kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

6/2/09

Metodologi Kritikan Sastera di Sisi Arab ( 1)



" Sesungguhnya kami menurunkannya (Al-Quran) berbahasa arab agar kamu mengerti" Surah Yusuf 2



Istilah


"NAQOD" dalam bahasa melayu membawa erti kritikan ataupun perbandingan di antara dua perkara samadaperkara tersebut diterima atau ditolak..

Dalam saster arab, kritikan memainkan peranan penting bagi memastikan satu sastera itu baik, sedap didengari, menusuk kalbu serta dapat memberi kesan pada si pendengar ataupun satu sastera itu buruk, terdapat banyak kesalahan, tidak sedap didengari serta ditolak. Tidak kira kritikan ini dalam prihal syi'ri ( syair ) atau pun nathri ( hal yang berkaitan dengan prosa bahasa arab )

Dalam bahasa arab perkataan
naqod membawa banyak maksud. Para ulama bahasa telah menyimpulkan maksud bagi perkataan ini kepada 4 maksud besar :

1) Membezakan : perbezaan sesuatu perkara bagi mendapatkan serta mengetahui perkara yang baik dan diterima dari yang ditolak.

2) Pemberian, penganugerahan : Memberikan penganugerahan terhadap sesuatu perkara

3) Penilitian : Mengekalkan pandangan kepada sesuatu , melakukan pencarian yang mendalam, memilih untuk sampai kepada hakikat sesuatu atau berhasil atas menyelami perkara yang tersembunyi

4) Kesakitan : Seperti disebut dalam bahasa arab akan perasaan di sengat " naqod" , seolah2 kamu menghendaki akan ta'bir tidak redo atas penyegat.

Apabila dilihat dari ke empat2 maksud di atas, dapat kita lihat satu persamaan antara maksud lughawi yag pelbagai dengan maksud yang di kehendaki oleh sastera ( adab ). Hal yang demikian itu dapat kita teliti dengan melihat keadaan nuqad ( kritikan) itu sendri sebagai satu jalan untuk membezakan serta memisahkan antara yanb elok dan buruk dalam sastera arab.

Juga memberikan serta meletakkan tahap bagi sesuatu adab itu disamping melihat dan mengkaji dengan sedalam-dalamnya setiap sudut keadaan adab tersebut dari segi kesalahan mahupun kecacatan yang terdapat pada keadaan apa yang berkaitan dengan syakhsiyyah individu pengarang, zamannya, keadaan persekitarannya, bait karangan serta segala hal-hal lain yang berkaitan dengan adab.


Permulaan kritikan dalam sastera arab


Apabila kita ingin membincangkan akan persoalan bilakan bermulanya kritikan terhadap sastera arab ini? pasti kita tidak akan dapat jawapan sebenar bagi persoalan ini, ini kerana ulama2 bahasa sendiri tidak dapat memastikan tarikh yang sebenar bagi menjawap persoalan tersebut.

Hal ini kerana apa yang sampai kepada ulama2 bahasa yang mutaakhirin pada fatrah jahilyyah tidak lebih dari hal yang berkaitan satu setengah qurun yang lalu sahaja. Yang sampai hanyalah perkara yang sangat sedikit daripada para pensyair dan nathirin, ianya melalui jalan perhubungan atau penghafalan yang didengarkan secara mutawatir daripada khutbah atau nasihat juga daripada kata2 hikmah para hukama.

kritikanini bermula ketika manusia mempelajari akan ta'bir prihal diri sendiri. ini bermaksud pada tersebut mereka hanya mengkritik akan prihal syair atau nathr pada ilmu yang ada pada diri mereka sendiri. Ini adalah disebabkan kerana tujuan mereka untuk menjaga akan kemuliaan serta kebanggan diri sendiri dan kabilah mereka. Setiap kabilah mempuyai kabilah mereka yang tersendiri bagi menunjukkan keizzahan dan kehebatan kabilah mereka.


1) Adab pada Zaman Jahilyyah.


Adab pada zaman jahiliah hanyalah berkisarkan tentang perkara dan keadaan fitrah kehidupan mereka berpandukan kepada zuk perasaan serta sikap individu. Para pensyair pada zaman tersebut mentadbirkan akan segala bentuk kehidupan di sekeliling mengikut kepada permandangan serta peristiwa yang berlaku.

Antara gambaran fitriyyah yang ada pada zaman jahiliyyah ialah peperangan dan perdamaian antara kabilah, kekuatan serta kelemahan, segala hal yang berkaitan dengan keadaan arab asli, kebangaan serat sikap taassub dengan kabilah, memuliakan tetamu, permandangan gurun pasir serta binatang2 ternakan dan sebagainya..

Antara contoh adab yang terdapat pada zaman ini ialah syair yang telah dibuat oleh Syanfiri Al-azdi menceritakan tentang gambaran keadaan masyarakat arab dalam memuliakan tetamu mereka. juga syair yang telah didendangkan oleh suwid bin Abi Kahil pada menceritakan dengan pujian terhadap kebanggaan mereka kepada kemuliaan serta kehebatan kabilah mereka..


Naqad pada zaman ini..


Kaum jahilyyah pada ketika ini tidak mengetahui akan kaedah serta cara kritika adabi seperti mana kita telah mengetahuinya sekarang, ini kerana keadaan kritikan terhadap adab pada zaman itu adalah secara fitriyyan bagi mereka. kritikan hanya berlaku sekadar membetulkan keadaan beberapa perkataan dalam syair yang tidak sedap didengari atau salah dari segi pengunaan perkataan.

Sebagai contoh apa yang di riwayatkan oleh Torofah bin Ubad syair yang dibuat oleh Musayyib bin A'as dalam penggunaan perkataan "naji" sebagai sifat bagi"Soiariyyah" dalam syairnya. Perkara ini dikritik kerana perkataan "soiariyyah" adalah sifat khusus untuk unta betina manakala perkataan "naji" digunakan khusus untuk unta jantan, maka pengunaan perkataan dalam syair ini telah terdapat kesalahan.

Perkara ini menunjukkan terdapatnya kritikan dalam zaman jahiliyyah cuma keadaannya tidaklah sehebat pada zaman seterusnya yang mempunyai penilitianyang sanagt mendalam dalam menilai kualiti sesuatu sayir, akan tetapi hanyalah sebagai sifat fitriyyan bagi mereka membetulkan keadaan syair atau nathr yang telah mereka buat.

Antara
malamih kritikan yang dapat di petik dari zaman jahiliyyah ini adalah di antaranya

- mudah dalam pengambilan.
- hampir dengan pemahaman serta kehendak.
- bersambung dengan nas dari segi lafaz dan makna.
- menekankan atau mengambil berat akan kesahihan ibarat yang digunakan, penggunaan bahasa yang tepat dalam mengambarkan saliqoh arab asal.
- sensitiviti dengan kesan syair pada diri pendengar.
- tidak terkesannya naqad adabi pada zaman ini dengan sebarang kesan luar, hanya sanya adalah kritikan arab ayang asli.
- tidak didapati dapam naqad adabi pada zaman ini sebarang tahlilat fikriyyah ataupun pembahagian falsafah.




....... to be continue .......

No comments: