kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

6/7/09

Mengapa kita perlu di "hisbah" & meng "hisbah"



Setelah keletihan memikirkan item-item yang perlu diletakkan dalam kertas kerja tahunan DPMZ bagi menambahkan dana kewangan DPMZ, kami berehat seketika berbual merengankan fikiran.

Tajuk demi tajuk diperbualkan, dan apa yang paling menarik ialah apabila salah seorang dari kami membuka topik panas mengenai masalah ikhtilat tidak syarie yang berlaku antara ikhwah dan akhawat..

Laporan demi laporan diterima, nasihat demi nasihat telah diberi, perkara yang sama tetap juga terjadi. Bila dinasihati sedih bukan main, menangis keinsafan, bagai pesalah yang baru sahaja diberi keampunan bertaubat atas segala kesalahan, tapi....

Lebih meriah lagi apabila dinasihati rakan sebaya jawapan yang diberi "Ai kami dah besar, sukahati kami nak buat apa pun, tak kan kami nak keluar jalan-jalan pun tak boleh??"

keluar jalan tak salah tapi kenapa mesti berdua? dan kenapa mesti lain sifat kejantinaannya?? "uish kami tak buat apa-apa, bersembang-sembang je" yang tak buat apa-apa tu tak bersalah, tang bersembang tu yang bermasalah :) apatah lagi jika lebih dari itu.

Dan yang paling best " la hang dah nampak, kenapa hang tak tegur ke apa ke?" " uish, tu bukan kerja aku, tu kerja unit hisbah, xkan aku lak yang nak gi sibuk2" - agak2 jawapan ni lepas tak kat padang masyar nanti??

habishh..



Hisbah


“ kamu adalah sebaik-baik umat yang menyeru ke arah kebajikan, menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.” (ali Imran 104)


Berdasarkan ayat di atas, hisbah merupakan satu perkara yang sangat di titik beratkan oleh Islam, ini kerana perkara menyeru kearah kebaikan dan menghalanag atau menegah dari sebarang kemungkaran adalah menjadi kewajipan kepada seluruh umat Islam.


Dr Karim Zaidan dalam kitabnya Usul dakwah ada membincangkan secara panjang lebar mengenai peranan hisbah ini. bermula dari ta'rif hingga ke perkara2 yang melibatkan orang yang menghisbah, yang dihisbah dan juga cara2 untuk hisbah.


Hisbah berasal daripada perkataan hasaba bererti membilang atau menghitung. Ia juga membawa maksud balasan melakukan sesuatu dengan mengharap ganjaran dari Allah semata-mata.

Dan dari segi istilah ulama feqh pula mambawa erti "menyuruh kepada perkara kebaikan apabila zahir meniggalkannya dan menghalang kemungkaran apabila zahir melkukannya"

Dengan ini fahamlah kita bahawa yang diperkatakan dengan hisbah itu ialah menggalakkan serta menyeru ke araha perbuatan kebaiakan dan menghalang daripada melakukan perkara yang membawa kepada kemungkaran.

Dr Yusuf Abdullah Al-Qordawi dalam kitabnya "feqh keutamaan satu kajian baru dari perspektif Al-Quran dan As-Sunnah" ada meletakkan kaedah untuk kita mengetahui serta membezakan akan perkara yang ma'ruf dan mungkar ialah dengan menilainya dari sudut hukum Syara, " Cara untuk mengenali keadaan tersebut adalah melaulu jalan akal, Syara' ataupun kedua-duanya sekali."

Sekiranya iaya bertepatan dengan syara' maka ia di ketogorikan dalam perkara ma'ruf begitulah sebaliknya.

Hisbah juga memainkan peranan penting dalam memelihara masyarakat terutama generasi muda dari segi sosial, ekonomi dan pembangunan negara.

Bayangkan sekiranya kemaksiatan berleluasa di seluruh tempat tanpa ada sebarang cegahan manakala perkara ma'ruf langsung tidak pernah diadakan, pasti akan hancur sesuatu negara atau kawasan tersebut.

Jelaslah dengan peranan hisbah ini dapat membina diri dan memelihara agama dari kehancuran seterusnya menambatkan hati-hati orang yang beriman untuk bertolongan dalam perkara kebaikan dan meninggalkan kemungkaran demi kebaikan umat Islam.


Kewajipan atas semua umat islam.


Dari Abu Sa'ad Al-Khudri Radiallahuanhu berkata; saya mendengar Rasulullah SAW bersabda " Barang siapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia merubah ( mengingkari) denagn tangannya, jika tidak mampu hendaklah ia merubah dengan lisannya, jika tidak mampu hendaklah ia merubah dengan hatinya, dan itulah keimanan yang paling lemah" HR muslim


Dari hadis Rasulullah SAW di atas, ulama telah menetapkan kaedah untuk merialisasikan hisbah ini adalah mengikut turutan yang telah digariskan oleh Rasulullah SAW.

1) Menegah kemungkaran dengan tangannya sekiranya ia mampu untuk melakukan seperti pemerintah menghalang akan kemungkaran yang dilakukan oleh rakyatnya, suami terhadap isteri jug anak-anak dan sebagainya.

Sekiranya ia berkemampuan wajib atasnya melakukan perkara ini.

2) Mencegah kemungkaran dengan lidahnya. Dr Abdul Karim Zaidan telah mengariskan beberapa cara pencegahan mengunakan lisan, antaranya - dengan membuat penerangan kepada si pembuat akan hukum syara' atas perbuatan yang telah dilakukan.

- Dengan nasihat serta peringatan akan azab yang Allah berikan kepada mereka yang melakukan maksiat di atas muka bumi.

- dengan peringatan agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.

3) Mencegah dengan hati, ini adalah turutan iman yang paling lemah. Marhalah ini menjadi kewajipan kepada seluruh umat islam, membenci akan kemungkaran yang dilakukan denagn sifat yang tetap.

Ia mestilah bersifat kekal perasaan benci tersebut keatas perkara maksiat yang dilakukan. Dan tetap akan keazamannya untuk merubah serta mencegahnya apabila ia mampu.


Secara ringkasnya, hisbah merupakan sebahagian daripada sistem pentadbiran Islam yang bertujuan untuk memelihara kepentingan umum. Ia haruslah difahami sebaik-baiknya agar dapat mencetus sebuah masyarakat yang sejahtera dan bahgia dibawah keadilan agama Islam.






No comments: