kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

6/4/09

Terima Kasih Sahabat..




Petikan dari Blog sahabat ust mustaqim


"Alhamdullilah, akhirnya imtihan dah selesai, Bolehlah ana balik selepas Asar nanti" sapaku kepada Hanif yang baru keluar dari pintu gerbang Al-Azhar.

" Iya, tapi anta kena ingat kita ada syafawi ( ujian lisan) lagi. Kiranya aku bersyukur banyaklah", jawabnya sambil memandang ke arah ladang gandum.

" Hanif, syukran tau."


" Alah, sikit je tu. Mudah-mudahan ada pertolongan dariNya," balasnya sambil mengharap keajiban dariNya.

" Yang penting, kan kita dah tawakkal kepadaNya, anta jangan risau yer," jawabku sambil tanganku menepuk mahabbah.

Tawakkal Bukan Tawakul

Selepas saya membaca artikel Ustaz Nazrul, saya membuat satu kesimpulan tentang istilah ini. Berkatalah Syeikh Yusri Rusri hafizullah,

Tawakkal ialah berusaha tanpa memikirkan apa kerja dan perancangan yang Allah letakkan kepada kita.Manakala Tawakul ialah meninggalkan sesuatu perkara tanpa usaha terlebih dahulu. Tawakkal adalah perkara terpuji manakala Tawakul adalah dikeji.

Jadilah mereka yang bertawakkal kepadaNya sehabis-habisnya, InsyaAllah di sana, ada natijah yang terbaik bagi mereka yang mengharapkan balasan dariNya.

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا (٢) وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا


" dan sesiapa yang bertatwa kepada Allah ( dengan mengerjakan suruhNya dan meninggalkan laranganNya) , nesaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) , (2) serta akan memberikan rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan ( ingalah ) , sesiapa bersrah diri semata kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya ( untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesunguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya setiap sesuatu. (3)


Natijahnya

Tunggulah apa yang Allah akan tentukan yang terbaik. Berdoalah tanpa berputus asa dan senyumlah selalu, mudah-mudahan hati ini tetap thabat dengan perjuangan ini.


-kataku-


Syukran Sahabat..

Terima Kasih atas segala semangat yang diberikan sepanjang menghadapi musim imtihan ni. Tension, geram, sedih segalanya hilang apabila sahabat-sahabat berada di sisi memberi sokongan serta galakan untuk terus mecuba, mencuba dan cuba..

Mencari seorang sahabat yang sentiasa bersama ketika senang amat-amat mudah, akan tetapi untuk mendapatkan sahabt yang sanggup susah bersama amat-amatlah payah.. Semoag kita dapat menjadi teman yang sejati pada sahabat2 yang lain..

No comments: