kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

9/25/09

Memenangkan orang lain :)

Alhamdulillah selesai sudah program usrah gabungan kali pertama bersama mahasiswa medic baru dan mahasiswa lama. Ukhuwwah yang dibina selama ini antara kedua2 jurusan semakin bertambah kukuh dan kuat Alhamdulillah. Moga ukhuwwah ini terus kekal subur disirami curahan kasih sayang tanpa diracuni oleh anasir2 racun parasit yang sentiasa dengki dengan keharmonian yang dikecapi.

Posting kali ini ana cuba nak membawa antara apa yang terlintas difikiran dari program usrah gabungan pagi tadi :)

Usrah. best sebenarnya...

Bila sebut sahaja pasal usrah pasti ada di antara kita yang akan mengeluh :) mengapa perlu ada usrah? usrah ni boring la, duk mengadap muka naqib je, usrah ni sepesen je. pasti perkara seperti ini yang sering bermain di benak pemikiran sahabat2 kita yang agak keberatan ingin ke usrah.

Perlu diketahui bahawa usrah ini bukan lah bersifat jumud, bersifat ilmi sahaja, namun usrah boleh diterjemahkan dalam pelbagai cara dan gaya asalankan matlamat usrah tidak lari dari paksinya. Tujuan usrah ialah menghubungkan dri dengan Allah, merapatkan ukhuwwah Islamiah dan kejiranan, memelihara dan menghubungkan diri sesama manusia dan alam, mendalamai fardu ain serta meluaskan kefahaman terhadap Islam disamping memberi galakan dan bimbingan pada generasi muda dalam melakukan ibadah.

Maka Usrah boleh dilakukan mengikut kreativiti naqib yang mengendalikan usrah tersebut agar anak buah tidak berasa boring disamping matlamat usrah itu tercapai, Seperti mengadakan aktiviti riadhah, bejaulah ke makam2, melakukan usrah gabungan dan lain2.

Positifkan pemikiran antum, jangan jadikan usrah sebagai sebagai satu bebanan akan tetapi jadikan ia sebagai satu keseronokan dalam menimba ilmu serta merapatkan ukhuwwah sesama kita.

*InsyaAllah post akan datang terdetik ingin menceritakan mengenai USRAH..


Positif. Memenangkan orang lain...


Hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah.. Namun adakah dengan sebab itu kita tidak mahu lagi meneruskan hidup?? Cabaran pasti akan dihadapai, kegagalan pasti akan dirasai, namun perjuangan tetap akan diteruskan. Gagal sekali tidak bermakna kita gagal selama2nya..

dialog 1 : "kita tidak kalah, tapi memenangkan orang lain"
dialog 2 : " kita tidak kalah, cuma belum menang"
dialog 3 : " kita kalah dah eh"

3 ayat yang berbeza namun mempunyai maksud yang serupa iaitu tewas atau gagal. Namun jikalau diperhatikan dari segi susuan ayat kita akan dapati kelainannya dari segi perasaan si menutur kata2 tersebut.

Dialog pertama menunjukkan perasaan positif yang diletakkan dalam diri. Mereka tidak kalah tetapi memberikan kemenangan pada kita pihak lawan setelah berusaha bersungguh2, bagi ana perasaan ini sekurang2nya akan dapat mengurangkan tekanan yang kita hadapi akibat daripada kegagalan yang kita alami. Kegagalan yang dimaksudkan adalah daripada pertemuan di antara dua pihak seperti pertandingan atau lain-lain.

Diaolg ke2, satu perasaan penguat semangat pada diri untuk terus mencuba, mereka tidak kalah cuma hanya belum mendapat kemenangan. Perasaan seperti ini ana rasa perlu ada dalam setiap individu.Tidak terus menyelah kalah setelah ditimpa kegagalan namun tetap semangat berusaha untuk mencuba di percubaan yang seterusnya. gagal sekali tidak bermakna ia akan gagal selamanya selagi mana ada peluang selagi itu kita mempunyai peluang untuk berjaya. barangsiapa yang bersunguh2 ia akan berjaya...

Diaolg ke3, Sikap cepat mudah mengaku kalah, apabila gagal sekali merasakan tidak ada peluang untuk bangun bangkit kembali mencari sinar harapan untuk kejayaan. sikap seperti ini perlu dijauhkan sebaiknya agar apabila kita gagal dalam sesuatu perkara yang kita usaha kita pasti akan frust, rasa tidak sedap hati, mulalah pada ketika itu sikap menyalahkan orang lain akan timbul dlam diri kita yang tidak menerima akan kegagalan, jauhkan ia..


Bersedia. Sakit urat2 lama tak main..

Fuuh siksa sungguh kurasakan hari ini, selepas sahaja selesai usrah gabungan sukan futsal tadi badan mula rasa sengal2, segala otot2 urat habis ketegangan, selepas sahaja solat jumaat dan makan terus baringkan diri, sedar sahaja dari tidur satu badan rasa sakit huu..

Segalanya disebabkan sudah lama tidak bersukan, habis berkarat segala sendi2. kalaulah aku mulakan sukan semalam dengan senaman pemanas badan sudah pasti badan2 tidak sakit seperti hari ini huu

Itulah perumpamaan yang mungkin boleh disamakan dengan amal ibadat yang kita lakukan, ibadat perlu kepada latihan yang berterusan supaya kita dapat istiqomah dalam melakukannya, jikalu kita secara tiba2 kuat beribadah pasti amal ibadat tersebut tidak akan berkekalan akibat malal dengan perkara tersebut.

Sebagai contoh berpuasa dalam bulan bulan rejab dan syaban sebagai satu latihan kepada kita untuk dapat melakukan kesempurnaan dalan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Ibadat uga perlu diseimbangkan dengan perkara yang lain.

Terdapat dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA mafhumnya, telah datang 3 orang ( ada tafsiran mengatakan 3 golongan ) ke rumah zaujah nabi lalu bertanyakan akan amal ibadat yang telah nabi lakukan, setelah dikhabarkan akan prihal ibadat nabi maka mereka berkata " bagaimanakah kami jikalau ingin disamakan dengan nabi Muhammad, sesungguhnya baginda telah di ampunkan oleh Allah segala dosa yang lalu dan akan datang" maka berkata sorang yang pertama bahawa dia akan solat sepanjang masa, orang yang kedua pula ingin berpuasa sepanjang hari dan yang ketiga tidak ingin berkahwin seumur hidup maka rasulullah bersabda "aku juga sembahyang, tidur,berpuasa, berbuka, mengahwini wanita, barangsiapa yang tidak suka akan sunnah ku maka dia bukan dari golonganKu"

Perbanyakkanlah amalan ibadat harian kita, jangan nanti ditimpa musibah baru terasa diri dekat dengan tuhan, ketia senang nimat tuhan pun dikufuri. lazimi diri denan mengingati Allah kerna dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Janganlah akibat kita sering lalai dan alpa terhadap amalan ibadat kita yang tidak berterusan menyebabkan kita sakit serta digolongkan didalam golongan hambaNya yang GAGAL....

Kita perlu bersedia dalam menghadapai apa sahaja rintangan,cabaran serta tribulasi yang melanda..





3 comments:

UkhTi_ ATiRaH said...

Salam'alaik dik...

aih, cite pasal usrah ni, teringat akak kat usrah kita. Tah ape lah jadinya. Hah, dik..bile nak hidupkan balik usrah kita pulak...hi3..

Apa-apa pun, jgn lupe perbanyakkan memberi, sesungguhnya pulangannya adalah berlipat kali ganda...insya Allah...(",)

wslam..

muhammad hanif jamaluddin said...

hii usrah online payah ckit kak nak gerak sbb kne bergantung masa dua benua :) insyallah doa2 la ek moga hidup kembali usrah kita k :) syukran kak

UkhTi_ ATiRaH said...

Mudah-mudahan dik..kita cube mana yg terdaya. Baru-baru ni ada seorang ahli tanya, kita tak buat lagi ke tradisi lama kita tu, buat tazkirah di bulan ramadhan...emh..akak senyum sahaja lah..sebab semuanya keputusan bukan di atas akak...atas ketua juga...hi3...

Akak harap jangan sesekali ukhwah kita terlerai.. Dan tolong2lah akak jaga ahli sekali ea dik nnt...hi3..(",)..

Kim salam sekali lah kat org penting usrah tu. S/U usrah..dah sampai malaysia, senyap sokmo je dia..hi3..(",)