kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

6/5/09

Indahnya Pertemuan


klik gambar untuk paparan wajah pejuang dgn jelas :)


Setelah hampir sebulan tidak bertemu, Allahamdulillah akhirnya dapat juga kami berkumpul , bersua mata kembali semua malam tadi..

Kesibukan menghadapi imtihan membatasi kami untuk berkumpul semua sekali gus. Yang berkesempatan pun sebelum ini hanya sekadar bertemu secara sendirian, ziarah bertanyakam khabar tidak pun melalui kemudahan YM yang ada untuk berintraksi bertanyakan hal kesihatan dan juga imtihan..

Pertemuan ini amat mengubat kerinduan kami seluruh ahli Smart Circle ( Usrah ) walaupun imtihan masih lagi belum habis keseluruhannya, masih ada kesempatan untuk kami berjumpa , bertemu keran Allah.. Semoga pertemuan ini diberi ganjaran oleh Allah dengan naungannya di padang masyar kelak.


Dari Abu Hurairah berkata dari Nabi SAW, beliau bersabda: "Ada tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya, pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya, yaitu: Pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh dengan ibadah kepada Allah (selalu beribadah), seseorang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu melakukan solat berjamaah di dalamnya), dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah, seseorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik (untuk bezina), tapi ia mengatakan: "Aku takut kepada Allah", seseorang yang diberikan sedekah kemudian merahasiakannya sampai tangan kirinya tidak tahu apa yang dikeluarkan tangan kanannya, dan seseorang yang berdzikir (mengingat) Allah dalam kesendirian, lalu meneteskan air mata dari kedua matanya." (HR Bukhari)


Ukhuwwah serta Mahbbah adalah salah satu daripada perkara yang amat dititk beratkan dalam islam, Pembinaan sifat ukhwah dan mahabbah ini dapat dipupuk secara mendalamnya dalam satu proses tarbiah yang dibentuk melalui usrah.

Usrah sebagai satu ajen penting dalam melahirkan kadir-kadir yang terhebat untuk pejuang2 islam, lihat sahaja pimpinan Islam masa kini semuanya terdidik hasil dari tarbiah yang mendalam dalam usrah yang telah mereka lalui.


"Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." (QS Al-Hujuraat:10)


Perasaan ukhuwwah serta mahabbah yang mereka tonjolkan juga menunjukkan bertapa hebatnya tarbiah yang mereka dapat dari hasil didikan dalam usrah..
Segalanya bergantung atas perjalanan usrah tersebut..

Memetik dalam kitab Usrah dan Dakwah karangan Imam Hassan Al-banna ada memberikan beberapa garisan untuk mengukuhkan ukhuwwah serta menigkatkan perasaan mahhabbah antara kita :

- Mengadakan lawatan bersam ayang bersifat kebudayaan seperti lawatan ke tempat sejarah2 dan sebagainya
- Mengadakan aktiviti riadhah bersama
- Bekelah atau melkukan jaulah ke kawasan peranginan di bukit-bukit atau sebagainya
- Berbuka puasa ( berpuasa ) seingu sekali atau dua minggu sekali
- Menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid sekuranng2nya sekali seminggu
- Bermalam beramai-ramai sekurang-kurangnya semingu atau dua minggu sekali


Hadis Jarir bin Abdullah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa tidak menyayangi sesama manusia, maka Allah tidak akan menyayanginya (HR Muslim)


Semoga perasaan mahabbah yang telah terbena antara kita selama ini dapat dipertingkatkan lagi insyaAllah..



p/s : Insyallah pada awal bulan 7 ini DPMZ akan mengadakan REHLAH KE MATRUH SIWA

1st- kepada seluruh adinda SC antum diwajibkan :P
2nd- sesiapa yang nak gi boleh wat tempahan terus pada exco berdekatan

3rd- untuk akhawat juga akan di adakan

insyallah
iklan akan menyusul di blog rasmi DPMZ www.dpmz.blogspot.com





No comments: