kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

9/27/09

DAYATISMAN... :)


DAYAT + ISMAN = DAYATISMAN HIII

"Woi budak ISMAN!!"

"Kau orang nampak tak ni??"

"Nak kena seorang satu??"

"Tak reti bahasa ke apa yang Ustaz Khidir cakap??"

Bentak si Najib kepada dua orang mahasiswa sambil penunjukkan penumbuknya.Cuak budak-budak ISMAN dibuatnya.Sejak akhir-akhir Najib berasa jengkel dan meluat apabila mendengar nama ISMAN.Bagi dia yang terkenal tenang orangnya tiba-tiba boleh meningkat secara mendadak meter api kemarahannya apabila mendengar nama ISMAN.

"Sabar Us Najib…sabar…" "Sabar tu kan separuh daripada iman…"

Pujuk Ustaz Khidir cuba menenangkan keadaan Najib yang diselaputi api kemarahan.Siapa yang tidak kenal Najib,mahasiswa tahun 3 yang apabila api kemarahan dan panas barannya datang akan tidak mampulah dikawal lagi.

"Kalau aku nampak lagi kau orang dekat sini siap aku kerjakan!!"

Marah betul Najib petang itu.Mana tidaknya,sudahla ikut jalan belakang,datang pula dengan muka tidak tahu malu hendak 'survey-survey' dewan.Bisikan hati Najib menghasut.

Bukan budak-budak ISMAN itu tidak tahu yang pada hari itu Persatuan Anak Negeri Johor Mesir sedang membuat persiapan di dewan untuk acara Hari Terbuka Aidilfitri anak-anak Johor di Mesir.Boleh pula terkeseng-keseng datang menyelinap masuk.Yang makin menaikkan kemarahan Najib bila budak-budak ISMAN ni datang secara sembunyi-sembunyi,tidak dimaklumkan kepada YDP atau ajkt yang berada disitu.

Sudahlah program Iftar Ramadhan yang dinjurkan oleh Persekutuan Mahasiswa Islam Mesir haritu cuba digagalkan oleh mereka.Persatuan anak negeri yang lain pun goyah dengan kerenah mereka,kali ini Persatuan Anak Negeri Johor pula ingin dibadai.Bentak hati Najib.


*******************************


"Assalamualaikum Ustaz Khidir"

Sapa si Mujahid Al-Ansar kepada Yang DiPertua PKAJM.

"Walaikumussalam….Ada apa-apa yang boleh ana bantu ke akhi??"

Ana-anta adalah kata ganti nama bagi 'saya-awak'.Bahasa Arab.Ianya selalu dikgunakan oleh bangsa Arab sendiri.Mahasiswa-mahasiswa Timur Tengah juga tidak mahu ketinggalan mempraktikan kalimah Arab ini.

"Ini ada kad jemputan untuk menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri ISMAN"

Senyum si Mujahid Al-Ansar sambil menghulurkan kad jemputan Hari Raya

Kepada Ustaz Khidir.

"Eh? Buat di Dewan Rumah Johor Rabi'atul Adawiyah?"

"Ye Ustaz..jemput lah dating ustaz..dari pukul 10 pagi hingga 3 petang"

"Tak..tak,maksud ana,ana tidak tahu pun tentang penggunaan dewan di Rumah Johor ni?

Terkejut Ustaz Khidir apabila melihat kad jemputan yang tertera ;-"Dewan Rumah Johor Rabi'atul Adawiyah –Bertarikh 5 Syawal 1430".Sedangkan pada tarikh itu Persatuan Anak Negeri Johor akan mengadakan Majlis Hari Raya di rumah Johor lama di Arbedeen.

"Tapi Ustaz,kami dah dapat keizinan menggunakan dewan itu dari Warden Rumah Negeri Johor.."

Jelas Mujahid Al-Ansar menerangkan duduk sebenar kekeliruan keadan itu.

"Tapi anta tahu tak prosedur-prosedur antara persatuan??"

Ustaz Khidir meminta penjelasan.

"Err…tapi ustaz…saya hanya menjalankan tugas untuk mengedarkan kad jemputan ini sahaja..malah kami sudah mendapat keizinan ini dari warden Johor semenjak dua minggu yang lalu..yang lain-lain sudah pun diuruskan oleh pelaksana yang diamanahkan.."

"Dua minggu?? Amanah???"


********************************


Malam itu Ustaz Khidir betul-betul tidak boleh melelapkan mata.Jiwa kepimpinannya berkeceramuk.Tercabar dia dengan tindakan puak-puak ISMAN.Keharmonian persatuan mahasiswa Johor yang telah lama bermukim di muka bumi mesir ini cuba digoyahkan.Bacaan politiknya selama ini yang ISMAN tidak akan dapat menembusi fikrah mahasiswa Johor ternyata meleset.Kali ini Persatuan Anak Johor Mesir cuba diuji.

Jelas-jelas warden tidak meminta pandangan atau memaklumkan sebarang perkara kepadanya.Padahal sudah beberapa pertemuan dalam dua minggu ini diadakan untuk membincangkan tentang majlis sambutan Aidilfitri.Tetapi tidak sekali pun pegawai Johor itu memaklumkan kepadanya.

"Ana tidak tahulah apalah situasi yang sedang anta rasakan sekarang ini.."

Terngiang-ngiang kata-kata Ustaz Syed Ahmad ,Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Islam Selangor Mesir.Dia lebih berpengalaman menghadapi kerenah ISMAN terhadap mahasiswa Selangor yang cuba ditarik kedalam ISMAN.Mahasiswa-mahasiswa Selangor yang baru adalah sasaran utama mereka sekarang ini.

"Jikalau pun mahasiswa Johor tidak tergoyah fikrah mereka terhadap ISMAN pun tetapi inilah peluang mereka sekurang-kurangnya memperkenalkan Ideologi mereka.."

Tambah Ustaz Sulaiman ,mantan Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Dumietta makin merunsingkan fikiran Ustaz Khidir.

"Ya Allah…teguhkanlah kesatuan ini ya Rabb…jika kami telah melakukan kemaksiatan maka gantikanlah kami dengan mereka-mereka yang lebih baik dari kami."

Rintih Ustaz Khidir didalam doa selepas melakukan solat hajatnya.Dia meneruskan solat Taubat setelah dimulai dengan Tahajud dan diakhiri dengan tiga rakaat Witir.Dia melakukan qiamullail ringkas di sepertiga malam itu.Memohon petunjuk dan keampunan dari Sang Penguasa.

Sambil berwirid menunggu azan subuh,telefon bimbitnya berbunyi menunjukkan ada mesej baru yang masuk.

"Salam Us Khidir,sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang benar"

Ringkas pesanan ringkas yang diterimanya dari Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Mesir.Dia telah meminta pandangan dari semua sahabat perjuangan ketika didalam mesyuarat 'ruassak' tergempar siang tadi.Bertalu-talu sokongan dan dokongan yang diterimanya tadi.Membincangkan tindakan-tindakan ISMAN yang melampau-lampau terhadap Persatuan Mahasiswa Islam Mesir dan Persatuan Anak Negeri yang bernaung dibawahnya.


************************************



"Mereka ini tidak tahu malu ke??? Guna jalan belakang?!"

Bentak Najib lagi melayan baranya.

"Sabar..mereka hendak buat kebaikkan sebenarnya..tapi mereka tidak tahu cara.."

Ustaz Khidir cuba mententeramkan Najib.

"Arhhh….! Matlamat tidak pernah menghalalkan cara Ustaz Khidir..!"

Bentak Najib lagi….

"Sabar Najib…Sabar…"

"Nama sahaja Islamik! Tapi perangai tidak islamik langsung!" "Ikatan Saudara Mukminin Nasional konon!"

Najib terus membentak sambil memulas-mulas penumbuknya.Dia seakan tidak dapat menahan sabarnya lagi.

"Mentang-mentanglah dia berdaftar dibawah Jabatan Penuntut Mahasiswa Malaysia dia ingat dia boleh buat sesuka hati??"

Geram si Najib.

"Persatuan kita ada pendirian,mereka telah pun mendapat keizinan dari pegawai PANJM.." "Ana telah menjelaskan pendirian kita ketika perjumpaan dengan warden tadi,pendirian kita jelas,kita tidak ada apa-apa hubungan dengan persatuan mereka,pada masa yang sama kita ada Majlis Hari Raya di Rumah Johor Lama Arbedeen dan ana tidak membenarkan semua ahli kita mengikuti program meraka."

Jelas Ustaz Khidir bersama-sama ahli jawatankuasa tadbir PANJM.

"Selepas ini,kita perlu menyusun segala aktiviti dan program kita dengan lebih baik,supaya anak-anak Johor yang bermukim disini tidak mudah terpedaya dengan anasir-anasir yang melabelkan gerakan mereka sebagai gerakan Islam,tetapi mereka tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar."

"Ingatlah wahai sabahat-sahabat,ingtalah kamu wahai para pemimpin,sesungguhnya kesatuan yang kita bawa ini adalah kesatuan yang bertunjangkan Al-Quran dan As-Sunnah "

"Selagi kesatuan ini bertapak diatas kedudukan syariat yang Allah redhai,maka selagi itulah kita wajib menjaganya.Janganlah kita yang meruntuhkannya.Janganlah kita yang cuba menggoyahkan kesatuan ini."

"Wahai para pemimpin,ingatlah kata-kata Imam Saydina Ali: Sesungguhnya kesatuan Islam yang terbina yang tidak mempunyai perancangan akan dikalahkan oleh kesatuan batil yang mempunyai peracangan yang teliti"

Ustaz Khidir mengingatkan ahlijawatankuasa tadbir yang lain dan mengakhiri perjumpaannya….


CERPEN
BADAI ISMAN
Karya : Saudara Muhammad Alhidayat Khalid
Blog : http://salhidayat2u.blogspot.com
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - DAYATISMAN... :)

9/25/09

Memenangkan orang lain :)

Alhamdulillah selesai sudah program usrah gabungan kali pertama bersama mahasiswa medic baru dan mahasiswa lama. Ukhuwwah yang dibina selama ini antara kedua2 jurusan semakin bertambah kukuh dan kuat Alhamdulillah. Moga ukhuwwah ini terus kekal subur disirami curahan kasih sayang tanpa diracuni oleh anasir2 racun parasit yang sentiasa dengki dengan keharmonian yang dikecapi.

Posting kali ini ana cuba nak membawa antara apa yang terlintas difikiran dari program usrah gabungan pagi tadi :)

Usrah. best sebenarnya...

Bila sebut sahaja pasal usrah pasti ada di antara kita yang akan mengeluh :) mengapa perlu ada usrah? usrah ni boring la, duk mengadap muka naqib je, usrah ni sepesen je. pasti perkara seperti ini yang sering bermain di benak pemikiran sahabat2 kita yang agak keberatan ingin ke usrah.

Perlu diketahui bahawa usrah ini bukan lah bersifat jumud, bersifat ilmi sahaja, namun usrah boleh diterjemahkan dalam pelbagai cara dan gaya asalankan matlamat usrah tidak lari dari paksinya. Tujuan usrah ialah menghubungkan dri dengan Allah, merapatkan ukhuwwah Islamiah dan kejiranan, memelihara dan menghubungkan diri sesama manusia dan alam, mendalamai fardu ain serta meluaskan kefahaman terhadap Islam disamping memberi galakan dan bimbingan pada generasi muda dalam melakukan ibadah.

Maka Usrah boleh dilakukan mengikut kreativiti naqib yang mengendalikan usrah tersebut agar anak buah tidak berasa boring disamping matlamat usrah itu tercapai, Seperti mengadakan aktiviti riadhah, bejaulah ke makam2, melakukan usrah gabungan dan lain2.

Positifkan pemikiran antum, jangan jadikan usrah sebagai sebagai satu bebanan akan tetapi jadikan ia sebagai satu keseronokan dalam menimba ilmu serta merapatkan ukhuwwah sesama kita.

*InsyaAllah post akan datang terdetik ingin menceritakan mengenai USRAH..


Positif. Memenangkan orang lain...


Hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah.. Namun adakah dengan sebab itu kita tidak mahu lagi meneruskan hidup?? Cabaran pasti akan dihadapai, kegagalan pasti akan dirasai, namun perjuangan tetap akan diteruskan. Gagal sekali tidak bermakna kita gagal selama2nya..

dialog 1 : "kita tidak kalah, tapi memenangkan orang lain"
dialog 2 : " kita tidak kalah, cuma belum menang"
dialog 3 : " kita kalah dah eh"

3 ayat yang berbeza namun mempunyai maksud yang serupa iaitu tewas atau gagal. Namun jikalau diperhatikan dari segi susuan ayat kita akan dapati kelainannya dari segi perasaan si menutur kata2 tersebut.

Dialog pertama menunjukkan perasaan positif yang diletakkan dalam diri. Mereka tidak kalah tetapi memberikan kemenangan pada kita pihak lawan setelah berusaha bersungguh2, bagi ana perasaan ini sekurang2nya akan dapat mengurangkan tekanan yang kita hadapi akibat daripada kegagalan yang kita alami. Kegagalan yang dimaksudkan adalah daripada pertemuan di antara dua pihak seperti pertandingan atau lain-lain.

Diaolg ke2, satu perasaan penguat semangat pada diri untuk terus mencuba, mereka tidak kalah cuma hanya belum mendapat kemenangan. Perasaan seperti ini ana rasa perlu ada dalam setiap individu.Tidak terus menyelah kalah setelah ditimpa kegagalan namun tetap semangat berusaha untuk mencuba di percubaan yang seterusnya. gagal sekali tidak bermakna ia akan gagal selamanya selagi mana ada peluang selagi itu kita mempunyai peluang untuk berjaya. barangsiapa yang bersunguh2 ia akan berjaya...

Diaolg ke3, Sikap cepat mudah mengaku kalah, apabila gagal sekali merasakan tidak ada peluang untuk bangun bangkit kembali mencari sinar harapan untuk kejayaan. sikap seperti ini perlu dijauhkan sebaiknya agar apabila kita gagal dalam sesuatu perkara yang kita usaha kita pasti akan frust, rasa tidak sedap hati, mulalah pada ketika itu sikap menyalahkan orang lain akan timbul dlam diri kita yang tidak menerima akan kegagalan, jauhkan ia..


Bersedia. Sakit urat2 lama tak main..

Fuuh siksa sungguh kurasakan hari ini, selepas sahaja selesai usrah gabungan sukan futsal tadi badan mula rasa sengal2, segala otot2 urat habis ketegangan, selepas sahaja solat jumaat dan makan terus baringkan diri, sedar sahaja dari tidur satu badan rasa sakit huu..

Segalanya disebabkan sudah lama tidak bersukan, habis berkarat segala sendi2. kalaulah aku mulakan sukan semalam dengan senaman pemanas badan sudah pasti badan2 tidak sakit seperti hari ini huu

Itulah perumpamaan yang mungkin boleh disamakan dengan amal ibadat yang kita lakukan, ibadat perlu kepada latihan yang berterusan supaya kita dapat istiqomah dalam melakukannya, jikalu kita secara tiba2 kuat beribadah pasti amal ibadat tersebut tidak akan berkekalan akibat malal dengan perkara tersebut.

Sebagai contoh berpuasa dalam bulan bulan rejab dan syaban sebagai satu latihan kepada kita untuk dapat melakukan kesempurnaan dalan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Ibadat uga perlu diseimbangkan dengan perkara yang lain.

Terdapat dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA mafhumnya, telah datang 3 orang ( ada tafsiran mengatakan 3 golongan ) ke rumah zaujah nabi lalu bertanyakan akan amal ibadat yang telah nabi lakukan, setelah dikhabarkan akan prihal ibadat nabi maka mereka berkata " bagaimanakah kami jikalau ingin disamakan dengan nabi Muhammad, sesungguhnya baginda telah di ampunkan oleh Allah segala dosa yang lalu dan akan datang" maka berkata sorang yang pertama bahawa dia akan solat sepanjang masa, orang yang kedua pula ingin berpuasa sepanjang hari dan yang ketiga tidak ingin berkahwin seumur hidup maka rasulullah bersabda "aku juga sembahyang, tidur,berpuasa, berbuka, mengahwini wanita, barangsiapa yang tidak suka akan sunnah ku maka dia bukan dari golonganKu"

Perbanyakkanlah amalan ibadat harian kita, jangan nanti ditimpa musibah baru terasa diri dekat dengan tuhan, ketia senang nimat tuhan pun dikufuri. lazimi diri denan mengingati Allah kerna dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Janganlah akibat kita sering lalai dan alpa terhadap amalan ibadat kita yang tidak berterusan menyebabkan kita sakit serta digolongkan didalam golongan hambaNya yang GAGAL....

Kita perlu bersedia dalam menghadapai apa sahaja rintangan,cabaran serta tribulasi yang melanda..





TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Memenangkan orang lain :)

9/24/09

Syukran Semua..

Assalamualaikum WBT huu lamu bebenor ana x menulis tuk pengisian blog ni, inilah tabiat tidak istiqomah yang patut diubah, benarlah kata2 "istiqomah lebih baik dari seribu karamah" nak istiqomah dalam sesuatu perkara amat2 payah, tapi tidak mustahil so sama2 kita beruasaha untuk istiqomah dalam amal kerja kita k.. doakan ek :)

Kali ini just nak ucapkan jutaan terima kasih pada semua sahabat sohabiah yang terlibat dalam menjayakan program sambutan aidil fitri dan haflah najihin hari ini samada secara langsung atau tidak langsung. Benar kata pengerusi majlis ust hidayat sambutan hari raya tahun ini ana rasakan yang paling meriah berbanding tahun2 sebelum ini.

Gelagat2 pengerusi serta sahabat2 kita dalam setiap slot yang diadakan amat mengembirakan hati, hilang sebentar rasa bebanan tangungjawab yang dipikul..Syukran pada semua sahabat2 DPMZ semoga kehadiran antum menjayakan program ini dibalas dengan kejayaan antum di dunia dan akhirat.

Tahun ini, tahun ke 2 ana beraya di mesir, tahun lepas alhmdulillah dapat beraya bersama keluarga di Malaysia, tidak dinafikan beraya di malaysia bersama keluarga tercinta amat bahagia namun apa yang seronoknya di mesir ini ialah ramadhan nya. Ramadhan di mesir amat2 dapat dirasai. 10 malam teakhir boleh dikatakan seluruh masjid di mesir diterangi cahaya manusia beriktikaf mencari lailatul qadr. Alangkah bagusnya sekiranya perkara sebegini rupa hidup di Malaysia.

Namun sambutan raya tahun ini juga merupakan sambutan yang agak menyedihkan bagi ana, pemergian ateh menemui rabb Izzati amat2 dirasai,mendengar sajak keluarga yang disampaikan oleh penyajak pagi tadi amat2 menyentuh perasaan hati ana sebagai seorang abang, ingin dititskan airmata namun terpaksa ditahan agar tidak menghambarkan kecerian majlis. Semoag roh ateh bahagia bersama para solihin aminn..

syukran semua....


TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Syukran Semua..

9/7/09

Sketsa Ramadhan-Taktik Mengejutkan Sahur-

Penatnya berpuasa, letih. Muka pun dah bertukar dari muka seringgit selepas bersahur sehinggalah sudah hampir berbuka, jatuh nilai sehingga muka seposen sahaja. Sekadar sedikit hiburan di bulan puasa menaikkan kembali muka seposen kepada beberapa puluh sen dengan sketsa ringkas yang ana ambil dari sebuah komik. Mungkin kita boleh praktikan cara ini kepada rakan-rakan dan adik-beradik kita yang amat liat dan susah untuk dikejutkan bersahur.Mana tahu,mungkin berkesan. Kalau sangguplah..:P



Sabda Rasul sallahu alaihi wassalam: Bersahurlah..sesungguhnya padanya ada keberkatan(muttafaqun a'laih)

(siapa yang dah cuba dan berkesan, bolehlah laporkan di sini..=) )
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Sketsa Ramadhan-Taktik Mengejutkan Sahur-

9/6/09

Tarawih Bagi Perempuan.




من فتاوى العلامة الشيخ يوسف القرضاوي :

السؤال: هل الأفضل للمرأة في شهر رمضان المبارك أن تصلي التراويح في البيت أم في المسجد ؟

الجواب:

الحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه، ومن اتبعه إلى يوم الدين، وبعد:

صلاة التراويح بالنسبة للمرأة وللرجل جميعاً ، يجوز أن تؤدى في البيت ويجوز أن تؤدى في المسجد ، إلا أن صلاة المرأة في بيتها -بصفة عامة - أفضل . ولكن اذا كانت المرأة تستفيد في المسجد درساً علمياً أو تسمع موعظة تنتفع بها في دينها ، تكون صلاتها في المسجد افضل لها . فإن طلب العلم والتفقه في الدين فرض عليها.

والحقيقة أني أرى النساء في هذه الأيام محرومات من التوجيهات الدينية النافعة ، والدروس العلمية التي تفقهها في دينها ، وتعرفها حق ربها وواجب طاعته وعبادته والاستقامة على نهجه ، كما تعرفها حق زوجها ، وحق أولادها ، فلا الزوج يعلمها ذلك ، ولا هي تسعى إلى دروس العلم.

فإذا كان رمضان ، وأمكن أن تستفيد مما يلقى فيه من دروس ومواعظ ، فالأفضل لها أن تذهب إلى المسجد ، وإلا فلها أن تصلي في البيت ، وإذا رغبت - على أي حال - أن تصلي في المسجد ، فليس لزوجها أن يمنعها ، فالنبي صلى الله عليه وسلم يقول : ( لا تمنعوا إماء الله مساجد الله ) (رواه مسلم ) بشرط أن تلتزم المرأة الأدب الإسلامي في ملابسها وفي مشيتها ، ولا تتبرج بزينة ، ولا تذهب متبخترة كأنها تعرض نفسها .. لا ينبغي هذا ، وإنما ليكن ذهابها خالصاً لله ، لا للفرجة ولا للمباهاة، وهذا ما ينبغي أن تحرص عليه المرأة المسلمة.


Soalan: Adakah lebih baik bagi wanita untuk bersolat terawih di masjid atau di rumah pada bulan Ramadhan?

Jawapan:Solat sunat terawih bagi lelaki dan perempuan adalah harus ditunaikan dirumah dan harus juga ditunaikan di masjid. Dan solat bagi perempuan itu adalah dirumahnya-secara amnya- adalah lebih baik.Tetapi jika wanita itu telah mendapat faedah dan manfaat di masjid dengan kelas-kelas pengajian agama atau mendengar ceramah nasihat dan tazkirah yang memberi manfaat untuk agamanya, maka solatnya di masjid adalah lebih baik baginya. Dan sesungguhnya menuntut ilmu dan memperdalami ilmu agama adalah fardhu ke atasnya,

Dan pada hakikatnya, sesungguhnya saya(Syeikh Yusuf AlQardhawi) melihat kaum wanita pada hari ini dilarang dan diharamkan(disesetengah negara) daripada mendapatkan ilmu agama yang bermanfaat, dan pengajian-pengajian ilmiah yang akan memfaqihkan/ menguatkan lagi pemahamannya tentang agamanya yang membolehkan dia mengenali tentang hak tuhannya(Allah) dan kewajipan mentatati dan beribadah kepadanya juga istiqamah dalam melaksanakannya/ manjalaninya seperti mana dia mengetahui hak kepada suami dan anak-anaknya yang mana pengetahuan tentang ini(hak-hak Allah) tidak pula suami mengajarinya dan dia pula(wanita itu) juga tidak mengambil berat dan berusaha untuk mempelajarinya.

Maka apabila tiba Ramadhan, boleh baginya(kaum wanita) memperoleh manfaat daripada apa yang disampaikan dari majlis-majlis/ pengajian ilmu itu maka lebih baik/afdal baginya untuk pergi ke masjid. Dan jika tidak(bukan kerana sebab untuk mendengar pengajian) maka baginya solat dirumah sahaja. Dan jika dia mengkehendaki untuk solat di masjid juga, maka janganlah suaminya menghalang. Nabi Sallallahu a'laihi wassalam bersabda: Janganlah menghalang hamba Allah dari kalangan wanita dari masjid-masjid Allah.-riwayat Muslim- .

Dan untuk membolehkannya ke masjid itu juga dengan syarat wanita itu hendaklah berkelakuan sopan dan beradab seperti yang diajar dalam islam dalam berpakaian dan dalam perjalanannnya. Dan janganlah pula bertabaruj dan berlebih-lebihan dengan memakai perhiasan-perhiasan yang boleh menarik perhatian dan jangan pula sengaja untuk mendapatkan perhatian orang lain(khususnya perhatian daripada kaum lelaki) dimasjid. Dan tidak seharusnya semua ini dilakukan.

Tetapi perginya ke masjid itu adalah niat ikhlas kerana Allah bukan untuk menonjolkan dan membangga diri yang sepatutnya diberi perhatian dan dijaga oleh kaum wanita jika ingin ke masjid.

Kesimpulannya di sini, tidak salah dan tidak pula dilarang bagi kaum itu untuk bersolat di masjid tetapi tidak digalakkan. Jika solat di masjid itu memberi manfaat yang lebih baik, maka haruslah bagi wanita itu untuk ke masjid. Kerana selalunya di masjid-masjid, sebelum bermulanya solat sunat terawih, biasanya akan ada tazkirah dan ceramah agama di antara waktu maghrib dan isya'(seperti di Maghribi) juga sebelum maghrib/berbuka , dan disamping mendengar ceramah dan pengajian agma itu, bolehlah juga untuk kita terus untuk solat sunat teraweh di situ.

Ataupun jika hanya teringin untuk bersolat jemaah di masjid(kerana berasa lebih khusyu' solat dimasjid), maka perlu diingatkan, hendaklah kehadiran wanita ke masjid itu tidak menimbulkan fitnah dan juga tidak pula hadir dengan penampilan yang menarik perhatian juga untuk bermegah-bermegah dengan pakaiannya, telekungnya dan juga untuk menunjukkan kerajinannya ke masjid. Pelihara diri dari mula keluar rumah, dalam perjalanan, ketika di masjid dan ketika perjalanan pulang ke rumah. Janganlah membuat bising, bergelak ketawa dan sebagainya.Juga peliharalah percakapan dan perbualan di dalam masjid daripada mengumpat dan berkata sia-sia tentang dunia. Walaubagaimana pun, sebaik-baiknya solat wanita itu adalah dirumah. wallahua'lam



NurTaQwa88
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Tarawih Bagi Perempuan.

9/1/09

Feqh Amal Islami (2)



PERINGKAT KERJA YANG DILALUI OLEH JAMA’AH MUSLIMIN

Gerakan Islam hari ini merupakan lanjutan daripada gerakan yang dipimpin oleh Rasulullah SAW. Oleh kerana itu, ia mestilah mengambil kira apa yang dilakukan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW, rasul penamat itu.

Gerakan Islam hari ini, hendaklah melalui tiga marhalah sepertimana yang dilalui oleh pimpinan gerakan Rasulullah SAW iaitu marhalah at-Ta’rif, at-Takwin dan at-Tanfiz wal muwajahah.

Marhalah at-Ta’rif

Marhalah at-Ta’rif merupakan marhalah memperkenalkan Islam dan perjuangan Islam kepada masyarakat umum.

Marhalah ini adalah marhalah kesungguhan di dalam menyampaikan da’wah dan memperkenalkan jama’ah kepada umat manusia sepertimana yang difirmankan oleh Allah, menceritakan apa yang diucapkan oleh Nabi Allah Nuh a.s.

Firman Allah, maksudnya: “Berkata Nabi Nuh a.s: “Hai Tuhanku, sesungguhnya aku menyeru kaumku siang dan malam”. (Nuh : 5) Marhalah ini bertujuan untuk memperkenalkan Islam dan jama’ah kepada masyarakat. Ia boleh dilakukan melalui syarahan-syarahan, ceramah-ceramah, hubungan secara individu, sebaran, forum, kelas-kelas pengajian dan lain-lain.

Marhalah at-Takwin

Marhalah ini ialah merupakan marhalah pembentukan dan pembinaan untuk melahirkan tenaga mahir supaya bekerja di dalam gerakan Islam atau Jama’ah Muslimin.

Marhalah inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah SWT, maksudnya: “Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadah kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. Dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsu dan tingkah lakunya adalah melampaui kebenaran”. (al-Kahfi : 28)

Di dalam ayat ini, Allah mengingatkan baginda supaya sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang Islam (dalam bahasa gerakan; berdamping rapat dengan para anggota), sekalipun mereka miskin.

Di dalam surah lain Allah berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri (Nabi Muhammad) yang menjadi sangat keberatan kepadanya sebarang kesusahan (yang ditanggung oleh) kamu yang tamakkan kebaikan bagi kamu dan kepada orang-orang yang beriman pula ia menumpahkan perasaan belas serta kasih sayang”. (at-Taubah : 128)

Ayat-ayat yang kita utarakan di atas, memberi perhatian yang berat kepada orang-orang yang bertanggungjawab di dalam Jama’ah Muslimin supaya bersabar di dalam membentuk dan mendidik anggota-anggotanya. Ayat-ayat tersebut juga mengarahkan orang-orang yang bertanggungjawab di dalam gerakan Islam supaya sentiasa memberi perhatian yang tidak putus-putus terhadap anggotanya dan menjaga mereka serta mengambil berat tentang mereka.

Ayat-ayat tersebut juga mengarahkan pihak yang bertanggungjawab di dalan al-Amal Islami supaya tidak mempedulikan apa-apa yang dilemparkan kepada mereka oleh orang-orang jahil. Sebagaimana Rasulullah tidak mengendahkan pendustaan dan lontaran batu yang dilakukan oleh orang-orang kafir samada di Mekah mahupun di Tho’if. Baginda menenangkan keluarga Yasir, bersabarlah!” Baginda tidak mengarahkan mereka bertindak balas kerana menunggu izin daripada Allah.

TARBIYYAH DAN KEGIATANNYA


Untuk mencapai tujuan dan matlamat tersebut, maka kegiatan yang hendak dilakukan hendaklah berdasarkan kepada waqi’, kedudukan dan susunan anggota.

Sebagaimana yang kita semua arif, bahawa kedudukan anggota kita adalah berperingkat-peringkat seperti berikut:

i) Cawangan
ii) Kawasan
iii) Perhubungan Negeri

Peringkat Cawangan


Tarbiyyah peringkat cawangan bertujuan untuk memastikan bahawa setiap anggota memahami aqidah dengan betul dan melakukan ibadah yang sah serta memberi wala’ yang sejahtera kepada Jama’ah. Kerana itu penekanan diberi kepada keilmuan Islam secara senang difahami samada di bidang aqidah, ibadah akhlaq dan lain-lain.

Penekanan juga diberi kepada usaha untuk membiasakan anggota dengan perkara-perkara seperti berikut:
1) menghadiri perhimpunan umum
2) menghadiri perhimpunan khusus
3) mengeluarkan zakat kepada jama’ah
4) membaca Al-Quran
5) sentiasa beramal dengan perkara-perkara yang sunat di samping yang wajib dan meninggalkan yang makruh dan haram.

Peringkat Kawasan

Matlamat tarbiyyah diperingkat ini ialah untuk melahirkan di kalangan pimpinan kawasan, pemuda dan muslimat kawasan sifat-sifat seperti
1) cintakan Allah
2) rahmat sesama mu’min
3) izzah terhadap kafirin
4) berjihad dengan mengorbankan yang murah dan mahal, harta dan nyawa dan memberi wala’ yang tidak berbelah bagi kepada Jama’ah.

Cara-caranya:

- Membiasakan diri supaya beriltizam dengan tuntutan dan keperluan di atas
- Membiasakan diri untuk meneruskan pencapaian matlamat -
Memberikan taat yang tidak berbelah bagi dalam perkara ma’ruf

Penekanan kepada:

1) Program keselamatan
2) Program amar Ma’ruf dan nahi munkar secara amali
3) Program untuk menarik sasaran ke dalam Jama’ah dengan tidak memilih bulu
4) Program memimpin halawah, perhimpunan, tamrin dan lain-lain
5) Program memimpin usrah dan lain-lain tindakan yang diperlukan oleh Jama’ah

Perhubungan Negeri

Tarbiyyah diperingkat ini bermatlamat untuk melahirkan di kalangan anggota sifat-sifat seperti:

- Benar
- Amanah
- Menyampaikan
- Cerdik
- Lembut
- Berhati-hati
- Suka berkhidmat
- Pemurah
- Berani dan lain-lain

Cara-caranya:
- Beriltizam dengan Islam zahir dan batin
- Beriltizam dengan pendapat/keputusan majoriti syura berpandukan kaedah yang dipakai oleh Jama’ah

Penekanan kepada dua perkara di atas hendaklah berpandukan kepada undang-undang tertinggi di dalam harakah iaitu al-Quran, as-Sunnah, al-Ijma’ dan al-Qias.

Perlaksanaan


Untuk mencapai tujuan dan matlamat di atas, maka cara-cara berikut hendaklah digunakan: 1

. Kuliah/usrah harian, mingguan dan bulanan. Pastikan semua anggota hadir
2. Usrah mingguan atau bulanan Mingguan – peringkat cawangan Bulanan – peringakt kawasan/perhubungan
3. Tamrin – bulanan atau tiga bulan sekali Bulanan – peringkat cawangan Tiga bulan sekali – peringkat kawasan/perhubungan
4. Jenis-jenis Tamrin
a) Tamrin Haraki
b) Tamrin Siyyasi
c) Tamrin Thaqafi
d) Tamrin Riadhi

Tamrin Haraki bertujuan untuk:

1. Meyakinkan para anggota tentang harakah – ciri-ciri, matlamat dan cara
2. Penguasaan terhadap anggota dari segi harakah dan penguasaan terhadap masyarakat
3. Penguasaan terhadap harakah – yang merangkumi:

i) Usul dan kaedah yang merangkumi fikrah, keperluan-keperluan, sudut-sudut, sifat- sifat dan tabiat kerja
ii) Keselamatan yang merangkumi cara mengenal kawan dan lawan

Tamrin Siyyasi bertujuan untuk:

1. Memastikan para anggota memahami pergolakan politik negara, antarabangsa – khasnya rantau Asia Tenggara, seterusnya politik Islam dan pendekatan terhadap masalah
2. Memastikan para anggota dapat membuat pengolahan terhadap isu-isu semasa
3. Memastikan para anggota dapat bertindak dengan cekap dalam menghadapi setiap isu

Tamrin Thaqafi bertujuan untuk:
1. Memastikan supaya para anggota memahami dengan baik perkara yang berkaitan dengan Islam
2. Memastikan bahawa para anggota memiliki keperluan asas dari segi ilmu pengetahuan demi untuk menlayakkan mereka meneruskan perjuangan pada masa akan datang

Tamrin Riadhi bertujuan untuk memastikan bahawa para anggota sihat tubuh badanm pantas bergerak dan mampu untuk mempertahankan diri ketika perlu.

Pengendalian

Pengendalian tamrin ada hubung kait yang rapat dengan jenis-jenis tamrin dan matlamatnya. Di samping itu, ia pula berkaitan dengan tempat, tajuk, penceramah, keselamatan dan pengurusan. Walau bagaimanapun tertakluk kepada matlamat dan masa, maka kadang kala dapat diadakan sekaligus dengan cara mengatur program tamrin itu merangkumi matlamat-matlamat yang kita utarakan di atas. Secara umumnya matlamat terakhir bagi marhalah ini ialah melahirkan individu muslim, keluarga dan masyarakat Islam.

Marhalah at-Tanfiz – Perlaksanaan

Marhalah ini mempunyai tiga makna:

1. Makna yang umum Tanfiz dengan makna yang umum merangkumi segala usaha dan tenaga yang dicurahkan keluar dari diri sendiri demi untuk kepentingan dakwah Islamiyyah/gerakan Islam.

Justeru itu, sebarang usaha yang dilakukan oleh seseorang anggota untuk memperkenalkan Islam dinamakan ‘Tanfiz’. Usaha yang dilakukan oleh seseorang anggota untuk pembentukan ke arah prinsip-prinsip Islam dan supaya berakhlak dengan akhlak Jama’ah juga merupakan sebahagian daripada marhalah tanfiz.

2. Makna yang khusus Tanfiz dengan makna yang khusus ialah pergerakan harian yang berbentuk jihad yang dilakukan oleh anggota demi untuk melahirkan kejayaan di dalam mahalah-marhalah yang tertentu. Oleh kerana itu, marhalah ta’rif, takwim dan tanfiz dapat berjalan beriringan.

3. Makna yang lebih khusus Tanfiz dengan makna lebih khusus ialah yang berbentuk jihad yang tidak pernah mengenal penat dan lelah setiap hari, yang mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit dan segala yang ada untuk menjayakan cita-cita yang lengkap dan syumul.

Ia merangkumi jihad harian dan persiapan untuk menegakkan sebuah negara Islam. Sudah menjadi sunnah Allah bahawa kerja yang dilakukan di dalam semua peringkat tersebut akan bermuwajahah. Ini adalah disebabkan bahawa kerja-kerja ini akan melahirkan anggota masyarakat yang beramal dengan tuntutan Islam yang sama sekali berbeza dengan amalann anggota masyarakat yang sedia ada. Walaupun mereka menentang, tetapi ia terus berkembang.

Bagaimanapun sabarnya orang-orang Islam terhadap tindakan-tindakan yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, namun demikian mereka tidak tahan sabar melihat perkembangan Islam. Di sanalah akan berlaku muwajahah. Para pejuang Islam haruslah mengingati dan memahami bahawa perjuangan ini adalah bermuwajahah. Golongan berkuasa (pemerintah) apabila disebut pemerintah sudah pasti ia memiliki bermacam-macam kekuatan.

Untuk berhadapan dengan golongan ini kita hendaklah memiliki sifat-sifat antara lain seperti berikut:

a) Tetap dan tabah
b) Berzikir kepada Allah
c) Taatkan Allah dan RasulNya
d) Tidak bertelagah sesama sendiri
e) Bersabar sehingga persiapan telah cukup dan mampu untuk bermuwajahah

Neraca Kemampuan

Berbeza pendapat di kalangan ulama’ Islam tentang neraca kemampuan. Setengah ulama’ berpendapat paabila sampai bilangan ke angka mujahid Badar. Setengah pul berpendapat – bilangan yang selari denga firman Allah, maksudnya:

“Jika terdapat dua puluh orang yang sabar di kalangan kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh”. (al-Anfal:65)

Kita berpendapat apabila bilangan anggota yang layak berjihad berjumlah seperti yang tersebut di dalam firman Allah, maksudnya:

“Jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang dan jika di antara kamu ada seribu orang (yang sabar), nescaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang dengan izin Allah”. (al-Anfal: 66)


TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Feqh Amal Islami (2)