kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

5/6/09

YA Allah Berikanlah Kami PetunjukMu





"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Azan zohor berkumandang, sebagai seorang muslim tiflu besama ahli bait turun dari sidratul salam menuju ke masjid berhampiran bagi menunaikan solat zohor.. Dalam perjalanan menunaikan ibadah rupanya masih terdapat halangan bagi mengurangkan kekhusyukan solat.. MELAYU DAH JADI ARAB.. hati tiba2 terasa amat amat amat panas melihat fenomena ini.. ingin di tegur jauh kehadapan, langkahan ke masjid di iringi kepanasan hati.. Hati disejukkan dengan husnuzzon mungkin masih dalam proses mengenali.. moga Allah memberi kesedaran bersama Insyallah..

REPOST..

MUSLIMAH SSEPATUTNYA..

1. Hendaklah pakaian itu menutupi seluruh aurat yg telah ditetapkan.
"Dan janganlah wanita2 itu memperlihatkan perhiasannya melainkan yg zahir dan hendaklah memakai tudung yg menutup kepala sehinggalah atas dada2 mereka." (31: An-Nur)

2. Hendaklah pakaian tadi tidak menampakkan warna kulit.
"Perempuan yg berpakaian tetapi tidak sempurna atau yg menampakkan warna kulitnya." Hadis sahih riwayat imam Muslim.

3. Hendaklah pakaian tersebut tidak terlampau sempit sehingga menampakkan susuk tubuh.
"Suruh isteri kamu letakkan kain dibawahnya. aku takut pakaian itu menampakkan susuk tubuhnya." Hr Ahmad dan lain2 - sanad hasan



TAPI YG SEDIHNYA...

1) Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

2) Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

3) Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

4) Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

5) Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

6) Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

7) Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
8) Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

9) Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki.



Melihat penampilan wanita masa kini hati rasa panas berapi, bukan mereka tak tau hukum tapi buat-buat tak tau,bukan tidak malu tapi dah tiada malu, bukan tidak pernah dinasihat tapi nasihat ibarat curahan air ke atas daun keladi, masuk telinga kanan keluar telinga kiri, tak pun nasihat tak dapat masuk ke telinga dek tebalnye taik telinga, tangisan keinsafan selepas dinasihat tidak ubah seperti lakonan Fauziah Ahmad daud di pentas drama. palsu semata-mata..


barang murahan..

Teringat ketika berada disekolah menengah, pernah bertanyakan kepada ustazah apakah keistimewaan kita perlu menutup aurat?? perumpamaan yang diberikan adalah seperti barangan yang berada di pasaraya. Cuba kita perhatikan, serta bandingkan barangan yang di bungkus elok atau yang berada fdalam jagaan kotak kaca dengan barangan yang tidak bungkus atau bungkusan yang ala kadar juga barangan yang dibiarkan atas meja jualan tanpa di jaga dengan rapi, manakh yang lebih mahal dan berharga?? sudah pasti barangan yang berbungkus serta yang dijaga rapi lebih berharga dan mahal harganya, begitulah juga dengan tubuh badan kita perlulah dijaga serapi yang mungkin, perlu di utup dengan pakaian berlandaskan syariat yang telah ditetapkan seeloknya..adakah anda ingin menjadi barang murahan?? tepuk dada tanya iman..


Simpan! Bukan Tatapan.


Setiap makhluk ciptaan Allah di buka bumi punya fitrah dan perasaan ingin sentiasa di beri perhatian dan tumpuan. Seperti mana seorang bayi kecil yang baru mengenal dunia juga sudah pandai merengek hanya kerana inginkan perhatian. Binatang yang tidak mempunyai akal juga punya kenginan untuk diberi perhatian dan belaian daripada tuannya. Malah tumbuh-tumbuhan sendiri memerlukan perhatian dan jagaan rapi agar ia dapat tumbur dengan subur dan bebas dari serangan serangga dan penyakit. Betapa perhatian dan tumpuan itu begitu didambakan setiap makhluk ciptaan tuhan.

Dan inilah salah satu penyebab utama kepada masalah penutupan aurat yang tidak sempurna atau langsung tidak ditutup di kalangan muslimah masa kini. Lupakah kalian wahai muslimah, tujuan kalian menutup aurat adalah untuk memelihara dan mengelakkan diri mu menjadi tumpuan dan pandangan mata-mata liar di luar sana? Lupakah kalian bahwa terhijabnya kecantikan mu adalah untuk membantu para mujahid dan bakal pejuang islam untuk mematuhi perintah Allah di dalam Al Quran:

"Qul lil mu'miniina yaghdudhu min abshoorihim." (QS. An-Nur : 30)
("Katakanlah pada orang-orang mukminin tundukkan pandangan mereka")

Tetapi apa yang berlaku sekarang ini , amat menyimpang jauh dengan tujuan dan hadaf perintah menutup aurat di WAJIB kan ke atas para muslimah. Ramai yang menutup aurat, tetapi ada saja silap dan kekurangannya yang langsung tidak menepati konsep menutup aurat yang di gariskan oleh Islam. Susahkah untuk memakai sehelai kain menutupi kepala yang hanya perlu dilabuhkan melebihi dada dan memakai pakaian yang longgar dan tidak jarang? Lagi susah rasanya memakai tudung Wardina,Waheeda, Ina ,Mawi hatta Datuk K yang melilit sana sini silap-silap boleh tercekik jika tersilap lilit, dan lagi susah rasanya memakai baju yang terkoyak sana sini yang sendat dan ketat sehingga menyesakkan nafas. Lihatlah, siapa yang menyusahkan dan menyulitkan, perintah Allah atau diri kalian sendiri??


Jika perhatian dan tumpuan yang kalian inginkan, maka sesungguhnya kalian wahai muslimah, telah menjatuhkan diri kalian semua ke arah kebinasaan. Apakah yang akan berlaku jika setiap langkah dan gerimu sentiasa mengundang siulan dan pandangan nakal kaum adam? Sesungguhnya natijah daripada perhatian dan tumpuan yang kalian dambakan itu sudah banyak terpapar dan tersiar di akhbar dan media-media masa yang lain.Kes rogol, bunuh, culik,sumbang mahram dan sebagainya itulah natijah daripada perhatian dan tumpuan yang kalian rasakan membuatkan diri terasa begitu dihargai dan disanjungi yang akhirnya bernatijahkan pengakhiran yang penuh tragis dan ngeri.

Jadi fikir dan pilihlah samada untuk menjadi tatapan dan perhatian atau...SIMPAN.


Ralat Pada Niat


Sesungguhnya di dalam badan itu ada seketul daging, jika baik ia, maka baiklah keseluruhannya dan begitu juga sebaliknya. Itulah seketul daging yang bernama "hati". Di mana di dalam hatilah terletaknya segala niat bagi amalan dan perbuatan kita. Lihat dan periksa niat kalian semua, apakah tujuan dan niat utama kalian menutup aurat. Apabila berlakunya keralatan pada niat yang terletak di hati , maka akan "error"lah amalan keseluruhannya. Itulah yang berlaku apabila niat menutup aurat sudah tersimpang. Maka akan terlihatlah Hijab dan jilbab yang di pakai akan mula di "edit" sedikit demi sedikit yang akhirnya tidak tinggal lagi sehelai pun benang di tubuh. "Folder is EMPTY". Lebih malang jika ada yang akhirnya dicampak ke ..."recycle bin" , "Delete permanently".

Dan jangan pula menutup aurat, bertudung dan berjubah besar dan labuh kerana takutkan di marah ustaz, ayah, guru , teman lelaki atau orang lain kerana apabila niat kerana takutkan mereka semua maka akan terlihatlah penutupan aurat yang hanya bersifat sementara dan hipokrit. Dan apabila tiada lagi mereka-mereka yang ditakutkan itu, terbanglah tudung, terlucutlah jilbab dan pakaian. Akan tetapi tutuplah aurat kerana Allah. Kerana perintah Allah. Setiap perintahNya itu pasti adalah yang terbaik untuk hambaNya.


Antara ahli neraka..

