kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

5/6/09

Ulama Pewaris Nabi



" ....Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi, Para nabi tidak mewariskan wang dinar juga tidak mewariskan wang dirham, (para nabi) hanya mewariskan ilmu, maka barangsiapa yang mewarisnya, bererti dia telah mendapat keuntungan yag sempurna... "
( hadis riwayat Inu Majah, Ibnu HIbban )

ulamak perwaris nabi
beribadah banyak sekali
akhlak baiknya ketara sekali
dia jadi bunga diri

pemurahnya laksana air yang derah
tawaddu'nya menyejukkan hati
kasih sayang nampak diwajahnya
dia hidup sederhana

dia bercakap dari hati
bukan dari hobinya sendiri
bukan kerana pangkat yang rasmi
bukan kerana jawatan yang tinggi


dia menasihati manusia yg di atas dan dibwah
yg berkuasa dan rakyat jelata
kasihan kepada yg jahil
ingin mendekati untuk dibaiki
dia marah tidak ketara
beraninya luar biasa kepada sesiapa sahaja

diri keluarga contoh masyarakat
pimpinannya kepada umat
mengingatkan tipu daya dunia
cintakan kepada akhirat

berfatwa sungguh berhati-hati memfitnah jauh sekali
dihormati oleh semua segenap lapisan masyarakat
kecuali yang hasad dengki dan munafik di zaman ini
ia ditakuti yang punya cemeti kerana cakapnya diikuti

kum: nada murni


Kepimpinan adalah suatu perkara yang amat amat amat berat, bukan semua insan mampu memikulnya.. Menerima satu taklifan sebagai kepimpin ibarat meletakkan seberat-berat tanggungan di atas belakang badan, tersilap pasti badan akan tersandung kehadapan.. Setiap amanah yang dipikul pasti akan di persoalkan di akhirat kelak..

Hanya mereka yang mempunyai ciri terhebat sahaja yang mampu untuk membimbing masyarakat menuju kearah kehidupan Islam yang sebenar. Mempunyai ciri sebagai seorang kepimpinan sahaja tidak mencukupi untuk dilantik sebagai ketua pemimpin akan tetapi yang lebih diperlukan ialah ketakwaan serta pengorbanan dan kemantapan dalam menyelami hakikat Dinul Islam itu sendiri.

Tidak perlu diperbahaskan lagi akan prihal kelayakan, hanya Ulama sahaja yang paling layak untuk menjadi pemimpin kepada masyarakat..perlu diingatkan, Ulama bukanlah insan biasa, bukanlah di pilih dari program realiti, bukan juga dilihat dari tahap kelulusan pendidikan atau sebagainya akan tetapi ia dinilai dari pelbagai aspek yang cukup tinggi..

Imam Abu Qasim Asbahani dalm kitabnya Al-hujjah fil Bayani Mahajjah ada meletakkan beberapa kretria untuk seseorang itu layak digelar sebagai imam dalam agama islam ( ulama ) antaranya ialah mengetahui akan pelbagai bidang dalam bahasa arab serta perselisihannya, mengetahui akan pelbagai masalah2 para fuqaha dan ulama, memahami sebaiknya akan Al-quran serta hadis nabi Muhammad SAW dan lain-lain lagi..

Hanya Ulama yang paling berkelayakan sebagai pemimpin bagi umat Islam serta masyarakat di sekelilingnya kerana
ULAMA ADALAH PEWARIS NABI...