kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

8/25/09

Tazkirah Ramadhan 1


Ya Allah kau berkatilah ruh ateh disepanjang bulan Ramadhan ini..
tempatkan ateh bersama para solihin aminnnn..

Mu'min Dan Hukum-Hukum Islam (1)


Pada dasarnya seseorang itu menganut Islam kerana keyakinan yang berlandaskan kepada kefahamannya terhadap ajaran-ajaran Islam. Iman yang benar adalah Iman yang wujud dalam hati secara penuh sedar dan bukan sesuatu yang diada-adakan. Tidak ada seorang pun yang boleh menjadi seorang Muslim yang Mu'min dalam pengertiannya yang sebenar tanpa ia mempelajari atau diajarkan kepadanya berkenaan Islam itu sendiri.


Bertolak dan garis ini, seseorang yang menganut Islam dengan penuh kesedaran dan menghiasi dirinya dengan Iman yang benar adalah seorang Muslim yang ber'ilmu. Sejauh mana 'ilmunya dapat dimanfa'atkan oleh orang lain maka itu adalah persoalan lain. Pokoknya, yang penting dia berpegang dan meng'amalkan Islam dengan penuh kesedaran dan dipandu dengan 'ilmu pengetahuan.


Menurut dasar ini seseorang Muslim itu dapat mengetahui hukum-hukum syari'at keseluruhannya melalui dalil-dalilnya secara langsung. Tetapi pada hakikatnya ini bukanlah satu perkara yang mudah. Mungkin ia mampu untuk memahami beberapa perkara sahaja dan sumbernya secara langsung, tetapi tidak mampu untuk memahami sudut-sudut yang lain.


Ini adalah kerana untuk menguasai seluruh bidang Islam yang luas, ianya memerlukan penumpuan masa dan tenaga yang begitu banyak, tambahan pula kemampuan ini kebiasaannya hanya dapat dicapai oleh orang-orang yang mempunyai kekuatan 'aqal dan daya kecerdikan yang sangat tinggi. Sedangkan anugerah seperti ini tidak diberikan oleh Allah kepada semua manusia. Dan sunnatullah yang berlaku di dalam sejarah dan kehidupan manusia ternyata bahawa pada umumnya manusia seperti ini adalah kecil bilangannya.


Oleh yang demikian, kerana kebanyakan di kalangan manusia terdiri dari orang-orang yang terbatas kemampuannya untuk memahami Islam dalam segala seginya daripada sumber-sumbernya yang asal, maka Islam menetapkan mereka bertanya kepada orang-orang yang lebih mengetahui.


Firman Allah:

"Bertanyalah kepada ahli 'ilmu sekiranya kamu tidak mengetahui." [An-Nahl:43]



- Risalah Usrah = Asas Kefahaman Islam

No comments: