kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

7/31/09

Memahami Perjuangan Islam



Perjuangan Islam bermaksud perihal umat Islam berusaha mempertahankan agamanya dan mengatasi pihak-pihak yang menentangnya.

Oleh kerana perkataan juang itu sendiri bermaksud melawan, maka persoalan perjuangan Islam itu menggambarkan betapa unsur perlawanan dn persaingan adalah satu perkara rutin dan lumrah yang pasti ada di dalam Islam dah dihadapi oleh umat Islam tidak kira bila atau di mana mereka berada.

Mahu tidak mahu, setiap muslim terpaksa menghadapi reality perlawanan atau perjuangan sama ada dalam bentuk perseorangan atau perkumpulan, hebat atau hanya pertentangan kecil mengikut tahap keimanan seseorang. Demikianlah, sejak generasi Islam yang pertama pada zaman Rasulullah s.a.w. lagi, umat Islam telah dihadapkan dengan suasana perjuangan yang penuh dengan tekanan dan ujian.

PERJUANGAN DAN JIHAD

Di dalam bahasa Arab, perkataan yang paling sesuai dan sinonim dengan perjuangan adalah jihad. Jihad adalah kata terbitan (masdhar) yang berasal dari perkataan jahada bererti bersungguh-sungguh dan berpenatan mengerjakan sesuatu. Jahada pula bererti memerah tenaga.Jahada al-‘aduw bererti memerangi musuh.

Dari segi bahasa, jihad membawa pengertian berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan sesuatu matlamat. Al-Jihad menurut kebanyakan kamus bererti perang mempertahankan agama. Dalam konteks Islam, pekerjaan yang paling bersungguh dan paling banyak risiko adalah peperangan atau usaha menegakkan kalimah Allah di hadapan ancaman pemerintah yang zalim sebagaimana dinyatakan dalam hadith Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:

Maksudnya: Daripada Abu Sa’id al-Khudri katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim.” Sebab itulah kebanyakan pentakrifan jihad pada zaman silan lebih merujuk kepada aspek peperangan.

Contohnya, ulama’ Mazhab Syafie memberi definisi jihad sebagai perang ke atas orang kafir untuk memenangkan Islam. Manakala ulama’ Mazhab Hanafi pula mendefinisikannya sebagai menyeru kepada agama yang sebenar dan memerangi orang yang tidak menerimanya, dengan harta dan nyawa.

Imam Hassan al-Bana pula menyatakan bahawa: “Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesam manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas pundak tiap-tiap muslim. Amanah menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusa menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran.”

Persoalan mengenai perjuangan dalam Islam juga merangkumi usaha umat Islam mengembangkan agama ini dengan menjalankan gerakan dakwah ke merata tempat di serata pelusuk dunia. Lalu, di dalam usaha berdakwah itu,mereka menghadapi sekatan, ancaman dan cabaran yang datang dari kebanyakan orang- orang kafir serta sasaran dakwah yang tidak bersikap terbuka untuk mendengar dahulu seruan Islam.

Di dalam suasana ini, timbul perlawanan dan perjuangan menentang halangan, sekatan dan ancaman dari musuh dakwah. Namun dalam konteks zaman mutakhir ini, perjuangan Islam khususnya dengan pengertian jihad, merangkumi aspek yang luas dengan tidak tertumpu kepada aspek peperangan bersenjata sahaja. Bahkan ia lebih banyak cenderung kepada persoalan memperbaiki umat dan mempertahankan hak-hak umat Islam sama ada melalui gerakan bersenjata, penentangan terhadap pemerintah yang tidak melaksanakan Islam dengan saluran pilihanraya, penulisan dan sebagainya.

Pokoknya, di dalam usaha tersebut pada sepanjang zaman, mereka akan menghadapi cabaran dan tentangan dari musuh yang merupakan sebahagian dari ujian Allah s.w.t. Cabaran dan tentangan tersebutlah yang melahirkan reaksi dalam bentuk perjuangan.

AQIDAH ASAS PERJUANGAN

Islam meletakkan aqidah sebagai asas utama dalam perjuangan. Bahkan ia merupakan rahsia kekuatan Islam sepanjang zaman. Dengan kata lain, Islam tidak menjadikan isu sebagai landasan utama kerana persoalan aqidah adalah bersifat menyeluruh dan evergreen. Perjuangan yang berasaskan isu akan tamat dengan selesainya isu berkenaan.

Sebaliknya Islam sentiasa mengetengahkan isu-isu yang berpaksi pada aqidah untuk menjelaskan tuntutan sebenar tauhid. Kalimah syahadah La ilaha illa Allah yang menjadi tema tauhid itu sendiri adalah suatu cetusan revolusi atau perubahan besar -besaran di dalam jiwa dan kehidupan manusia kerana ia bererti pengakuan kepada kekuasaan menghukum dan memerintah tertinggi yang disrahkan hanya kepada Allah.

Ia adalah cetusan revolusi terhadap kuasa duniawi yang telah merampas suatu sifat khusus Tuhan yang utama iaitu menentukan perjalanan dan peraturan hidup manusia . Islam adalah revolusi terhadap kenyataan hidup yang bersandarkan kepada rampasan hak Tuhan itu dan juga merupakan suatu pukulan maut ke atas sebarang peraturan dan kekuasaan yang tidak diredhai Allah. Sebaliknya Islam menuntut manusia tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t. selaras dengan pengertian kalimah Islam sendiri.

Syed Qutb menyifatkan Islam merupakan revolusi di dalam kehidupan manusia. Dalam hubungan ini Syed Qutb menyatakan: “Seorang yang menganut Islam itu sebenarnya telah melucutkan dari dirinya segala sesuatu dari zaman lampaunya di alam jahiliyah. Dia merasakan ketika dia mula menganut Islam bahawa dia memulakan zaman baru dalam hidupnya; terpisah sejauh-jauhnya dari hidupnya yang lampau di zaman jahiliyah. Sikapnya terhadap segala sesuatu yang berlaku di zaman jahiliyah dahulu ialah sikap seorang yang sangat berhati-hati dan berwaspada.”

Ibn Taimiyah pula menyatakan apabila ucapan La ilaha illa Allah itu merupakan ucapan yang sebenar,jadilah orang yang mengucapkannya itu ahliNya dan tergolong dalam golonganNya (golongan Allah), manakala orang yang mengingkarinya adalah musuhNya dan orang-orang yang dimurkaiNya.

Risalah Islam yang disebarkan melalui dakwah yang telah dimulakan oleh para nabi itu sendiri bersifat menyeru kepada Allah dan menentang taghut iaitu segala perkara atau sembahan yang bersifat merampas hak-hak ketuhanan sama ada dari sudut ibadah, undang-undang dan pemerintahan.

Dalam perkara ini, Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al-Nahl ayat 36 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul kepada setiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah dan jauhilah taghut.”

Peranan utama para rasul yang diutuskan Allah adalah membawa petunjuk kepada hambaNya. Ia terdiri dari dua perkara penting yang saling perlu-memerlukan dan menyempurnakan di antara satu sama lain iaitu:

• Menyeru supaya beribadah dan mengabdikan diri hanya kepada Allah yang Esa

• Menyeru supaya menjauhi taghut Jelas bahawa seruan Islam bukan setakat mengajak kepada kebaikan dengan menyembah Allah dan mentaatinya, tetapi dalam masa yang sama hendaklah menjauhi dan menentang taghut.

MATLAMAT PERJUANGAN ISLAM

Matlamat utama perjuangan Islam adalah untuk meninggikan kalimah Allah iaitu dengan terlaksananya syariatNya dan tunduknya segala fahaman, agama dan ajaran yang lain. S

abda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a. katanya: Sesungguhnya seorang lelaki Badwi iaitu Arab desa datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya: “Wahai Rasulullah! Ada seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, ada juga seseorang yang berperang untuk membuktikan kejantanannya dan ada pula seseorang yang berperang untuk melihat kemampuannya. Oleh itu, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Barangsiapa yang berperang demi menegakkan kalimah Allah, maka beliaulah yang berada di jalan Allah.” (Riwayat Muslim)

Allah s.w.t. sendir menuntut agar agamaNya ini siletakkan mengatasi segala ajaran yang lain. Tuntutan ini jelas dinyatakan oleh Allah ketika menjelaskan tentang matlamat pengutusan Rasulullah s.a.w. kepada manusia.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dialah (Allah) yang telah mengutus rasulNya dengan hidayah petunjuk dan agama yang sebenar supaya dimenangkanNya atas segala agama walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin.” (al-Saff : 9)

Tuntutan ini tidak bererti bahawa Islam bertindak memaksa manusia memeluk Islam dan menghapuskan terus ajaran lain secara kekerasan kerana kekerasan dan paksaan tidak akan menghapuskan apa yang ada dalam hati dan fikiran manusia. Ini dijelaskan dalm konsep dan etika peperangan dalam Islam antaranya ialah larangan manakut-nakutkan orang ramai,melampau, membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua yang sudah kabur pandangan, paderi-paderi, penjaga gereja, membakar pokok dan membunuh haiwan tanpa maslahah.

Demikian juga difahami dari ayat ke 40 Surah al-Hajj: M

aksudnya: “Dan sekiranya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah .”

Tuntutan itu sebenarnya adalah supaya Islam mendominasikan seluruh suasana dan kekuasaan pemerintahan agar manusia dapat melihat kehebatan dan keagungan Islam lalu mereka akan menerima Islam sama ada sebagai agama anutan atau sebagai pemerintahan yang adil dengan secara rela.

Firman Allah s.w.t. Surah at-Taubah, ayat 40: Maksudnya:

“Dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah dan kalimat Allah itulah orang-orang tinggi.” Tuntutan menzahirkan agama ini dijelaskan sehinggalah dalam soal peperangan. Tujuan peperangan dalam Islam sendiri adalah untuk memastikan bahawa Islam menjadi penentu dalam percaturan politik dan hidup manusia.

Firman Allah s.w.t.: Maksudnya:

“Dan perangilah mereka (orang-orang kafir) sehingga tiada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya menjadi semata-mata untuk Allah.” (al-‘Anfal : 39)

Menurut Saiful Islam, maksud dari perkataan ‘perangilah’ adalah agar kekufuran tidak melata dan agar din Allah di atas segala -galanya, sehingga din al-Islam ada di mana-mana.

PERJUANGAN TIDAK BERNOKTAH

Islam sentiasa menghadapi tentangan. Hasil daripada dua factor di atas, lalu timbul pula reaksi di kalangan manusia yang enggan tunduk kepada seruan dakwah Islam. Reaksi itulah yang menyemarakkan lagi pertentangan di antara Islam dengan musuh-musuhnya.

Contoh yang paling ketara daripada sirah Rasulullah s.a.w. ialah apabila baginda berdakwah dengan orang ramai tentang Islam supaya mengucap syahadah La ilaha illa Allah, dua orang lelaki Badwi dari kalangan yang hadir berkata:

Maksudnya: “Ini adalah perkara yang dibenci oleh raja-raja (pemerintah). Kerana inilah kamu akan diperangi oleh orang-orang Arab dan orang-orang ‘ajam (bukan Arab).”

Peristiwa ini menggambarkan bahawa penentangan terhadap Islam adalah perkara yang sentiasa berlaku sebagaimana ia telah berlaku ke atas nabi-nabi yang terdahulu. Namun faktor utama penentangan itu bukanlah kerana faktor batang tubuh individu atau golongan yang menyeru, tetapi kerana seruan Islam itu sendiri.

Sebagaimana Rasulullah s.a.w. sendiri ditentang bukan kerana peribadi baginda yang sudah terkenal sebagai al-Amin dan pernah diberi kepercayaan menjadi hakim menyelesaikan masalah perletakan Hajar al-Aswad dalam peristiwa banjir besar di Makkah sebelum kenabian baginda s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: “Jihad itu berterusan sejak aku dibangkitkan sehingga umatku yang terakhir membunuh Dajjal.”

KONSEP KEMENANGAN

Kemenangan adalah satu perkara yang sentiasa menjadi matlamat dalam setiap perjuangan. Tidak kira perjuangan itu benar ( haq) atau batil, pejuang itu muslim atau tidak, masing-masing meletakkan harapan untuk mencapai kemenangan dengan berusaha untuk mengatasi yang lain. Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri tentang kemenangan, berbeza dengan konsep kemenangan dalam agama atau ideologi serta fahaman lain.

Di dalam al-Quran, Allah s.w.t. menggunakan beberapa istilah kemenangan iaitu al-falah, al- fawz, al-nasr dan al-fath. Masing-masing mempunyai pengertian yang berbeza.

Kemenangan dengan istilah al-falah melambangkan kemenangan yang umum dan menyeluruh meliputi segala aspek individu, masyarakat umum, dunia dan akhirat.

Kemenangan al-fawz pula digunakan secara lebih khusus kepada kemenangan atau kejayaan di akhirat. Manakala kemenangan al-nasr pula adalah kemenangan dalam jihad kerana membela agama Allah ke atas musuh-musuhNya.

A. Kemenangan di Dunia Di dalam al-Quran,

golongan yang memperolehi kemenangan dunia (al-nasr) ini disebut sebagai ghalibun dan dzahirun. Ghalibun memberi maksud orang-orang yang mengalahkan, manakala dzahirun bermaksud orang yang menang.

Kemenangan di dunia disebut juga al-fath. Istilah al-fath digunakan oleh al-Quran dalam banyak ayat yang menyentuh tentang kemenangan besar.

Contohnya, Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al-Fath ayat 1: Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.”

Ulama’ sejarah menggunakan istilah al-fath (pembukaan) di dalam setiap kejayan tentera Islam menawan sesuatu wilayah kerana mengambil pengajaran dari al-Quran. Sifat penaklukan itu bukan pemaksaan dan penjajahan, tatapi ia adalah pendedahan manusia kepada Islam, pemerintahannya dan keadilannya.

Kemenangan di dunia dapat dilihat dari beberapa aspek sebagaimana dinyatakan di dalam Surah al-Nur ayat 55:

Maksudnya: “Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad!) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang- orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).”

Tiga bentuk kemenangan al-nasr yang dijanjikan itu adalah:

a) Mendapat kuasa pemerintahan di muka bumi dengan penguasaan pendukung-pendukung ke atas negara atau wilayah dan memeang tampuk pimpinan.

b) Menguatkan agama Islam dengan mengurniakannya wewenang untuk menentukan kehidupan manusia. Dengan kata lain, Islam menjadi asas kehidupan dan undang-undang dalam negara.

c) Mewujudkan keamanan dalam kehidupan setelah mereka berhadapan dengan pelbagai ancaman, rintangan dan risiko dalam mengharungi perjuangan.

B. Kemenangan di Akhirat

Kemenangan di akhirat (al-fawz) adalah kemenangan yang sbenar. Walaupun pejuang-pejuang Islam itu kalah atau gugur di medan peperangan atau sebarang medan perjuangan lain, namun pada hakikatnya mereka telah beroleh kemenangan.

Kemenangan inilah yang menjadi matlamat sebenar di dalam perjuangan Islam. Allah s.w.t. menawarkan kemenangan di dalam firmanNya dalam Surah al-Saff ayat 10 – 12:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman ( syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar.”

Berdasarkan ayat di atas, kemenangan di akhirat itu meliputi empat perkara:

a) Mendapat jaminan keselamatan dari azab yang pedih di akhirat
b) Mendapat keampunan dari Allah s.w.t. atas segala dosa yang telah dilakukan
c) Dimasukkah ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai
d) Mendapat tempat tinggal yang baik khusus di yurga yang bernama ‘And

C. Kemenangan Adalah Janji Allah

Di dalam Islam, kemenangan adalah suatu yang pasti dan perlu diyakini oleh setiap muslim. Mereka perlu mengimani masa hadapan yang baik dan gemilang untuk Islam. Ini kerana terdapat banyak nas al-Quran dan al-Hadith yang memberitakan bahawa Islam akan berjaya pada suatu hari kelak. Ayat 55 Surah al-Nur tadi dimulakan dengan lafaz wa’ada bermaksud ‘telah menjanjikan’, di mana kemenangan di dunia (al-nasr) telah dijanjikan oleh Allah sebagai satu kemestian kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh apabila tiba masanya. Janji ini bukan sahaja dikhususkan buat umat Muhammad s.a.w., bahkan ia telah dinyatakan oleh Allah s.w.t. sejak zaman Nabi Daud a.s. lagi.

Firman Allah s.w.t. dalam ayat ke 105 Surah al-Anbiya’: Maksudnya:

“Sesungguhnya telah kami wartakan dalam kitab Zabur selepas peringatan bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.” Janji Allah s.w.t. ini disebut pula dalam hadith Rasulullah s.a.w.: Maksudnya:

Dari Tamim al-Dari katanya: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan sampai urusan ini (agama Islam) ke setiap tempat yang sampai padanya malam dan siang. Dan Allah tidak akan membiarkan walau sebuah rumah di Bandar dan perkampungan mahupun di pedalaman melainkan akan dimasukkanNya agama ini melalui kemuliaan orang yang mulia atau kehinaan orang yang hina. Dengan kemuliaan Allah memuliakan Islam dan dengan kehinaan Allah menghina kekufuran.” Tamim al-Dari menyatakan bahawa aku telah mengalami perkara itu dalam keluargaku, yang Islam mendapat kebaikan, kemliaan dan kehebatan, manakala yang kafir mendapat kehinaan, merasa kerdil dan membayar jizyah.”

Hadith ini menerangkan bahawa agama Islam akan berkembang seluas-luasnya ke setiap penjuru dunia. Janji Allah dan RasulNya ini telah berlaku untuk peringkat pertamanya dengan berlakunya pembukaan-pembukaan negara Islam dan berkembangnya wilayah taklukan Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. hingga kurun ke-14 Hijrah.

D. Kemenangan Adalah Pertolongan Allah

Persoalan pokok dan perkara pnting yang membezakan konsep Islam terhadap kemenangan dengan konsep-konsep agama, ideology dan fahaman lain adalah unsur pertolongan Allah, Islam amat menitik-beratkan hubungkait manusia Islam dengan Tuhannya dalam perjuangan bahkan dalam setiap aspek kehidupan.

Para pendukung perjuangan Islam sentiasa diingatkan tentang peri pentingnya bergantung kepada Allah dan menyakini bahawa kemenangan hanya datang dari Allah apabila dikehendakiNya.

Allah s.w.t. berfirman dalam ayat 10 Surah Ali ‘Imran dan 126 Surah al-Anfal:

Maksudnya: “Dan tiadalah pertolongan kecuali dari Allah.” (Al-Anfal: 126) Al-Nasr dalam ayat ini memberi pengertian pertolongan dan kemenangan di dalam perjuangan. Allah s.w.t. mengaitkan persoalan kemenangan dalam ayat ini dengan pernyataan bahawa Allah Yang Maha Perkasa untuk menunjukkan bahawa Dialah yang berkuasa memberi kemenangan kepada orang-orang beriman walaupun jumlah mereka sedikit dan kelengkapan mereka kurang berbanding dengan pihak lawan.

Manakala pernyataan bahawa Allah Maha Bijaksana menegaskan bahawa Dialah yang lebih mengetahui bilakah masa yang paling sesuai untuk mengurniakan kemenangan dan sebab apakah kemenangan itu tidak diberikan dalam semua keadaan. Setiap pejuang Islam perlu menyakini bahawa kemenangan adalah kurniaan Allah dan bergantung kepada izin dan kehendak Allah. Bila-bila masa Dia boleh mengurniakan kemenangan atau menarik nikmat itu dan memberikan kekuasaan kepada golongan lain. Justeru, para pejuang Islam perlu mengambil berat hakikat ini agar kemenangan Islam itu dibina atas dasar kefahaman dan penghayatan Islam dalam mengisi kemenangan.

Hakikat ini dinyatakan dalam firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran ayat 26:

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) Ya Allah! Engkau pemilik segala kekuasaan, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabutnya dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Dan Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.”
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Memahami Perjuangan Islam

7/29/09

Mengapa Mesti Berubah



"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Badan terasa sangat letih, habis sahaja berpanas di padang hampir separuh hari, terus pulang ke rumah untuk memberikan maklumat keputusan terkini kepada seluruh ahli di bumi ambiya ini. Terus disambung dengan mesyurat terakhir bersama AJKT sesi 2009. Sedih bercampur gembira mengenangkan saat-saat setahun bersama bekerja,berkhidmat dan berjuang dalam perjuangan ini. Semoga ukhuwwah kita akan terus bersemi selagi ada nikmat Islam di dada Insyallah..

Semuanya berakhir sekitar jam 11 malam, sebelum hati membenarkan diri unutk berehat terasa ingin berjalan ke tanah air sebentar melihat keadaan sahabat-sahabat yang telah pun selamat bersama keluarga di tanah air tercinta..

Hati rasa sangat gembira apabila melihat sahabat-sahabat sudahpun selamat sampai ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat, alhamdulillah..

Namun hati kecil ini terasa agak sedih melihat perkembangan semasa insan-insan yang tersayang. Adik-adik ikhwah akhawat, sahabat sahabiah ikhwah akhwat yang disayangi, mengapa antum mesti berubah apabila sudah berada di Malaysia??

Adakah tarbiah yang antum dapat selama ini hanya sesuai dipraktikkan di Mesir sahaja? adakah pemakaian solid seorang muslimah hanya sesuai di Mesir sahaja? Tidakpun sampai sebulan di malaysia sudah berani keluar dengan teman lelaki/wanita berpeseran di komplek sekitar tanah air. Mengapa antum mesti berubah?

Bersumpah dengan Allah

Secara jelasnya kita diwajibkan sembahyang 5 kali dalam sehari, di dalam setiap solat sudah pasti ada tasyahud. Subuh sekali tasyahud, manakala waktu lain dua kali tasyahud, ini bermakna sehari semalam kita pasti akan bertasyahud sebanyak 9 kali dalam sehari.

Tidakkah kita tahu bahawa setiap hari kita telah bersumpah dengan nama Allah juga dengan nama nabi Muhammad?? dalam tasyahud awal mahupun akhir pasti kita akan menyebut kalimat " Aku bersaksi bahawasanya tiada tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahawasanya nabi Muhammad pesuruh Allah"

kalimah syahadah merupah sumpah setia kita pada Allah swt dalam menuruti segala suruhan yang diperintahkan juga meninggalkan segala laranganNya. SYAHADAH bukan perkara yang boleh dibawa bergurau. Setelah kita bersaksi dengan nama Allah dan nabi Muhammad mengapa kita masih lagi perlu melakukan segala laranganNya??


Hidup untuk berjuang


Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
Al-Ahzab 23


Di mana bumi dipijak di situ Islam ditegakkan. kewajipan menyampaikan dakwah Islamiyah bukan hanya terletak atau terpikul di bahu insan yang bergelar ustaz atau sebagainya sahaja, malah tugas berdakwah ini menjadi tanggung jawap keatas setiap insan yang mengucap kalimah syahadah "barangsiapa yang mengucapkan lailahaillah maka di adalah pendakwah"

Tiada apa yang membentengi pergerakan ini, dari hasil pendidikan mana kita sekali pun kita tetap bergelar mahasiswa ISLAM, mahasiswa Islam mengajian agama, mahasiswa Islam perubatan, mahasiswa Islam kejuruteraan dan sebagainya. Islam mesti di utamakan dalam setiap pergerakan yang kita lakukan. Jangan diletakkan Islam di akhir pertuturan serta perbuatan kita, jika itu berlaku nantikanlah kehancuran dalam perancangan hidup kita..

Antara tanda kimat hampir tiba.


1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta. 17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Renungkanlah sebaiknya, adakah kita tergolong dalam senarai orang yang menjadi penyumbang utama kepada hampirnya kiamat.

Ingat!! kepulangan kita ditanah air bukanlah untuk berfoya-foya bersama keluarga, bukan semata2 untuk melepaskan rindu, bukan untuk keluar berdating bersama teman yang telah lama ditinggalkan, akan tetapi untuk memberikan khidmat sebaiknya dlam perjuangan Islam.

Sumbanglah sebanyak mana tenaga yang ada, setidaknya bantulah sekadar kudrat yang termampu, janganlah jadi insan yang menyusahkan serta melambatkan pergerakan perjuangan Islam..

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. At-Taubah 41
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Mengapa Mesti Berubah

7/28/09

Sifat-sifat Jemaah Islam


Ada sifat-sifat tertentu yang mesti dimiliki oleh setiap jemaah. Seseorang Muslim yang ingin melibatkan diri dengan jemaah tersebut bagi menunaikan kewajipan ini mestilah melihat pada sifat-sifat yang telah ditetapkan ini..


Bukan hanya memilih ikut selera diri, sekiranya kena dengan kehendak maka dia bersetuju akan tetapi sekiranya bertentang dengan kehendak dia memberontak. Sekiranya jemaah Islam tersebut merangkumi ketetapan yang telah ditetapkan ini maka teruskanlah perjungan anda bersamanya..

Dari Ust Mustafa Masyhur

Pertama:


Mengembalikan manusia seluruhnya kepada kefahaman Islam yang betul,syumul dan bersih, khususnya kepada orang-orang yang bekerja untuk Islam. Kefahaman tersebut hendaklah sama dengan apa yang telah dibawa oleh Muhammad (s.a.w). Ia adalah jauh dari bersifat kekurangan, menyeleweng, salah, melampau dan cuai.

Kaum Muslimin mestilah berpadu dalam perkara ini, tanpa taksub pada mana-mana pendapat atau mazhab. Ia mestilah dalam bentuk yang dapat melaksanakan kerjasama umat Islam dalam perkara-perkara usul yang disepakati. Manakala dalam perkara furuk yang khilaf pula ia diberikan kelonggaran.


Perkara yang menyebabkan umat Islam sentiasa berpecah hingga berpuak-puak dan berparti-parti tidak lain dari sebab perselisihan mereka dalam memahami Islam. Mereka hanyut jauh dari kefahaman sebenar, sebagaimana yang dihayati oleh umat Islam pertama dahulu, iaitu bersama dengan Rasulullah (s.a.w).


Begitu juga bila kita sedar bahawa antara tujuan utama yang ingin dilaksanakan itu ialah menegakkan Negara Islam Antarabangsa dengan dikepalai oleh seorang Khalifah, kita mestilah mengasaskan Daulah yang diidam-idamkan itu atas kefahaman Islam yang betul, syumul dan bersih. Sebabnya kita patut menunaikan risalahnya secara benar dan betul, kerana sebarang kecacatan yang berlaku dalam kefahaman Islam tersebut akan membawa pada kecacatan perlaksanaannya.

Kedua:


Bagi jemaah yang berusaha melaksanakan tuntutan-tuntutan Islam serta tanggungjawabnya mestilah meletakkan dalam manhaj mereka ketetapan untuk Negara Islam, sistem Khilafah dan peneguhan agama ini di bumi. Adalah tidak patut seseorang itu menyertai mana-mana jemaah yang menyempitkan pertubuhannya pada setengah bidang Islam sahaja.

Walaupun sesuatu jemaah itu melakukan segala tuntutan Islam yang lain, tetapi ia menjauhkan matlamat menegakkan negara Islam serta Khilafah Islamiah, maka seseorang Muslim tidak patut juga menyertainya. Sebabnya, selagi ada kecuaian menunaikan perkara wajib, bererti dosa mencuaikannya pun ada juga.


Ketiga:


Setakat betulnya kefahaman Islam sesuatu jemaah, dan setakat adanya ketetapan di dalam manhaj untuk menegakkan Negara Islam sahaja, belumlah cukup lagi. Tetapi jemaah tersebut mestilah bekerja melaksanakan kewajipan itu dengan cara yang betul. Tidak ada jalan yang lebih sah dari jalan yang telah dilalui oleh Rasulullah (s.a.w) dan para sahabatnya bagi menegakkan Daulah Islamiah yang pertama. Ia adalah merupakan kekuatan akidah, kekuatan kesatuan dan seterusnya kekuatan tenaga dan senjata bila tidak ada jalan lain lagi.


Sebenarnya Rasulullah (s.a.w) telah menanam akidah dalam diri kaum Mukminin, generasi pertama. Kumpulan-kumpulan manusia yang berakidah, yang telah ditarbiahkan oleh Rasulullah (s.a.w), dengan tarbiah Al-Qur'an telah dilahirkan dari madrasah Rasulullah (s.a.w).


Setelah itu, Rasulullah (s.a.w) mempersaudarakan orang-orang Muhajirin dengan Ansar. Baginda membuat perjanjian dan bai'ah dengan mereka, agar sentiasa membantu agama Islam. Baginda seterusnya telah menyiapkan kekuatan tenaga dan senjata, kerana mestilah ada kekuatan yang dapat membela kebenaran...


Jemaah yang tidak meletakkan jihad fi sabilillah dalam perkiraannya adalah tidak patut disertai. Dalam meletakkan jihad, mestilah mengikut susunan tiga bentuk kekuatan yang lalu. Kiranya kekuatan senjata digunakan sebelum terlaksananya kekuatan kesatuan, itu mungkin akan menyebabkan mereka berperang sesama sendiri kiranya berlaku perselisihan.
Tanpa kekuatan akidah, bererti usaha tersebut menjadi usaha yang tidak bertunjangkan akidah yang saling berkasih sayang, telah menjadi asas serta tiang seri, di mana tertegaknya Negara Islam yang pertama. Kebiasaannya, sesuatu bangunan itu dimulai dan ditegakkan dari asasnya, bukan dari bahagian atas.


Keempat:


Jemaah yang sebegini mestilah bekerja sedaya upaya di seluruh dunia Islam, bukannya setakat di sebuah negara sahaja. Islam dan usaha ke arahnya mestilah merangkumi keseluruhan dunia Islam. Seterusnya, Negara Islam Antarabangsa yang dimaksudkan itu, mestilah mempunyai tapak yang luas, merangkumi semua bumi Islam. Begitu juga, jemaah ini mestilah mengadakan hubungan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan Islam yang sepertinya. Tujuannya ialah untuk menggembeling tenaga pekerja dan bantu membantu dalam bidang dakwah Islamiah. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan perpecahan ataupun tentangan terhadapnya.


Kelima:


Sebagai contoh; jika terdapat dua jemaah yang sama-sama mempunyai empat syarat ini, tetapi salah satu daripadanya mempunyai kematangan, pengalaman dan persediaan yang lebih dalam bidang amal Islami, manakala yang satu lagi masih baru dan mentah, maka seseorang itu hendaklah menyertai jemaah yang pertama. Ini adalah untuk menjimatkan masa, tenaga dan nyawa.

Dengan itu, ia tidak perlu lagi merintis jalan bagi mendapatkan pengalaman. Lagipun dengan penyertaan ke jemaah yang pertama, kita dapat menyatukan kaum Muslimin di bawah satu kalimah, dan juga dapat mengukuhkan saf mujahidin. Kita dapat mengelakkan dari mengangkat terlalu banyak panji-panji, yang mana menyebabkan pekerja-pekerjanya berpecah.

Lagipun dengan cara ini kita dapat menjunjung firman Allah:


"Dan berpeganglah kamu semua kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai." (Surah Ali-Imran: Ayat 103)


Tidak harus kita meninggalkan satu jemaah yang mempunyai pengalaman dan cukup pula empat syarat yang kita sebutkan dahulu, kecualilah jika kita dapati secara keseluruhannya ia telah menyeleweng, menjadi fasiq atau sesat secara terang. Mengenai dengan setengah-setengah kesalahan kecil, ataupun kesilapan-kesilapan individu yang tidak mungkin dapat dielakkan oleh mana-mana jemaah pun, tidaklah boleh kita menjauhkan diri serta tidak bekerjasama dengannya. Sebabnya, kita adalah manusia yang tidak sunyi dari kesilapan. Sebaliknya kita hendaklah menyertainya serta saling lengkap melengkapi sesama kita.


Itulah dia sebahagian dari sifat-sifat asasi yang mesti ada pada sesebuah jemaah yang patut disertai dan dijadikan wadah perjuangan, sepanjang kita melalui jalan dakwah ini.

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Sifat-sifat Jemaah Islam

7/26/09

Banyak Lagi Hangpa Tak Tau :)



1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.


3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau = penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta. Anda perlu cuba jika tak percaya.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan?

hahaha penin2 piala malaysia :)
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Banyak Lagi Hangpa Tak Tau :)

7/25/09

Mahasiswa mesti hidup Dalam Jemaah Islam - Dr Hassan Ali



Assalamualaikum.. Berabuk sudah rupanya teratak buruk ana ni. Kesempitan masa serta kerja2 yang masih tidak diselesaikan lagi membantutkan perjalanan ilmiah di teratak ini. Apapun doakan semoga perjalanan perjuangan kami dipermudahkan oleh Allah SWT..

Alhamdulillah setelah sekian lama menanti, akhirnya dapat jua kami bersua muka dengan YB DR Hassan Bin Ali selaku Exco Kerajaan Negeri Selangor. Kemesraan seorang pemimpin yang berjiwa besar serta mempunyai nilai-nilai murni membuatkan kami senang untuk bergaul dengan beliau. Pemimpin yang sanggup untuk bersama-sama tinggl dengan pelajar, solat berjemaah bersama-sama pelajar, memberikan tazkirah kepada pelajar, inilah contoh seorang pemimpin yang tidak kekok serta tidak bongkak dalam menyampaikan dakwah Islamiah..

Apa yang ingin ana kongsikan di sini ialah ana sangat tertarik dengan ucapan yang telah datuk Hassan Ali sampaikan kepada kami. Banyak perkara yang telah disampaikan kepada kami sebagai nasihat seorang ayah kepada anaknya. InsyaAllah ana akan cuba kupas satu persatu nanti..

Apa yang sangat ana tertarik ialah penekanan beliau kepada semua pelajar agar kita semua hidup dalam berjemaah yakni dalam jemaah Islam. Yups hidup sebagai seorang yang beragama Islam sudah pasti hidup juga mesti dalam jemaah Islam, jemaah yang membawa dasar2 Islam sebagai perinsip dalam perjuangan.

Beliau juga memberi penekanan dalam perjalanan bersama jemaah Islam ini kita tidak dapat tidak mesti menghidupkan usrah. Usrah amat penting dalam menerapkan nilai2 Islam dalam setiap individu muslim yang berjaya. Usrah memberikan kefahaman yang jitu dalam siri mendalami agama Islam, dengan usrahlah kita dapat merapatkan ukhuwwah antara kita serta dapat memupukkan perasaan kasih sayang antara umat Islam.

Ust Mustafa Masyhur telah menekankan bahawa jemaah Islam adalah satu kewajipan. Seorang individu tidak mampu untuk membangunkan Ad Daulah AL Islamiah apa lagi untuk membangunkan kembali Al-Khilafah Islamiah. Jemaah adalah satu kemestian demi menyatu-padukan segala usaha fardi (individu). Jemaah Islam yang seperti itulah yang akan berusaha secara jama'i (secara organisasi) untuk merealisasikan kewajipan yang besar ini.

Menurut kaedah Islam yang terkenal:

"Bahawa sesuatu yang tidak sempurna kewajipan melainkan dengan dia, maka dia juga menjadi wajib."

Jadi selagi kewajipan membangunkan Ad-Daulah Islamiah belum sempurna,maka menubuhkan jamaah Islamiah adalah wajib. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana seorang individu, yang mengaku telah sempurna Islamnya boleh hidup bersendirian. Dia tidak berusaha di dalam jemaah untuk melaksanakan prinsip-prinsip Islam dan segala kewajipan yang terpenting yang mesti dilaksanakan oleh semua umat Islam. Bagaimanakah ia akanm berusaha dalam suasana sekarang ini untuk membangunkan Ad-Daulah-Islamiah dalam keadaannya yang bersendirian itu.

Kebanyakan dari kalangan muslimin tidak merasakan betapa perlunya dibangunkan Ad Daulah Al Islamiah. Juga tida merasakan betapa perlunya menubuhkan satu jemaah Islamiah. Mereka merasa tidak perlu menggabungkan diri mereka di dalam jemaah Islam kerana takut untuk memikul berbagai-bagai bebanan. Mereka lebih mengutamakan afiah dan kesenangan serta keselesaan.

Mereka tidak mahu diganggu oleh musuh-musuh Islam yang mungkin menggugat mereka jika mereka memasuki jemaah Islamiah. Kita telah pun menerangkan serba sedikit tentang betapa besarnya tanggungjawab yang mesti dipikul oleh setiap muslim terhadap Islam. Tanggungjawab yang besar itu tidak akan terlaksana tanpa jamaah, walaupun dengan berjemaah itu bermakna bertambah besar beban yan
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Mahasiswa mesti hidup Dalam Jemaah Islam - Dr Hassan Ali

7/22/09

Dunia Baru Islam



Dunia baru Islam


Masih basah kenangan indah
zaman cemerlang
era gemilang
ketika rasul ada disisi
para sahabat mentadbir bumi

zaman nubuwwah era khulafa
Islam laksana api yang menyala
menerangi teman dan juga sahabat
bahang panasnya membakar lawan

dicelah itu lah kami mengatur langkah
membena sebua taifah
disini bara tak pernah padam
digenggam kukuh sebuah azam


TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Dunia Baru Islam

Serahkan Segalanya Hanya Untuk Islam..



Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).At-Taubah 24

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. At-Taubah 41

Perkara yang sering membantutkan penyerahan diri untuk Islam:

1) keluarga; anak-anak; isteri; saudara-mara
2) Harta benda

3) kekayaan hasil pekerjaan yang dilakukan

4) Ugutan serta kemalasan diri


Ya Allah Kau peliharalah Kami dari Ujian mu Yang sangat berat ini.. Tunjukkanlah kami jalan serta petunjuk agar dapat memandu bahtera kehidupan ini selamat sampai ke detinasi syurga yang kekal abadi.. aminn

...................................................


Sejarah kemenangan Islam disepanjang zman turut diwarnai oleh perjuangan dan pengorbanan yang cukup hebat dan terbilang. segalanya menyaksikan bahawa darah,harta serta nyawa menjadi taruhan demi mencapai redha Ilahi..

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
Al-Ahzab 23


Ya Allah jadikanlah kami tentera2 mu yang dapat menunaikan segala janji2 kami terhadapMu, jadikanlah kami antara insan pejuang yang telahpun selesai menunaikan janji2 mereka. aminnn

......................................................


Mereka yang berjuang dan berkorban semata-mata kerana menuntut keredhaan Allah SWT pasti mereka akan mencapai kemenangan yang membahagiakan.


(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. At-Taubah 20


Ya Allah kami memohon padaMu agak menjadikan kami dari insan yang mendapat janji kejayaan dariMU. Hanya padaMu kami berserah dan hanya padaMu jualah kami memohon pertolongan...

.....................................................
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Serahkan Segalanya Hanya Untuk Islam..

7/18/09

Masih adakah lagi keimanan terhadap Isra' mi'kraj?



"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.Al-Isra : 1"


Rejab semakin menuju ke penghujungnya, sya'ban pula kian menjelma merapatkan lagi perjalanan penuh kerinduan menanti ramadhan al-mubarak. Allahumma barikna fi rajab wassyaban wa ballighna ramadhan.. aminnn
Di penghujung rejab ini terdapat satu kisah besar dalam sejarah perkembangan Islam. Bermula dengan kematian isteri tercinta lalu disusuli dengan pemergian bapa saudara. Hati mana tidak sedih, perasaan mana tidak tersentuh dek pemergian insan yang sentiasa menjadi tongak utama dalam pembakar semangat perjuangannya.

Kesedihan yang menimpa diri menjadi satu sejarah ternamnya tahun kesedihan. Kesedihan yang menimpa kekasihNya tidak dibiarkan berpanjangan, lalu dibawa dan diperjalankannya jasad serta rohnya oleh Rab Izzati ke satu destinasi yang tidak dapat dikunjungi oleh sekalian makhluk di dunia ini kecualinya.

Maka terciptanya satu sejarah besar dalam Islam yang menguji tahap keimanan insan yang bertaqwa iaitu peristiwa Isra' & Mi'raj yang berlaku pada baginda Nabi Muhammad SAW. Baginda diperjalankan oleh Allah SWT dari Masjid Haram di Makkah ke Masjid Aqsa di Palestin lalu dibawa ke Sidartul Muntaha untuk berjumpa dengan Allah SWT.

Sejarah Isra' & Mi'raj disambut hampir setiap tahun oleh umat islam sedunia, sudah pasti sejarah nabi diperjalankan ini sudahpun
masyi diketahui oleh seluruh umat Islam di dunia ini. Jikalau 30 tahun seorang muslim itu hidup di dunia ini sekurang-kuranya sudah pasti lebih dari 20 kali dia telah mendengar akan sejarah teragung ini.

Namun persoalannya disini, sejauh manakah penghayatan sejarah Isra' Mi'raj ini dapat dihayati sebaiknya oleh umat Islam di masa kini??


Peristiwa Isra' mi'raj ini adalah sebagai salah satu dari ujian kepada tahap keimanan sebenar manusia ketika itu, jika kita perhatikan dalam sejarah perjalanan peristiwa ini, dapat kita lihat betapa dalamnya keimanan para sahabat serta betapa rapuhnya keimanan para munafik serta manusia yang memeluk Islam secara ikutan.

Lihatlah Saidina Abu Bakar As-siddiq, kerna tingginya tahap kepercayaan beliau terhadap baginda Rasulullah saw, beliau telah digelar As-Siddiq iaitu seorang yang benar. Setelah mendapat berita perjalan Rasulullah tersebut lalu Abu Jahal terus menceritakan perkara tersebut kepada Abu bakar dengan harapan agar Abu Bakar akan mengatakan bahawa baginda ialah seorang pembohong, namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Abu Bakar dengan tegasnya mengatakan bahawa sekiranya apa yang berlaku terhadap baginda Rasulullah lebih dari itu pun dia tetap akan percaya. Lihatlah betapa kentalnya jiwa serta keimanan Saidina Abu Bakar..

Dalam masa yang sama juga terdapat ramai dari orang Islam pada ketika itu yang murtad setelah mendengar berita perjalan tersebut. Yang munafik menzahirkan kemunafikan mereka, yang ragu-ragu terus murtad keluar dari Islam. Dan yang teguh tetap teguh bersama keislaman mereka malah makin bertambah keimnan serta ketaqwaan mereka terhadap kekuasaan Allah swt..

Cuba fikirkan sekiranya fenomena ini berlaku pada zaman sekarang. Berapa ramaikah manusia yang akan berpegang seperti pegangan Saidina Abu Bakar dan sahabat2 yang lain, dan berapa ramaikah yang akan menjadi seperti golongan2 munafik yang murtad dari Islam?

Ini sebagai satu lontaran persoalan yang amat perlu difikirkan bersama. Masih adakah lagi keimanan terhadap peritiwa Isra Mi'raj? atau sekadar mendengar ceramah, forum atau sebagainya semata-mata dan pulang tampa merasa perubahan serta pertambahan keimanan?

Lebih malang lagi ada yang langsung tidak tertarik hati untuk mendengar atau mengikuti program yang bersangkut dengan peristiwa besar ini, lebih suka duduk di rumah bermain game, duduk merempit dijalanan, bosan dengan pengisian ilmiah yang dibuat, duduk dirumah menonton movie dan sebaginya.

Agaknya apabila golongan yang malang ini berhadapan secara terus dengan peristiwa Isra Mi'raj ini bagaimanakah tahap keimanan mereka? adakah seperti Abu Bakar? atau kaum Munafik? atau bagaimana agaknya??

Muhasabah diri sebaiknya, bagaimanakah tahap keimanan kita sekiranya betul2 berhadapan dengan peristiwa ini, setara manakah ketahanan keimanan kita, adakah kita mampu untuk bersama dengan golongan yang sebaris dengan saidina Abi Bakar atau sebaris dengan golongan munafik yang murtaddin nauzubillah atau bersama golongan orang-orang yang taraddud dengan pendirian keimanan mereka??

Bersamalah kita berdoa agar Allah swt menetapkan keimanan hati kita serta menguatkan kerohanian kita agar dapat terus bersama dengan insan2 yang dijanjikan syurga oleh Allah swt aminnnnn....
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Masih adakah lagi keimanan terhadap Isra' mi'kraj?

7/17/09

Berat & Indahnya Perjuangan..



Perjuangan..
semua manusia mampu melafazkanya..
semua insan mampu memperkatakannya..
semua makhluk berakal mampu menghuraikan maksudnya..

Namun..
berapa ramaikah yang mempu untuk memikulnya..
berapa ramaikah yang mampu untuk merialisasikannya..
berapa ramaikah yang sebenar-benar dapat merasi kenikmatannya..

Perjuangan..
sangat berat, teramatlah berat..
seberat jabal uhud dihimpapkan di atas belakang tubuh..
perit, beban, letih, lenguh, tiada tenaga..
mimikul segala tanggungan yang pasti akan dipersoalkan nanti..

Namun..
faham, ikhlas, amal, jihad, tadhiyah,
taat, thabat, tajarrud, ukhuwwah, thiqoh..
segalanya menenangkan jiwa..
tarbiyah kefahaman meringankan segala kesengsaraan diri..

Perjuangan..
dengannya syurga dipenuhi para syuhada..
kuburan diterangi cahaya keharuman..
disambut ceria ciptaan cahaya di langit..
mendapat keredhoaan Rab Izzati..










TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Berat & Indahnya Perjuangan..

7/16/09

Kesan Zikir Terhadap Otak



Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

sumbangan uiouio
yahoo group baitul irfan :)
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Kesan Zikir Terhadap Otak

7/14/09

Alhamdulillah...



Letih, gembira, sedih semuanya dapat ku rasakan dalam fatrah yang sunguh mencabar ini. Pelbagai peristiwa, tugasan, kenangan pahit, manis, suka, duka bersama sahabat-sahabat.

Bahang Mesyuarat agung tahunan semakin hampir, sahabat2 AJKT masing-masing sibuk dengan tugasan terakhir mereka, mungkin ini tugasan yang terakhir dan mungkin juga ada tugasan yang baru selepas dari MAT ini.

Semalam seorang sahabat AJKT telahpun pulang ke malaysia, dan tugasannya telah diserahkan sebulat suara kepadaku. Alamatnya MAT ni terpaksalahku menjawap untuk dua jawatan huu..Jangan tanya banyak-banyak ek, siapa yang banyak tanya maka lemah imannya hiii..

Semalam telah diadakan kursus jenazah dalam program yang sedang berlangsung di DPMZ. penerangan yang jelas serta praktikal pengurusan jenazah yang disampaikan ku kira mendapat perhatian penuh dari setiap peserta seminar yang hadir. satu persatu di tunuukkan oleh pembentang dalam paraktikal tersebut, ustaz aizam menjadi mangsa sebagai model untuk menjayakan praktikal tersebut.

Praktikal tersebut betul-betul membuatkan hati ku tersentuh, fikiranku terkenagkan arwah ateh, begitulah agaknya keadaan arwah ateh ketika dimandiakn serta dikafankan. Dalam perhatian yang diberikan tanpa kusedar mengalir juga sedikit air mata ku :) hati terasa kerana tidak dapat mengafankan sendiri tubuh arwah ateh. apa-apa pun ku mendoakan agar roh ateh tenang disamping para solihin insyallah. tanda-tanda serta perjumpaan tidak sedar ku bersama ateh melazimkan lagi doa2 ku pada ateh.

Alhamdulillah kejayaan yang telah ateh kecapi dulu menjadi inspirasi ku dalam menjalani peperiksaan tempoh hari. Bersyukur juga pada Allah dengan semangat yang ku perolehi itu sekali lagi mendatangkan kejayaan dalam diriku.

"Assalamualaikum ya hanif" sahabat baik arab menelefon ku..
"walaikumsalam ya habib albi" seloroh ku
"Izayyak? amil ih? " perangai arab yang suka tanya soalan sama :)
"Alhmdulillah " jawap ku..
" Natijah dah keluar " kata rahman pada ku, secara aotomatik berderu perasaan. hati ku. Ya Allah najahkanlah Ku dalam imtihan ini..
" anta mesti mumtazkan" kata ku, Rahman memang seorang pelajar yang terbijak dalam kelas kami, setiap tahun pasti dia seorang sahaja yang akan mendapat keputusan mumtaz, sejak dari tahun satu lagi. Kesempatan bersahabat dengannya kami gunakan sebaiknya, sebarang persoalan atau masalah dialah tempat rujukan kami.
" naam, tapi masih lagi control "
"bagaimana dengan result ana? basyira wala hazina " tanya ku dalam debar..
" mabruk alaik ya hanif " Rahman berteka teki dengan ku.
" mabruk eh? "
" kamu berjaya lulus imtihan"
" betul ke? sunguh2?? " tanya ku untuk menguatkan.
" betul insyallah"
" Alhamdulillah, syukran ya Abdul Rahman"

Bersyukur pada Allah atas anugerah yang telah diberikan kepada insan yang hina ini.. apa-pun natijah ini masih lagi dalam tahap control dan mungkin boleh berubah, ku berdoa jikalau berubah sekali pun kearahyang lebih baik insyallah..

Ku juga berdoa pada Allah agar sahabat-sahabat yang lain diberikan kejayaan yang lebih baik insyallah. Perbanyakkanlah doa kepada Allah "hanya padaMu Ya Allah kami sembah, dan hanya padaMu jua lah kami meminta pertolongan"..







TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Alhamdulillah...

7/12/09

Manik Urai : Mengapa perlu pilih PAS II



Sambungan..

4) PAS mampu untuk memerintah dan membawa kemajuan.

"Iqamatul al-Din wa Siyasatun dunya bihi" Kemajuan yang dibawa oleh PAS adalah berlandaskan syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Sejarah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dalam mengembangkan serta memberi pengaruh kerajaan Islam Madinah keseluruh dunia membuktikan bahawa Islam mampu untuk memerintah.

Pembangunan yang dilakukan amat berbeza dengan pembangunan sikular yang dilakukan oleh kerajaan sekaran. Pembangunan yang dibangunkan tidaklah tertumpu kepada ganjaran dunia semata2 akan tetapi mengambil penting akan perkara akhirat yang berkaitan syurga dan akhirat. Apa gunanya pembangunan tersenggam indah akan tetapi dipenuhi dengan maksiat dan menjadi pusat penyebaran dakyah syaitan durjana.


5) Kepimpinan yang menggabungkan Ulama, Profesional dan Aktivis.


Sebagai sebuah parti ummah yang syumul, PAS mempunyai ahli dari setiap peringkat umur juga latar belakang. Dapat diperhatikan sendiri di dalam kepimpinan PAS sendiri terdapat golongan agamawan, profesional dan para aktivis parti.

Ketiga2 kelompok ini memainkan peranan penting dalam memantapkan segala gerak kerja PAS dalam merialisasikan Islam di mka bumi ini. Hasil dari gabungan ketiga golongan ini juga telah menghasilkan sebuah satu saf kepimpinan yang kuat lagi jitu dalam membawa hala tuju PAS.

Ulama sebagai pembenteng caturan politik samada ia berjalan betul serta lurus berlandaskan Al-Quran dan Sunnah ataupun tidak, manakala golongan profesional pula memberikan idea-idea bernas serta buah fikiran cerdik dalam merancang untuk merangka segala strategi dalam parti serta golongan aktivis pula sebagai pengerak di tengah masyarakat berlandaskan segala prancangan yang telah disusun atur dalam parti.

kerjasama inilah yang menunjukkan betapa kuatnya gerakan harakah islamiyah ini dalam membawa amanah memikul bebanan menyambung saki baki perjuangan Nabi Muhammad SAW di muka bumi ini.


6) PAS memperjuangkan perpaduan.

fasal 6 pelembagaan PAS

* memupuk dan memperkuatkan ukhwah Islamah danmenyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.
* mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.
* Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan


7) PAS sesuai dalam masyarakat majmuk.

Meyakini dan terbukti kini bahwa pembawakan yang dibawa oleh PAS diterima oleh semua lapisan masyrakat berbilang agama dan budaya di Malaysia. Ini dapat dibuktikan dengan kemenangan PAS dalam pilihanraya baru-baru ini bahwa undian dari golongan yang bukan Islam bertambah ramai serta keahlian kelab penyokong PAS disemua peringkat semakit meningkat sehingga mencapai angka ribuan penyokong.

8) PAS mementingkan kebajikan.

" keluar seorang kamu itu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baik baginya beriktikaf selama sebulan dalam masjid aku ( masjid nabawi) "
Kebajikan sebagai satu aspek terpenting dalam Islam, Sehubungan dengan itu PAS sangat2 mementingkan akan kebajikan kepada seluruh ahli serta masyarakat awam agar mereka dapat melihat akan kemanisan serta keindahan Islam itu sendiri dalam membawa kebajikan kepada semua manusia tidak mengira agama mahupun bangsa.

9) PAS mengambil berat kepada pembentukan akhlak.

Sebagai sebuah jemaah Islam, PAS berusaha keras dalam membentuk syakhsiah mukmin dalam setiap diri muslim serta akhlak terpuji dalam diri setiap masyarakat. juga bertungkus lumus dalam membendung dan mengutuk keras segala permasalahan gejala sosial yang melibatkan kepada keruntuhan akhlak.

Program berbentuk nyayian dari artis2 dalam an atau luar, tarian, percampuran lelaki perempuan yang sering dilakukan oleh pihak tertentu sebagai satu contoh perkara yang sangat ditentang oleh PAS, program tersebut secara jelas menunjukkan akan keruntuhan serta kejatuhan moral akhlak sebagai seorang insan yang beragama.

10) PAS menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

Memastikan muka bumi ini diadili serta diperintah dengan penuh keadilan dan menentang segala bentuk kezaliman.


sekian..

rujukan : kenapa memilih PAS; Ustaz Idris Ahmad


TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Manik Urai : Mengapa perlu pilih PAS II

7/10/09

Manik Urai : Mengapa perlu pilih PAS..



Tulisan ini adalah bersifat individu tiada kene-mengena dgn mana-mana organisasi atau pertubuhan ;)

"Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang." Al -Maidah 55-56

Pada zaman jahiliyah, sifat perkauman menjadi satu perkara tunjang dalam kehidupan mereka, sikap berpuak-puak, tasub dengan kabilah masing-masing menjadi punca kepada kerosakan tamadun ketika itu.

Mereka mengikut kehendak serta mendokong pembawakan kaum mereka tidak kira samada benar ataupun salah, yang penting bagi mereka kaum atau kabilah meeka mesti dipertahankan dan mesti berada dipuncak teratas kepimpinan.

Kini sifat itu kembali menular dalam jiwa rakyat manusia. Proses pemecahan khalifah islam kepada negara-negara oleh kafir laknatullah telah berjaya. perjuangan bukan lagi berpaksikan agama Islam akan tetapi untuk satu kaum tersendiri. Hidup Melayu!!!

"Me-layu" "Melayu mudah lupa" "Melayu pemalas"

Bukan ingin menghina rakyat melayu, aku juga melayu, tetapi apa gunanya hidup melayu tanpa Islam. Slogan " Hidup Melayu!! " diperlaungkan, dalam masa yang sama syariat Islam dihina, syariat Islam diperlekeh, syariat Islam dipermain-mainkan. Tiada perbezaan antara mereka dengan kaum jahilyyah..Teringat kepada seorang pegawai yang tidak habis-habis memperjuangkan ke-melayu-annya, kalau kita tidak sokong orang melayu siapa lagi, kerna melayulah kita hidup aman damai, eee rasa macam nak sepak2 je muka, langsung tiada perkataan Islam dalam kata-katanya, seolah-olah tiada langsung pegangan Islam dalam dirinya..

Ada apa dengan sejarah melayu? Ulama terdahulu yang memperjuangkan kemerdekaan juga atas dasar Islam bukan atas dasar melayu. Bacalah sejarah yang sebenarnya, anda akan tahu sejarah peranana sebenar Islam dalam kemerdekaan..

"dari Abu Hurairah r.a berkata; Baginda Rasulullah menjelaskan, maksudnya; Sesiapa yang melepaskan ketaatan dan meninggalkan jamma'ah (umat islam) kemudian mati, maka kematiannya itu mengikut cara jahiliyah, dan barangsiapa berperang di bawah panji kegelapan, marah kerana asabiyyah dan menolong keran asabiyyah, sehingga terbunuh, maka kematiannya itu adalah mengikut cara jahilyyah" ( HR Muslim )



Kenapa mesti memilih PAS..


1) Islam sebagai dasar perjuangan PAS

Dasar PAS ialah Islam ( Perlembagaan PAS Fasal 3 )

Muqaddimah Perlembagaan PAS;

" Bahawa sesungguhnya adalah diistiharkan demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dengan kebaktian sesama manusia yang dijadikan dengan menegakkan al-Amru bil Ma'ruf wa al-Nahyu 'anil Mungkar dalam kehidupan masyarakat dan bernegara yang dinamakan parti Islam Semalaysia"

Memperjuangkan Islam yang lengkap serta syumul dalam semua aspek kehidupan samada ibadah,politik, ekonomi, akhlak dan sebagainya..


2) PAS di pelopori oleh golongan Ulama

Penubuhan PAS adalah hasil kesedaran politik Islam untuk mendaulatkan Islam di muka bumi ini. Sejarahnya ramai dari golongan agamawan yang pulang dari timur tengah bersemangat dalam menentang penjajah dan bangkit memberikan kesedaran agama pada masyarakat.

Majlis tertinggi dalam PAS ialah Majlis Syura Ulama. Keanggotaan dalam Majlis Syura ini dinilai berdasarkan sifat-sifat yang terpuji serta ilmu yang mendalam serta luas mengenai Agama Islam. Mestilah bersifat adil yakni tidak melakukan dosa-dosa besar serta tidak melazimi dosa-dosa kecil..


3) PAS mementingkan Dakwah dan Tarbiah

Kewujudan PAS di Negara Malaysia bukan semata2 politik pilihanraya semata-mata, akan tetapi lebih dari itu. Perjuangan PAS adalah untuk mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT serta menyeru kepada perkara ma'ruf dan menjegah daripada kemungkaran.

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. " al-Imran 104



BERSAMBUNG PAHNI :) PUBLISH DLU :D

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Manik Urai : Mengapa perlu pilih PAS..