kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

1/30/09

Sedetik Bersama Seabad Terasa :)

ukhuwwah bukan terletak pd pertemuan, bukan pd manisnya ucapan di bibir...tetapi terletak pada ingatannya terhedap saudaranya di dalam doanya ~imam al-Ghazali

“Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w.: Seorang lelaki menziarahi sahabatnya di sebuah kampung yang lain, lalu Allah memerintahkan seorang malaikat menunggunya di pertengahan jalan.Tatkala lelaki itu tiba kepada malaikat,lalu malaikat itu pun bertanya :”Saudara mahu ke mana ?” Lelaki itu menjawab: “Saya ingin menziarahi sahabat saya yang tinggal di kampung ini .” Malaikat itu bertanya lagi :”Adakah saudara datang kepadanya kerana ada maslahat tertentu?: lalu lelaki itu menjawab :”Tidak ,saya datang kepadanya semata –mata kerana mencintai sahabat saya itu kerana Allah.” Lalu malaikat menjawab :”Sesungguhnya aku ini utusan Allah yang di utus kepadamu bagi memberitahu bahawa Allah telah mencintai kamu sebagaimana saudara mencintai saudara itu kerana Allah.”


22 TAHUN, itulah satu angka baru bagi diriku.. Satu angka yang meningkatkan lagi usiaku, semakin menigkat usia semakin dekat kepada tarikh bertemu Allah.. semoga dengan prningkatan ini seiring dengan menigkatnya keimanan serta ketaqwaanku pada Allah S.W.T aminn..
"JUTAAN,RIBUAN TERIMA KASIH PADA SEMUA, SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA2 ANTUM DENGAN KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT"

Hanya perkataan in sahaja yang dapatku sampaikan pada semua insan yang banyak membantu serta memberi dorongan padaku selama ini.. Insan tersayang,emak, abah, adik2, nenek terima kasih kerna tidak jemu2 mendoakan keselamat serta kesejahteraan insan kerdil ini sepanjang berada dirantauan..

















Sebahagian daripada hadiah serta ucapan secara maya dari insan2 yang sentiasa mendoakan akan kesejahteraan diri ana.. syukran semoga kejayaan dunia n akhirat milik kita bersama aminnn.... heykaasnh...









Tanggal 28/1/2009 :

Kepada Ahli bait (ust faizuddin,nasruddin,lukman,zulazri) syukran jazilan atas segala dorongan antum untuk diriku terus maju dalam perjuangan, terima kasih juga sebab dapat menahan dengan segala kerenah sahabatmu ini.. Kepada sahabat karib Solihuddin,Mustaqim, Mursyid,dr Hadi,dr Syamsul,Ust Faizal,Ust Azmil, Ust Naqiuddi, baba mumtaz,ust Al-Hidayat, barisan AJKT terima kasih atas kejutan yang antum buat padaku terima kasih atas 2 kek yang disediakan ( nak klim tggu balik mlysia nanti ) juga pada ust Cao yg bertungkus lumus memasak n ahli2 usrah Azhar n semua sahabat2 di Dewan Perwakilan Mahasiswa Zaqaziq semoga kita semua berada dalam rahmat persaudaraan yang jitu serta rahmat Allah dan diberikan kejayaan dalam peperiksaan yang akan datang aminn..



Persediaan majlis doa selamat :) ( maaf xramai baget x ckup :)

















Ketua masakan : chef Fahmi Odeni haaa
Goreng ayam : Dr Syamsul -1st time hiii
Penghurur-hara dapur : dr Hadi huuu
Acar campuran : resepi oleh dr Cen hooo
bahagian makan : Mursyid ( ketua ) Soleh ( tim.ketua) kui kui
pemukui gambar : dr Syazwan hui hui







kejutan dari sahabat2..















sapoter kek : tidak diketahui -kira free la ek hii-
hadiah : dari ust faizuddin n ahli bait tim peng ( hadi,mursyid,keli)


p/s : paling penting sekali cuba perhatikan baju yang dipakai oleh ust faiz,hadi dan ana.. ha tu la baju terbaru DPMZ sila dapatkan di dewan Dar Salam. harga LE 35 :)







Manja bersama ahli Bait tersayang kui kui :





























ahli2 bait :

Ust Faizzuddin Ghazali
Ust Nasriddin Yusof
Ust Lokman Sulaiman
Ust Zulazri Zainal

(ust faiz malu2 kambing kui kui)




Bersama sahabat2 yang hadir..































Bersama Adik2 usrah medic..


Jutaan terima kasih juga kepada sahabat2 adik kesayangan usrah medic Dr Faiz, Dr Syafiq, Dr Afiq, Dr Mazwan, Dr Bukhari, Dr Wan Arislan, Dr Amir, Dr Zaiful Ikram, Dr Ermizal dan juda Dr Abdul Rahman atas kejutan paling brutal bagiku..terima kasih atas simbahan air ubat gigi antum :D terima ksih sebab sangup menungguku selama 6 jam demi merialisasikan konspirasi jahat antum hii ( ahli bait n ust faizal pun terlibat sama ) doakan agar ukhuwwah yang terbena ini dapat kita teruskan serta mantapkan demi mencapai Mardhotillah insyallah..




Perancang2 untuk men-suprise-kan daku..
















ahli2 usrah yang disayangi
Dr Faiz Azlan (perancang utama)
Dr Afeq Azmi ( penyimbah air sebaldi)
Dr Syafiq Yahya ( penyimbah kedua depan pintu)
Dr abdul Rahman ( gambarman :P )
Dr Wan Arislan ( pembaca doa )
Dr Bukhari Muslim, Dr mir Asyraf, Dr Ermizal Nazirul, Dr Mazwan noh ( tukang sorak ) huuuu




Lihatlah kekejaman mereka terhadap naqib sendiri huu :(





























Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,

Dedaun berguguran,
Membuktikan kedewasaan,
Walau tanpa madah dan hadiah,
Namun cukup untukmu sekadar ucapan...

Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia,

Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,

Usiamu ibarat mutiara,
Tiada berganti lagi,
Hiaskan iman bersulam taqwa,
Agar sempat menuju haruman syurgawi,

Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia.


TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Sedetik Bersama Seabad Terasa :)

1/27/09

Berjalanlah kamu di atas muka bumi Allah..


"Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja bagi Allah. Katakanlah:'Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu." (QS. 29:19-20)

"Berjalanlah kamu di atas muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu." (Al An'am: 11)

Segala puji bagi allah yang telah menganugrahkan nikmat yg besar bagi kita iaitu nikmat iman dan islam,serta mengizinkan lagi kepada kita untuk sama2 kita beribadah kepadanya, beserta selawat dan salam atas junjungan besar kita nabi MUHAMMAD s.a.w,ahli kuarga serta sahabat2 baginda...

Selesai sudah imtihan fasal pertama, meyambut kunjung percutian musim sejuk. Apabila memasuki cuti musim sejuk, secara automatiknya kita akan terfikir kemanakah akan kubawa diri ini sepanjang cuti musim sejuk.. Berdasarkan ayat suci Al-Quran di atas dapat kita fahami bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menyarankan kepada hamba-hambanya untuk berjalan atau bermusafir ke serata dunia, atas sebab apa? bukan untuk berfoya-foya atau untuk bersuka ria tetapi untuk melihat akan keagungan Allah S.W.T serta kekuasaanNya dan menilai akan pengakhiran bagi insan-insan terdahulu yang memurkai akan kekuasaan Allah. Alhamdulillah dengan kesempatan keberadaan kita di bumi Anbiya yang penuh dengan keberkatan serta kesan-kesan sejarah ini kita cuba untuk menyelami serta mecari akan kesan-kesan tersebut agar kita dapat muhasabah diri kita yang hina ini.. berikut adalah sedikit daripada pengalaman ana ketika mengikuti expdisi ke Semenanjung Sinai pada tahun lepas bersama Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig..

"Syukur alhamdlilliah dengan berkat rahmat Allah yang maha agung sekali lagi tiflu dapat menjejakkan kaki ke tanah semenanjung sinai bersama dengan sahabat2 seperjuangan dari zaqaziq, jaulah tiflu kali ini amat bermakna dari jaulah yang sebelumnya, pada kali ini tiflu dapat menziarahi kawasan2 yang bersejarah yg tiflu xpernah pergi sebelum ni hasil peninggalan dari nabi2 terdahulu serta mengetahui sejarah2 peninggalan tersebut yang tiflu dapat dari penerangan yg diberikan oleh musyrif serta penduduk setempat.. Segi Tiga Sinai merupakan Semenanjung yang mirip sebuah pulau yang di apit oleh dua buah telok iaitu Suez dan Aqabah..seluruh semenanjung ini merupakan padang pasir dan gunung ganang batu.Di sini tercatat pelbagai peristiwa sejarah2 kenabian..insyallah akan tiflu ceritakan ba'din

HARI PERTAMA.. 9.2.2008

Pada jam jam 12 tgh malam semua peserta2 jaulah telah berkumpul di dewan DPMZ (umah den la :) kami bertolak dari zaqaziq tepat jam2 pagi..doa telah kami panjatkan kehadrat ilahi agar perjalanan kami di berkati dan dijauhi dari segala malapetaka.. "mahasuci (Allah) yang menundukkan ini (binatang,kapal,kenderaan) untuk kami dan kami tiada kuasa mempergunakannya, (tanpa kurnia dari tuhan kami) sesungguhnya kami akan kembali kepada tuhan kami..." (az-zukhruf 13.14) Mendapat tempat duduk yang paling belakang adalah satu pengalaman yang agak pahit di dalam perjalanan yang jauh apabila terpaksa menahan pening dan tido dalam keadaan tegak..:) kami menunaikan solat subuh di satu kawasan rehat yang berdekatan dengan terowong di terusan suez..terowong ini dikatakan memisahkan antara dua benua iaitu afrika dan asia,sekiranya di hirup udara antara kedua2 kawasan ini kita kan dapati perbezaannya, terubat kerinduan kami untuk menghirup udara asia..Terusan suez merupakan terusan buatan manusia yang terbesar sepanjang 163 kilomter dan selebar 300m..Di dalam tarikh adab ada menceritakan bahawa terusan ini telah di gali pada tahun 1956M semasa pemerintahan Basha..seramai 120,000 orang telah terkorban dalam menyiapkan terusan ini..Terusan ini membenarkan laluan air secara dua hala , dan menjadi kepentingan diantara Eropah dan Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika. Sebelum pembukaan dalam tahun 1869, barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan diangkut secara kenderaan darat diantara 2 laut tersebut..Terusan tersebut menggabungkan dua bahagian, utara dan selatan tasik besar Bitter yang menyambungkan Laut Mediterranean hingga Teluk Suez di Laut Merah..

Kami meneruskan perjalanan ke satu tempat bersejarah iaitu Uyun Musa (mata air nabi musa) kawasan ini terletak 143km dari kaherah..ia dikatakan sebagai bekas dua belas mata air yang dipukul oleh nabi Musa A.S dengan tongkatnya.Setaip satu dari 12 mata air menunjukkan bagi setaiap kaumnya.. "Ingatlah, ketika Musa meminta air untuk kaumnya,lalu kami berkata: Pukullah batu itu dengan tongkatmu! Lalu terpancarlah dua belas mata air daripadanya. Sesungguhnya tiap2 orang telah mengetahui tempat minum masing2 makanlah dan minumlah dari rezeki Allah dan janganlah kamu bebuat bencana dimuka bumi sebagai orang jahat" (Al-Baqoroh 60) Di sini hanya terdapat dua mata air sahaja yang tinggal manakal yang lain telah tertimbus oleh pasir2..

Berhampiran dengan kawasan tersebut terdapat dua lagi kesan sejarah para nabi,yg pertama iaitu tempat dimana nabi musa telah membelah laut merah ketika beliau dan kaumnya dikejar oleh firaun dan tentera2nya..ketika itu baginda bersama dengan pengiku2nya telah sampai ke tebing laut merah dan dibelakang mereka terdapat ramai bala tentera firaun sehingga dikatakan umpama puting beliung yang datang menyerang disebabkan dari debu2 yang berterbangan hasil dari hentakan kaki2 kuda bala tentera firaun yang ramai..pada ketika itu trunlah wahyu allah kepadanya menyuruh baginda memukul tongkat kearah laut lalu terbentuklah 12 highway yang besar..ketika baginda dan para pengikutnya telah sampai ke seberang ketika itu firaun dan tenteranya telah sampai di tengah2 laut dan pada ketika itulah allah memerintahkan kepada laut untuk kembali bercantum,dan telah menghanyutkan semua bala tentera firaun lalu mati kelemasan.. "(Ingatlah!) ketika kami belah air laut untukmu, lalu kami lepaskan kamu dan kami tenggelamkan keluarga firaun,sedang kamu melihat mereka" ( Al-Bqoroh 50 ) Kawasan tersebut sekarang sebahaianya telahpun ditimbusi oleh pasir2 laut..
Yang kedua ialah telaga yang dikatakan telah digunakan oleh nabi ayub dalam memulihkan penyakitnya..air didalam terlaga ini agak panas2 suam,dan berbau belerang..cuba bayangkan di tengah2 padanag pasir tedapat satu telaga dan air telaga tersebut panas dan berbau belerang..ini lah diantara satu kekuasaan allah supaya manusia dpat memikirkannya..Nabi ayub ialah seorang yang amat sabar dalam menyebarkan dinul islam.. "Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaih-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (Shad: 44) Setelah Nabi Ayub AS menderita penyakit kronis dalam jangka waktu yang cukup lama, dimana sahabat dan familinya telah melupakannya,maka dia menyeru kepada tuhannya. " ya tuhanku sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan engkaulah yang maha penyayang " (Al-Anbiya 83 ) "firman Allah kepadanya pukullah (ke bumi) dengan kaki engkau,lalu terbit mata air.inilah air mandi yang sejuk dan minumlah (lalu sembuhlah penyakit)" (shad 42)

Kami meneruskan perjalanan kami ke satu kesan peninggalan tentera israel..Tempat ini di panggil dengan nama Panorama Barlif ( Noktah Hasanah ) tempat ini pada asalnya adalah penempatan peralatan-peralatan milik tentera israel seperti kereta kebal.meriam, pakaian dan sebagainya ketika peperangan di antara israel dan mesir pada tahun 1967..peperangan ini berlansung selama 6 tahun dan berakhir pada tahun 6 oktober 1973, kemenangan berpihak kepada tentera islam mesir..kubu ini terletak di kawasa bawah tanah,ia di buat dari sel2 kereta api serta batu2 yang amat kukuh dengan mengunakan sistem hidrolik bagi menghalang dari dikesan radar2..keadaan kubu ini amat kukuh,syurtoh kubu memberitahu tiflu, bom seberat 1000 kilogram pernah di jatuhkan di atas kawasan ini bagi meletupkannya,tapi langsung tdak memberi kesan bayangkan la bertapa kuatnya akan tetapi Allah itu maha kuasa, firman Allah yg bermaksud "hai orang2 yang beriman, jika kamu menolong agama Allah niscaya Dia akanmenolong kamu danmenetapkan telapak kakimu" ( muhammad 7 ) Pada satu malam seorang syekh azhar telah bermimpi dan mendapat ilham cara untuk menghancurkan kubu israil tersebut hanya dengan satu cara untuk menghancurkannya, iaitu dengan serangan air..selepas itu beratus2 gelung air disediakan bagi menghancurkan kubu tersebut dari terusan suez yg mana jarak kubu ke terusan adalah 25 kilomtr..alhamdlillah setelah berperang selama 3hari kubu ini akhirnya dapat di tawan..Di kawasan ini terdapat 6 kawasan atau di pangil disyma' dan setiap disyma' bersambung ke kawasan2 bilik simpanan senjata dan bilik tidur..salah satu disyma' adalah kepunyaan ketua yg mana di dalamnya terdapat 3 bilik..keadaan di setiap lorong2 menuju ke bilik2 amat kukuh,ta'ajub tiflu melihatnya.. walaubagaimana hebat sekali pun seseorang itu ia tidak akan dapat menandingi kekuasaan yang Maha Esa..

Setelah puas menjelajah keseluruh pelusuk kubu kami meneruskan lagi perjalanan ke sebuah tempat di persisiran Teluk Suez. Di sana terdapat satu kesan peninggalan raja Firaun iaitu Hamam firaun,ia merupakan tempat bersiram Firaun, dan terdapat sebuah lubang yang ditebuk di kaki bukit.Udara panas yang keluar dari lubang tersebut di gunakan oleh Firaun untuk mengubati penyakit Rheumaatism..Kami beramai masuk kedalam gua tersebut untuk merasakan kehangatan udara di dalamnya.. Bagaikan mendapat rawatan mandi wap tak sampai berepa minit berada di dalam lubang tersebut seluruh badan kami di penuhi peluh..Terlintas di hati tiflu apakah yang terdapat di penghujung gua ini,berbekalkan sebuah lampu suluh tiflu bersama beberapa sahabat masuk lebih dalam,semakin dalam kehangatan udara semakin panas setelah beberapa minit kami akhirnya sampai di hujung gua dan kami mendapati terdapat sebuah kawasan air umpama telaga di hujung gua,apa yang amat menakjubkan tiflu keadaan air di kawasan ini tidaklah panas malah sejuk walaupun udara di dalamnya amat panas..subhanAllah maha suci Allah..Setelah beberapa minit kami pun keluar dari gua tersebut..alhamdulillah terasa segar seluruh badan...

Alhamdulillah itu sahaja buat masa ini antara pengalaman2 yang dapat dikongsi bersama teman2 moga kita bersama mendapat keberkatan di sepanjang perjalanan kita, ikhlaskan niat betulkan tujuan :)

p/s : kepada sesiapa yang masih belum gi lagi sinai gi la ek banyak benda kita leh dapat insyallah :)
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Berjalanlah kamu di atas muka bumi Allah..

1/25/09

Mengenal Ma'ajim :)


“Penantian satu penyiksaan” begitulah ungkapan yang paling sesuai ana rasakan untuk diberikan kepada para pencinta ilmu dan juga bagi “ulat buku” yang sentiasa menantikan akan kedatanga pesta buku yang julung kali diadakan di Negara mesir ini. “Cairo International Book Fair” Marod kutub ini di adakan hanya sekali sahaja dalam setahun, pelbagai kitab ilmu dalam pelabagai cetakan dari seluruh dunia khususnya Negara-negara arab boleh didapati di sini.. ana pasti ramai daripada sahabat-sahabat yang sedang menghitung duit atau sedang memilih kitab-kitab yang ingin dibeli setibanya di Ma’rod nanti.. Pesanan ana untuk diri sendiri juga para sahabat pastikan pembelian antum bersesuaian dengan maudu’ yang antum ingin pelajari atau dalami, sebagai contoh pembelian yang dibuat bukan atas dasar orang lain beli maka kita pun beli atau rasa berkenan dengan buku tersebut lalu kita pun beli tanpa memahami isinya atau membeli sekadar hiasan dinding bilik membiarkan debu-debu mesir meliputi kitab.. Temuilah syekh atau ustaz yang berpengalaman untuk bertanyakan mengenai buku yang bersesuaian dengan apa yang kita kehendaki..

MA’AJIM ( Kamus)

Bersesuaian dengan Ma’rod kutub yang telah tiba, penulis ingin berkongsi sedikit ilmu yang berkaitan dengan kamus.. semoga ia dapat menjadi panduan kepada kita dalam memilih kamus yang kita inginkan ( khusus untuk kamus bahasa arab ) terdapat segelintir daripada kita yang hanya membeli Ma’ajim tanpa mengetahui cara pengunaan Ma’ajim tersebut, sebagai contoh ketika penulis mula sampai di Mesir mengambil bidang Bahasa Arab, penulis sering dicanangkan akan kelebihan Ma’ajim Lisanul Arab yang dikarang oleh Ibnu Manzur Jamaluddin, setalah Penulis mendapatkan Ma’ajim tersebut penulis berasa hairan mengapakah perkataan yang ingin dicari maksudnya tidak ditemui, setelah bertanya barulah penulis tahu bahawa kaedah pencarian dalam Ma’ajim Lisanul Arab adalah mengikut kaedah Qofiah..

Secara ringkasnya Ma’ajim ini terbahagi kepada dua bahagian

1) Ma’ajim Lafzi : Ma’ajim yang menghimpunkan segala lafaz-lafaz bahasa arab kemudian diterangakan maksud bagi perkataan tersebut beserta Syawahid

2) Ma’ajim maudu”at : Ma’ajim yang menghimpunkan sesuatu lafaz mengikut kepada tajuk-tajuk yang tertentu seperti kholakol insan (kejadian manusia) karangan Al-Asma’I, Mufradat fi ghoribil Qurani karangan Al-Asfahani dan lain-lain. Ma’ajim ini juga diberi nama Ma’ajim Mubawwabah, Ma’ajim Ma’ani iaitu meletakkan makna sesuatu perkataan berdasarkan maudu’ tertentu..

Yang ingin diperbincangkan disini ialah Ma’ajim Lafzi.. Ia terbahagi kepada empat Madrasah :

1) Madrasah Taqlibat Souti

Perlu difahami dahulu apakah yang dimaksudkan dengan Taqlibat. Taqlibat ialah putaran atau pertukaran bagi setiap huruf asal bagi sesuatu perkataan, contoh perkataan عجب maka taqlibat yang keluar dari perkataan tersebut ialah عجب, عبج, جعب, جبع , بعج, بجع Seterusnya perkara pertama yang perlu diketahui dalam madrasah ini ialah dengan melihat kepada susunan mengikut tertib makhraj huruf ( tempat keluar huruf ) yang paling jauh sekali bermula dari kerongkong seterusnya ke lidah dan terakhir di bibir.. contoh bagi perkataan di atas,maka huruf yang paling jauh makhraj hurufnya ialah huurf ‘ain ع iaitu di kerongkok bawah maka bagi setiap perkataan yang terkeluar daripada taqlibat tersebut haruslah dicari bermula dari huruf ‘ain ع

Susunan huruf mengikut makhraj huruf : ع ح ه خ غ ق ك ج ش ض ص س ز ط د ت ذ ث ر ل ن ف ب م و ي

Antara Ma’ajim yang mengunakan madrasah ini

1) Al-‘ain ( Khalil al-Farahidi)

2) Al-Bari’ fi Lughah (Abi Ali Al-Qali)

3) Tahzibul Lughah ( Azhari)

4) Al-Muhit fi Lughah ( Ibnu ‘ubad)

2) Madarasah Taqlibat Hijai

Kaedah yang digunakan dalam madrasah ini hamper menyerupai dengan kaedah yang digunakan oelh madrasah taqlobat sauti, yang membezakan hanyalah dari segi permulaan mencari dengan melihat kepada susunan tertib huruf hijaiyah. Contoh perkataan عجب huruf yang pertama mengikut tertib hijai ialah huruf Ba ب maka pencarian haruslah dilihat kepada huruf Ba, maka segala perkataan yang berada dibawah taqlibat tersebut berada dipermulaan huruf Ba..

Antara Ma’ajim yang mengunakan kaedah madrasah ini :

1) Jamharah Lughah ( Ibnu Duraid)

2) Maqais Lughah ( Ibnu Faris)

3) Mujmal Lughah ( Ibnu Faris)

3. Madrasah Qofiah

Kaedah yang digunakan dalam madrasah ini ialah dengan melihat kepada Qofiah di dalam satu perkataan tersebut. Apakah yang dimaksudkan dengan Qofiah? Qofiah ialah satu ilmu yang digunakan oleh pensyair arab dalam mencipta syair2 mereka. Ia merujuk kepada huruf terakhir bagi bait-bait syair mereka. Maka pencarian yang dilakukan oleh madrsah ini ialah dengan melihat kepada huruf terakhir bagi perkataan tersebut. Contoh perkataan عجب huruf terakhir ialah huruf Ba ب maka pencarian dilihat kepada huruf Ba, begitu juga dengan perkataan yang lain..

Antara ma’ajim yang mengunakan kaedah madrasah ini :

1) As-Sihhah (al-Jauhari)

2) Lisanul Arab (Ibnu Manzur)

3) Komus Al-Muhit (Fairuzabadi)

4. Madarasah Ibjadiah

Majim yang berasaskan kepada madrasah ini ialah majim yang sering digunakan oelh para penuntut ilmu pada masa sekarang, ianya lebih mudah dan senang berbanding dengan kaedah madrasah yang sebelumnya, ia dilihat mengikut tertib hijaiyah yang bermula dengan huruf alif dan diakhiri dengan huruf yang sebelumnya, ia dilihat mengikut tertib hijaiyah yang bermula dengan huruf Alif dan diakhiri dengan huruf Ya..

Antara ma’ajim yang masyhur dalam madrasah ini ialah :

1) Asas Balghah (Zamakhsyari)

2) Mukhtasar Sihhah (Al-Wazi)

3) Misbahul Munir (Al-Fayumi)

4) Mu’jam Kabir, Wasit, Soghir (Mujma’ Lughah Arabia)

Semoga dengan sedikit perbincangan mengenai Ma’ajim ini dapat menambahkan pengetahuan kita mengenai kamus-kamus serta memudahkan kita untuk mencari kamus yang terbaik bersesuaian dengan kegunaan kita insyAllah..

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Mengenal Ma'ajim :)