kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

3/28/09

T.A.G 1


barisan pimpinan PMRAM 08

“PERJUANGAN ITU MEMANG AMAT PAYAH, PASTI RANJAU DURI YANG PERLU DITEMPUHI OLEH SETIAP INSAN YANG TELAH MEWAKAFKAN DIRINYA PADA JALAN ALLAH INI.. AYUHLAH PARA PEJUANG KUATKAN SEMANGATMU KENTALKAN KUDRATMUA TERUSKAN PERJUANGANMU TANPA RASA GUNDAH GULANA ATAS CABARAN YANG MENIMPA DIRI, SYURGA ALLAH PASTI DISAJIKAN BAGI HAMBANYA YANG BERJUANG…”

Pada posting yang lalu tiflu menjawap tag yang telah ditujukan pada diri, jadi untuk posting kali ini berdasarkan kepada beberapa peristiwa yang sedang hangat diperkatan pada masa ini, tiflu ingin menujukan beberapa persoalan tag pada sahabat-sahabat yang akan di tag nanti.. ( first time ni hii )

Antara persoalanya :-

1) Adakah anda sayang pada PMRAM? Nyatakan sebab bagi jawapan anda?

2) Apakah pendapat anda mengenai cadangan mengharamkan PMRAM yang sedang hangat diperkatakan sekarang?

3) Sekiranya anda sebagai Presiden PMRAM, apakah tindakan yang anda akan ambil bagi menyelesaikan masalah ini?

Sekadar itu dahulu soalan tag yang ingin tiflu tujukan pada semua ahli PMRAM yang berada di Mesir.. semoga persoalan tag ini dapat memberi manfaat pada kita semua insyallah..
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - T.A.G 1

Jawap Soalan :)




Bukan semua perkara yang kita lakukan adalah betul mahupun salah, ( yang haram tu tetap haram la k) Cuma terkadang apabila kita tersalah dalam menipulasinya ia menjadi salah dan mungkin boleh membawa kepada perkara yang berdosa. Kaedah usul feqh ada menyatakan “asal bagi pada sesuatu perkara itu adalah harus” sebagai contoh nyayian, asal nyayian adalah harus dan diperbolehkan akan tetapi apabila nyayian tersebut melalaikan dan terdapat unsur2 yang tidak baik oleh itu ia berubah menjadi haram dan berdosa.. apa kene mengena dengan tajuk?? :P


( T.A.G ) Satu kata singkat ( barangkali )yang tiflu sendiri tidak mengerti perkataan sebenar bagi tiga huruf berkenaan, mungkin disebabkan tiflu sendri tidak tahu perkembangan dunia IT, tapi yang pasti ia ialah bentuk soalan yang ditujukan oleh seseorang bloger kepada rakannya bagi menjawap segala persoalan yang ditanya, betulkah begitu?? Kebiasaannya tag ini banyak dipelopori oleh sahabiah akhawat.


Bukan ingin mengatakan tag ini salah, akan tetapi kebanyakan persoalan yang dipersoalkan berkisarkan hal peribadi dan tidak sesuai bagi insan yang bergelar khalifah Allah di muka bumi ini. Ia kebanyakan tertumpu pada akhawat yang seolah2 memperkenalkan secara tidak sedar perkara yang mungkin akan menjatuhkan moralnya sebagai seorang wanita yang cukup dijaga dan di pandang tinggi di sisi islam.. perbatasannya untuk para ikhwah terkadang dibuka tanpa disedari. Secara peribadinya tiflu agak tidak bersetuju sekiranya TAG ini diperhebatkan oleh golongan ustaz mahupun ustazah yang menuntut ilmu agama Islam.


Akan tetapi adakah semua tag tidak dipersetujui oleh tiflu? Tidak.. Maksud tiflu tidak bersetuju ialah sekiranya persoalan yang diajukan tidak berfaedah dan ntah apa-apa ntah ( soalan mengarut ) akan tetapi sekiranya soalan yang di tujukan bersifat ilmiah amat-amatlah digalakkan. Pendapat peribadi tiflu ek :)


Syukran pada teman hati yang amat disayangi yang sentiasa memberikan nasihat pada diri yang hina ini.. heykaasnh..



Tiflu ingin menjawap tag yang ditujukan pada diri tiflu ( first time jwp tag hiii )


1) Apakah pendapat anda tentang isu boikot yang menjadi isu hangat perbincangan ketika ini. Adakah ia patut, perlu, buang masa, wajib atau..?


Mengenai isu boikot ini telah banyak tiflu bangkitkan pada ketika berlakunya peperangan antara israel dengan Palestin tempoh hari khususnya dan pada sebelum2 ini secara rambang. Perhatikan kata2 ini sebagai jawapan bagi persoalan yang di timbulkan " Jihad untuk membebaskan tanahair Islam dari serangan dan penjajahan musuh Islam adalah suatu kemestian dan kewajipan suci agama. Ini berdasarkan dalil yang kukuh dalam al-Quran, Sunnah dan Ijma` Ulama`. Kewajipan ini secara utamanya terbahu ke atas penduduk-penduduk yang menghuni tanah berkenaan, kemudian wajib di atas bahu umat Islam sekitarnya. Sekiranya mereka tidak mampu, maka kewajipan tersebut menjadi kewajipan umat Islam seluruh dunia.

Antara bentuk pertolongan dan bantuan terhadap rakyat Palestin tersebut ialah memboikot secara total barang buatan Israil dan Amerika, kerana setiap ringgit atau dirham, dolar atau pound yang anda gunakan membeli barangan tersebut akan berubah menjadi peluru yang ditembakkan ke arah saudara-saudara dan anak-anak di Palestin ".

Memang tidak dapat kita akui sekiranya kita perhatikan disekeliling kita terdapat banyaknye barangan berjenama israel, akan tetapi ini bukan beerti kita tidak boleh memboikot barangan-barangan tersebut, boikot tetap juga dilakukan sekadar kemampuan kita terhadap kepentingan kita terhadap barangan tersebut, sebagai contoh MILO ( nestle) berkemungkinan minuman ini telah dianggap sebagai minuman asasi penduduk malaysia maka bagi ana tidak mengapa untuk diteruskan, akan tetapi contoh seperti KFC tiflu rasa ia tidaklah menjadi keperluan untuk teruskan hidup, tidaka akan kebulurunan rasayna sekira kita tidak makan KFC.. tiflu rasa agak terkilan ketika membaca sebuah akhbar di negara kita yang mengesa agar rakyat Malaysia memberhentikan pemboikotan ini, ntah la mungkin ada sebab2 yang tertentu..



2) Jika umat Islam ingin bersatu dan kuat, apakah tindakan atau langkah yang pertama dan paling utama sekali yang anda rasakan perlu dilakukan ?


Sebelum menjawap persoalan yang dilemparkan cuba kita lihat keadaan disekeliling kita sekarang , bagaimanakah keadaan dunia islam sekarang? Bagaimana keadaan negara-neraga arab sekarang? Adakah terdapat persefahaman antara mereka? Jawapan segalanya terdapat pada antum. Lihatlah dengan mata kepala sendiri konflik yang berlaku tempoh hari, pasti antum dapat jawapanya…


Berbalik pada soalan, perkara yang paling penting ialah islah diri sendiri terlebih dahulu “islah nafsak wad’u ghairak” sekiranya sifat individu muslim tidak terdapat dalam diri setiap insan di duni ini mustahil untuk kita bersatu dan kuat.. Perhatikan sejarah kegemilangan Islam terdahulu, bagaimana hebatnya rohani individu sahabat ketika itu, “Saidina Khalid al-Walid” perhatikan sejarah insan hebat ini dan ramai lagi.. “ man tolabul ‘ula saharal layali ” baranagsiapa yang menuntut akan ketinggian maka bagunlah tengah malam ( bertahajjud ). Terapkan sifat individu muslim dalam setiap diri insan muslim muslimah terlebih dahulu sekiranya inginkan kesatuan serta kekuatan..apakah indivudu muslim? Melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya.. Seterusnya barulah keluarga,negeri dan seterusnya mengikut marhalah-marhalah yang mencapai kepada satu daulah islamiah.. doakan agar dipercepatkan kemenangan islam amin ya Rob..





3) Jika anda adalah pemimpin, apakah yang anda akan lakukan untuk membantu rakyat-rakyat Palestin ketika mereka semua menghadapi serangan daripada pihak Israel? Berikan 3 isi utama pelan tindakan anda itu.


Sekiranya tiflu pemimpin ek? Emh tak mustahil satu hari nanti tiflu boleh jadi pemimpin dunia ( ada hati :P ) em pemimpin yang dimaksudkan disini pemimpin dunia atau pemimpin sebuah negara sahaja? Sekiranya hanya pemimpin sebuah negara sahaja pasti banyak perkara yang perlu difikirkan terlebih dahulu, ketika ini aulawiyat dan muwazanat perlu dipraktikkan sebaiknya..


Sekiranya tiflu sebagai pemimpin Malaysia :


1) kalau nak gi serang terus israel pasti payah, sebab sekiranya israel serang balik malaysia pasti lebih ramai rakyat muslim yang mati. Realiti sistem peperangan yang terdapat di malaysia amat lemah kalau nak di badingkan dengan israel So sebagai langkah untuk membantu juga ialah dengan menghantar tentera-tentera malaysia bagi membantu Palestin seramai boleh yang mungkin.


2) Membantu dari sudut kewangan, wajibkan setiap rakyat di Malaysia yang berjuta2 menderma sebanyak RM5 setiap orang.. jikalau rakyat Malaysia ada 27 juta di gandakan dengan 5 maka akan terkumpul RM135 juta.. siapa yang tidak dibayar akan tetapi mampu untuk menderma akan dikenakan tindakan keras..


3) Mewajibkan juga kepada seluruh rakyat malaysia agar memboikot segala barangan buatan israel dan amarika, mengharamkan kemasukan semua barangan israel dan amarika, serta menghalau duta israel yang berada di Malaysia..


Sekiranya tiflu sebagai pemimpin dunia



1) Hapuskan israel terus dari muka dunia ni ( tiada dua dan tiga )



4) Anda dikehendekai mengetag sesiapa saja yang anda suka dan boleh menambah bilangan soalan tetapi tidak boleh mengurangkan dan mengubah soalan sedia ada dan soalan yang ditambah itu mestilah berbentuk ilmiyah sahaja.


1) Sesiapa sahaja yang nak menjawap :)



TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Jawap Soalan :)

Budak UMNO Biadab..

di petik dari blog ustaz nasruddin tantawi..

Haramkan PMRAM ? Budak UMNO Biadab

Kebetulan lewat jam 2 am di Ipoh , saya sempat menonton berita di TV sementara menunggu waktu bersahur .

Terkejut seketika apabila saya mendengar ucapan seorang wakil Kelab UMNO Luar Negara berucap di Perhimpunan Agung UMNO dengan nada angkuh dan biadab malah menampakkan kebodohan terlampaunya apabila menggesa UMNO supaya haramkan PMRAM .

Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan di Perhimpunan Agung UMNO kelmarin menggesa supaya PMRAM diharamkan dan biasiswa anggota Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ditarik balik.

"PMRAM perlu diharamkan, biasiswa pelajar yang menyertai PMRAM perlu ditarik balik," katanya. "Apabila pelajar kita tiba sahaja (di Mesir), PMRAM lebih dahulu menyambut mereka di lapangan terbang. "Mereka ini, pegawai- pegawai kita pun takut. "Malah, kami sendiri tidak mendapat tempat apabila asrama dikuasai pembangkang," katanya, yang sedang menuntut sebuah universiti di Southampton, Britain.

Satu gesaan yang bukan sahaja tidak masuk aqal tetapi memperlihatkan niat dan sikap yang jahat Kelab UMNO Luar Negara terhadap Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [ PMRAM ] yang cukup berkaliber malah besar jasanya kepada mahasiswa/i Malaysia , Indonesia , Singapura dan Brunei di Mesir bahkan kepada negara tercinta .

Saya kira Wan Md Hazlin sangat dangkal pengetahuannya mengenai PMRAM atau beliau hanya budak suruhan UMNO yang tidak sudah - sudah menyimpan dendam kepada PMRAM sejak 1991 lagi .

Sebaik sahaja saya tiba di Mesir pada tahun 1992 , saya telah mendengar suara - suara jahat yang mendesak kerajaan Malaysia mengharamkan PMRAM . Sedang PMRAM sangat besar dan tinggi nilai jasa baktinya kepada Mahasiswa/i bahkan rakyat Malaysia di Mesir . Malah PMRAM telah wujud lebih awal dari wujudnya kedutaan Malaysia ke Mesir .

Jasa bakti PMRAM tidak siapa mampu menafikannya termasuklah sebahagian pemimpin UMNO sendiri yang dulunya pernah menjadi Yang diPertua PMRAM atau anggota Badan Pengurus PMRAM .

Saya masih ingat bagaimana langkah jahat pihak tertentu , bagi tercapai cita - cita mahu mengharamkan PMRAM telah menubuhkan sebuah pertubuhan tanpa cop halal iaitu PPMM . Walhal PMRAM telah wujud sejak 1930 menabur khidmat dan menyatukan mahasiswa di atas satu wadah iaitu PMRAM .

PPMM yang dianggotai oleh ahli - ahli UMNO di Mesir bertanggungjawab memecahbelahkan solidariti mahasiswa/i sekelagus membibitkan benih perbalahan dikalangan mahasiswa/i . Kesan pecah retaknya terasa hingga ke hari ini .

Terbaru kenyataan Wan Hazlin yang cukup menjadi asas bahawa dendam UMNO dan hasad pemimimpin mereka terhadap PMRAM masih belum selesai . Lebih terserlah ialah kebodohannya sendiri apabila mendesak UMNO agar mengharamkan PMRAM .

Apa hak UMNO dan di mana bidang kuasa UMNO untuk mengharamkan PMRAM ?PMRAM adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan kerajaan Mesir bukan berdaftar dengan UMNO !!

Sepatutnya Wan Hazlin sebagai seorang yang terpelajar , kena fokus ucapannya untuk membersihkan UMNO dari imej buruk terpalit moral yang rendah dengan krisis integriti pada tahap parah dan kritikal dikalangan pimpinan UMNO . Malangnya beliau melihat PMRAM menjadi ancaman kepada UMNO , lantas penuh emosi mendesak supaya UMNO mengharamkan PMRAM dan menarik balik biasiswa ahli PMRAM . Standard ucapan Wan Hazlin dari Kelab UMNO Luar Negara bagai ucapan JKKK , dibakar oleh api permusuhan yang dinyalakan sendiri oleh mereka .

Kalau ahli Kelab UMNO luar Negara yang rata - rata anggotanya adalah dikalangan pelajar di luar negara mempunyai tahap pemikiran kelas ke 3 , bagaimanalah UMNO mahu melakukan transformasi bagi melahirkan UMNO berwajah baru kononnya . Ya , mungkin wajah baru tetapi perut pedalnya masih lama .

Wan Hazlin sepatutnya merujuk dulu kepada tokoh - tokoh negara bahkan tokoh - tokoh UMNO sendiri yang seketika dulu pernah memimpin PMRAM dan bakat kepimpinan mereka dibentuk oleh PMRAM .

Kaji juga peranan dan jasa bakti yang dicurahkan oleh PMRAM kepada pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir . Jangan bertindak melulu berasaskan tohmahan dan mempercayai fitnah liar yang dilempar .

Saya cabar agar Wan Hazlin buktikan atas kesalahan dan jenayah apa sehingga PMRAM yang jauh lebih tua usianya berbanding Wan Hazlin itu mahu diharamkan ?

Kalau hanya tuduhan kononnya PMRAM menyebarkan ideologi pembangkang , sila buktikan ! dan bagaimana pula dengan Kelab UMNO , secara jelas membawa ideologi parti politik . So apa bezanya ? Inikah sikap double standard UMNO yang akan mewarnai transformasi mereka kelak .

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Budak UMNO Biadab..

KITA PMRAM..




Hari silih berganti hari, bulan berlalu melengkapkan tahun, setiap yang baharu pasti akan bertemu dengan penghujungnya, yang hidup pasti akan mati, yang cantik akan menjadi buruk, yang muda pasti akan menjangkau usia tua.. Begitu jua lah lumrah perjuangan ini, pejuang silih berganti, yang lama pasti akan meniggalkan pentas perjuangan ini lalu digantikan dengan pejuang-pejuang muda yang gagah perkasa mengetuai perjalanan suka duka meneruskan sisa baki perjuangan..

“Kita bukan orang yang memulakan perjuangan dan kita bukan orang yang mengakhiri perjuangan, tetapi kita adalah yang menyambung perjuangan para Rasul dan Nabi terdahulu.”




KITA PMRAM

Muktamar PMRAM kali ke 76 baru sahaja berlalu sehari yang lalu, pelabagai persoalan serta permasalahan telah diperbincangkan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada pimpinan terdahulu di bawah kepimpinan Al-fadhil Ustaz khairul Anuar Ismail kerana berjaya membawa PMRAM ke arah satu marhalah yang tinggi dan disegani di setiap hati nurani mahasiswa mahasiswi di ardulkinanh ini.. Jasa antum tidak dapat kami balasi,segala keringat antum demi menaburkan jasa antum kepada seluruh rakyat malaysia di mesir ini tidak mungkin dapat dibalas, semoga segala curah bakti antum, segala penat lelah antum menerajui PMRAM selama ini dibalas oleh Allah dengan kerahmatan,kejayaan serta keredhaan di dunia dan akhirat insyaAllah amin..

Kini PMRAM diterajui oleh kepimpinan yang baru, di bawah kepimpinan Al-fadhil Ustaz Abdul Muiz bin Muhammad kami yakin PMRAM pasti akan lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.. Jangan di sangka air yang tenang tiada buaya, jangan di sangka pimpinan yang baru tiada bisanya, walaupun ramai dari kalangan badan pengurus serta hewi kini berwajah baru tapi pasti setiap dari mereka mempunyai kelebihan mereka tersendir,siapa tahu satu hari nanti mereka bisa menggegarkan bumi mesir ini. Kita selaku ahli perlulah memberikan sokongan serta dokongan yang padu pada mereka, memberikan wala’ yang sangat tinggi pada ketokohan serta kepimpinan mereka selagi ianya berlandaskan kepada Al-Quran dan Sunnah..




Antara usul yang diperbincangkan dan diterima sebulat suara oleh para perwakilan di sidang muktamar PMRAM kali yang ke 76.

1) "Mahasiswa-mahasiswi bersatu membanteras anasir-anasir yang mencetuskan masalah keselamatan, unsur-unsur perpecahan dan tidak mengamalkan Islam secara syumul."
2) "Mempertahankan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang bernaung di bawah PMRAM"
3) "Menggesa pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) berbincang dengan pihak imigresen Mesir bagi memudahkan urusan menyambung visa."
4) “Menjayakan Dana Syaqah PMRAM sehingga hujung tahun 2009”


BIADAB!!!

Petikan dari malaysia kini..

“Sementara itu, seorang perwakilan kelab Umno luar negara petang ini menggesa persatuan mahasiswa Malaysia di Mesir diharamkan dengan dakwaan ia menyebarkan ideologi pembangkang. Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan juga menggesa biasiswa pemimpin Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ditarik balik."PMRAM perlu diharamkan, biasiswa pelajar yang menyertai PMRAM perlu ditarik balik," katanya. "Apabila pelajar kita tiba sahaja (di Mesir), PMRAM lebih dahulu menyambut mereka di lapangan terbang. "Mereka ini, pegawai- pegawai kita pun takut. "Malah, kami sendiri tidak mendapat tempat apabila asrama dikuasai pembangkang," katanya, yang sedang menuntut sebuah universiti di Southampton, Britain.”

1) Punya takut dengan PMRAM sampai masuk dalam perhimpunan UMNO, dasyat gak PMRAM ni.. PMRAM memang power..

2) Emh ideologi pembangkang ek, kira parti islam semalaysia la?? Asal membawa islam je pembangkang, UMNO tidak membawa islam ke??

3) Ini lah perangai manusia keparat yang buat harta orang macam harta sendiri, barangkali biasiswa ini keterunan dia yang punya dengan mudah ingin di tarik balik.jawap akhirat kelak k klau biasiswa yang dimaksudkan itu zakat haa siapla cium tapak kaki la nanti di akhirat..

4) Haramkan PMRAM?? HAHAHA lawak dari kumpulan sepah.. ai sahabat PMRAM ni bukan pertubuhan atau persatuan di Malaysia la sengal.. PMRAM berdaftar terus di bawah kerajaan Mesir di bawah Syuun Ijtima’ie MESIR.. kalau nak diharamkan sila usulkan permintaan anda di persidangan Mesir k

5) Pegawai pun takut? Mengapa? Ahli PMRAM ada yang makan orang ke? Atau ada yang menyerang mengunakan senjata yang merbahaya? Penin ku fahami dirimu.. ops lupa PMRAM kan hebat.. rupa2nya pegawai selama ni takut rupanya wat kemas depan budak2 cet..

6) Universiti di Southampton, Britain?? Emh ingat ke yang bagi usul ni orang ngaji mesir gak.. study Britain duk sembang mengenai mesir padan mengarut pun cerita..

7) KESIMUPULAN : PMRAM HEBAT DAN PASTI AKAN TETAP TEGUH DI BUMI MESIR INI INSYALLAH…





TAHNIAH DPMZ..

Petikan dari pmram.org


27 Mac- Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) telah diisytiharkan sebagai DPM Terbaik dan BKAN Perak sebagai BKAN Terbaik bagi sesi 2008. Pengumuman tersebut dibuat oleh Setiausaha Agung PMRAM, Ustaz Syafiq Zulakifli di akhir Ijtimak Umumi di Nadi Riyadhi sekitar jam 7 malam. Menurut beliau, pada tahun ini, dua anugerah telah diwujudkan iaitu Anugerah DPM Terbaik dan Anugerah BKAN Terbaik. Justeru, panel penilai yang terdiri dari Badan Pengurus PMRAM serta AJKT HEWI PMRAM telah memiilih Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig sebagai penerima Anugerah DPM Terbaik manakala Keluarga Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sebagai BKAN Terbaik. Anugerah DPM serta BKAN Terbaik dinilai dari segenap aspek serta diwujudkan kriteria-kriteria tertentu antaranya dari segi pengurusan, komitmen ahli dengan PMRAM dan lain-lain.

Sementara itu, DPM Zagazig juga dipilih sebagai Perwakilan (Ikhwah) terbaik Muktamar Sanawi kali ke-76 ini manakala bagi perwakilan terbaik akhawat disandang oleh Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah (DPMI). Di akhir majlis juga diadakan tayangan slide berkisar program dan peristiwa PMRAM sepanjang setahun.Semoga hubungan erat antara BKAN dan DPM ini terus erat dan kukuh bagi merealisasikan moto PMRAM iaitu 'Julang Thaqafah Bakti Dicurah'.


- Tiada yang terbaik melainkan ianya dari kerjasama antara seluruh ahli Zagazig yang terdiri dari perubatan dan ahli pengajian islam, tahniah atas ukhuwwah yang dibina dibumi Zagazig.. tanpa sokongan ahli pasti kepimpinan DPM, BAKAN dan juga PMRAM tidak akan dapat merancanakan segala perancangan yang telah disusun.. semoga ukhuwwah ini terus terjalin sehinga ke ahkir hayat insyallah aminn..

- “Ukhuwwah dierat, thaqafah diperkuaat, tarbiyah diperhebat, ekonomi dipertingkat” tema FESTIVAL ZAGAIZG 09
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - KITA PMRAM..

3/25/09

Beringatlah!! Sebelum terlambat...



Sudah sekian lama blog ini dibiarkan tanpa sebarang posting, umpama tiada penguni dibiarkan bersawang merata tempat.. Mungkin di sebabkan tugas harian yang tidak menentu juga disebabkan hampir 2 minggu lebih line inernet di bilik tidak dapat digunakan atas sebab-sebab tertentu.. Mungkin itu boleh dijadikan alasan atas sifat malas yang menjadi duri dalam diri seorang pejuang.. Allahuma inni a'uzubika minal a'jzi wal kasal...


Setiap yang hidup pasti akan menemui ajalnya, apabila datangnye ajal seseorang itu pasti tidak akan ada baginya kelewatan sesaaat mahupun terkehadapan sesaat.. Sudah tercatat akan ajal seseorang itu sejak roh dicampakkan kedalam dirinya lagi..


Firman Allah s.w.t :
"Maka apabila tiba ajal mereka nescaya tidak bolah dilewatkan dan diawalkan walaupun sesaat" (surah Al-A'rof:34)



Mengapa kita sering lalai? mengapa kita sering melakukan maksiat pada Allah? mengapa kita sering meniggalkan segala suruhan Allah? meniggalkan solat, tidak menutup aurat, berdating tidak tentu hala, mengapakah semua ini terjadi pada kita??


Tidak ingatkah kita bahawa kita hidup di dunia ini hanya sementara?? ohh masih muda, banyak masa lagi untuk bertaubat, enjoykan diri terlebih dahulu, kita masih muda, bila dah tua nanti baru boleh bertaubat.. emh agak-agaknya bagi mereka ini ajal hanya akan datang pada orang tua sahaja.. bertaubatlah..


Sebagai saranan bagi mereka yang agak payah nak bangun subuh, pastikan ringtone handphone anda khusus untuk jam loceng ditetapkan dengan ringtone SAKARATUL MAUT.. sekiranya tidak ada ringtone tersebut, bolehlah cari di mana-mana link nasyid k.. kalau dah pasang ringtone itu pun masih payah juga, emh... fikirkanlah sendiri sejauh mana keimanan kita pada Allah k...


BACA DAN HAYATI...


Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapatku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sungguh.nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat. "Mengucap sayang,, mengucap........ Asyhaduallailahaillallah........." ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.


"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas.

"Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu.


datanglah.....

Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!

Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini.

"Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah. "Abangkah yang bersuara itu?

Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah .Tapi, ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.


"Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!

Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut......

Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan

"Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.

Nenekku datang,"Nenek...........".

"Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air?? Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......".

Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.

" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi.....".

Ayah.......kau datang ayah.......".

"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani

Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

"Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

"Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.


Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami".

manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya

"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang kilatan hitam.

Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang

."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".

Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung

rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.

"Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.


Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun....

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".

"Assalamualaikum......".

"Siapa yang memberi salam itu?".

"Aku".

"Kau siapa wahai pemuda???".

Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".

"Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijikini".

"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".

"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.

"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".

"Akulah amalanmu yang keji..........".

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.Ya! aku teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.

Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!!


Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!! Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!".

Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu.

"Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........".

Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?

Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.

"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".

Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat.

Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.

Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak".

"Al-Fatihah!"Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah

dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?".

Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku.

"Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!".

Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku, dan aku di turunkan ke dalam liang itu.



"Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolongkeluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?".

"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".

"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali".

Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin lama,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.



"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!!

"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Beringatlah!! Sebelum terlambat...