kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

8/29/09

Tazkirah Ramadhan 2



Mukmin Dan Hukum-hukum Islam 2


Firman Allah SWT: "Bertanyalah kepada ahli 'ilmu sekiranya kamu tidak mengetahui." [An-Nahl:43]

Termasuk dalam pengertian bertanya kepada ahli 'ilmu ialah mengikut salah satu dari imam-imam mazhab seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi'e dan Imam Ahmad Ibn Hanbal. Mengikut sesuatu mazhab bererti menerima dan meng'amalkan ijtihad mereka dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan masalah fiqh dalam ertinya yang luas.

Mengikut ijtihad para 'ulama adalah sesuatu yang diperintahkan oleh Islam kepada orang yang tidak mengetahui. Dalam pengertian hari ini, berpegang kepada sesuatu mazhab adalah sama dengan mengikuti ijtihad para 'ulama sebagaimana yang dituntut oleh ayat Allah di atas. Ini adalah kerana perkembangan pembinaan hukum dan fiqh di dalam sejarah Islam telah mengambil jalan yang sedemikian dan ia tidak sedikit pun bercanggah dengan syara'.

Namun demikian perlu difahami bahawa perintah bertanya kepada ahli-ahli 'ilmu tidak bererti apabila seseorang itu telah mengambil pendapat seorang ahil 'ilmu maka dia tidak boleh mengambil pendapat ahli 'ilmu yang lain, ataupun ia mesti mengambil hanya pendapat seorang atau sekumpulan ahli 'ilmu sahaja dalam ia melaksanakan semua perkara yang berkaitan dengan Islam.

Berdasarkan kepada landasan ini, mengikut mazhab adalah sesuatu yang dibenarkan oleh syari'at tetapi ia bukanlah suatu perkara yang wajib. Berpegang kepada sesuatu mazhab cuma menjadi wajib sekiranya menjadi mustahil bagi seseorang itu untuk melaksanakan kewajipan-kewajipan Ad-Din tanpa mengikut mana-mana mazhab. Tujuan berpegang kepada mazhab adalah untuk memudahkan umat Islam melaksanakan perintah Allah dan ber'amal dengan 'amal-'amal yang telah ditetapkan syara'.

Namun demikian ketidakwajibnya berpegang kepada mazhab tidaklah pula bererti seseorang itu boleh mengambil ringan terhadap pentingnya mazhab-mazhab fiqh di dalam Islam. Umat Islam perlu ingat bahawa penerusan Islam selama empat belas abad ini dipenuhi dengan segala jenis perkembangan. Setiap perkembangan melalui usaha-usaha yang besar dari segi pertumbuhan dan pertambahan khazanah 'ilmu bagi umat lslam.

Tidak ada yang berharga bagi umat Islam di dunia ini selain daripada khazanah 'ilmu Islam yang bertujuan untuk membimbing dan memudahkan mereka agar tetap berpegang kepada Islam yang telah ditinggalkan oleh para 'ulama mukhlisin dan solehin dari abad-abad yang silam.

No comments: