampil ke hadapan untuk mengisi kekosongan itu.

Golongan pertama ialah golongan yang mempunyai kelayakan menjadi calon (ketua negara) manakala golongan kedua pula ialah golongan yang layak menjadi penapis calon.

Golongan yang layak menjadi calon sudah barang tentu dari kalangan ulama kerana salah satu daripada syarat-syarat kelayakan itu ialah memahami syariat sampai kepada peringkat ijtihad”.

Golongan ulama bukan sekadar menjadi penasihat kepada negara atau kerajaan tetapi mereka adalah pemegang polisi dan pelaksana kepada dasar negara.

Perbahasan mengenai kedudukan ulama dan keterlibatan mereka dalam politik tanahair berlaku apabila negara-negara umat Islam disekularismakan oleh penjajah.

Merekalah yang memisahkan agama dan politik. Mereka mendualismakan cara hidup umat Islam. Satu cara hidup perseorangan dan kekeluargaan dan satu lagi cara hidup bernegara.

Mereka mengekalkan cara hidup kekeluargaan mengikut hukum-hukum Islam, manakala cara hidup bernegara mereka pisahkan daripada Islam. Hal ini menjadikan sistem politik, pentadbiran, perundangan, pendidikan, kemasyarakatan, perekonomian dan lain-lain di negara umat Islam dipisahkan daripada sistem Islam.

Justeru itu, dalam sesebuah negara umat Islam hari ini diwujudkan dua penasihat, penasihat agama yang dinamakan mufti dan satu lagi penasihat undang-undang.Namun demikian para mufti tidak diberi apa-apa kuasa/peranan yang setahap di dalam sesebuah negara.

Mereka tidak dianggap orang penting. Pandangan mereka tidaklah wajib ditaati oleh kerajaan berbeza dengan penasihat undang-undang atau peguam negara.

Ekoran daripada itu, institusi ulama’ tidak diberi penghargaan dan penghormatan yang sewajarnya. Dalam keadaan begini ulama’ pula berpecah kepada beberapa golongan. Hal ini bolehlah kita dapati di dalam perbincangan yang selanjutnya.

UMAT ISLAM DI ZAMAN SEKARANG

Ulama kita di zaman sekarang bolehlah dibahagikan kepada lima kategori:

Kategori 1

Ulama yang baik, bertaqwa, ikhlas, amalan dan ibadat mereka semata-mata kepada Allah. Namun demikian mereka mengasingkan diri daripada dunia. Mereka tidak mengambil tahu tentang permasalhaan orang Islam walaupun sedikit.

Mereka saling tak tumpah seperti ahli-ahli tasauf di zaman mutaakhir Islam iaitu tasauf yang negatif yang mengasingkan diri daripada dunia.

Mereka melihat bahawa menjauhi diri daripada dunia adalah satu jalan selamt untuk mereka dan suatu amalan bertaqarrub kepada Allah Azza Wa jalla.

Oleh kerana itu terdapat terlalu ramai daripada kalangan orang-orang dewasa ini yang menjadi mangsa kepada segala taghut dan si zalim.

Ulama seperti ini tidak mengambil tanggungjawab dalam mempertahankan orang-orang Islam sama ada pada hak-haknya, aqidahnya, kemuliaannya, kehormatannya dan lain-lain lagi. Taghut terus bermaharajalela tanpa mendengar sebarang peringatan dan nasihat untuk berbuat kebaikan.

Sepatutnya para alim ulama memberitahu betapa si zalim akhirnya pasti akan mendapat tentangan yang hebat daripada rakyatnya. Kumpulan ulama seperti ini terus menyambung amalan yang dilakukan oleh orang yang terdahulu daripada mereka. Walau apapun yang terjadi mereka tidak bersedia untuk turun ke medan untuk menghayati firman Allah, maksudnya:

“Dan hendaklah kamu menjadi umat yang menyeru manusia kepada kebaikan dan menyuruh mereka melakukan amal ma’ruf dan mencegah mereka dari melakukan kemungkaran dan merekalah orang-orang yang berjaya”. (Ali Imran: 104)

Dan untuk menghayati sabda junjungan yang bermaksud:

“Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangan (kuasa). Sekiranya kamu tidak mampu hendaklah diubah dengan lidah dan sekiranya kamu tidak mampu hendaklah kamu membencinya di dalam hati kamu. Itulah selemah-lemah iman”.

Atau sabdanya lagi yang bermaksud:

“Sebaik-baik jihad ialah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim”.

Kategori 2

Golongan yang sangat setia kepada Islam, cemburu kepadanya namun begitu mereka terlalu baik hati, niat mereka terlalu ikhlas. Mereka memberikan penilaian bahawa setiap orang yang mencium tangannya, menghadirkan diri di dalam majlis zikir serta menghadiri jemputan mereka sebagai orang yang cintakan agamanya.

Justeru itu ramai di kalangan penipu yang berjaya menipu ulama’ yang seperti ini. Mereka dibenarkan berkhutbah di masjid-masjid, di majlis-majlis kempen pilihanraya untuk memberi sokongan kepada “figure” (individu) tertentu.

Tulisan-tulisan mereka memihak dan memuja orang-orang tertentu pada hal orang yang dipuji adalah orang yang paling ketat permusuhannya dengan Islam, kalau mereka mempunyai sedikit sifar hazar sudah barang tentu mereka tidak dapat diperalatkan oleh golongan itu.

Kategori 3

Mereka yang sangat cintakan agama, cemburu kepadanya. Mereka menjalankan kegiatan amar ma’ruf dan nahi mungkar, akan tetapi mereka lupa kepada “roh al-syari’ah” dan risalahnya dibidang kemasyarakatan dan sosial.

Mereka terlalu mengambil berat tentang sembahyang, puasa dan lain-lain syiar agama namun begitu mereka tidak mengambil “cakna” tentang “maqasidi syari’ah”.

Mereka tidak begitu mengambil peduli bahawa sembahyang, puasa dan lain-lain syiar Islam sebagai pusat latihan untuk manusia, latihan moral, hati dan lain-lain.

Oleh kerana itu kita dapati mereka ini berlumba-lumba menunaikan solat bila mendengar azan namun demikian mereka masih memakan riba, mereka masih menjadi penyokong si zalim, pengkhianat bangsa dan negara.

Mereka bermusuh dengan lelaki yang memakai emas tetapi terus membisu terhadap pemerintah yang tidak melaksanakan hukum-hukum syariah dan terlibat dengan rasuah. Jika mereka ditanya siapa yang lebih besar dosanya di sisi Allah, yang memakai cincin emas atau pemimpin yang tidak menjalankan hukum Allah?Mereka sudah tentu akan menjawab bahawa pemerintah yang tidak menjalankan hukum Allah itu lebih besar dosanya, tetapi mereka terus membisu.

Kategori 4

Ulama jahat yang mencari makan dengan menggunakan agama dan memperniagakan syariat. Mereka menghampiri semua taghut, bersahabat dengan semua yang jahat dan zalim, mereka terus menyokong golongan tersebut. Islam tercabar oleh mereka.

Mereka tidak merasa malu untuk mengatakan bahawa perjuangan untuk menegakkan Islam adalah perjuangan sesat, pecah belah masyarakat, keterlaluan, tidak sederhana dan sebagainya.

Pada mereka dikata orang: si fasik yang melakukan segala maksiat kerana untuk mendapat harta dan kelazatan hidup dunia lebih bertaqarrub kepada Allah berbanding dengan si alim yang menjadi pengampu kepada segala yang taghut.Mereka mengkhianati amanah ummah dengan memberi sokongan kepada si penjenayah.

Kategori 5

Ulama “muslihun harakiyyun”

Mereka memahami bahawa Islam satu cara hidup yang membawa kesejahteraan kepada manusia. Islam pembebas ummah daripada memperhambakan diri kepada yang lain daripada Allah.

Mereka ini berhempas pulas berusaha untuk mengajak ummah kembali menghayati syariatNya di samping mengajak ummah manusia seluruhnya menganut agama Islam.

Keterlibatan mereka di dalam kerja-kerja Islam sangat kelihatan. Begitu juga dalam kancah politik tanahair tidak dapat dinafikan lagi.

Mereka memberi kesedaran betapa perlunya ummah Islam membebaskan diri dari belenggu penjajahan politik, ekonomi, pemikiran dan lain-lain lagi.

Hampir keseluruhan negara ummah Islam mencapai kemerdekaan melalui usaha-usaha mereka yang gigih itu, namun demikian usaha mereka untuk menjadikan ummah Islam menghayati syariatnya dalam semua aspek belum mendapat kejayaan.

Ini adalah disebabkan kerana negara-negara ummah Islam meminggirkan para ulama daripada pentadbiran dan pemerintahan negara selepas mencapai kemerdekaan. Akhirnya mereka menjadi musuh buruan oleh pemerintah yang juga mengaku ianya Islam. Atas nama Islam mereka ditangkap, dipenjara dan berbagai-bagai lagi.

Mereka bukan sahaja dikecam oleh pemerintah tetapi juga oleh golongan ulama yang boleh dipergunakan oleh pemerintah.

Kalau golongan ulama yang pernah diginakan oleh para pemerintah sedar, lebih-lebih lagi jika dikaitkan dengan situasi yang ada sekarang ini, maka sudah tentu mereka dapat mengerti yang sebenarnya menjadi musuh kepada kerajaan warisan penjajah itu ialah Islam.

Siapa sahaja yang ingin melaksanakan Islam – yang hendak menerangkan Islam seperti mana yang dilaksana dan diterangkan oleh al-Quran dan as-Sunnah, pasti akan mendapat tentangan daripada kerajaan warisan itu.

Justeru itu para alim ulama hari ini haruslah memahami betul-betul sabda junjungan kita SAW yang maksudnya:

“Bandingan orang yang tegak lurus di atas landasan syariat dengan orang yang melanggarnya, saling tak tumpah seperti suatu kumpulan yang sama-sama memberi saham di dalam membeli/menaiki sebuah bahtera.

Satu golongan mendapat di bahagian bawah dan satu golongan lagi mendapat di bahagian atas. Kumpulan yang berada di bahagian bawah apabila menghendaki air terpaksa menaiki tingkat atas dan menyusahkan kawan-kawan mereka.

Lalu mereka berfikir sekiranya behagian mereka di sebelah bawah ditembuskan senanglah mereka mendapat air (tidak payah ketingkat atas lagi) kalau sekiranya kehendak mereka dibiarkan terlaksana nanti semua mereka akan mati, tetapi sebaliknya kalau kehendak mereka itu disekat semua orang akan selamat”.

Betapa jelasnya hadith ini menerangkan kepada kita kalau sekiranya golongan perosak itu dibiarkan berkuasa sudah barang tentu agama kita dimusnahkan dan negara kita akan dihancurkan. Jalan selamat ialah para alim ulama haruslah bersatu menggembelingkan tenaga dan fikiran untuk menangani masalah politik tanahair.

Mungkin orang akan mempersoalkan ‘apakah yang boleh dilakukan oleh para ulama’? Banyak sekali kerja yang boleh dilakukan oleh para ulama’ di dalam menangani keadaan yang ada sekarang ini. Antara lain:

1. Bertindak menjelaskan Islam dari semua sudut dan aspek kepada semua lapisan masyarakat

2. Mengadakan perbandingan yang rapi dan terperinci antara Islam dan bukan Islam dalam semua aspek seperti ekonomi, undang-undang, politik, pentasdbiran dan sebagainya

3. Menghapuskan segala kekeliruan yang diperlakukan kepada Islam

4. Mentarbiah dan mendidik orang-orang Islam supaya benar-benar mengerti Islam dan perjuangan untuk menegakkan Islam

5. Menyusun rapi segala tenaga yang telah dididik supaya semuanya berfungsi dan berperanan

6. Menjadi bintang kepada Islam untuk menghadapi segala cabaran golongan taghut dan seterusnya mengundurkan golongan tersebut dari kerusi masing-masing melalui cara-cara yang dihalalkan oleh undang-undang.

7. Melibatkan diri dalam semua kegiatan kemasyarakatan dan politik tanahair


rujukan: kertas kerja Ust Harun Taib

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Ulama & Politik