" terdapat dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah kulihat keduanya:

1- Kaum yangmembawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai untuk memukul orang ( penguasa yang zalim)
2- perempuan yang berpakaian tetapi seperti telanjang, yang cenderung kepada maksiat dan mengakibatkan orang lain pada perbuatan maksiat, rambutnya sebesa punak unta. mereka ini tidak boleh masuk ke syurga serta tidak akan dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium sejauh perjalanan demikian dan demikian" hadis riwayat muslim

"akan terjadi pada umatku yang terakhir wanita-wanita berpakaian tetapi bertelanjang,sanggul dikepala mereka di tussukkan tingi-tingi bagaikan bongol unta, laknatlah mereka sesunguhnya mereka terlaknat"

Maka di sini Tiflu ingin menyeru kepada para wanita muslimah, tulang belakang para mujahid Islam... tutuplah aurat kalian dengan SESEMPURNYA.

MARAH?? baik fikirkan marah Allah pada kalian atas perbuatan kalian tidak menutup aurat..

TERASA?? baik terasa sekarang daripada merasa balasan api neraka Allah di akhirat nanti..

TAK PUAS HATI?? baguslah tak puas hati, sekurang-kurang sedar diri bahawa perkara yang dibuat berdosa..

KASAR? kasar lagi soalan Muka Nakir di dalam liang lahat nanti..


Mengingat sebelum Terlewat


Bukanlah Tiflu ingin menyibuk atau buat-buat sibuk dengan perihal muslimah dan aurat, padahal banyak lagi perkara dan kerja yang Tiflu perlu menyibukkan diri dengannya. Tetapi merasakan tanggungjawab sebagai seorang muslim, dan dek kerana sakitnya mata melihat fenomena "menutup aurat tetapi bertelanjang" yang main menjadi-jadi, maka Tiflu dengan penuh rasa rendah diri mengenangkan diri ini hanyalah hamba Allah yang lemah lagi hina yang bakal dipersoalkan suatu hari nanti akan apa yang Tiflu telah lalukan apabila melihat kemungkaran dan hukum Allah di permain-mainkan di muka bumi, mengerahkan juga tangan ini untuk menaip peringatan dan nasihat ini yang ditujukan untuk kesemua kaum muslimah di luar sana tidak kira siapa sahaja yang merasakan dirinya Muslimah. Terpulanglah pada kalian semua ingin menerimanya sebagai satu sindiran , cemuhan , kutukan atau sebagainya. Tetapi Tiflu sudah berasa lega dan senang hati kerana telah melaksanakan apa yang sepatutnya Tiflu lakukan. Hanya Ingin melaksanakan amanat dan MENGINGAT sebelum TERLEWAT.



kemuliaan Muslimah..


Untuk akhirnya, untuk muslimah di luar sana, janganlah merasakan diri kalian sebagai makhluk dan kaum yang paling lemah dan hina yang sentiasa sahaja di sekat dan terhalang dengan berbagai tegahan dan larangan, tetapi ketahuilah bahawasanya kalian sebenarnya adalah makhluk ciptaan tuhan yang paling istimewa dan sungguh berharga. Oleh sebab istimewa dan berharganya kalian, maka Allah telah memberikan beberapa garis panduan untuk kalian patuhi sebagai pagar dan perisai diri agar terlindung dan terpelihara keistimewaan dan nilai harga yang diri kalian yang tidak ternilai itu.

Ingat, jangan sesekali pagar dan perisai itu cuba untuk di tembusi dan di tanggalkan, jika tidak, nantikanlah akibat yang menanti.


"Muslimah adalah wanita yang lahir dari sebaik-baik umat, yang memelihara keislamannya dengan nilai-nilai ajarannya, mengekalkan syakhsiah muslim dan adat-adat yanng bertepatan dengan lunas-lunas islam.."

" Sebaik-baik perempuan ialah apabila kamu memandangnya dia menyenangkan kamu, apabila kamu memerintahkannya dia mentaati kamu, apabila kamu bersupah ke atasnya dia melepaskan kamu dan apabila kamu pergi darinya dia memelihara pada dirinya hartamu"