kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

6/7/09

Tidurlah dengan adab Islami



Dari Barra bin 'Azzib berkata bahawasanya Rasulullah bersabda " Apabila kamu hendak ketempat tidur, maka berwuduklah seperti wuduk kamu untuk menghadiri solat" HR Imam Bukhari dan Imam Muslim..


Berdasarkan pada hadis di atas Rasulullah telah menyarankan kepada kita agar berwuduk sebelum kita tidur ini adalah kerana apabila kita berwuduk dan bersuci dapat menghindarkan kita dari ganguan syaitan juga dapat menenangkan diri kita dari berasa takut keika hendak tidur..

Islam telah meletakkan beberapa garis panduan kepada kita sebelum tidur sebagai satu adab sebelum kita tidur. selain dari berwuduk seperti hadis yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW terdapat beberapa perkara lain yang perlu kita lakukan sebelum tidur, antaranya :

- Membaca zikir Subhanallah, Alhamdulillah , AllahuAkbar
- Berselawat atas Nabi Muhammad SAW
- Membaca ayat kursi
- mengucap dua kalimah syahadah.
- Berdoa pada Allah SWT agar mngampunkan segala dosa yangtelah dilakukan hari tersebut.
- Muhasabah diri
- Doa sebelum tidur :)

Semoga tidur kita hari ini diberkati oleh Allah SWT insyaAllah...



p/s : selamat malam semua ampun segala dosa - esok ust Azmil balik malaysia sesipa yang nak hantar datang uah dia kul 7pagi esok k :)




1 comment:

khairaummah said...

wudhu sejukkan tubuh badan, senang sikit nak tido. x da insomnia...

tutup lampu, biar melatonin bnyk sikit rembes. :)

sunnah is our way of life insyaAllah