kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

8/29/09

Feqh Amal Islami (1)


Memahami Islam, perjuangan dan gerak kerjanya adalah suatu perkara yang sangat mustahak bagi setiap orang yang mungkin menceburkan dirinya di dalam perjuangan Islam. Jika tidak, mungkin kegiatan dan tindakannya akan bertentangan dan menyimpang jauh dari kehendak Islam. Akhirnya gerakan menjadi hancur dan para pejuang menjadi mangsa.

Kertas ini cuba memberi gambaran ringkas berkenaan tajuk “kefahaman” agar setiap yang terlibat dapat menilai dan membuat keputusan dan tindakan yang betul selaras dengan kehendak Islam.

MEMAHAMI ISLAM
Semua yang terlibat di dalam gerakan Islam memahami:

a) Bahawa Islam itu agama yang lengkap, merangkumi seluruh bidang kehidupan manusia, aqidah dan syariah, agama dan negara. Oleh kerana itu, ia mestilah bersedia untuk membetulkan aqidahnya, ibadahnya dan lain-lain perkara supaya selaras dengan kehendak al-Quran dan as-Sunnah.

b) Ia hendaklah memahami bahawa al-Quran, as-Sunnah, al-Ijma’ dan al-Qias itu merupakan rujukan bagi orang-orang Islam, pendapat sesiapa jua pun yang bertentangan dengan sumber-sumber tersebut tidak boleh dihormati dan dipatuhi.

c) Oleh itu, pendapat pimpinan yang tidak berlawanan dengan sumber-sumber tersebut hendaklah dihormati dan dipatuhi sekalipun tidak sama dengan pendapat sendiri.

d) Perselisihan pendapat dalam masalah furu’ adalah perkara boleh dan tidak dapat dielakkan. Oleh kerana itu, setiap muslim yang belum mencapai martabat ijtihad hendaklah ia menerima pakai mana-mana pendapat alim ulama’ yang mu’tabar dan janganlah dijadikan berlainan pendapat serta pandangan dalam masalah furu’ itu punca pertelingkahan dan perpecahan dikalangan anggota.

e) Setiap anggota hendaklah faham, ia tidak boleh mengkafirkan seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah selama mana ia beramal dengan tuntutan dan kehendak dua kalimah syahadah itu dan selama mana ia tidak mengeluarkan kata-kata yang menjadikan seseorang itu terkeluar daripada Islam atau ia mengingkari sesuatu yang diketahui secara dharuri atau secara mudah dan tidak payah berfikir di dalam Islam.

Seperti ia mengingkari haramnya ‘riba’ atau haramnya ‘arak’ atau ia mengingkari seperti wajibnya menjalankan syariat Islam dalam pemerintahan negara atau selama mana ia tidak melakukan perbuatan yang boleh dita’wilkan kecuali kufur, seperti ia menyembah berhala atau seperti ia menghina kitab suci al-Quran al-Karim.

MEMAHAMI HAKIKAT PERJUANGAN ISLAM

Untuk memahami perjuangan Islam, kita haruslah merujuk kepada kandungan satu hadis Nabi yang diriwayatkan oleh seorang sahabat yang bernama Suhain ar-Rumi. Antara isi kandungannya ialah:

1) Bahawa Islam seperti kita fahamkan itu, merupakan suatu perjuangan yang sambung-menyambung dan tali menali dari segi perjuangan yang pernah diperjuangkan oleh para anbiya’ dan mursalin, bermula dari perjuangan Nabi Allah Adam a.s sampailah kepada perjuangan Nabi Muhammad SAW yang disambung semula secara terus-menerus oelh para sahabat, tabi’in dan orang-orang yang datang selepas mereka hingga ke hari ini dan hari yang akan datang.

2) Perjuangan ini sering bermuwajahah dengan golongan yang berkuasa di dalam masyarakat terutamanya para pemerintah yang tidak berdasarkan kepada Islam dan sekaligus menjadi penghalang kepada kerja-kerja Islam. Hal ini boleh dilihat dengan jelas, bila kita cuba mengingati perjuangan Nabi Ibrahim a.s yang ditentang oleh Namrud, Nabi Musa a.s ditentang oleh Firaun dan lain-lain. Bukan sahaja ia menjadi penghalang tetapi juga berusaha sedaya mungkin untuk mempertahankan dasar pemerintahannya. Hatta walaupun para pemimpin yang ada itu pergi, namun mereka tetap mahu melihat bahawa dasar pemerintahannya itu terus wujud dan kekal.

3) Untuk menjamin sistem pemerintahan yang mereka anuti itu kekal, bermacam-macam usaha yang mereka lakukan. Antaranya mengadakan pasukan pertahanan yang kuat, pasukan keselamatan yang rapi, sistem pendidikan dan pembelajaran bermatlamat, para petugas dan pegawai yang terlatih kepimpinan masyarakat yang berkeyakinan, sumber ekonomi yang terjamin dan sebagainya.

4) Pertentangan antara pejuang Islam dengan pihak yang berkuasa di dalam sesuatu masyarakat itu bukan disebabkan oleh hal-hal yang berkaitan dengan peribadi, tetapi merupakan pertembungan aqidah dan dasar. Hal ini jelas, bila kita mengingati kembali perhubungan di antara Nabi Musa a.s dan Firaun, sebelum menjadi Nabi dan selepas ia diutus menjadi Rasul, hubungan di antara Nabi Muhammad SAW dengan para pemimpin masyarakat Quraisy.

Sebelum diangkat menjadi Nabi, baginda disanjung tinggi oleh masyarakat Quraisy sehingga baginda digelar ‘Al-Amin’. Hal ini berubah apabila baginda diisytiharkan menajdi Nabi. Gelaran al-Amin itu bertukar menjadi ahli sihir, gila, pendusta dan lain-lain. Di zaman kini juga, tidak kurang contohnya yang boleh diambil faham oleh para da’i, khususnya di dalam negara kita yang tercinta ini. Terdapat beberapa orang individu yang pernah dikenakan tindakan undang-undang ke atas mereka sewaktu berada di dalam perjuangan Islam atas alasan yang pelbagai tetapi orang yang sama mendapat sanjungan pihak yang berkuasa apabila meninggalkan perjuangan Islam.

MEMAHAMI ISLAM DARI SUDUT GERAK KERJA UNTUK MENEGAKKANNYA

Untuk memahami Islam dari sudut ini pula, kita haruslah memerhatikan beberapa ayat yang antara lainnya seperti firman Allah, maksudnya:

“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka; kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredhaanNya, tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya, maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah ia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mu’min). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh di antara mereka ampunan dan pahala besar”. (al-Fath : 29)

Dari ayat ini, jelas proses perkembangan perjuangan Islam itu. Di mana ia bermula dengan hanya seorang sahaja iaitu Nabi Muhammad SAW. Kemudian ia berkembang daripada seorang kepada seorang yang lain sehingga menjadi suatu kekuatan yang tidak dapat dibendung lagi oleh para penentangnya.

Adapun proses perkembangan dan gerak kerja yang dilakukan oleh baginda boleh kita dapati daripada pemerhatian kita akan ayat-ayat yang berikut: Firman Allah, maksudnya: “Bacalah dengan menyebut nama Tuhan engkau yang mencipta”. (al Alaq : 1) Firman Allah, maksudnya: “Dan berikanlah peringatan kepada keluargamu yang terdekat”.(as-Syu’ara : 214)

Firman Allah, maksudnya: “Dialah yang mengutuskan kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayatnya kepada mereka kitab dab hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan”. (al-Jumu’ah : 2)

Firman Allah, maksudnya: “Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang yang beribadah kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata”. (al-Kahfi : 28)

Firman Allah, maksudnya: “Tidakkah engkau melihat kepada mereka yang dikatakan kepada mereka tahanlah tangan-tanganmu dan dirikanlah sembahyang”. (an-Nisa’ : 77)

Firman Allah, maksudnya: “Maka berterus teranglah dengan apa yang diperintahkan kepada kamu dan janganlah kamu menghiraukan tindakan golongan musyrikin”. (al-Hijr : 94)

Firman Allah, maksudnya: “Dan siapkanlah untuk mereka kekuatan semampu mungkin”. (al-Anfaal : 60) Firman Allah, maksudnya: “Diizinkan bagi mereka berperang (untuk melakukan sesuatu tindak balas) kerana mereka telah di zalimi…”. (al-Hajj : 39)

Firman Allah, maksudnya: “Dan perangilah pada jalan Allah akan orang-orang yang memerangi kamu”. (al-Baqarah : 190) Memerhatikan ayat-ayat yang diutarakan di atas dengan baik dan memahaminya dengan halus dan lumat, saudara akan bertemu dengan makna dan maksudnya memahami Islam dari sudut gerak kerja untuk menegakkannya.

Bertambah terang lagi, apabila saudara membaca dengan teliti keseluruhan yang tersurat dan yang tersirat di dalam perbincangan yang akan datang.
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Feqh Amal Islami (1)

Tazkirah Ramadhan 2



Mukmin Dan Hukum-hukum Islam 2


Firman Allah SWT: "Bertanyalah kepada ahli 'ilmu sekiranya kamu tidak mengetahui." [An-Nahl:43]

Termasuk dalam pengertian bertanya kepada ahli 'ilmu ialah mengikut salah satu dari imam-imam mazhab seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi'e dan Imam Ahmad Ibn Hanbal. Mengikut sesuatu mazhab bererti menerima dan meng'amalkan ijtihad mereka dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan masalah fiqh dalam ertinya yang luas.

Mengikut ijtihad para 'ulama adalah sesuatu yang diperintahkan oleh Islam kepada orang yang tidak mengetahui. Dalam pengertian hari ini, berpegang kepada sesuatu mazhab adalah sama dengan mengikuti ijtihad para 'ulama sebagaimana yang dituntut oleh ayat Allah di atas. Ini adalah kerana perkembangan pembinaan hukum dan fiqh di dalam sejarah Islam telah mengambil jalan yang sedemikian dan ia tidak sedikit pun bercanggah dengan syara'.

Namun demikian perlu difahami bahawa perintah bertanya kepada ahli-ahli 'ilmu tidak bererti apabila seseorang itu telah mengambil pendapat seorang ahil 'ilmu maka dia tidak boleh mengambil pendapat ahli 'ilmu yang lain, ataupun ia mesti mengambil hanya pendapat seorang atau sekumpulan ahli 'ilmu sahaja dalam ia melaksanakan semua perkara yang berkaitan dengan Islam.

Berdasarkan kepada landasan ini, mengikut mazhab adalah sesuatu yang dibenarkan oleh syari'at tetapi ia bukanlah suatu perkara yang wajib. Berpegang kepada sesuatu mazhab cuma menjadi wajib sekiranya menjadi mustahil bagi seseorang itu untuk melaksanakan kewajipan-kewajipan Ad-Din tanpa mengikut mana-mana mazhab. Tujuan berpegang kepada mazhab adalah untuk memudahkan umat Islam melaksanakan perintah Allah dan ber'amal dengan 'amal-'amal yang telah ditetapkan syara'.

Namun demikian ketidakwajibnya berpegang kepada mazhab tidaklah pula bererti seseorang itu boleh mengambil ringan terhadap pentingnya mazhab-mazhab fiqh di dalam Islam. Umat Islam perlu ingat bahawa penerusan Islam selama empat belas abad ini dipenuhi dengan segala jenis perkembangan. Setiap perkembangan melalui usaha-usaha yang besar dari segi pertumbuhan dan pertambahan khazanah 'ilmu bagi umat lslam.

Tidak ada yang berharga bagi umat Islam di dunia ini selain daripada khazanah 'ilmu Islam yang bertujuan untuk membimbing dan memudahkan mereka agar tetap berpegang kepada Islam yang telah ditinggalkan oleh para 'ulama mukhlisin dan solehin dari abad-abad yang silam.
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Tazkirah Ramadhan 2

8/25/09

Pesalah rela kita lak sebuk suruh merayu..



Petikan dari Malaysia kini..

Sebat: Najib harap Kartika merayu


Datuk Seri Najib Razak berkata Kartika Sari Dewi Shukarno - yang akan dihukum sebat enam rotan selepas Ramadhan atas kesalahan mengambil alkohol - boleh membuat rayuan dan tidak sepatutnya reda semata-mata untuk dihukum.

Perdana menteri dilaporkan menjelaskan pendirian kerajaan pusat ialah ia tidak boleh mempertikaikan soal agama dan, tambahnya, soal agama terletak di bawah pihak berkuasa Mahkamah Syariah.

Bagaimanapun, Kartika Sari mempunyai ruang untuk merayu, Bernama memetiknya sebagai berkata.

Kartika Sari, 32, seorang model dilaporkan enggan merayu di atas hukumannya itu dan bersedia untuk menerima hukuman itu.

Mengenai cadangan pembinaan jambatan antara Indonesia dan Semenanjung Malaysia seperti yang dibangkitkan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Najib berkata ia merupakan inisiatif swasta setakat ini.

Kerajaan pusat akan mengkaji perkara itu sekiranya terdapat cadangan tetapi setakat ini belum ada cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan pusat, katanya.

p/s : Bila agaknya hudud nak terlaksana ek? yg ala-ala hudud ni pun dah ramai kecut perut.. Insyallah satu hari nanti hudud pasti akan terlaksana juga aminnnnn...
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Pesalah rela kita lak sebuk suruh merayu..

Tazkirah Ramadhan 1


Ya Allah kau berkatilah ruh ateh disepanjang bulan Ramadhan ini..
tempatkan ateh bersama para solihin aminnnn..

Mu'min Dan Hukum-Hukum Islam (1)


Pada dasarnya seseorang itu menganut Islam kerana keyakinan yang berlandaskan kepada kefahamannya terhadap ajaran-ajaran Islam. Iman yang benar adalah Iman yang wujud dalam hati secara penuh sedar dan bukan sesuatu yang diada-adakan. Tidak ada seorang pun yang boleh menjadi seorang Muslim yang Mu'min dalam pengertiannya yang sebenar tanpa ia mempelajari atau diajarkan kepadanya berkenaan Islam itu sendiri.


Bertolak dan garis ini, seseorang yang menganut Islam dengan penuh kesedaran dan menghiasi dirinya dengan Iman yang benar adalah seorang Muslim yang ber'ilmu. Sejauh mana 'ilmunya dapat dimanfa'atkan oleh orang lain maka itu adalah persoalan lain. Pokoknya, yang penting dia berpegang dan meng'amalkan Islam dengan penuh kesedaran dan dipandu dengan 'ilmu pengetahuan.


Menurut dasar ini seseorang Muslim itu dapat mengetahui hukum-hukum syari'at keseluruhannya melalui dalil-dalilnya secara langsung. Tetapi pada hakikatnya ini bukanlah satu perkara yang mudah. Mungkin ia mampu untuk memahami beberapa perkara sahaja dan sumbernya secara langsung, tetapi tidak mampu untuk memahami sudut-sudut yang lain.


Ini adalah kerana untuk menguasai seluruh bidang Islam yang luas, ianya memerlukan penumpuan masa dan tenaga yang begitu banyak, tambahan pula kemampuan ini kebiasaannya hanya dapat dicapai oleh orang-orang yang mempunyai kekuatan 'aqal dan daya kecerdikan yang sangat tinggi. Sedangkan anugerah seperti ini tidak diberikan oleh Allah kepada semua manusia. Dan sunnatullah yang berlaku di dalam sejarah dan kehidupan manusia ternyata bahawa pada umumnya manusia seperti ini adalah kecil bilangannya.


Oleh yang demikian, kerana kebanyakan di kalangan manusia terdiri dari orang-orang yang terbatas kemampuannya untuk memahami Islam dalam segala seginya daripada sumber-sumbernya yang asal, maka Islam menetapkan mereka bertanya kepada orang-orang yang lebih mengetahui.


Firman Allah:

"Bertanyalah kepada ahli 'ilmu sekiranya kamu tidak mengetahui." [An-Nahl:43]



- Risalah Usrah = Asas Kefahaman Islam

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Tazkirah Ramadhan 1

8/21/09

Surat Cinta Dari ALLAH SWT


program penghayatan dpmz
www.dpmz.blogspot.com

Kepada sahabat2 yg berada di malaysia yang ingin membuat amal sumbangan bulan ramadhan ini bolahlah menyumbang untuk program DPMZ ini.

Untuk sumbangan bolehlah dimasukkan kedalam ekaun DPMZ
EKAUN HSBC
ATAS PENAMA : AHMAD ZAIDAN ABU SAMAH
NO EKAUN : 373 483577 025

untuk keterangan lanjut boleh lah layari laman web DPMZ - www.dpmz.blogspot.com
atau terus hubungi unit Dakwah DPMZ ust Sobri ( +2011-7926442 )
atau pengerusi DPMZ Muhammad hanif ( +2010-0732482 )



petikan dari baitul_irfan.yahoo.group :)

Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada KU, walaupun hanya sepatah kata meminta pendapatKU atau bersyukur kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu hari ini atau kelmarin ......


Tetapi……......... AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja .......


AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap, AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKU, tetapi engkau terlalu sibuk .........


Disatu tempat, engkau duduk disebuah kursi selama lima belas minit tanpa melakukan apapun. Kemudian AKU melihat engkau menggerakkan kakimu. AKU berfikir engkau akan berbicara kepadaKU tetapi engkau berlari ke telephone dan menghubungi seorang teman untuk mendengarkan khabar terbaru.


AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan AKU menanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU.


Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKU, itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu.

Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu
berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut sebelum menyantap rizki yang AKU berikan, tetapi engkau tidak melakukannya ....... masih ada waktu yang tersisa dan AKU berharap engkau akan berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau pulang kerumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.

Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV, engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari didepannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara yg ditampilkan.

Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau menonton TV dan menikmati makananmu tetapi kembali kau tidak berbicara kepadaKU .........



Saat tidur, KU pikir kau merasa terlalu lelah. Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau melompat ketempat tidur dan tertidur tanpa sepatahpun namaKU, kau sebut.


Engkau menyadari bahwa AKU selalu hadir untukmu. AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sadari. AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain. AKU sangat menyayangimu, setiap hari AKU menantikan sepatah kata, do'a, pikiran atau syukur dari hatimu.


Keesokan harinya ...... engkau bangun kembali dan kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahwa hari ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk menyapaKU .......Tapi yang KU tunggu...... .. tak kunjung tiba ...... tak juga kau menyapaKU.


Subuh ........ Dzuhur ....... Ashyar ..........Magrib ......... Isya dan Subuh kembali, kau masih mengacuhkan AKU.... tak ada sepatah kata, tak ada seucap do'a, dan tak ada rasa, tak ada harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKU .........


Apa salahKU padamu ...... wahai HAMBAKU????? Rizki yang KU limpahkan, kesehatan yang KU berikan, harta yang KU relakan, makanan yang KU hidangkan, anak-anak yang KUrahmatkan, apakah hal itu tidak membuatmu ingat KepadaKU.... ........! !!!!!!


Percayalah AKU selalu mengasihimu, dan AKU tetap berharap suatu saat engkau akan menyapa KU, memohon perlindungan KU, bersujud menghadap KU ...... Yang selalu menyertaimu setiap saat ........


Note: apakah kita memiliki cukup waktu untuk mengirimkan surat ini kepada orang2 yang kita sayangi??? uuntuk mengingatkan mereka bahwa segala apapun yang kita terima hingga saat ini, datangnya hanya dari ALLAH semata...... .......
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Surat Cinta Dari ALLAH SWT

8/20/09

Ku MerinduiMu KekasihKu



Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!


Ya Allah Kau Pertemukanlah Daku Dengan Kenikmatan Ini..Aminnn
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Ku MerinduiMu KekasihKu

8/19/09

Ujian Menguji Tahap Perjuangan Kita.





Alif, Laam, Miim.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu.

Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan - dengan sebaik-baik balasan.
( Al-Angkabut 1-7 )

Ya Mukollibal qulub, thabbait qulubana 'ala dinik wa a'ala jihadina fi sabilik.
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Ujian Menguji Tahap Perjuangan Kita.

8/17/09

Tertarik Kau Memang De BOMM!!

salam.. tuk post kali ni bukan den yang wat tapi den petik dari satu blog misteri zagazig gak.. baca punya baca tertarik plak dgn apa yang telah dipostkan so tanpa membuang masa den rasa tuk copy n paste di sini agar ore lain boleh terasa jugak bila baca.. TERASA??? yang bersalah sahaja akan terasa..

blog asal : http://titiansyurga-doccomel.blogspot.com


alhamdulillah..akhirnya aku digerakkan semula oleh Allah untuk menconteng sesuatu kat blog ni, kesian... hak blog ni telah aku abaikan semenjak start exam sampai la skang..sorry la my beloved blog, aku bukan sengaja, atas sebab2 tertentu, jalan dakwah ini terpaksa terhenti..

sesekali terasa nak delete je blog ni, walaupon baru 3 posts, tp menyedari hakikat bahawasanya tugasku belum tamat, aku kuatkan semangat tuk teruskan jalan yang telah aku pilih ni, berjuang hingga ke akhirnya..insyaAllah aku tokleh lemah semangat!!aku kene teruskan..lantak lah orang nak kate pe.."aku menulis bukan kerna nama"..cheh..moga tulisan aku dinilai dari sudut positif bukan negatif




cantik menarik kau memang debab!!

Rase2…semua org tau lagu deboom tu..saje je tukar sikit perkataan..takpe kan? Tapi rangkap baru tu boleh la pembaca tafsirkan dalam byk aspek.

Sejak kebelakangan ni..banyak fenomena pelik jadi kat Mesir ni. Org Malaysia dah hilang jati diri..bukanlah bagus sgt org Malaysia ni..tp nak muntah tgk bdk2 Malaysia yg terikut-ikut dgn pemakaian org Arab yg ketat lg sendat. Klau terikut tang pakai jubah,pakai purdah tu..alhamdulillah…tabarakallah…tapi,orang dah mula pakai tudung lilit (lilit2..tapi lupa pulak nak tutup bahagian dada kan?)..pakai baju ketat..udahla kt Malaysia tu org dah ke arah barat…mm..
Nak kongsi sikit…cuba dengar lahjah org Mesir. Cara dorang pronounce certain huruf tu,mesti semua dapat bezakan dr sebutan Arab al-quran kan..tu semua hasil dr penguasaan kuasa luar ke atas Mesir sebelum ni. Kuasa luar ni nak sebutan al-quran yg betul tuh hilang sikit demi sikit.

Begitu juga dgn PEMAKAIAN…fesyen2 ni kebanyakannya dari pengaruh France. Pakaian yg mcm mana? Skirt+baju ketat (sampai tutup leher)+tudung (yg balut atas kepala je)…nampak mcm Islamic, tp mesti semua org tau CARA PEMAKAIAN YG BERLANDASKAN SYARIAT. Yes,memang ada khilaf antara mazhab. Tp ingat,kita tak boleh bermudah-mudah,kejap2 buat ikut mazhab ni, esok lusa..nak ikut mazhab lain pulak. Aku pun tak tau camna nak explain, nnt korang baca lah huraian Usul 20, karangan Ust Fathi Yakan.

Teringat aku dlm satu peristiwa dlm kelas..pensyarah tegur sorang budak ni yg berpakaian ketat+jarang. So,alasan yg budak ni bagi: “disebabkan baju ni ketatlah saya gunakan selendang utk tutup badan”. Tahukah anda bahawa ramai pensyarah sgt terkilan dgn pemakaian bdk Malaysia? “Saya tak sangka ada pelajar Malaysia yg akan berpakaian mcm ni”,kata seorang doctor ni. Tersentak aku dengar cerita dr kawan2 ttg kata2 doctor tuh.

Satu lg peristiwa yg best…ada student Malaysia (---), suke betul pakai barang2 yg berkelip2, baju pun sgt stylish, ditambah pula dgn make up+mascara+lipstick. Maka, nak diringkaskan cerita, dia diganggu oleh org Arab dlm tremco, (oleh conductor&pemandu tremco). Dia sempat larikan diri..tp, dia sempat dengar org tremco tu jerit…”kau ni sgt sexy! bibir kau sexy!”

So..pembaca sekalian, ada hati lg nk pakai pelik2 ke? “Perempuan arab pakai, rilek je, tak kena rogol pun…takde kes pun. Buat ape kita nk takut?”…..haa..perempuan mesir dilindungi dgn Akta yg digubal oleh undang2 negara ni. Lagipun, klau dorang kena kacau pun, insyaallah dorang mampu lawan. Kita ni, sbg wafidin, tiada Akta khusus yg melindungi kita. Whatever it is…anda sbg wanita Islam, tak rasa ke nak lindungi diri daripada kerakusan nafsu & NERAKA ALLAH??

toksah cakap pasal azabla, tak sedap lak dengar, kite cerita pasal ganjaran Allah..pernah tak kalian pikir kenapa dan apa hikmah Allah menyuruh kite menutup aurat..byk surah dalam alQuran yang cerita pasal aurat..penah x pikir sejenak kenapa sebagai seorang wanita islam, korang perlu menutup aurat?? korang xpikir ke ganjaran yang Allah bagi pada korang selaku kaum hawa yang mengikut perintah dan arahan Allah kerana menutup aurat?besar ganjaran dan hikmahnya yang korang sendiri akan dapat bukan orang lain..pikir2kanlah..atau tak mahu lagi menggunakan nikmat aqal yang dikurniakan Allah???
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Tertarik Kau Memang De BOMM!!

8/15/09

Ramadhan Karim..


program terdekat DPMZ - sila klik untuk paparan lebih jelas-

Sedar tidak sedar, sudah hampir 2 minggu diriKu dibebani amanah berat ini, tidak termampu rasanya ingin berhadapan dengan keadaan ini, pengalaman selama ini ku rasa masih belum cukup untuk menggalas segalanya.. rabbuna yusahhil..aminn..

Dan selama itu juga teratak buruk ini semakin berabuk, tiada bahan ilmiah yang dapat di kongsikan bersama sahabat-sahabat lain, bukan tiada tapi tidak sempat untuk dikongsikan bersama bukan kerna sibuk akan tetapi insan kerdil lagi hina ini masih tidak berdaya untuk menuju istiqomah itu.. Semoga Allah memeberikan kekuatan untuk sama2 kita beristiqomah dalam kerja buat kita insyaAllah..

Hari ini 16 ogos bersamaan 25 syaban, hanya berbaki 5 hari sahaja lagi kita akan menghadapi bulan yang sangat dinantikan oleh umat Islam sedunia iaitu bulan ramadhan al-Mubarak. Persoalan yang ingin ku tujukan kepada diriku ini, adakah aku sudah bersedia untuk menghadapi akedemi ramadhan ini? bagaimanakah persediaan ku untuk menyambut kedatangan tetamu bertaraf vvip ini? sudah sediakah segalanya? atau adakah aku masih lagi nyeyak dibuai mimpi-mimpi indah tanpa merasakan sesuatu yang sangat besar sedang menuju kearahku?

apakah itu puasa?

Puasa dari sudut bahasa bererti menahan diri daripada sesuatu samada kata-kata ataupaun makanan. maksud ini berdalilkan firman Allah Taala yang menceritakan prihal Maryam dalam surah Maryam ayat ke 26 yang maksud " Sesunggunya aku bernazar untuk berpuasa kerana Allah Ar-Rahman" dan puasa yang dimaksudkan disini ialah menahan daripada berkata-kata atau berdiam diri.

Manakala erti puasa dari segi syarak ialah : Menahan diri daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari dan disertakan dengan niat.

Puasa ramadhan di fardhukan pada bulan syaban tahun yang ke dua hijrah. namun sebelum itu puasa telahpun diketahui oleh umat-umat sebelumnya dan juga ahli kitab yang hidup sezaman dengan nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam.

Firman ALlah yang bermaksud : "
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." Al-Baqarah 183.

namun kewajipan puasa pada bulan ramadhanini tidak pernah disyariatkan pada zaman sebelum ini, hanya pada zaman nabi muhammad sahaja di syariatkan berpuasa pada bulan yang tertentu iaitu bulan ramadhan al-mubarak. titik persamaan hanya pada pensyariatan puasa.

Mafhum dari sabda Nabi Muhammad SAW. " islam di bina atas lima perkara, mengucap kalimah syahadah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa di bulan ramadhan"HR Bukhari dan Muslim

Hadis ini menerangkan kepada kita akan rukun islam yang lima, dan diantara lima perkara tersebut ada disebut akan puasa di bulan ramadhan. Hadis ini juga telah menjadi dalil kepada kita selaku insan yang mengaku seorang yang beragama islam akan kewajipan kita berpuasa di bulan ramadhan.

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; " Al-baqarah 185

Ayat dia atas jelas menunjukkan kepada kita mengenai perintah daripada Allah Taala akan kewajipan berpuasa. Dan di dalam ayat tersebut juga Allah taala mengajar kepada umatnya bagaimankah cara untuk kita mengetahi waktu bermulanya puasa. Apabila ada diantara saksi yang sifat peribadinya thiqah serta adil telah menyaksikan kana kelibat anak bulan maka bermulalah puasa.

Permulaan puasa juga boleh ditentukan dengan kaedah pengiraan bulan. Apabila bulan Syaban telah mencukupi bilangan 30 hari maka bolehlah kita mengerjakan puasa, akan tetapi hal ini ditentukan setelah saksi tidak dapat melihat anak bulan ramadhan berkemungkinan disebabkan kerana langit ditutupi kabus tebal atau sebagainya yang boleh menghalang daripada melihat anak bulan tersebut.

Hal ini berdalilkan mafhum dari hadis nabi Muhammad SAW "Hendaklah kamu berpuasa kerana melihatnya, sekiranya kamu terhalang dari melihatnya maka sempurnakanlah bilangan Syaban selama 30 hari" HR Bukhari dan Muslim.

Hikmah berpuasa.

"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhsah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun berpuasa seumur hidup" HR Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah..

Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu" HR Muslim

Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw. bersabda: “Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, bau mulut orang berpuasa benar-benar lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi. Dia meninggalkan makanannya, minumannya, syahwatnya semata-mata karena Aku. Puasa itu adalah bagi-Ku. Dan Aku sendirilah yang akan memberikan pahalanya. Dan kebajikan (pada bulan Ramadhan) diberi pahala dengan sepuluh kali lipat kebajikan yang semisalnya.
HR Bukhari

Sabda Rasulullah saw.: “Puasa adalah perisai (dari api neraka). Jika seseorang di antara kalian berpuasa, janganlah berkata kotor dan bertengkar. Jika dimaki-maki orang lain, katakanlah: Saya sedang berpuasa” HR Ahmad, Muslim, Nasaii..

Daripada Abi Said, Rasulullah saw telah bersabda : " Tidaklah daripada seorang hamba yang berpuasa sehari kerana Allah kecuali dijauhkan oleh Allah dengan yang demikian itu wajahnya daripada api neraka selama tujuh puluh kharifan ( tujuh puluh tahun ) HR Bukhari, Muslim..


Daripada hadis yang diatas dapat kita simpulkan betapa banyaknya hikmah serta faedah yang dapat kita nikmatai sepanjang kita berpuasa di dalam bulan yang penuh dengan keampunan serta keberkatan ini..

1) Puasa dapat mendekatka diri kita kepada Allah taala. Hati kecil ingin makan ingin minum kerana kelaparan di siang hari namun keimanan serta ketaatan terhadap perintah Allah membuatkan kita patuh serta menuruti segala perintahNya. Daripada ketaatan ini akan lahir perasaan dekat diri dengan Allah serta merasai akan nikmat keredhaan serta kenikmatan yang yang Allah curahkan.


bersambung.... :)





TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Ramadhan Karim..

8/5/09

Alangkah Beratnya Amanah Ini..



Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. At-Taubah 41


Tanpa ku sedari air mata ini mengalir
bukan kerna gembira
bukan kerna gilakan tahta
tapi kerna terlalu takut
takut dengan taklifan dari yang esa

adakah aku mampu untuk menanggungnya
memikul segala harapan
satu taklifan
satu ujian

dalam istigfar air mata ku mengalir deras
gementar dalam semangat
mencari diri yang sebenar
mengembirakan yang mengharap

kepimpinan adalah satu taklifan
angaplah ia ujian
tarbiah memantapkan keimanan
kerna bukan semua insan jadi pilihanNya

dalam gusar ku mengharapkan
ketabahan diri
memacu bahtera menuju keredhoan ilahi
mendambakan syurga abadi

03.15 am











TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Alangkah Beratnya Amanah Ini..

8/4/09

Bermula Detik Mesyuarat Agung - update terkini 6.45 PM



Mesyuarat Agung Tahunan DPMZ kali ke 16 telahpun bermula. Doakan kami diberi petunjuk oleh Allah agar dapat menjalankan MAT pada kali ini dengan penuh harmoni dan dalam keadaan yang tenang..

Semoga MAT kali yang ke 16 ini menjadi satu titik permulaan bagi mencapai kecemerlangan serta meningkatkan keizzahan Islam. Bersama Membangun Bersama Islam..

jam 1.30 ;

Alhamdulillah selesai sudah 5 jawatan majlis tertinggi.. Pelabagi muhasabah yang telah dilontarkan. syukran atas kersama sahabat ahli mesyurat sekalian..

Antara persoalan untuk diriku selaku tim peng :

- Perbezaan jaulah rasmi n tidak rasmi

- Relevenkah jaulah ke rumah akhwat

- Kekerapan jaulah ke rumah ahli brp?

- Cadangan : agar di buat program khusus untuk perubatan sebulan sekali di bwah kelolaan dpm


tepat jam 1.30 mesyurat ditangguhan untuk solat dan makan tengahhari..

2.30 PM :

Mesyurat agung tahnan DPMZ di sambung kembali..

Ust faizuddin memulakan ssi kedua dengan tazkirah rengkas mengenai hal rukun baiah yg ke5 iaitu pengorbanan..

Semoga pengorbanan kita dalam mewakafkan diri untuk Islam dibalas dengan syahid oleh Allah aminn..

Majlis diteruskan dengan muhasabah untuk unit Dakwah dan Pembangunan Insan ( Ustaz Rosdi Latif )

selamat bermesyurat..

04.15:

Mesyarat agung tahunan DPMZ kali ke 16 ditanguhkan untuk solat dam makan..
Mesyuarat ditutup dengan muhasabah khas untuk portfolio UKKS.

06.00:

Mesyuarat di sambung kembali. pnegerusi menekankan perfahaman mengenai PMRAM sebagai satu wadah dalam kepimpinan Islam.

thiqah- penekanana rukun baiah terakhir diterapkan oleh pengerusi kepada semua ahli. menekankan konsep thiqah dalam sikap seorang pejuang terhadap pimpinan..

mesyurat diteruskan dengan laporan kewangan dari bendahari DPMZ Ust Solihuddin..

06.45 :

Perbahasan usul DPMZ

Mesyuarat menerima 2 usul;

1) "DPMZ memperteguhkan kesatuan mahasiswa perubatan dan azhar demi Islam"
Usul dibawa oleh : Dr Azlizan Supian - Perubatan tahun 3-

2) " Memugar kembali kreadibiliti mahasiswa Islam di Mesir "
Usul dibawa oleh : Ust Alhidayat bin Khalid

- Mesyurat sedang mengadakan perbahasan usul yang diutarakan..

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Bermula Detik Mesyuarat Agung - update terkini 6.45 PM

Manisnya Ukhuwwah, Indahnya Muhasabah.


Kurang dari 6 jam sahaja lagi..

3 ogos 2009; 4.00pg

"Sebelum kita menutup muhasabah terakhir AJKT kita pada malam ini suka untuk ana membacakan kepada sahabat seperjuangan sekelian akan kata2 imam Hassan Al-banna ; Aku maksudkan dengan ukhuwwah ialah; "hati dan jiwa ditautkan dengan aqidah, 'aqidah adalah iktan yang paling kuat dan paling berharga. ukhuwwah adalah saudara bagi iman, Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran. kekuatan yang paling ampuh adalah kekuatan kesatuan. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang. kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati dan yang paling tinggi ialah ithar ( mengutamkan orang lain daridri sendiri)" kata2 ust faizuddin mengahiri sesi usrah terakhir kami bersama AJKT sesi 08/09.

Gembira, sedih, pahit, manis, suka, duka kami lalui bersama selama setahun. Ustaz faizzuddin seorang yang tegas serta sentiasa bersemangat menjadi tempat rujukanku dalam mencari sumber kekuatan. sifat seorang pejuang yang ada pada dirinya amatku kagumi. mampukah aku jadi sepertinya selepas hari ini??

Mursyid sengeh sokmo kata orang kelantan, keceriannya sentiasa menghuru-harakan mesyuarat bulanan kami, tanpanya pasti suasana akan menjadi kelam. bagaimana agaknya nanti tanpanya di sisi.. Solihuddin teman seperjuangan sejak diriku di kursus, diam-diam ubi berisi, rod bukan sebarang rod tapi penuh dengan hujjah, kebijaksanaanya banyak membantu kami dalam menyelesaikan permasalahan yang ada, syukur kerna masih tetap bersamaKu nanti..

Nasruddin ahli bait dulu kini dan selamanya, bak kata ustaz faiz tak pernah jumpa insan seperti beliau sejak dari hidupnya, begitu juga diriKu. Insan terbaik dari ladang yang banyak berjasa kepada seluruh ahli. semoga Allah permudahkan urusan kepulangan beliau ke tanah air nanti..

Zul Azri, riang ceria seperti tiada masalah yang berlaku, rajin membantu rakan AJKT yang lain, sangat bersahaja mencuit hati :) moga dapat bersama selamanya dalam jalan perjuangan ini. Rosdi atau lebih kami gelari dengan abe kerana beliau yang paling berumur, tegas, garang mungkin itu pandangan ahli padanya, tapi tidak pada kami, abe seorang yang sangat periang, lucu, hati akan tercuit apabila bertemu dengannya. "abe bantulah kami selepas ini ek, jasamua amat2 kami hausi"

Dzul nawawi, garang tapi cumil :P kerana kerinduannya pada keluarga, diri ini lah sebagai pemangku segala tugasnya, periang seorang yang sangat tabah, sanggup bermanis muka walau hati kelukaan, kedukaan, walau lebar tapi sangat ringan tulang :). Zuhaili, protageKu yang sangat ku kagumi, rajin bekerja, tidak kenal erti penat sentiasa bergerak walau keadaan diri sangat letih, tokoh kepimpinan di masa akan datang insyAllah..

Lokman, hi ahli baitku yang sangat lucu, bertubuh kecil tapi penuh bergaya, sangat bersemangat dalam gerak kerja, dan sangat ringan tulang dalam membantu rakan AJKT yang lain.. Syukur kerana bersamaKu dalam meneruskan perjuang yang pasti penuh dengan ranjau ini. Fizrie atau nama manja ucop, seperti kembar lokman kemana sahaja pasti berdua, exco baru yang best, ukhuwwah yang ditunjukan amat terkesan dalam diriKu, bersyukur juga kerna masih bersama dalam perjuangan ini..

alankah manisnya ukhuwwah ini, munkin selepas ini akan ku bawa usul ke pihak PMRAM supaya tempoh AJKT dipanjangkan selama 2 sesi, bukan kerna gilakan pangkat akan tetapi kerna ukhwah yang terbina disebalik pahit manis yang dilalui bersama amat2 bermakna.

Kepada sahabat2 AJKT ku doakan kalian dapat menunjukkan kredebiliti yang terbaik dalam mengendaliak Mesyurat gaung Tahunan esok. semog akalian di limpahi rahmat Allah aminnnn...


TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Manisnya Ukhuwwah, Indahnya Muhasabah.

8/3/09

Hebatnya Kepimpinan Saidina Abu Bakar..



Saidina Abu Bakar lahir tahun 573 M. Nama asal beliau adalah abdullah ibn Abu Kuhafah, beliau diberi gelaran As-Siddiq oleh baginda SAW atas sifat benar yang ada pada beliau. Beliau terkenal dengan sifat yang lemah lembut,jujur sejak dari kecil lagi. Beliau juga tergolong dalam golongan antar insan yang mula-mula memeluk agam Islam.

Setelah saidina Abu Bakar dipilih sebagai Khalifah Rasulallah s.a.w. maka beliau menyampaikan ucapannya yang pertama kepada orang ramai:


"…..Saudara-saudara sekalian, saya sudah terpilih untuk memimpin kamu semua, dan saya bukanlah orang yang terbaik diantara kamu sekalian. Kalau saya berlaku baik bantulah saya, kalau anda sekalian melihat saya salah, maka luruskanlah. Kebenaran adalah suatu amanah, dan dusta adalah pengkhianatan.

Orang yang lemah diantara kamu adalah kuat dipandangan saya, sesudah haknya saya berikan kepadanya, Insya Allah. Orang yang kuat diantara kamu adalah lemah dipandangan saya , sehingga saya terpaksa menarik kembali hak daripadanya, Insya Allah ! Janganlah ada seseorang dari anda sekalian yang mau meninggalkan jihad.

Apabila sesuatu kaum telah meninggalkan jihad (perjuangan dijalan Allah), maka Allah akan menimpakan kehinaan kepadanya.

Apabila kejahatan sudah meluas pada sesuatu golongan, maka Allah akan menyebarkan bencana kepada mereka.

Ikutlah saya selama saya taat kepada perintah Allah dan RasulNya. Tetapi apabila saya melanggar (perintah) Allah dan RasulNya maka tidak wajib anda sekalian mentaati saya. Marilah kita solat, semoga Allah memberi Rahmat kepada anda sekalian."


Saidina Abubakar Assiddiq telah banyak jasanya terhadap Islam dan Ummatnya. Antaranya beliau telah ikut bersama Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah, dan beliau telah berjaya menyelamatkan Negara Islam dari kehancuran desebabkan ramai yang telah berpaling tadah dan memberontak, setelah mereka mengetahui Nabi Mohammad s.a.w. telah wafat.

Saidina Abubakar juga telah berjasa besar dalam mengumpulkan ayat-ayat al-Quran, yang pada mulanya ditulis dipelepah kurma, tulang-tulang, kulit-kulit, dan ramai pula yang menghafalnya. Pengumpulan kitab suci al-Quran disusun demikian rupa sesuai dengan petunjuk yang telah diberikan dizaman hayat Nabi s.a.w.

Saidina Abubakar Assiddiq telah menghantar tentara Islam memerangi orang-orang yang murtad, memerangi orang-orang enggan membayar zakat, dan memerangi nabi-nabi palsu.

Beliau juga telah berjaya mengajak ummat manusia ke jalan Allah dan terhadap mereka yang enggan diberikan pilihan, jika tak mahu masuk Islam mereka masih juga dilindungi dengan membayar sedikit cukai perlindungan (jizyah), jika masih enggan juga maka mereka seperti ini terpaksalah diperangi.

Alangkah cantiknya pemerintahan serta contoh kepimpinan yang telah ditonjolkan oleh Saidina Abu bakar kepada kita semua. Sikap berlemah lembut tapi tegas perlu ada bagi seorang kepimpinan, berlemah lembut atas perkara kemakrufan, tegas terhadap perkara-perkara yang melibatkan aqidah serta syariat Islamiah.

Berlapang dada diatas segala teguran serta nasihat daripada insan bawahan menjadi asas kepimpinan yang berjaya. "Kebenaran adalah satu amanah, dan dusta adalah satu pengkhianatan" pemimpin bukanlah seorang nabi yang sering dijaga oleh Allah dari melakukan kesalahan, tetapi pemimpin adalah insan biasa seperti manusia2 lain yang tidak akan lari dari melakukan kesalahan ksilapan serta kecacatan dalam pentadbiran mereka.

Perbetulkanlah, perbaikilah, nasihatlah, agar kepimpinan Islam tersebut dapat mengemudi bahtera yang dipandu kearah pulau yang sebenarnya menjadi tempat arah tujuan para anbiya,sahabat2 serta para awliyallah...



TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Hebatnya Kepimpinan Saidina Abu Bakar..