kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

8/15/09

Ramadhan Karim..


program terdekat DPMZ - sila klik untuk paparan lebih jelas-

Sedar tidak sedar, sudah hampir 2 minggu diriKu dibebani amanah berat ini, tidak termampu rasanya ingin berhadapan dengan keadaan ini, pengalaman selama ini ku rasa masih belum cukup untuk menggalas segalanya.. rabbuna yusahhil..aminn..

Dan selama itu juga teratak buruk ini semakin berabuk, tiada bahan ilmiah yang dapat di kongsikan bersama sahabat-sahabat lain, bukan tiada tapi tidak sempat untuk dikongsikan bersama bukan kerna sibuk akan tetapi insan kerdil lagi hina ini masih tidak berdaya untuk menuju istiqomah itu.. Semoga Allah memeberikan kekuatan untuk sama2 kita beristiqomah dalam kerja buat kita insyaAllah..

Hari ini 16 ogos bersamaan 25 syaban, hanya berbaki 5 hari sahaja lagi kita akan menghadapi bulan yang sangat dinantikan oleh umat Islam sedunia iaitu bulan ramadhan al-Mubarak. Persoalan yang ingin ku tujukan kepada diriku ini, adakah aku sudah bersedia untuk menghadapi akedemi ramadhan ini? bagaimanakah persediaan ku untuk menyambut kedatangan tetamu bertaraf vvip ini? sudah sediakah segalanya? atau adakah aku masih lagi nyeyak dibuai mimpi-mimpi indah tanpa merasakan sesuatu yang sangat besar sedang menuju kearahku?

apakah itu puasa?

Puasa dari sudut bahasa bererti menahan diri daripada sesuatu samada kata-kata ataupaun makanan. maksud ini berdalilkan firman Allah Taala yang menceritakan prihal Maryam dalam surah Maryam ayat ke 26 yang maksud " Sesunggunya aku bernazar untuk berpuasa kerana Allah Ar-Rahman" dan puasa yang dimaksudkan disini ialah menahan daripada berkata-kata atau berdiam diri.

Manakala erti puasa dari segi syarak ialah : Menahan diri daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari dan disertakan dengan niat.

Puasa ramadhan di fardhukan pada bulan syaban tahun yang ke dua hijrah. namun sebelum itu puasa telahpun diketahui oleh umat-umat sebelumnya dan juga ahli kitab yang hidup sezaman dengan nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam.

Firman ALlah yang bermaksud : "
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." Al-Baqarah 183.

namun kewajipan puasa pada bulan ramadhanini tidak pernah disyariatkan pada zaman sebelum ini, hanya pada zaman nabi muhammad sahaja di syariatkan berpuasa pada bulan yang tertentu iaitu bulan ramadhan al-mubarak. titik persamaan hanya pada pensyariatan puasa.

Mafhum dari sabda Nabi Muhammad SAW. " islam di bina atas lima perkara, mengucap kalimah syahadah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa di bulan ramadhan"HR Bukhari dan Muslim

Hadis ini menerangkan kepada kita akan rukun islam yang lima, dan diantara lima perkara tersebut ada disebut akan puasa di bulan ramadhan. Hadis ini juga telah menjadi dalil kepada kita selaku insan yang mengaku seorang yang beragama islam akan kewajipan kita berpuasa di bulan ramadhan.

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; " Al-baqarah 185

Ayat dia atas jelas menunjukkan kepada kita mengenai perintah daripada Allah Taala akan kewajipan berpuasa. Dan di dalam ayat tersebut juga Allah taala mengajar kepada umatnya bagaimankah cara untuk kita mengetahi waktu bermulanya puasa. Apabila ada diantara saksi yang sifat peribadinya thiqah serta adil telah menyaksikan kana kelibat anak bulan maka bermulalah puasa.

Permulaan puasa juga boleh ditentukan dengan kaedah pengiraan bulan. Apabila bulan Syaban telah mencukupi bilangan 30 hari maka bolehlah kita mengerjakan puasa, akan tetapi hal ini ditentukan setelah saksi tidak dapat melihat anak bulan ramadhan berkemungkinan disebabkan kerana langit ditutupi kabus tebal atau sebagainya yang boleh menghalang daripada melihat anak bulan tersebut.

Hal ini berdalilkan mafhum dari hadis nabi Muhammad SAW "Hendaklah kamu berpuasa kerana melihatnya, sekiranya kamu terhalang dari melihatnya maka sempurnakanlah bilangan Syaban selama 30 hari" HR Bukhari dan Muslim.

Hikmah berpuasa.

"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhsah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun berpuasa seumur hidup" HR Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah..

Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu" HR Muslim

Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw. bersabda: “Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, bau mulut orang berpuasa benar-benar lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi. Dia meninggalkan makanannya, minumannya, syahwatnya semata-mata karena Aku. Puasa itu adalah bagi-Ku. Dan Aku sendirilah yang akan memberikan pahalanya. Dan kebajikan (pada bulan Ramadhan) diberi pahala dengan sepuluh kali lipat kebajikan yang semisalnya.
HR Bukhari

Sabda Rasulullah saw.: “Puasa adalah perisai (dari api neraka). Jika seseorang di antara kalian berpuasa, janganlah berkata kotor dan bertengkar. Jika dimaki-maki orang lain, katakanlah: Saya sedang berpuasa” HR Ahmad, Muslim, Nasaii..

Daripada Abi Said, Rasulullah saw telah bersabda : " Tidaklah daripada seorang hamba yang berpuasa sehari kerana Allah kecuali dijauhkan oleh Allah dengan yang demikian itu wajahnya daripada api neraka selama tujuh puluh kharifan ( tujuh puluh tahun ) HR Bukhari, Muslim..


Daripada hadis yang diatas dapat kita simpulkan betapa banyaknya hikmah serta faedah yang dapat kita nikmatai sepanjang kita berpuasa di dalam bulan yang penuh dengan keampunan serta keberkatan ini..

1) Puasa dapat mendekatka diri kita kepada Allah taala. Hati kecil ingin makan ingin minum kerana kelaparan di siang hari namun keimanan serta ketaatan terhadap perintah Allah membuatkan kita patuh serta menuruti segala perintahNya. Daripada ketaatan ini akan lahir perasaan dekat diri dengan Allah serta merasai akan nikmat keredhaan serta kenikmatan yang yang Allah curahkan.


bersambung.... :)





No comments: