kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

6/16/09

Ada Apa Dengan Lalat..



Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).
Al-Hajj 73



Lalat.. Sejenis binatang kecil lemah yang bersayap yang sering mengangu tumpuan sesiapa sahaja tidak kira tua mahupun muda, kaya atau miskin, raja atau rakyat sama sahaja, lebih-lebih lagi ketika tidur :)

Di ketika musim panas ini, khusus di Ardul Kinanah PASti ramai dari sahabat2 kita yang sering menjadi mangsa lalat, sering kedengaran kata-kata berbaur geram terhadap binatang kecil " lalat ni aku tumbuk baru tau" :)

Dalam maksud ayat Al-Quran yang tertera di atas dapat kita perhatikan beberapa pengajaran serta ilmu yang boleh kita kongsi bersama;

1- Ayat ini terkandung dalam surah Al-Hajj, iaitu surah yang diturunkan di Madinah, keseluruhan bilangan ayat dalam surah ni ialah 78 ayat, surah ini adalah satu-satunya surah yang menghimpunkan diantara dua sujud tilawah. Di namakan surah ini dengan surah Al-Haj kerana wurud isyarat padanya suruhan Allah SWT terhadap Nabi Ibrahim agar menyeru manusia menunaikan haji.

2- Dalam ayat tersebut ulama telah mentafsirkan akan cabaran serta tegasan Allah SWT terhadap manusia yang menyembah selain daripadanya.

Allah SWt telah menegaskan dengan membuat perumpamaan bahawa segala sembahan mereka itu sangatlah lemah sehingga tidak mampu untuk mencipta walau seekor nyamuk sekali pun. Gabunglah seberapa banyak tuhan yang disembah selain dari Allah untuk mencipta nyamuk pasti tidak termampu untuk melakukannya.

Bahkan Allah SWT menempelak mereka lagi dengan mengatakan tuhan2 mereka bukan sahaja lemah malah lebih lemah lagi sehinggakan tidak mampu untuk berbuat apa-apa sekiranya lalat menghinggap dan mengambil sesuatu dari tuhan-tuhan mereka.

Mengapa Allah SWT tidak memperumpamakan dengan gajah atau binatang-binatang lain yang lebih besar, akan tetapi Allah mengunakan perumpamaan seekor lalat yang sangat kecil lagi lemah, tidak lain tidak bukan adalah untuk menunjukkan betapa lemahnya tuhan-tuhan yang mereka sembah tersebut.

Miskipun pada zaman sekarang terdapat pelbagai alat moden yang canggih akan tetapi tidak akan dapat mampu untuk kita mencipta seekor lalat lengkap seperti lalat hasil dari ciptaan Allah SWT..

3) Dalam ayat ini juga sekiranya kita perhatikan sebaiknya kita akan dapati satu perkara yang telahpun pun disebutkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran yang tidak ditemui oleh kajian ahli sains kecuali pada kurun yang kedua 20.

"dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka" Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa lalat adalah seekor binatang pembawa enzim yang diberi nama (باكتر يوفاج) kuman yang ganas dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Apabila lalat menghinggap ke satu tempat yang kotor ia akan membawa segala jenis kuman yang terdapat di tempat yang dihinggap ke tempat yang lain. perkara ini dibuktikan dengan kajian sains apabila makanan yang dihingap oleh lalat akan menjadi rosak dengan cepat.

Mahasuci Allah yang menjadikan seluruh alam, yang mengajarkan manusia segala jenis ilmu pengetahuan, semuanya bergantung kepada manusia samada mahu mendapatkannya atau membiarkan begitu sahaja..


"Daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu berkata; Rasulullah SAW bersabda " apabila jatuhnya lalat di minuman seorang kamu maka rendamlah ia kemudian buangkannya, maka sesungguhnya pada salah satu sayapnya mempunyai penyakit dan sayap yang lain ada penawar" HR Bukhari, Ahmad

Hadis ini adalah salah satu daripada mukjizat at-tibiyyah nabi Muhammad SAW yang wajib disimpan dan dilakar dalam sejarah kedoktoran dengan tinta emas. Diajarkannya kepada kita cara untuk menuteralkan kembali air apabila terjatuh di dalamnya lalat, yang mana terdapatnya kuman pada salah satu sayap lalat tersebut.

Hadis ini jelas menunjukkan akan satu pertemuan sains kini yang telahpun diterangkan oleh nabi Muhammad SAW pada zaman kenabiannya. Kajian sains sememangnya mendapati terdapatnya bakteria pada salah satu sayap lalat dan terdapat penawarnya pada sayap yang lain.

Rasulullah SAW telahpun mengajar kita akan sunnahya supaya merendamkan lalat yang terjatuh dalam minuman agar dapat menghapuskan penyakit yang dibawa oleh lalat juga demi kesejahteraan umatnya di dunai dan akhirat..

Bersama kita berusaha mengamalkan sunnah-sunnah nabi...


No comments: