kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

8/3/09

Hebatnya Kepimpinan Saidina Abu Bakar..



Saidina Abu Bakar lahir tahun 573 M. Nama asal beliau adalah abdullah ibn Abu Kuhafah, beliau diberi gelaran As-Siddiq oleh baginda SAW atas sifat benar yang ada pada beliau. Beliau terkenal dengan sifat yang lemah lembut,jujur sejak dari kecil lagi. Beliau juga tergolong dalam golongan antar insan yang mula-mula memeluk agam Islam.

Setelah saidina Abu Bakar dipilih sebagai Khalifah Rasulallah s.a.w. maka beliau menyampaikan ucapannya yang pertama kepada orang ramai:


"…..Saudara-saudara sekalian, saya sudah terpilih untuk memimpin kamu semua, dan saya bukanlah orang yang terbaik diantara kamu sekalian. Kalau saya berlaku baik bantulah saya, kalau anda sekalian melihat saya salah, maka luruskanlah. Kebenaran adalah suatu amanah, dan dusta adalah pengkhianatan.

Orang yang lemah diantara kamu adalah kuat dipandangan saya, sesudah haknya saya berikan kepadanya, Insya Allah. Orang yang kuat diantara kamu adalah lemah dipandangan saya , sehingga saya terpaksa menarik kembali hak daripadanya, Insya Allah ! Janganlah ada seseorang dari anda sekalian yang mau meninggalkan jihad.

Apabila sesuatu kaum telah meninggalkan jihad (perjuangan dijalan Allah), maka Allah akan menimpakan kehinaan kepadanya.

Apabila kejahatan sudah meluas pada sesuatu golongan, maka Allah akan menyebarkan bencana kepada mereka.

Ikutlah saya selama saya taat kepada perintah Allah dan RasulNya. Tetapi apabila saya melanggar (perintah) Allah dan RasulNya maka tidak wajib anda sekalian mentaati saya. Marilah kita solat, semoga Allah memberi Rahmat kepada anda sekalian."


Saidina Abubakar Assiddiq telah banyak jasanya terhadap Islam dan Ummatnya. Antaranya beliau telah ikut bersama Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah, dan beliau telah berjaya menyelamatkan Negara Islam dari kehancuran desebabkan ramai yang telah berpaling tadah dan memberontak, setelah mereka mengetahui Nabi Mohammad s.a.w. telah wafat.

Saidina Abubakar juga telah berjasa besar dalam mengumpulkan ayat-ayat al-Quran, yang pada mulanya ditulis dipelepah kurma, tulang-tulang, kulit-kulit, dan ramai pula yang menghafalnya. Pengumpulan kitab suci al-Quran disusun demikian rupa sesuai dengan petunjuk yang telah diberikan dizaman hayat Nabi s.a.w.

Saidina Abubakar Assiddiq telah menghantar tentara Islam memerangi orang-orang yang murtad, memerangi orang-orang enggan membayar zakat, dan memerangi nabi-nabi palsu.

Beliau juga telah berjaya mengajak ummat manusia ke jalan Allah dan terhadap mereka yang enggan diberikan pilihan, jika tak mahu masuk Islam mereka masih juga dilindungi dengan membayar sedikit cukai perlindungan (jizyah), jika masih enggan juga maka mereka seperti ini terpaksalah diperangi.

Alangkah cantiknya pemerintahan serta contoh kepimpinan yang telah ditonjolkan oleh Saidina Abu bakar kepada kita semua. Sikap berlemah lembut tapi tegas perlu ada bagi seorang kepimpinan, berlemah lembut atas perkara kemakrufan, tegas terhadap perkara-perkara yang melibatkan aqidah serta syariat Islamiah.

Berlapang dada diatas segala teguran serta nasihat daripada insan bawahan menjadi asas kepimpinan yang berjaya. "Kebenaran adalah satu amanah, dan dusta adalah satu pengkhianatan" pemimpin bukanlah seorang nabi yang sering dijaga oleh Allah dari melakukan kesalahan, tetapi pemimpin adalah insan biasa seperti manusia2 lain yang tidak akan lari dari melakukan kesalahan ksilapan serta kecacatan dalam pentadbiran mereka.

Perbetulkanlah, perbaikilah, nasihatlah, agar kepimpinan Islam tersebut dapat mengemudi bahtera yang dipandu kearah pulau yang sebenarnya menjadi tempat arah tujuan para anbiya,sahabat2 serta para awliyallah...



1 comment:

alfatonah said...

Assalam, maaf, sekadar bertanya, apa sumber bagi entri di atas?