kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

7/18/09

Masih adakah lagi keimanan terhadap Isra' mi'kraj?



"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.Al-Isra : 1"


Rejab semakin menuju ke penghujungnya, sya'ban pula kian menjelma merapatkan lagi perjalanan penuh kerinduan menanti ramadhan al-mubarak. Allahumma barikna fi rajab wassyaban wa ballighna ramadhan.. aminnn
Di penghujung rejab ini terdapat satu kisah besar dalam sejarah perkembangan Islam. Bermula dengan kematian isteri tercinta lalu disusuli dengan pemergian bapa saudara. Hati mana tidak sedih, perasaan mana tidak tersentuh dek pemergian insan yang sentiasa menjadi tongak utama dalam pembakar semangat perjuangannya.

Kesedihan yang menimpa diri menjadi satu sejarah ternamnya tahun kesedihan. Kesedihan yang menimpa kekasihNya tidak dibiarkan berpanjangan, lalu dibawa dan diperjalankannya jasad serta rohnya oleh Rab Izzati ke satu destinasi yang tidak dapat dikunjungi oleh sekalian makhluk di dunia ini kecualinya.

Maka terciptanya satu sejarah besar dalam Islam yang menguji tahap keimanan insan yang bertaqwa iaitu peristiwa Isra' & Mi'raj yang berlaku pada baginda Nabi Muhammad SAW. Baginda diperjalankan oleh Allah SWT dari Masjid Haram di Makkah ke Masjid Aqsa di Palestin lalu dibawa ke Sidartul Muntaha untuk berjumpa dengan Allah SWT.

Sejarah Isra' & Mi'raj disambut hampir setiap tahun oleh umat islam sedunia, sudah pasti sejarah nabi diperjalankan ini sudahpun
masyi diketahui oleh seluruh umat Islam di dunia ini. Jikalau 30 tahun seorang muslim itu hidup di dunia ini sekurang-kuranya sudah pasti lebih dari 20 kali dia telah mendengar akan sejarah teragung ini.

Namun persoalannya disini, sejauh manakah penghayatan sejarah Isra' Mi'raj ini dapat dihayati sebaiknya oleh umat Islam di masa kini??


Peristiwa Isra' mi'raj ini adalah sebagai salah satu dari ujian kepada tahap keimanan sebenar manusia ketika itu, jika kita perhatikan dalam sejarah perjalanan peristiwa ini, dapat kita lihat betapa dalamnya keimanan para sahabat serta betapa rapuhnya keimanan para munafik serta manusia yang memeluk Islam secara ikutan.

Lihatlah Saidina Abu Bakar As-siddiq, kerna tingginya tahap kepercayaan beliau terhadap baginda Rasulullah saw, beliau telah digelar As-Siddiq iaitu seorang yang benar. Setelah mendapat berita perjalan Rasulullah tersebut lalu Abu Jahal terus menceritakan perkara tersebut kepada Abu bakar dengan harapan agar Abu Bakar akan mengatakan bahawa baginda ialah seorang pembohong, namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Abu Bakar dengan tegasnya mengatakan bahawa sekiranya apa yang berlaku terhadap baginda Rasulullah lebih dari itu pun dia tetap akan percaya. Lihatlah betapa kentalnya jiwa serta keimanan Saidina Abu Bakar..

Dalam masa yang sama juga terdapat ramai dari orang Islam pada ketika itu yang murtad setelah mendengar berita perjalan tersebut. Yang munafik menzahirkan kemunafikan mereka, yang ragu-ragu terus murtad keluar dari Islam. Dan yang teguh tetap teguh bersama keislaman mereka malah makin bertambah keimnan serta ketaqwaan mereka terhadap kekuasaan Allah swt..

Cuba fikirkan sekiranya fenomena ini berlaku pada zaman sekarang. Berapa ramaikah manusia yang akan berpegang seperti pegangan Saidina Abu Bakar dan sahabat2 yang lain, dan berapa ramaikah yang akan menjadi seperti golongan2 munafik yang murtad dari Islam?

Ini sebagai satu lontaran persoalan yang amat perlu difikirkan bersama. Masih adakah lagi keimanan terhadap peritiwa Isra Mi'raj? atau sekadar mendengar ceramah, forum atau sebagainya semata-mata dan pulang tampa merasa perubahan serta pertambahan keimanan?

Lebih malang lagi ada yang langsung tidak tertarik hati untuk mendengar atau mengikuti program yang bersangkut dengan peristiwa besar ini, lebih suka duduk di rumah bermain game, duduk merempit dijalanan, bosan dengan pengisian ilmiah yang dibuat, duduk dirumah menonton movie dan sebaginya.

Agaknya apabila golongan yang malang ini berhadapan secara terus dengan peristiwa Isra Mi'raj ini bagaimanakah tahap keimanan mereka? adakah seperti Abu Bakar? atau kaum Munafik? atau bagaimana agaknya??

Muhasabah diri sebaiknya, bagaimanakah tahap keimanan kita sekiranya betul2 berhadapan dengan peristiwa ini, setara manakah ketahanan keimanan kita, adakah kita mampu untuk bersama dengan golongan yang sebaris dengan saidina Abi Bakar atau sebaris dengan golongan munafik yang murtaddin nauzubillah atau bersama golongan orang-orang yang taraddud dengan pendirian keimanan mereka??

Bersamalah kita berdoa agar Allah swt menetapkan keimanan hati kita serta menguatkan kerohanian kita agar dapat terus bersama dengan insan2 yang dijanjikan syurga oleh Allah swt aminnnnn....

No comments: