kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

6/3/09

Tazkirah Birthday 2 ( MASA )




Alhamdulillah selesai sudah satu perjuangan menatap, menjawap segala soalan-soalan yang di beri, sememangnya madah pada tahun ini amatlah mencabar buat ana serta sahabat2 lughah tahun 3 lain kerana banyak membincangkan tenang perkara yang berkaitan dengan adab. Doakan last exam kami pada 9.6.2009 ( syafawi Al-quran, balghah & nahu ).

Tazkirah Birthday kali ini ingin ana tujukan buat sahabat2 seperjuangan yang telah dilahirkan pada 1-4 jun ini, khususnya pada :

1) Adinda Faez Azlan ( 2.6.1988) 21
2) Akhi Faizal Abd Rahman ( 4.6.1982)
3) Semua sahabat2 yang lahir pada tarikh berikut :)

Ana mendoakan semoga dengan hadirnya umur baru ini antum semua diberikan keberkatan umur yang panjang, kehidupan yang bahagia, kejayaan yang mumtaz dalam kehidupan di dunia dan di akhirat, kesabaran dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan dugaan ini InsyAllah..


MASA..


"Demi Masa! . Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian . Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."


Hari demi hari, tahun demi tahun, tanpa kita sedari masa berlalu dengan pantas sekali. Umur kita semakin bertambah, bagi mereka2 yang telah menjangkau kepada umur yang baru sudah pasti mereka tidak akan dapat merasai kembali akan masa yang telah mereka lepasi..

Masa yang telah lepas tidak akan kembali..
Seminit yang berlalu amat bernilai, inikan pula bertahun yang telah kita lalui. Diri tiflu sebagai contoh telahpun mencapai usia 22 tahun ini bermakna telah berlaluya 21 tahun bagi diri tiflu.

Pernahkah kita terfikir untuk cuba menghitung apakah perkara yang telah kita lakukan sepanjang 21 tahun yang lalu itu adakah sepanjang tempoh itu ia dipenuhi amal kebajikan atau sebaliknya.

Cuba kita muhasabah diri dengan membuat penghitungan atas umur diri kita.
Kemungkin kita mula boleh membuat perkiraan dengan di tolak umur sebelum umur mencapai tahap akil baligh, kebiasaan bagi lelaki pada umur 15 dan perempuan 9 tahun bagi mazhab Syfie. Kerana amalan itu dihitung bermula dari tempoh umur kita menjangkau akhil baligh.

Baik..Sebagai contoh pengiraan mungkin boleh ambil umur tiflu sendiri sebagai batasan.. Maka 21 tahun di tolak 15 berbaki 7 tahun, dan bagi memudahkan lagi pengiraan kita membuat pengiraan berdasarkan purata setahun sahaja.


So kita mula mengira dengan kiraan satu tahun. Satu tahun mempunyai 365 hari lalu di kalikan dengan 24 jam dalam sehari, maka kita mempunyai masa 8760 jam dalam setahun.


Ok ayuh mulakan pengiraan muhasabah dengan menolak masa yang digunkan untuk perkara yang wajib berlaku dalam diri setiap hari.

1) Solat - 20 minit untuk satu waktu ( kira paling cepat ni ) x dengan 5 waktu = 1 jam 40 minit untuk sehari dan dikalikan pula dengan 365 hari =
608 jam 30 minit waktu yang diambil untuk solat dalam setahun ( baki 8152 jam 30 minit )

2) Tidur - 6jam sehari ( bagi penuntut ilmu 4 jam pun sudah mencukupi sebenarnya tapi.... ) 6 jam dikalikan dengan 365 hari =
2190 jam telah digunakan untuk tidur yang wajib dalam setahun ( berbaki 5962 jam 30 minit )

3) Mandi - 20 minit x 2kali mandi = 40 minit sehari x 365 hari = 243 jam 30 minit waktu yang di ambil untuk mandi dalam setahun ( bagi yang mandi 20 minit la, yang mandi lebih dari 30 minit tu kira2 la ek ) ( baki 5719 jam )

4) Makan - 15 minit x 3kali = 45 minit sehari x 365 hari =
274 jam 15 minit digunakan untuk makan dalam setahun ( baki 5445 jam 15 minit )


Untuk perkara yang wajib dalam kehidupan seharian kita sahaja telah mengambil masa lebih kurang 140 hari ( lebih 1/3 dari setahun ) jadi bagaimana pula dengan baki lagi 2/3 masa dari setahun?

Perkiraan ini diambli mengikut masa paling cepat yang dilakukan, bayangkan sekiranya tidur sahaja 8,9 jam, mandi pula hampir sejam dan makan lak 30 minit atau lebih pasti lebih banyak masa akan terbuang khas untuk perkara yang wajib dilakukan dalam seharian kita.

Ini tidak termasuk lagi perkara sambilan yang kita lakukan seharian seperti beriadhah, bersembang kosong, memasak dan lain-lain. Dan peratus yang masih berbaki, adakah kita telah isinya dengan perkara2 yang berfaedah atau sebaliknya?? Muhasabah diri, tepuk dada tanya iman..

Pastikan umur yang mendatang ini kita isikan masa yang terluang dengan perkara2 yang dapat mendatangkan pahala kepada kita. Setiap perkara elok yang kita lakukan yang disandarkan atas niat kerana Allah insyallah akan dikira sebagai satu amal ibadah.

Pastikan perkara tersebut tidak sia-sia, sekalipun perkara yang dilakukan adalah amalan ibadah namun sekiranya ia disertai dengan sifat takabur, riak dah sebagainya pasti tangkungan kita tidak akan diisikan pahala oleh Allah SWT bahkan mungkin akan di tambah dosa keatas perbuatan tersebut.. Nauzubillah..

Ingatlah pesanan Allah SWT bahawa kita sentiasa dalam keadaan yang merugikan kecuali sekiranya kita beriman pada Allah, beramal soleh dan sentiasa berpesan2 dan menyampaikan dakwah dengan kesabaran dan kebenaran..


Ingatlah lima perkara sebelum hadirnya lima perkara

1) Sihat sebelum sakit

2) Muda sebelum tua,

3) kaya sebelum miskin

4) Lapang sebelum sempit
5) Hidup sebelum mati



Semoga kita tergolong dalam Insan2 yang diberikan kenikmatan oleh Allah SWT..


"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. "

No comments: