kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

11/3/09

Syukur Pada Mu Ya Allah.. ( 2 )


curi dari blog pengarah hii :P



Alhmdulillah selesai sudah tugasan hari ini. Program Liqa Mahabbah yang baru sahaja bermula hari ini berjalan dengan lancar. Kesinambungan dari bacaan yasin setiap kamsis ( kampung siswa) yang telah dilakuan oleh generasi perintis dahulu berjaya dihidupkan semula pada tahun ini. Bermula di rumah ketua setiap kamsis dan akan diteruskan pada setiap hari Isnin malam Selasa setiap minggu Insyallah. Semoga objektif untuk mengukuhkan lagi ukhuwwah sesama mahasiswa di seluruh bumi Zagazig ini tercapai dan diberkati Allah aminnn..

Nak sambung bercerita sedikit akan kenikmatan serta peluang yang telah Allah beri pada diriKu di sepanjang perjalan program Kutub Sittah baru2 ini.. Ya tidak dinafikan kronologi perjalanan majlis K6 ini terdapat pelbagai rintangan serta cabaran, sehingga ke hari ini isu K6 masih lagi tidak selesai. Ana yang terlibat secara langsung sebagai unit kecil dalam majlis ini turut terasa akan ujian tersebut. Namun dugaan serta penat lelah sepanjang program itu terubat jua setelah Allah memberikan kenikmatan serta ganjaran kejayaan pada kami di pengakhiran majlis..


1- Diterima masuk K6

Pada asalnya nama peserta dari Zagazig sudah terlewat untuk dihantar ke urusetia pendaftaran K6 dan berkemungkinan akan ditolak penyertaan. Ana sekarang sudah berada ditahun akhir pengajian, hanya tahun ini sahaja peluang untuk menyertai majlis K6 ini. Hati rasa sangat sedih sebab tak dapat nak sertai K6. Namun kesedihan tadi hanya seketika :) setelah ditanya kembali kepada peringkat adho pelaksana Alhamdulillah kouta untuk zagzig masih lagi dibuka. Berbunga hati ini bila mendengarnya :P... Syukur pada Mu Ya Allah..

2- Diminta untuk membantu perjalanan K6

Menyertainya sahaja sudah cukup untuk ku rafakkan setinggi kesyukuran pada Allah nikan pula diminta untuk membantu sedikit sebanyak demi kelancaran perjalanan majlis yang penuh keberkatan ini. Sedikit pun tidak ku tolak, ya aku diberitahu bahawa aku mungkin tidak akan dapat mendengar majlis pembacaan hadis sepenuhnya kerna tugas yg akan digalas agak berat. Namun bagiku memberi manfaat yang terbaik pada orang lain adalah lebih baik dan pasti Allah akan memberi ganjaran yang lebih baik dari itu.

Teringat akan satu hadis nabi Muhammad yang diriwayatkan oleh Imam al-Tabrani dari Abdullah bin Umar RA yang bermaksud " manusia yang paling dicintai oleh Allah SWT ialah orang yang paling bermanfaat bari orang lain" hadis yang membuatkan ku lebih semangat untuk menjadi orang yang dapat menyumbangkan tenaga yang mampu untuk menjayakan K6 yang pastinya sangat bermanfaat pada semua peserta yang hadir.. Syukur pada Mu Ya Allah..



Bersambung.... nak tido :P

No comments: