kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

7/29/09

Mengapa Mesti Berubah



"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Badan terasa sangat letih, habis sahaja berpanas di padang hampir separuh hari, terus pulang ke rumah untuk memberikan maklumat keputusan terkini kepada seluruh ahli di bumi ambiya ini. Terus disambung dengan mesyurat terakhir bersama AJKT sesi 2009. Sedih bercampur gembira mengenangkan saat-saat setahun bersama bekerja,berkhidmat dan berjuang dalam perjuangan ini. Semoga ukhuwwah kita akan terus bersemi selagi ada nikmat Islam di dada Insyallah..

Semuanya berakhir sekitar jam 11 malam, sebelum hati membenarkan diri unutk berehat terasa ingin berjalan ke tanah air sebentar melihat keadaan sahabat-sahabat yang telah pun selamat bersama keluarga di tanah air tercinta..

Hati rasa sangat gembira apabila melihat sahabat-sahabat sudahpun selamat sampai ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat, alhamdulillah..

Namun hati kecil ini terasa agak sedih melihat perkembangan semasa insan-insan yang tersayang. Adik-adik ikhwah akhawat, sahabat sahabiah ikhwah akhwat yang disayangi, mengapa antum mesti berubah apabila sudah berada di Malaysia??

Adakah tarbiah yang antum dapat selama ini hanya sesuai dipraktikkan di Mesir sahaja? adakah pemakaian solid seorang muslimah hanya sesuai di Mesir sahaja? Tidakpun sampai sebulan di malaysia sudah berani keluar dengan teman lelaki/wanita berpeseran di komplek sekitar tanah air. Mengapa antum mesti berubah?

Bersumpah dengan Allah

Secara jelasnya kita diwajibkan sembahyang 5 kali dalam sehari, di dalam setiap solat sudah pasti ada tasyahud. Subuh sekali tasyahud, manakala waktu lain dua kali tasyahud, ini bermakna sehari semalam kita pasti akan bertasyahud sebanyak 9 kali dalam sehari.

Tidakkah kita tahu bahawa setiap hari kita telah bersumpah dengan nama Allah juga dengan nama nabi Muhammad?? dalam tasyahud awal mahupun akhir pasti kita akan menyebut kalimat " Aku bersaksi bahawasanya tiada tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahawasanya nabi Muhammad pesuruh Allah"

kalimah syahadah merupah sumpah setia kita pada Allah swt dalam menuruti segala suruhan yang diperintahkan juga meninggalkan segala laranganNya. SYAHADAH bukan perkara yang boleh dibawa bergurau. Setelah kita bersaksi dengan nama Allah dan nabi Muhammad mengapa kita masih lagi perlu melakukan segala laranganNya??


Hidup untuk berjuang


Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
Al-Ahzab 23


Di mana bumi dipijak di situ Islam ditegakkan. kewajipan menyampaikan dakwah Islamiyah bukan hanya terletak atau terpikul di bahu insan yang bergelar ustaz atau sebagainya sahaja, malah tugas berdakwah ini menjadi tanggung jawap keatas setiap insan yang mengucap kalimah syahadah "barangsiapa yang mengucapkan lailahaillah maka di adalah pendakwah"

Tiada apa yang membentengi pergerakan ini, dari hasil pendidikan mana kita sekali pun kita tetap bergelar mahasiswa ISLAM, mahasiswa Islam mengajian agama, mahasiswa Islam perubatan, mahasiswa Islam kejuruteraan dan sebagainya. Islam mesti di utamakan dalam setiap pergerakan yang kita lakukan. Jangan diletakkan Islam di akhir pertuturan serta perbuatan kita, jika itu berlaku nantikanlah kehancuran dalam perancangan hidup kita..

Antara tanda kimat hampir tiba.


1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta. 17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Renungkanlah sebaiknya, adakah kita tergolong dalam senarai orang yang menjadi penyumbang utama kepada hampirnya kiamat.

Ingat!! kepulangan kita ditanah air bukanlah untuk berfoya-foya bersama keluarga, bukan semata2 untuk melepaskan rindu, bukan untuk keluar berdating bersama teman yang telah lama ditinggalkan, akan tetapi untuk memberikan khidmat sebaiknya dlam perjuangan Islam.

Sumbanglah sebanyak mana tenaga yang ada, setidaknya bantulah sekadar kudrat yang termampu, janganlah jadi insan yang menyusahkan serta melambatkan pergerakan perjuangan Islam..

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. At-Taubah 41

2 comments:

Anonymous said...

Apa yg mereka berubah?Coupling?Mungkin keluar utk berbincang sesuatu perkara,kerana kerja.Laki perempuan diharuskan bersemuka selagi tak melampau.Jika mereka berilmu dan beramal,mereka tahu apa yg mereka lakukan.Mesir dan Malayland berbeza.Buka minda.Jiwa muda penuh semangat abnormal.Lama-kelamaan akan memahami situasi dan menjadi normal.

Anonymous said...

syukran atas komentar membina.. jikalau mereka keluar berurusan seperti yang diperkatakan alangkah baiknya dan itu perkara yang seharusnya,ikhtilat yang syarie dibenarkan dalm islam :) namun apa yang berlaku adalah sebaliknya bukan untuk keluar berbicang sperti yang diharuskan namun keluar untuk melepaskan geram barangkali kerna tidak dapat bersosial di ardul kinanah kerna dikawal.. diri pernah pulang ke malayland n memahami situasi disana alhmdulillah :)