kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

6/14/09

Besarnya Ganjaran berjuang di Zaman Fitnah



"Jihad yang paling utama ialah mengatakan kebenaran di depan penguasa yang zalim." Diriwayatkan oleh Ibn Majah dari Abu Sa'id, diriwayatkan juga oleh Ahmad, Thabrani, dan Baihaqi dalam as-Syu'ab dari Abu Umamah, Ahmad, Nasai, dan Baihaqi dari Thariq bin Syihab,


Di era globalisasi kini, dapat kita perhatikan terbentang luas di depan mata kita segala kemudahan serta kenikmatan hidup yang dapat kita kecapi dengan mudah. Ataranya ialah kemudahan untuk berintraksi antara benua, kemudahan untuk bergerak, kemudahan teknolgi maklumat dan sebagainya.

Namun di zaman yang penuh dengan kemudahan ini jugalah terdapatnya pelbagai dugaan serta rintangan yang terpaksa di hadapi oleh para pejuang agama Allah SWT. Lihatlah di serata dunia , Islam kini ditindas, Isalam kini di caci, Islam kini ditohmah begitu sahaja. Fitnah berleluasa.

Masyarakat kini tidak lagi menjadikan Islam sebagai pegangan asas dalam kehidupan, Islam hanya pada nama sahaja. Lahir sahaja anak, PASti akan di berikan nama terpuji, nama seorang pejuang Islam, namus apa yang sedihnya belum cukup umur setahun anak sudah menjadi syaitan dihidangkan dengan muzik-muzik lalai, diberi makan minum hasil dari yang haram, dipertontonkan dengan perkara-perkara yang tidak baik dan sebagainya.

Pada zaman ini para pemerintah menjadi zalim, di Mesir terkenal dengan pemerintahan kuku besi, gerakan Ikhwan Islam ditidas, ulama-ulama di tangkap lalu dipenjarakan, Imam Hassan Al-Banna sendiri telah ditembak. Tidak kurang juga persamaannya di negara tercinta.


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang­ orang yang asing". HR MUSLIM


Sememangnya pada zaman yang penuh dengan fitnah ini ,Islam telah menjadi seperti mula kedatangannya. Islam dianggap asing oleh sebahagian manusia, Islam telah di anggap kolot.

Cuba sahabat-sahabat perhatikan berapa ramaikah insan yang memakai jubah berserbah di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur? Berapa ramaikah wanita yang bertudung labuh ,berjubah, berpurdah melintasi di celahan himpunan manusia di KLCC?

Jikalau ada pun sudah PASti dan wajib akan dilihat pelik oleh insan sekeliling. Perjuangan menyebarkan Islam pada zaman yang penuh dengan fitnah ini ibarat mengenggam seketul bara api.

Para pejuang mendapat tekanan dari pelbagai sudut samada dari musuh yang nyata dari luar dan dalam yang bersatu dalam cubaan untuk menghancurkan Islam, mahupun dari umat Islam sendiri yang tidak suka akan kebangkitan islam ini.


Dari Abu Umayyah as-Sya'bani berkata, "Aku bertanya kepada Abu Tsa'labah al-Khasyani berkata, 'Hai Abu Tsa'labah, bagaimanakah engkau memahami ayat ini,' ... jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya... (al-Ma'idah, 105)?,
Abu Tsa'labah menjawab, 'Demi Allah engkau telah menanyakan hal ini kepada orang yang pernah diberitahu mengenai perkara ini. Aku pernah bertanya kepada Rasulullah saw, kemudian beliau Rasulullah menjawab, '
Lakukan amar ma'ruf, dan cegahlah kemungkaran, sehingga apabila engkau melihat kekikiran yang dipatuhi, hawa nafsu yang dituruti. dan dunia yang diutamakan, dan setiap orang membanggakan pemikirannya, maka hendaklah engkau menjaga dirimu sendiri, dan tinggalkan orang awam, karena sesungguhnya di belakangmu masih ada hari-hari yang panjang. Kesabaran untuk menghadapi hal itu seperti orang-orang yang menggenggam bara api. Bagi orang yang melakukan amal kebaikan pada masa seperti ini akan mendapatkan pahala lima puluh orang yang mengerjakan perbuatan seperti itu.'" (Diriwayatkan oleh Abu Daud, dan Tirmidzi)


"Penghulu para syahid ialah Hamzah bin Abd al-Muttallib, dan orang yang menghadap kepada penguasa, kemudian dia menyuruh dan melarangnya, lalu penguasa itu membunuhnya." HR l Imam Hakim dan al-Dhiya' dari Jabir Ibnu Abdullah


"Para syuhada yang paling utama ialah mereka yang berperang di barisan yang paling pertama dengan tidak memalingkan wajah mereka sama sekali hingga terbunuh. Mereka itu akan bersenang lenang ditaman-taman surga. Sehingga Rabb-mu tersenyum kepada mereka. Jika Rabb-mu tersenyum kepada seorang hamba disuatu tempat, maka tiada hisab (perhitungan) lagi atasnya." HR Imam Ahmad bin Hambal.

No comments: