kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

6/8/09

Bunuh cicak berpahala??


pkat2 bunuh cicak :)

Daripada Abu Hurairah RodiAllah 'anhu; daripada Nabi Muhammad S.A.W berkata maksudnya " Sesiapa yang dapat membunuh cicak denagn sekali pukul, maka ia akan mendapat ganjaran seratus kebaikan, dan yang memukul dua kali, maka ganjaran yang kurang dan yang ketiga kali mendapat ganjaran yang lebih sedikit lagi" HR Imam Muslim, Imam Hmad, Imam Abu Daud, Imam At-Tarmizi dan Imam Ibn Majah Sahih al-Jami' al-Soghir, al-Targhib wa al-Tarhib



Melihat dari hadis Rasulullah SAW diatas, dapat kita fahami bahawa barangsiapa yang membunuh cicak akan diberikan ganjaran oleh Allah SWt dengan ganjaran yang lumayan.

Akan tetapi haruslah diingatkan bahawa cara membunuh cicak ini mestilah bertepatan dengan kehendak hadis iaitu membunuhnya dengan cepat tanpa menyeksa binatang tersebut.


Hadis ini telah dijadikan dalil oleh Dr yusuf Qardhawi dalam kitabnya " fi fiqh aulawiyyat dirasatil jadidah fi dhoui Al-Quran dan As-Sunnah" berhubung dengan hal kesempurnaan dan ketelitian dalam amalan dan pekerjaan.

Miskipun pekerjaan tersebut hanyalah perkara yang remeh temeh dan sederhana, namun ia haruslah dilakukan denga teliti dan sempurna.

Hal ini ditegaskan juga dalam hadis Rasulullah yang lain yang menekankan kepada kita supaya melakukan upacara penyembelihan haiwan korban dengan penuh ketelitian. Pisau yang digunakan haruslah benar-benar tajam agar tidak menyakitkan haiwan qorban.

Kesimpulan : Segala gerak kerja yang kita lakukan hendaklah dirancang terlebih dahulu dan dilakuakn dengan penuh ketilitian yang sempurna, agar perbuatan tersebut bertepatan dengan syara' dan juga dapat dilakukan dengan sesempurnanya..


p/s : doakan esok imtihan syafawi al_quran, nahu dan balaghah..

No comments: