kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

6/12/09

Khutbah Jumaat ( IKHLAS )



Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas nyata. Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar. Al-Bayyinah 5&6

Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (ugama) Allah, serta mengerjakan ugama mereka dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar. Al-Nisa 146



Khatib hari ini telah menekankan pada sekalian jemaah yang hadir akan bertapa pentingnya keihklasan dalam sesuatu amalan..

Setiap amal perbuatan taqarrub ila Allah mestilah membunyai dua syarat utama; yang pertama mestilah amalan tersebut ikhlas kerana Allah dan yang kedua mestilah bertepatan dengan sunnah Rasulullah SAW..

Ikhlas secara mafhunya membawa erti membuat sesuatu amalan kebaikan yang dilakukan semata-mata kerana Allah SWT..

Di dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam Ghazali ada memetik kata dari Fudhail " meninggalkan sesuatu amalan dengan sebab manusia adalah Riya, dan sesuatu amalan yang dilakukan dengan sebab manusia adalah Syirik, dan Ihklas adalah apa yang Allah hapuskan kamu dari keduanya"

Keihklasan merupakan sesuatu yang amat payah, perumpamaan keikhlasan adalah seperti seekor semut hitam yang berada diatas batu yang hitam di dalam gua yang gelam di malam yang gelap gelita..amat payah untuk kita kecapinya..

Khatib menekankan kepada para jamaah supaya mengikhlaskan diri pada setiap amalan yang kita lakukan. Amal kebaikan yang kita lakukan bukan semata-mata kerana Allah tidak akan mendatangkan sebarang pahala.

Hal ini telah Allah SWT rakamkan dalam Al-Quran dengan mecneritakan akan prihal bertapa ruginya mereka yang bersedekah bukan kerana Allah SWT :

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.


Dalam sebuah kisah yang diceritakan di dalam kitab ihya ulumuddin, bahawa seorang abid yang sentiasa beribadah kepada Allah SWT telah didatangi oleh seseorang lalu memberitahu sesunguhnya di suatu kawasan terdapat satu kaum yang menyembah pokok dan mensyirikkan Allah.

Maka abid berasa amat marah lalu mencapai kapak menuju ke tempat yang dikatakanuntuk menebang pokok berkenaan..

ketika di dalam perjalanan, iblis telah menyamar sebagai orang tua lalu bertanyakan kepada abid tersebut "apakah yang engkau mahu lakukan wahai abid?" lalu abid tersebut menyatakan kesungguhan hajatnya ingin menghalang penyembahan tersebut dan menebang pokok tersebut.

Si Iblis melarang abbid dari melakukan perbuatan tersebut, lalu berlakulah pergelutan antara keduanya dan kemenangan berpihak kepada abid. Lalu iblis berkata " Adakah kau ingin jikalau terdapat satu perkara antara aku dan engkau yang mana ia baik untuk engkau dan lebih bermanfaat?

Abid bertanya "apakah perkara tersebut? iblis berkata " Pulanglah engkau dari melakukan perkara ini akan aku sediakan setiap malam 2 dinar dibawah bantal kamu, mak kamu ambillah duit tersebut untuk kegunaan engkau, juga nafkah engkau untuk keluarga engkau, dan benarkan teman-teman engkau ( membuat gembira), maka perkara tersebut lebih bermanfaat bagi engkau dan kaum muslimin.

Lalu abid pulang ke rumah dan membatalkan hasratnya kerna termakan dek tipu helah iblis tadi. Pada malamnya abid terkejut kerana memang betul seperti yang dijanjikan iblis tadi, terdapat 2 dinar di bawah bantalnya.

Akan tetapi pada hari yang ketiga dan seterusnya abid tidak lagi memperoleh 2 dinar seperti hari yang yang sebelumnya. Abid berang, di merasakan bahawa si iblis telah memungkiri janji, lalu dia mengambil kapaknya terus pergi ke tempat penyembahan untuk menebang pokok tersebut.

Di dalam perjalan sekali lagi abib bertemu denagn iblis maka berlakulah pergelutan dan kemenangan berpehak kepada iblis. Sang abid berasa hairan mengapa pada kali in idia tidak dapat mengalahkan iblis tersebut.

Dengan penuh kehairanan abid bertanya kepada iblis " bagaimanakah aklu boleh mengalahkan engkau pada pertama kali tapi kini aku telah dikalahkan oleh engkau?"

Iblis berkata " ini kerana pada kali yang pertama engkau datang adalah kerana ALlah dan niatmu adalah untuk akhirat,dan aku dikalahkan, tapi kini engkau datang kerana dirimu dan niatmu kerana dunia lalu aku telah mengalahkan engkau"

Segala perbuatan kita hanyalah kerana Allah. Lihatlah perumpaan yang telah Allah berikan dalam ayat di atas. Tiada pahala yang tinggal sedikitpun bagi pemberi sedekah yang memberi semata-mata kerana ingin menunjuk-nunjuk atau riak.

begitu juga kisah yang telah disebut diatas bertapa mudahnya kita dikalahkan oleh syaitan juga nafsu sekiranya amal ibadah yang kita lakukan bukan kerana Allah SWT..

Jika diperhatikan dunai sekarang ramai antara kita yang melakukan sesuatu perkara sekadar untuk menunjuk-nunjuk. Menderma tidak seberapa tapi iklan sedunia, melakukan sesuatu amalan hanya kerana ingin mengatakan dia yang terbaik ( hipokrit ) dan sebagainya.

Di dalam satu hadis yang panjang daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu, bahawa nabi Muhammad SAW telah bersabda mafhumnya; seorang yang telah mati syahid lalu dihadapkan kepada Allah SWT di akhirat, dan Allah bertanyakan akan nikmat yang telah diberikan di dunia dahulu, lalu dia mengatakan bahawa dia telah menggunakan nikmat Allah tersebut untuk berjuang sehingga dia mati syahid. Lalu Allah berkata " Engkau bohong!! sebenarnya engkau berperang dengan tujuan supya engkau disebut-sebut sebagi seorang yang beranidan telahpun dikatakan orang begitu kepadamu"lalu dia deheret ke dalam neraka..


Dari Nabi SAW, beliau bersabda: "Ada tujuh golongan yang bakal dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya, pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya, yaitu: Pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh dengan ibadah kepada Allah (selalu beribadah), seseorang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu melakukan shalat berjamaah di dalamnya), dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah, seseorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik (untuk bezina), tapi ia mengatakan: "Aku takut kepada Allah", seseorang yang diberikan sedekah kemudian merahasiakannya sampai tangan kirinya tidak tahu apa yang dikeluarkan tangan kanannya, dan seseorang yang berdzikir (mengingat) Allah dalam kesendirian, lalu meneteskan air mata dari kedua matanya." (HR Bukhari)



No comments: