kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

6/10/09

JAULAH MATRUH SIWA ZAGAZIG "IKHWAH" "AKHAWAT"



"Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja bagi Allah. Katakanlah:'Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu." (QS. 29:19-20)



Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam yang menjadikan langit tanpa tiang, yang menjadikan laut indah terbentang, yang menjadikan tumbuh-tumbuhan menghijau, mengeluarkan oksigen memberi faedah pada kehidupan manusia.Subhanallah Maha Suci Allah.

Perjuangan menghadapi imtihan bagi kebanyakan student Al-Azhar Zagazig telah pun selesai, cuma masih ada yang berbaki imtihan syafawi, bagi pelajar medic tahun 1 akan berakhir 25 haribulan manakala bagi tahun 3 terakhir pada 1/7/2009.

Sudah pasti dalam masa sebulan yang telah berlalu ini ramai yang sakit2 kepala study, perah otak, tercabut kepala dan sebagainya demi mencapai MUMTAZ dalam imtihan ini.

So demi menstabilkan kembali perjalanan otak sahabat2 mari ramai2 kita sertai JAULAH KE MATRUH SIWA yang akan dianjurkan oleh DPMZ. Jaulah melihat keindahan alam, mengetahui akan sejarah dahulu kala sambil merapatkan ukhuwwah antara kita.

Insyallah Jaulah kali ini akan dibuat 2 trip

trip pertama


- Tarikh 7-9/ 7 /2009
- khusus untuk
IKHWAH sahaja - segala penyertaan boleh dibuat sekarang, kepada yang berminat sila beri nama pada UST FIZREE ( EXCO SAMBUTAN & REHLAH ) atau pada exco2 yang berdekatan - nge ana xpo :P
- Beri nama sahaja terlebih dahulu.
- harga akan dimaklumkan kemudian ( lebih kurang sekitar LE200 - LE 250 )
- tempat terhad satu bas sahaja, siapa cepat dia dapat gi, sipa lambat gi sendri :D

Trip ke 2


-Tarikh akan dimaklumkan kemudian.

- Terbuka pada
AKHAWAT sahaja.
- Segala penyertaan bolehlah di buat pada Dr Nurhana ( Raisah perubatan) atau tentera2 yang seangkatan denganya.
- Beri nama terlebih dahulu, harga akan diberitahu kemudian.



Lampiran I (mcm kertas keja la plak :D )



ANTARA PERMANDANGAN DI MATRUH :)



PANTAI CLEOPATRA

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang terang nyata." AL-An'am 59

PANTAI MATRUH

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; Al-Baqarah 164"

TELUK AGIBAH ( AJAIB )
sebab apa ajaib? ha nak atau kne pergi dulu :)
"Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya). Ibrahim 32"


MOUNTAIN DEAD

"Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun. Ibrahim 46"

KOTA LAMA SIWA

PANTAI MALAH

"Berjalanlah kamu di atas muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu." (Al An'am: 11)

HAMAM CLEOPATRA

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; Al-Baqarah 128"






No comments: