kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

2/25/09

Kita-UmMaTul jiHaD-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ, وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ مِّلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمينَ مِن قَبْلُ وَفِي هَذَا لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيداً عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ

Wahai orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya; Dia telah memilih kamu dan Ia tidak menjadikan atas kamu menanggung susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu orang Islam semenjak dahulu, dan di dalam Al-Qur'an ini, supaya Rasulullah menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah).[AlHajj-77-78]

jihad Pictures, Images and Photos

Telah jelas maksud ayat di atas, sesungguhnya kita semua ini adalah ummat mujahadah, yang mana juga telah di fardhukan ke atas kita semua untuk berjihad.

Allah berfirman lagi pada ayat yang lain:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ, تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu, itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya.[AsSaff-10-11]

Firman Allah lagi:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

Dan orang yang berusaha berjuang kepada agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah adalah berserta orang yang berusaha membaiki amalannya.[AlAnkabut:69]

Daripada ayat dia atas, dapat kita lihat firman Allah yang berbunyi," سُبُلَنَا " yang bermaksud ke jalan-jalan. Iaitu membawa makna yang banyak, Jalan-jalan, bukan "jalan" sahaja. Maka, disini jelaslah bahawa jihad itu bukan satu, bahkan lebih dari satu. Dan salah satu darinya adalah berperang di jalan Alla.

JENIS-JENIS JIHAD

Saudara-saudaraku sekalian,
Jihad itu ada lima:
  1. Jihad Nafsu
  2. Jihad dengan Diri
  3. Jihad dengan Harta
  4. Jihad dengan Perkataan
  5. Jihad Syaitan
JIHAD NAFSU

lawan nafsu Pictures, Images and Photos

Seperti telah di datangkan di dalam Al Quran:

وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلاَّ مَا رَحِمَ رَبِّيَ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.[Yusuf:53]


Kita berjihad dengan diri kita untuk bangun di awal pagi bagi malaksanakan solat Subuh, teringat saya firman Allah yang berbunyi:


تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفاً وَطَمَعاً وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit tidur, kerana mengerjakan tahajud), mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut serta ingin memperolehi lagi (keredhaan-Nya); dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.[AsSajjadah:16]

Ketika mana bangkitnya seorang mujahid dari kamarnya, maka terlerailah ikatan pertama Syaitan yang membelenggu dirinya semasa ia tidur. Setelah ia berwuduk, terlerai pula ikatan kedua, dan sesusai solat fajar, maka terlerai pula ikatan ketiga . Bebaslah sudah anak Adam itu pada hari itu dari belenggu-belenggu syaitan yang ketika mana ia membelenggu anak-anak Adam itu, Syaitan itu mengatakan, "tidurlah wahai anak Adam, waktu malam masih panjang, janganlah engkau bangun untuk mendirikan solat."

solat Pictures, Images and Photos

Wahai saudaraku sekalian,
Sesunggunya nafsu itu amat kedekut dan tamak. Ia telah menghasut dirimu dari mengeluakan Zakat dan sedeqah. Menjadikan diri kita merasa amat berat dan sayang sekali pada duit kita itu. Sehinggakan tatakala ada sahabat juga saudara-saudara kita yang datang mengharapkan bantuan, nafsu itu membuatkan diri kita menjadi tamak dan mementingkan diri. Maka tidak kita berikan walau segenih sekalipun kepada sang meminta yang amat memerlukan bantuan daripada kita tadi.

Nafsu juga telah menahan niat manusia untuk mngerjakan haji, melakukan kebajikan dan sebagainya. Yang kesemuanya telah menghalang diri kita dari melakukan kebbaikkan dan kebajikkan lantaraan dari godaan dan bisikan nafsu yang amat Tamak tadi.

wahai saudaraku sekalian.
Janganlah dirimu takut kepada kefaqiran dan kemsikinan, infaqkan dan belanjakan harta-hartamu ke jalan Allah. Bersegeralah menunaikan haji jika sudah mampu, perbanyakkan melakukan kebajikkan selagi ada daya dan kudrat pada diri. Kerana sesungguhnya Allah telah berfirman:

إِنَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْداً عَلَيْهِ حَقّاً فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللّهِ فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang yang beriman akan jiwa dan harta benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga, mereka berjuang pada jalan Allah; maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. Sebagai janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Qur'an; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.[AtTaubah:111]




TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Kita-UmMaTul jiHaD-

2/20/09

-KEraNa Agama, KItA tERciPTA-

Align Center

zhidunk Pictures, Images and Photos

islam Pictures, Images and Photos

Bismillahirrahmanirrahim

Maha suci Allah yang telah memanjangkan usia kita semua dan umur Tiflu sendiri pada hari ini.Alhamdulillah, asykurulillah.


Teringin Tiflu tanyakan kepada diri kita semua, adakah ada perkara yang lebih mulia dariapa Agama KITA? Jika ada antara kita yang mengatakan bahawa adanya perkara lain yang lebih tinggi dari Agama , maka wajiblah ke atas dirinya untuk kembali memeriksa imannya sekali lagi.


Kenapa sememangnya tiada jawapan yang lebih tepat dari mengatakan bahawa Agama lah perkara yang paling utama dalam kehidupan kita. Kerana, kita diciptakan kerana agama Islam dan berkhidmat juga untuk memelihara Islam itu sendiri.




Firman Allah:

شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصَّى بِهِ نُوحاً وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى وَعِيسَى أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ

Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama ap
a yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama {AsSyura:13}





Dapat kita lihat, sejak dari perutusan Nabi Nuh alaihisslaam sehingga nabi Musa, Isa dan Khatimul Anbiya;, tidaklah diutuskan mereka melainkan demi agama dan untuk menegakkan Islam di muka bumi.



Islam Pictures, Images and Photos

Kita Dicipta Untuk Agama


Maka tujuan terciptanya kita adalah untuk menegakkan Agama, dan ini sebagai permulaan..:

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفاً فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا

Maka hadapkanlah dirimu ke arah agama yang jauh dari kesesatan; Fitrah Allah yang menciptakan manusia untuk menerimanya;

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ الْقَيِّمِ
Maka hadapkanlah dirimu (wahai Muhammad) ke arah Agama yang betul
{ArRum:30&43}

Jadi, kita sememangnya dicptakan untuk agama kita, Islam. Dan tidak ada yang lebih mulia dari agamaku. Oleh itu, Tiflu ingin menyeru kepada agama kita semua, menyeru kepada Allah, firman Allah Taa'la:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحاً وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata:?Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?{Fushilat:33}

Firman Allah Taa'la lagi:

ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ

Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat dan nasihat pengajaran yang baik, dan bahaskanlah mereka secara yang baik; {AnNahl:125}


Juga Allah telah berfirman:

قُلْ هَـذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَاْ وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللّهِ وَمَا أَنَاْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Katakanlah: Inilah jalanku, aku menyeru kepada agama Allah atas bukti yang nyata. Aku dan orang yang mengikutiku; Maha Suci Allah, dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.{Yusuf:108}

islam Pictures, Images and Photos



Maka adakah ada yang lebih mulia dan tinggi daripada seruan dan dakwah kepada Allah? Tiflu yakin bahawa sesungguhnya jawapannya adalah TIDAK ada.

Wahai saudara saudariku sekalian, Allah telah berfirman di akhir surah Al Haj(77):

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.

Maka kita semua yang sedang menyeru kepada" kebaikkan", meskipun nanti kita tidak mendapat apa-apa faedah dan keuntungan sekalipun dari dakwah kita itu. Seperti mana kisah Musa Alaihissalam ketika peristiwa malam Isra' dan Mi'raj, ketika mana baginda telah berkata kepada nabi Muhammad Salallahualaihi wassalam,

"Apakah yang telah difardhukan Allah kepada UMAT mu wahai Muhammada?"

Baginda menjawab:"Lima puluh waktu solat"

Musa berkata:"Kembalilah kepada tuhanmu dan mintalah padanya agar dikurangkan, kerana sesungguhnya umat mu tidak akan mampu melakukannya".[Shahih al-Bukhari, hadis no: 349]

islam Pictures, Images and Photos


Maka berlanjutanlah peristiwa pengurangan waktu solat sehinggalah akhirnya telah difardhukan lima waktu sahaja kepada kita umat Muhammad.

Sesungguhnya Nabi Musa telah berbuat kebaikkan dan telah menyeru kepadanya walaupun dia tidak mendapat apa-apa faedah daripadanya. Maka muslim yang sebenar-benar muslim itu amat suka kepada kebaikkan dan melakukan kebaikkan kepada semua manusia, biarpun tiada apa yang diperolehi daripada kebaikannya itu. Maka apakah yang lebih tinggi dan mulia daripada menyeru dan berdakwah kepada Allah dan petunjuk umat Islam?

Mari kita lihat bangunan -bangunan dan rumah-rumah yang terbina megah , mencakar langit dengan bentuk yang sungguh gah. Tetapi ini semua tidak dapat menandingi ketinggian dan kemulian seorang insan yang berbuat kebaikkan dan menyeru kepadanya. Kerana apa? Kerana pahala amalan kebaikkan sahajalah yang kekal manakala semua material yang kita lihat sungguh hebat dan gah sama sekali tidak ada yang kekal.


Renungkanlah firman Allah Taa'la:

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً, وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيداً جُرُزاً

Sesungguhnya Kami jadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu sebagai tanah yang tandus.[AlKahf:7&8]


Juga firmanNya yang lain:

يَوْمَ تُبَدَّلُ الأَرْضُ غَيْرَ الأَرْضِ وَالسَّمَاوَاتُ وَبَرَزُواْ للّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ

Ingatlah hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan mereka berhimpun menghadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.[Ibrahim:48]

Maka apakah yang akan kekal? Amal soleh wahai saudara-sausaraku sekalian. Hanya AMAL SOLEH yang akan kekal .

Wallahua'lam.






TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - -KEraNa Agama, KItA tERciPTA-

LuAngkan Waktu Untuk "DIA"

beautiful


Photobucket
Bismillahirrahmanirrahim..

Semoga Allah sentiasa merahmati dan memeberkati kita semua.InshaAllah.
Apakah aktiviti seharian kita pada hari ini? Adakah waktu kita tekah terisi dengan sebaiknya tanoa dibazirkan dnegan perbuatan yang sia-sia? Dan adakah kita punya waktu walau sedikit untuk mengingati Allah?Adakah..??


Telah di terangkan dan dijelaskan didalam Al Quran, ketika mana kita membaca ayat-ayatNya yang suci itu, sesungguhnya kita sedang mengingatinya. Firman Allah Taa'la:

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ

Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan al-Qur?an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?{AlQamar:17}

Solat lima waktu yang kita lakukan seharian itu juga ibadah yang mengingatkan kita kepada Allah

قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّى ,وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّى

Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman),dan dia ingat nama Tuhannya, lalu dia solat.{Ala'Ala:14-15}

Juga ketika mana Allah berfirman kepada Nabi Musa Alaihissalam:

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.[Taha:14}

Bahkan apabila kita menyebut dan mengingati 99 nama Allah yang agung itu juga kita sedang mengingatinya, dan ketika kita berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad solallahualai wassalam, juga kita sedang mengingati Allah. Seperti yang diriwayatkan didalam hadith:

Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah telah berselawat kepadanya 10 kali{Riwayat Muslim:384}

Kita sebagai umat Islam, yang hidup dalam cahaya dan ajaran Islam semestinya inginkan kehidupan kita keseluruhannya sentiasa dalam mengingati Allah Taa'la. Tidak ada alasan untuk mengatakan kita sibuk , tidak punya waktu yang cukup untuk mengingatiNya,

Hakikatnya, waktu 24 jam sehari dalam kehidupan kita banyak telah kita bazirkan dengan sia-sia yang sepatutnya waktu-waktu itu boleh kita gunakan untuk mengingati Allah tanpa mengira masa dan tempat.

Contohnya ketika mana kita menapak ke Kuliyah, ke kedai atau ke pasar, setiap langkah itu apa salahnya jika kita sertakan dengan sekali tasbih dan takbir kepadaNya, Cuba bilang berapa langkah yang kita ayunkan untuk ke kuliyah dan berapa banyak tasbih, tahmid dan takbir yang boleh kita alunan di bibir dan di hati. Banyak bukan?

Selawat

Di ketika yang lain, semasa sedang menaiki kenderaan, sebutlah dan bacalah doa-doa ketika menaiki kenderaan, memperdengarkan bacaan Al Quran samada melalui radio, kaset, cd, mp3 atau Handphone kita sendiri. Lebih baik daripada kita berangan dan berkhayal yang bukan-bukan sepanjang perjalanan itu. Semoga perjalanan kita akan sentiasa dalam lindungan Allah dan selamat pergi dan pulang.InshaAllah.

Wahai saudara-saudariku, kita semua sememangnya mempunyai banyak waktu yang mungkin kita boleh manfaatkannya untuk mengingati Allah. Jika seorang pekerja buruh kasar atau pekerja binaan bertasbih kepada Allah pada setiap bongkah batu bata yang di letakkannya, bayangkan pula berapa banyak dia telah bertasbih pada hari itu. Juga waktu ketika kita menunggu giliran untuk membayar bil, membeli tiket, menunggu giliran dimana sahaja, boleh kita gunakan waktu terluang itu untuk kita berzikir dan bertasbih.

Tidak lupa juga untuk para muslimah yang waktunya sentiasa di penuhi dengan amalan dan kebajikan kepada suami, anak-anak an ahli keluarga juga kerjaya dalam hidupnya. Manfaatkan setiap detik waktu, melipat pakaian, memotong bawang dan ikan, menyapu sampah dan menyiram tanaman untuk berzikir kepada Allah. Semoga setiap pakaian, masakan, dan tugas kita lebih diberkati oleh Allah.

Subhannallah..indahnya ciptaan Allah..

Demi Allah tuhan sekalian alam, adakah masih kita semua merasakan waktu yang tidak mencukupi untuk mengingati dan memuji Allah tuhan yang agung setelah beberapa contoh yang telah saya sebutkan tadi? Maka wajiblah ke atas kita semua menjadikan setiap amalan dan pekerjaan kita seharian terbiasa dan di biasakan untuk sentiasa mengingati Allah. Sehingga kita dapat benar-benar merasakan bahawa hidup kita ini sememangnya hanya kerana Allah dan sentiasa dalam pemerhatian Allah. Seterusnya pasti kita akan dapat merasakan betapa hidup kita ini benar-benar bermakna dan waktu yang ada sememangnya benar-benar terisi dengan sebaiknya walau sesaat sekalipun.

Tiflu juga berharap agar setiap waktu yang Tiflu rasakan sungguh sesak dengan berbagai aktiviti dan program tidak akan tersia walau sedetik dari mengingatiNya.InshaAllah



waalahua'lam.

Terjemahan Kitab:Adakah kamu redha dengan dirimu?

Tulisan:Ustaz Wajdi Ghanim

Penterjemah:Mohammad Al Fateh Muharam


TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - LuAngkan Waktu Untuk "DIA"

2/19/09

Berjaya dan Hampa...

( padan la semua rakyat malaysia duk melantak je KFC, ada sokongan rupanya)

"
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan dan sikap yang ditunjukkan oleh Ketua Eksekutif JCorp, Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang mendesak rakyat Malaysia menghentikan boikot produk AS dan Israel.

Kami sedar bahawa beliau tertekan kerana Johor Corporation (JCorp) melalui anak syarikatnya QSR Brands Malaysia Berhad yang memiliki rangkaian restoran Pizza Hut dan pemegang saham terbesar KFC Holdings Malaysia Berhad mengalami kerugian setelah kempen boikot dilancarkan.

Motif keuntungan dan Jihad Ekonomi yang dilaungkan beliau menjadi modal untuk mendesak kempen ini dihentikan.


Sewajarnya beliau sebagai seorang Islam memahami kepentingan boikot ini dan mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap kematian ribuan umat Islam Palestine.

Beliau sedar bahawa rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut merupakan antara penyumbang terbesar kempen zionisme Israel yang ditaja oleh Amerika. Saban tahun Amerika akan memberikan dana tidak kurang dari 2 billion untuk Israel meningkatkan keupayaan persenjataannya sekaligus mempergunakannya untuk menindas unmat Islam Palestine.

Kami tidak menafikan bahawa akibat kempen boikot ini banyak cawangan restoran Pizza Hut dan KFC yang rugi, malah ada yang bakal ditutup. Ramai juga kakitangan yang diberhentikan.

Sudah sampai masanya JCorp mewujudkan jenama baru

Walaubagaimana pun, JCorp sewajarnya melakukan inovasi dan penstrukturan dalam senarai perniagaan mereka. Jika benar JCorp mempunyai rasa kebertanggungjawaban terhadap masa depan rakyat yang kehilangan kerja, mereka seharusnya menyusun pelan peralihan dan rancangan perniagaan baru.

Dengan sumber yang ada dan pengalaman yang luas, sewajarnya rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut dibubar segera. Rangkaian ini boleh dihidupkan kembali dengan mewujudkan rangkaian jenama dan produk makanan segera tempatan yang lebih mencerminkan sikap serta identiti rakyat Malaysia. Kita tidak selamanya perlu bergantung pada jenama luar bagi memajukan ekonomi kita.

Saban tahun negara kita terpaksa membayar billion ringgit kerana menggunakan jenama dan produk yang diambil dari luar negara khususnya Amerika.

JCorp sepatutnya sudah matang dan mampu membina produk dan jenama sendiri.

Pemudawilayah juga melihat bahawa produk makanan berjenama tempatan juga tidak kurang hebatnya. Rangkaian restoran makanan segera Marrybrown, SugarBun dan juga Radix FC yang kian berkembang membuktikan bahawa jenama tempatan juga masih boleh diterima ramai. Malah kewujudan rangkaian ini juga memberikan peluang kerja untuk rakyat tempatan.

Jika JCorp mahu melaksanakan cita-cita ‘Jihad Ekonominya’ inilah peluang untuk mereka turut sama bergabung dalam membantu menaikkan jenama tempatan.

Jihad Ekonomi KFC dan Pizza Hut, Bunuh Umat Palestine

Jihad bukan sekadar menuntut kita mengaut untung dan mengkayakan umat Islam, tapi ia juga menuntut untuk kita menyelamatkan akidah dan juga kehidupan umat Islam lainnya, khususnya di Palestine. Apa guna kita kaya di Malaysia ini sedangkan saudara seagama kita mati dibunuh di Palestine.

JCorp memberikan sumbangan pada mereka untuk mendapatkan makanan tapi dalam masa yang sama, JCorp juga menyalurkan bantuan kewangan kepada induk KFC dan Pizza Hut yang akhirnya digunakan untuk membeli peluru membunuh saudara kita.

Dimanakah hati dan perasaan pihak pengurusan JCorp yang sanggup mengadai umat Palestine untuk ‘Jihad Ekonomi’ yang hanya menguntungkan segelintir pihak sahaja.

sumber : www.tranungkite.net

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Berjaya dan Hampa...

2/16/09

Mengingat SeBeLum Terlewat








"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka
melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)





1. Hendaklah pakaian itu menutupi seluruh aurat yg telah ditetapkan.
"Dan janganlah wanita2 itu memperlihatkan perhiasannya melainkan yg zahir dan hendaklah memakai tudung yg menutup kepala sehinggalah atas dada2 mereka." (31: An-Nur)

2. Hendaklah pakaian tadi tidak menampakkan warna kulit.
"Perempuan yg berpakaian tetapi tidak sempurna atau yg menampakkan warna kulitnya." Hadis sahih riwayat imam Muslim.

3. Hendaklah pakaian tersebut tidak terlampau sempit sehingga menampakkan susuk tubuh.
"Suruh isteri kamu letakkan kain dibawahnya. aku takut pakaian itu menampakkan susuk tubuhnya." Hr Ahmad dan lain2 - sanad hasan

lanjutan : www.salmanmaskuri.blogspot.com



1) Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

2) Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

3) Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

4) Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

5) Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

6) Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

7) Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

8) Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

9) Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki.

lanjutan : www.zaharuddin.net


Sudah hampir 6hari blog ni berabuk, tiada post terbaru, bukan tidak mahu menulis akan tetapi kemalasan beralasankan kerja yang banyak membuatkan aku tidak istiqomah terhadap penyampaian ini.. berdosa pada diri sendiri. Istiqomah dalam amalan adalah kejayaan bagi seseorang hamba Allah.. "Istiqomah lebih baik dari seribu karomah" tiflu gagal dalam perjuangan...

Melihat penampilan wanita masa kini hati rasa panas berapi, bukan mereka tak tau hukum tapi buat-buat tak tau,bukan tidak malu tapi dah tiada malu, bukan tidak pernah dinasihat tapi nasihat ibarat curahan air ke atas daun keladi, masuk telinga kanan keluar telinga kiri, tak pun nasihat tak dapat masuk ke telinga dek tebalnye taik telinga, tangisan keinsafan selepas dinasihat tidak ubah seperti lakonan Fauziah Ahmad daud di pentas drama. palsu semata-mata..


bara
ng murahan..

Teringat ketika berada disekolah menengah, pernah bertanyakan kepada ustazah apakah keistimewaan kita perlu menutup aurat?? perumpamaan yang diberikan adalah seperti barangan yang berada di pasaraya. Cuba kita perhatikan, serta bandingkan barangan yang di bungkus elok atau yang berada fdalam jagaan kotak kaca dengan barangan yang tidak bungkus atau bungkusan yang ala kadar juga barangan yang dibiarkan atas meja jualan tanpa di jaga dengan rapi,
manakh yang lebih mahal dan berharga?? sudah pasti barangan yang berbungkus serta yang dijaga rapi lebih berharga dan mahal harganya, begitulah juga dengan tubuh badan kita perlulah dijaga serapi yang mungkin, perlu di utup dengan pakaian berlandaskan syariat yang telah ditetapkan seeloknya..adakah anda ingin menjadi barang murahan?? tepuk dada tanya iman..


Simpan! Bukan Tatapan.

Setiap makhluk ciptaan Allah di buka bumi punya fitrah dan perasaan ingin sentiasa di beri perhatian dan tumpuan. Seperti mana seorang bayi kecil yang baru mengenal dunia juga sudah pandai merengek hanya kerana inginkan perhatian. Binatang yang tidak mempunyai akal juga punya kenginan untuk diberi perhatian dan belaian daripada tuannya. Malah tumbuh-tumbuhan sendiri memerlukan perhatian dan jagaan rapi agar ia dapat tumbur dengan subur dan bebas dari serangan serangga dan penyakit. Betapa perhatian dan tumpuan itu begitu didambakan setiap makhluk ciptaan tuhan.

Dan inilah salah satu penyebab utama kepada masalah penutupan aurat yang tidak sempurna atau langsung tidak ditutup di kalangan muslimah masa kini. Lupakah kalian wahai muslimah, tujuan kalian menutup aurat adalah untuk memelihara dan mengelakkan diri mu menjadi tumpuan dan pandangan mata-mata liar di luar sana? Lupakah kalian bahwa terhijabnya kecantikan mu adalah untuk membantu para mujahid dan bakal pejuang islam untuk mematuhi perintah Allah di dalam Al Quran:

"Qul lil mu'miniina yaghdudhu min abshoorihim." (QS. An-Nur : 30)
("Katakanlah pada orang-orang mukminin tundukkan pandangan mereka")

Tetapi apa yang berlaku sekarang ini , amat menyimpang jauh dengan tujuan dan hadaf perintah menutup aurat di WAJIB kan ke atas para muslimah. Ramai yang menutup aurat, tetapi ada saja silap dan kekurangannya yang langsung tidak menepati konsep menutup aurat yang di gariskan oleh Islam. Susahkah untuk memakai sehelai kain menutupi kepala yang hanya perlu dilabuhkan melebihi dada dan memakai pakaian yang longgar dan tidak jarang? Lagi susah rasanya memakai tudung Wardina,Waheeda, Ina ,Mawi hatta Datuk K yang melilit sana sini silap-silap boleh tercekik jika tersilap lilit, dan lagi susah rasanya memakai baju yang terkoyak sana sini yang sendat dan ketat sehingga menyesakkan nafas. Lihatlah, siapa yang menyusahkan dan menyulitkan, perintah Allah atau diri kalian sendiri??


Jika perhatian dan tumpuan yang kalian inginkan, maka sesungguhnya kalian wahai muslimah, telah menjatuhkan diri kalian semua ke arah kebinasaan. Apakah yang akan berlaku jika setiap langkah dan gerimu sentiasa mengundang siulan dan pandangan nakal kaum adam? Sesungguhnya natijah daripada perhatian dan tumpuan yang kalian dambakan itu sudah banyak terpapar dan tersiar di akhbar dan media-media masa yang lain.Kes rogol, bunuh, culik,sumbang mahram dan sebagainya itulah natijah daripada perhatian dan tumpuan yang kalian rasakan membuatkan diri terasa begitu dihargai dan disanjungi yang akhirnya bernatijahkan pengakhiran yang penuh tragis dan ngeri.

Jadi fikir dan pilihlah samada untuk menjadi tatapan dan perhatian atau...SIMPAN.

Ralat Pada Niat

Sesungguhnya di dalam badan itu ada seketul daging, jika baik ia, maka baiklah keseluruhannya dan begitu juga sebaliknya. Itulah seketul daging yang bernama "hati". Di mana di dalam hatilah terletaknya segala niat bagi amalan dan perbuatan kita. Lihat dan periksa niat kalian semua, apakah tujuan dan niat utama kalian menutup aurat. Apabila berlakunya keralatan pada niat yang terletak di hati , maka akan "error"lah amalan keseluruhannya. Itulah yang berlaku apabila niat menutup aurat sudah tersimpang. Maka akan terlihatlah Hijab dan jilbab yang di pakai akan mula di "edit" sedikit demi sedikit yang akhirnya tidak tinggal lagi sehelai pun benang di tubuh. "Folder is EMPTY". Lebih malang jika ada yang akhirnya dicampak ke ..."recycle bin" , "Delete permanently".

Dan jangan pula menutup aurat, bertudung dan berjubah besar dan labuh kerana takutkan di marah ustaz, ayah, guru , teman lelaki atau orang lain kerana apabila niat kerana takutkan mereka semua maka akan terlihatlah penutupan aurat yang hanya bersifat sementara dan hipokrit. Dan apabila tiada lagi mereka-mereka yang ditakutkan itu, terbanglah tudung, terlucutlah jilbab dan pakaian. Akan tetapi tutuplah aurat kerana Allah. Kerana perintah Allah. Setiap perintahNya itu pasti adalah yang terbaik untuk hambaNya.


Antara ahli neraka..

" terdapat dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah kulihat keduanya:

1- Kaum yangmembawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai untuk memukul orang ( penguasa yang zalim)
2- perempuan yang berpakaian tetapi seperti telanjang, yang cenderung kepada maksiat dan mengakibatkan orang lain pada perbuatan maksiat, rambutnya sebesa punak unta. mereka ini tidak boleh masuk ke syurga serta tidak akan dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium sejauh perjalanan demikian dan demikian" hadis riwayat muslim

"akan terjadi pada umatku yang terakhir wanita-wanita berpakaian tetapi bertelanjang,sanggul dikepala mereka di tussukkan tingi-tingi bagaikan bongol unta, laknatlah mereka sesunguhnya mereka terlaknat"

Maka di sini Tiflu ingin menyeru kepada para wanita muslimah, tulang belakang para mujahid Islam... tutuplah aurat kalian dengan SESEMPURNYA.

MARAH?? baik fikirkan marah Allah pada kalian atas perbuatan kalian tidak menutup aurat..

TERASA?? baik terasa sekarang daripada merasa balasan api neraka Allah di akhirat nanti..

TAK PUAS HATI?? baguslah tak puas hati, sekurang-kurang sedar diri bahawa perkara yang dibuat berdosa..

KASAR? kasar lagi soalan Muka Nakir di dalam liang lahat nanti..


Mengingat sebelum Terlewat

Bukanlah Tiflu ingin menyibuk atau buat-buat sibuk dengan perihal muslimah dan aurat, padahal banyak lagi perkara dan kerja yang Tiflu perlu menyibukkan diri dengannya. Tetapi merasakan tanggungjawab sebagai seorang muslim, dan dek kerana sakitnya mata melihat fenomena "menutup aurat tetapi bertelanjang" yang main menjadi-jadi, maka Tiflu dengan penuh rasa rendah diri mengenangkan diri ini hanyalah hamba Allah yang lemah lagi hina yang bakal dipersoalkan suatu hari nanti akan apa yang Tiflu telah lalukan apabila melihat kemungkaran dan hukum Allah di permain-mainkan di muka bumi, mengerahkan juga tangan ini untuk menaip peringatan dan nasihat ini yang ditujukan untuk kesemua kaum muslimah di luar sana tidak kira siapa sahaja yang merasakan dirinya Muslimah. Terpulanglah pada kalian semua ingin menerimanya sebagai satu sindiran , cemuhan , kutukan atau sebagainya. Tetapi Tiflu sudah berasa lega dan senang hati kerana telah melaksanakan apa yang sepatutnya Tiflu lakukan. Hanya Ingin melaksanakan amanat dan MENGINGAT sebelum TERLEWAT.



kemuliaan Muslimah..

Untuk akhirnya, untuk muslimah di luar sana, janganlah merasakan diri kalian sebagai makhluk dan kaum yang paling lemah dan hina yang sentiasa sahaja di sekat dan terhalang dengan berbagai tegahan dan larangan, tetapi ketahuilah bahawasanya kalian sebenarnya adalah makhluk ciptaan tuhan yang paling istimewa dan sungguh berharga. Oleh sebab istimewa dan berharganya kalian, maka Allah telah memberikan beberapa garis panduan untuk kalian patuhi sebagai pagar dan perisai diri agar terlindung dan terpelihara keistimewaan dan nilai harga yang diri kalian yang tidak ternilai itu.

Ingat, jangan sesekali pagar dan perisai itu cuba untuk di tembusi dan di tanggalkan, jika tidak, nantikanlah akibat yang menanti.






"Muslimah adalah wanita yang lahir dari sebaik-baik umat, yang memelihara keislamannya dengan nilai-nilai ajarannya, mengekalkan syakhsiah muslim dan adat-adat yanng bertepatan dengan lunas-lunas islam.."

" Sebaik-baik perempuan ialah apabila kamu memandangnya dia menyenangkan kamu, apabila kamu memerintahkannya dia mentaati kamu, apabila kamu bersupah ke atasnya dia melepaskan kamu dan apabila kamu pergi darinya dia memelihara pada dirinya hartamu"



nasihat bagi wanita solehah klik di sini:
http://nurtakwa88.blogspot.com

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Mengingat SeBeLum Terlewat

2/10/09

Amanat Tuan Guru..


ucapan beliau ketika berforum di dataran Asyir Mesir..

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil maka sampaikanlah berita yang mengembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Mereka itulah orang-orang yang telah rosak amal perbuatannya di dunia dan di akhirat, dan mereka tidak akan memperoleh sesiapa pun yang dapat memberi pertolongan." al-Imran 21,22


Yang berhormat pengerusi majlis, yang dikasihi ahli2 yang berhormat anggota rombongan ahli parliman, rakan2 yang menyertai rombongan, seluruh pimpinan, abnai wa banati litolabah wattolibat,


Pertama2 marilah kita menyedari bahawa kita berada dalam suasana- nabi kita muhammad s.a.w, kita melihat ayat2 al-Quran yg di wahyukan tidak mati dngn wafatnya nabi muhammad saw.. islam ini penganutnya yang dihentap begitu rupa tidak boleh dihapuskan sekali-kali, di sinilah kita melihat besarnnya peranan penuntut-penuntut ilmu agama dan besarnya peranan mereka yang menuntut ilmu dalam segala bidang ilmu duniawi yang bersam a dgn kefahaman dan kesedaran Islam, setelah kita melihat islam di belasaah dizalimi, islam dipecah, dibelah, dihancurkan dgn cara yang begitu rupa, umat Islam dipisahkan oleh semangat nasionalisma yang memporak perandakan mereka.

Golongan yang bangkit meneruskan cita-cita Islam dizalimi dan dianiaya, pendokong gerakan Islam habis mati dibunuh, yang dibuang negeri, dipenjara, disusahkan kehidupannya, kalangan pelajar ditekan dan ditindas dgn pelbagai cara, seolah orang yang berpegang dengan Islam laksana berpegang dengan bara api, kita melihat keadaan yang lebih dasyat, darah yang mengalir di Iraq, mengalir di Afgnistan,mengalir di Mendanau, di Petani di Checnya dan akhirnya mengalir di Gaza Kesakitan yang diaalami dan darah mengalir itu tdk boleh membunuh cahaya Islam, apa yg berlaku adalah kesakitan dan darah yang keluar dari ibu yang mengandung yang akan melahirkan anak - berjayalah mereka yang bersama Islam, celaka dan guri ah mereka yang teragak2 untu bersama dengan islam.. "Dan jika sekiranya kamu berpaling daripada menuanaikan kewajipan menunaikan islam ini, tuhan akan tukarkan kaum yang lain daripada kamu ( untuk menegakkan islam) dan mereka tidak seperti kamu..

Islam di hentam, sehinggakan menghilangkan kuasa pemerintahan, tidak ada negara yang melindungi islam yang tinggal hanya hukum hakam yang dipelajari, akidahnya yang dipertahankan, akhlaknya yang tertanam dalam diri muslim, penjajah telah berjaya memecahkan tanah air islam, setalah hilangnya pemerintahan di awal abad yang lalu melalui perjanjian – perjanjian yang memisahkan negeri-negeri Islam di Asia Barat. Ada negeri yg dijajah oleh British, oleh Prancis, dijajah oleh Itali, perjanjian Bangkok dan Pengkulu membahagikan Asia Tengara ini di bawah penguasaan Budha, Inggeris dan Belanda, tidak padan mereka menakluk tanah air umat islam setelah mereka mengalami penentangan yang hebat dari umat islam seluruh, berdepan dengan senjata yang moden dan janggih, umat islam tidak mudah menyerah kalah, mereka mnyedari di sana ada punca kekuatan umat islam iaitu adalah ajran islam itu sendiri, lalu dilancarkan serangan bentuk baru, serangan pemikiran untuk memisahkan umat islam daripada agama mereka dengan mengunakan senjata sekularisma yang telah berjaya menghancurkan penganut agama Kristian, bukan sahaja penganut agama asal yang di bawa oleh nabi Isa Alaihissalam yang telah diselewengkan, agama yang lemah ini dibelasah apabila tidak mampu berdepan dengan pengaruh politik di barat, paderi yang telah menyeleweng bertembung dengan kuasa pemerintahan yang zalim, akhirnya paderi menyerah kalah, dibuat peraturan memisahan antara gereja dan istana ataupun politik dengan agama, dalam masa yang sama dunia barat yang menimba tamadun Islam di dalam bidang sains dan teknologi, mereka mengambil ilmu dari umat islam tanpa mengambil Islam, kalangan ahli-ahli sains yang pulang ke Eropah mencetuskan revolusi industri yang mengejutkan paderi-paderi yang berpegang dengan agama yang tidak - dengan tamadun dunia menyebabkan dilakukan segala pemisahan di antara agama dan dunia dan ilmu pengetahuan, maka lahirlah fahaman sekularisme barat, sekularisme yang dijadikan senjata oleh Zionis menghancurkan umat Eropah dengan dimasukkan fahaman ini ke dalam Revolusi Perancis, Revolusi di England, di Amerika, di Soviet Union dan lain-lain, digunakan ke dalam dunia islam untuk melumpahkan umat Islam tetapi agama Islam bukan macam agama Kristian, bukan sahaja penerimaan perintah Allah s.w.t, kesempurnaan agama Islam itu sendiri menolak sekularisme, Islam tetap mengatasi ajaran-ajaran yang lain daripadanya.



TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Amanat Tuan Guru..