kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

12/31/09

Sardin = katak, Milo = cacing.. ( E110 )


Dipetik dari email yang diberi-

kesahihan : tak pasti, just jaga2..


Just nak sharing satu cerita dari seorang kawan. Petang semalam semasa menunggu shutter KL-IPOH saya and kawan berbual-bual.

Kami berbual perkara halal dan haram. Nak di jadikan cerita, kawan saya pun beritahu yang abang ipar dia bekerja di jabatan ----- ----- di unit serbuan.

Saya terkedu seketika mendengar cerita kawan saya. Ya Allah berapa banyakla benda haram dah jd darah daging saya ni…Nauzubillah. .Patutlah budak2 sekarang degil2, x dengar cakap…ermmm ..

Ceritanya macam nie:-

Jab. ----- ----- pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardine.Apa yg di jumpai amatlah memeranjatkan. Kalau kenkawan bau kuah sardin tu hanyir n lagi satu sedap kan…nak tahu apa recipenyer…kalau x percaya terpulang lah…..tau kenapa org cina suka mkn katak??? So agak2 kenkawan dapat x jawapannya….kilang tu telah mencampurkan daging katak sebagai perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue..huhuhu. .itulah yg ---- jumpa tapi amat sadis kenkawan bila pegawai yg bertugas hantar report…report tu telah di ‘zip’ oleh pihak tertentu atas sebab akan merugikan pihak ‘besar’. ..kenkawan tau sardin jenama apa??? ..yg paling mahal n glamer…’

AYAM BRAND’…itulah hakikatnya…abg ipar kawan saya pun x mampu untuk buat2 apa kalau report telah di zip..apa yg mampu diheboh mulut ke mulut untuk menjaga ummah semua…..

N lagi satu serbuan telah dibuat di syarikat membuat makanan yg ternama….kankawan tahu apa yg dijumpai…agak2 pernah x rasa daging cacing?????. ..mesti kenkawan selalu minum milo kan.....yes. .daging cacing telah di campur dengan serbuk milo…...kalau ada bau hanyir itulah dia…kalau kenkawan nak lgi confirm try buat macam nie….milo + gula sahaja lepas tu tengok ada x minyak/lemak kat milo tu…kalau ada confirm…ini apa yg diberitahu oleh abg ipar kwn saya jer…

Tp saya x tahu tahun bila mereka buat serbuan…???..dan adakah pihak yg bertanggung jawab telah mengambil tindakan yg sewajarnya untuk mengikut garis panduan halal yg telah ditetapkan oleh jab. Agama Islam m’sia… wallahhualam…

n lagi satu kod no yg ada di emailkan tu jadikan lah panduan masa nak beli makanan kat pasaraya..kalau ada kod E110 ker n yg tersenarai jgn lah beli…that is confirm ada benda ‘alah’ tu…print lah kecik then laminated simpan dalam purse…memg leceh tp kalau nak amalan diterima, makanan kita lah salah satu nya jaminan…kalau dah haram..hukum nya tetap haram..x kisah walau disentetikkan pun..tetap haram……saya hanya menyampaikan perkara ni kepada kenkawan islam saya sahaja..samaada nak percaya atau tidak terpulang lah…kalau kenkawan rasa cerita ni x sahih, proceed lah makan cam biasa ek…kalau kenkawan memang penggemar ikan sardin..keluaran org melayu kita ada buat sardine ni ..dari terengganu tp saya x perasan lagi kat Shopping complex..kawan saya kata rasanya memg kurang sedap tp yg penting halal…kalau nak sedap ltaklah daging katak..huhuhu. .

milo org melayu pun dah ada kat pasaran tapi x sesedap dan seenak milo yg sedia ada sekarang….

Untuk makluman kenkawan Islam semua, article ini bukanlah article rasmi ataupun cuba menghasut tp lebih kepada peringatan..…terpulang kepada kenkawan untuk menerima atau tidak…

Saya hanya menyampaikan amanah sahaja…tepuk dada tanya iman….

wallahhualam…

11 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Tuan / Puan,

Terima kasih kerana menghubungi pihak kami dan memberitahu kami mengenai emel internet palsu yang berniat jahat bahawa Sardin Dalam Sos Tomato Ayam Brand mengandungi bahan tidak HALAL seperti daging katak.

Kami ingin menegaskan di sini bahawa emel yang tuan/ puan terima itu adalah tidak benar dan merupakan kenyataan fitnah yang menyatakan produk Sardin Ayam Brand dalam Sos Tomato mengandungi bahan-bahan tidak HALAL seperti daging katak.

Bagi pengetahuan pihak tuan / puan, mengikut regulasi undang-undang pemakanan di Malaysia dan Singapura, adalah wajib untuk menyatakan semua bahan-bahan yang terkandung dalam senarai pemakanan setiap label.

Tidak terdapat bahan-bahan lain dalam semua produk Ayam Brand selain dari apa yang tertera di atas label produk tersebut.

Kami mengesahkan di sini bahawa bahan-bahan dalam Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand adalah seperti yang tertera pada Senarai Pemakanannya iaitu ikan sardin, pes tomato, minyak kelapa sawit, gam xanthan ( sebagai kondisioner pemakanan ) dan garam. Tiada terdapat bahan-bahan lain yang tidak dinyatakan.

Semua produk Ayam Brand adalah disijilkan HALAL, dibawah naugan perbadanan-perbadan an HALAL mengikut negara-negara yang mengeluarkan produk tersebut.

Semua produk Ayam Brand yang dikeluarkan di Malaysia adalah disahkan HALAL oleh JAKIM ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ). Kilang kami di Malaysia , Taiping adalah disijilkan HALAL oleh JAKIM dan hanya dibenarkan untuk mengeluarkan produk-produk HALAL.

Nombor Sijil HALAL untuk produk Sardin Dalam Sos Tomato dan Mackerel Dalam Sos Tomato Ayam Brand adalah : 006835A . Manakala, nombor rujukan JAKIM adalah : JAKIM / (22.00 ) / 492 / 2 / 1 / 014-07/2005 (SJ1). Pihak tuan / puan boleh menghubungi pihak JAKIM untuk memeriksa kesahihan sijil-sijil tersebut di www.islam.gov. my ataupun menghubungi 03-88864000 / 03-83150200. Sila rujuk nama syarikat A. Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.

Pengurusan dan pengawalan semua Pensijilan HALAL dan prosedur-prosedurny a adalah dibawah naugan Head of Ayam Brand Halal Department.

Kami ingin mengingatkan semua pengguna bahawa penyebaran kenyataan-kenyataan palsu terutamanya yang bertujuan untuk menakut-nakutkan pengguna mengenai produk makanan adalah salah disegi undang-undang jenayah dan pihak kami tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang berbuat demikian.

Kami berbesar hati jika pihak tuan / puan sebagai muslimin dan muslimat yang bertanggungjawab boleh mengedarkan emel ini kepada sesiapa yang telah menerima emel palsu tersebut untuk mengurangkan kebimbangan mereka.

Memandangkan keseriusan maklumat palsu ini, kami akan juga menghantar emel ini kepada alamat-alamat email yang terkandung dalam emel-emel yang kami terima.

Akhir sekali, terima kasih kerana sokongan pihak tuan/ puan terhadap produk barangan Ayam Brand.

Sila rujuk kepada saya sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat selanjutnya.

Wassalam.

Yang Benar,

Encik Mohammad Hisham Talib
Head of Ayam Brand Halal Department
A.Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.
Tel : 05-895 8811 ( Direct line )

nana sharom said...

emm confuse gak nie... pasal kes sardin nie mmg dh lama dpt email n baru2 nie pon ade dpt lg.. so camne?

exoshear said...

Maaf la. Saye terpaksa cakap.

Orang yang percaya benda2 ni memang BODOH.

Tolonglah berhenti sebar fitnah. Fitnah tu dosa besar.

Tolong lah fikir dengan waras, mana ada company2 besar macam Nestle ni bela cacing nak bubuh dalam Milo?

Ni semua fitnah oleh sesetengah syarikat2 MELAYU yang khianat dan dengki dengan syarikat2 MNC (multi-national corporation) yang dah terkenal macam Nestle.

Orang MELAYU memang macam ni. Fikir nak khianat dengan orang lain.Dengkin dengan orang lain. Sebab tu MELAYU MUNDUR.

Saya dengar fitnah2 macam ni lawak. Dulu ada yang fitnah colgate ade Tulang Babi la, Air mineral source dari Jerat Cina la. This is Ridiculous.

Zawani said...

wei...ape la...cube pikir dari sudut lain... colgate, nestle, ayam brand, product muslim ke? so, sokonglah product muslim...mcm HPA, Halalgel. Nestle tu syarikat yahudi...keuntungan yg die dpt tu die wat senjata utk musnahkan sahabat / saudare kite kat palestin, afghanistan, dll. Cube anda yg jd mangse keganasan yahudi tu, mcm mane agaknye perasaan anda? confirm anda x beli / x sokong and boikot barangan yahudi. Disebabkan kite makan mende2 ni lah kite ckp artikel ni ridiculous la, ngarut la.. iman da lemah. So, mantapkan iman dgn mengelakkan mkn mende2 ni... mende was-was (syubhah) jatuh kpd haram. Cube check blik...muhasabah diri sket. jgn sempitkan pemikiran anda.

Anonymous said...

btol tue... nestle pn merupakn beberapa syarikat terbesar menyumbangkan dana untuk keganasan Israel.. klau stakat letak bnde ni, aq mmg prcaya.. x mustahil lngsung... pihak nestle mmg akan bgi makluman cm2.. sbb dia pn x nk syarikat dia rugi.. klau rugi susah plak orang israel sne nk bunuh umat islam.. kn?? kpd exosher ko jgn la suh owg brhenti sebar fitnah(psl bnde ni)... sbb klau owg tu bnar, yg sbarkn fitnah tu skrng adalah ko sndiri.. sbb ko sndiri pn x penah gi selidik bnde2 ni.. jdi mmg tujuan owg yahudi dan israel ni nk menghapuskn umat islam dlm pelbagai cara, makanan, hiburan, pakaian, suma la diowng nk bgi umat islam Hancur!!!

Anonymous said...

salam semua..sekiranya anda semua tidak puas hati..saya nak tanya..kenapa syarikat milo dan sardin tidak ke mahkamah??kerana kenyataan semua betul..jika dikatakan fitnah..kenapa tidak berbuat demikian?fikirlah secara rasional..jika ingin ketahui lebih lanjut..sertailah HPA..dan rujuklah syarikat CAP.

Anonymous said...

Sempit tol pikiran korang... senang citer, kalaupon Nestle tu produk Israel, jangan la sampai fitnah dia yang bukan-bukan. Memburukkan nama islam jer... kalau nak boikot, guna alasan yang masuk akal dan berilmu. Jika benar kenyataan tu, kenapa penulisnya tidak membuat laporan di balai polis atau pun di akhbar. Fitnah ni kan bahaya... dan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal berdosa besar... Ingat tu...

Cyrano said...

Assalamualaikum Tuan/Puan semua.
Disini ingin saya jelaskan sekali lagi bahawa kenyataan-kenyataan tersebut adalah tidak benar. Saya telah berada di kilang membuat sardin Ayam Brand ini selama 20 tahun dan sebagai Ketua Jabatan Halal Ayam Brand, saya dan orang bawahan saya yang semuanya beragama Islam tidak pernah melihat seekor katak sekalipun di dalam kilang pemprosesan kami. Walaupun kami makan gaji, tetapi kami tetap menganggap kehadiran kami di kilang ini sebagai satu amanah dan fardhu kifayah. Insyaallah, semua produk Ayam Brand adalah Halal dan suci untuk dimakan oleh Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, eloklah hubungi terus saya di talian:
05-8958811 (Taiping) atau 014-2386611 atau emelkan ke halaldepartment@ayambrand.com.my atau halal@sfifood.com.my

Sekian terimakasih.
Yang benar,
Mohammad Hisham Talib
Head of Ayam Brand Halal Department

sepul said...

erm.. xtau la.. akhir zaman ni zaman yg paling gelap lg gelap dr malam yg gelita.. sedangkan sumpah laknat gune name allah pun org boleh main.. inikan lak pengakuan dr 2 org pegawai biase.. xtau la sape yg betul..

Anonymous said...

Kalau betul penyebar email katak & cacing ni betul, pasal apa dia cuma berani sebar dalam internet jek? kenapa x buat laporan kepada Jakim, media massa, media cetak ataupun buat laporan polis jek?? kenapa takut? nak dedahkan kebenaran pun takut ke? dahla antar email xde tulis nama, alamat untuk rujukan..nampak sangat menipu! tak ingat dosa ke duk fitnah org?

Anonymous said...

admin ni keturunan cacing dan katak... ini pun kaawan aku yg ceta