kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

6/15/09

I'jaz Ilmi ( Al-QURAN DAN SEREBRUM )



Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran mengenai seorangyang bukan Islam telah menghalang Nabi Muhammad sallallahu’alihiwasallam daripada bersolat di Ka’abah bermaksud:

“Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka); Ubun-ubun orang yang berdusta, yang bersalah” (Surah Al-‘Alaq, 96: Ayat 15-16)


(Nota- Dalam laman web it-is-truth.org, ayat 16 ditafsirkan sebagai: ‘naasiyah’ (bahagian depan kepala) yang menipu dan membuat dosa”- pent)

Mengapa Al-Quran menerangkan bahagian depan kepala sebagai penipu dan berdosa? Mengapa tidak Al-Quran katakana saja orang itu yang menipu dan berdosa? Apakah kaitannya di antara bahagian depan Allah dengan perbuatan menipu dan menjadi berdosa?

Jika kita memeriksa bahagian depan dalam tengkorak manusia, kita akan dapati bahagian depan ‘serebrum’. Apa kata fisiologi mengenai tugas bahagian depan ‘serebrum’ ini?

Satu buku bertajuk “Essentials of Anatomy & Physiology” (Makna “Perkara Penting Mengenai Kajian tubuh-manusia”) membincangkan perkara ini: Keinginan dan rasa untuk merancang dan memulakan sesuatu pergerakan berlaku di bahagian depan ‘serebum’ (Bahagian tempat berlakunya perhubungan . Berhubung dengan penglibatannya dengan keinginan, bahagian depan ‘serebrum’ juga dikatakan sebagai pusat bermulanya tindakan ganas . . .

Justeru, bahagian depan ‘serebrum’ bertanggungjawab untuk merancang, menimbulkan keinginan dan memulakan suatu tindakan baik atau jahat, dan bertanggungjawab dalam hal bercakap bohong atau berkata benar.

Oleh itu, amat sesuai untuk menerangkan bahawa bahagian depan kepala sebagai penipu dan berdosa apabila sesorang itu menipu atau membuat dosa, sebagaimana firman Allah subhanahuwata’ala yang bermaksud: . . . ‘naasiyah’ (bahagian depan kepala) yang menipu dan berdosa)!

Menurut Profesor Keith Moore, ahli-ahli sains telah menemui fungsi-fungsi ini oleh bahagian depan ‘serebrum’ hanya sejak enam puluh tahun dahulu sahaja.


ARKIB TIFLU LAPTOP :)

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum :)

Saya nak tanya, saudara tahu tak mana-mana university yang menawarkan bachelor degree dalam i'jaz ilmi ni? tak kisah mana-mana uni, asalkan dekat negara berbahasa arab.

terima kasih tolong jawabkan :)