kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

5/10/09

Terima Kasih Mak, Terima Kasih Abah..



Hadis riwayat Abu Qatadah ra., ia berkata:
"Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Mimpi baik (rukyah) itu datang dari Allah dan mimpi buruk (hilm) datang dari syaitan. Maka apabila salah seorang di antara kalian bermimpi yang tidak menyenangkan hendaklah dia meludah ke samping kiri sebanyak tiga kali dan memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatannya sehingga mimpi itu tidak akan membahayakannya"sohih muslim


Alhamdulillah syukur pada Allah atas segala nikmat yang telah diberikan kepada hambanya, dengan segala kenikmatan itu manusia dapat beribadah selengkapnya pada Allah SWT..

Rindu, sayang adalah satu fitrah yang telah Allah campakkan pada diri setiap insan di muka bumi ini, dan atas dasar fitrah ini lah kita amat merindui, menyayangi akan seluruh ahli keluarga kita. bagaimana cara kita menyayangi keluarga kita? Firman Allah SWT yang bermaksud " wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka" At-Tahrim 6:66

Dr Wahbah Zuhaili dalam kitabnya "Usrah Muslimah fil 'Alami Mu'asari" telah menetapkan beberapa menumpuan dalam memberi tarbiah islamia pada keluarga, antaranya ialah
Tarbiah Imaniah wal Aqidah - memberikan kefahaman aqidah yang sebetulnya pada ahli keluarga, dengan menerapkan rukun iman serta islam dalam sanubari mereka.., Tarbiah Badaniah - keselamatan tubuh badan serta mempunyai kekuatan jasmani sebagai asas untuk membentuk diri yang sempurna, kerana akal yang sempurna pada tubuh badan yang sempurna-

Tadrib 'Ala Ibadah- Ibadad dalam islam ialah terjemahan pada aqidah yang salim, sebagai dalil kepada sahnya aqidah seorang mukmin, mana mungkin mengakui beriman tetapi tidak melakukan ibadah pada Allah SWT.. Taujih Akhlaqi - sesungguhnya adab yang baik terpuji dan akhlak islamiah adalh wadah kepada agama, Mafhum hadis nabi Muhammad SAW " Muliakanlah anak-anak kamu dan perindahkanlah adab mereka"


MAIN POINT ( bersama insan yang amat2 dirindui...... )


Alhamdulillah setelah dimatikan sekejap oleh Allah SWT, tiflu sekali lagi diberikan kenikmatan oleh Allah SWT untuk menyedut udara di awal pagi sabtu yang indah ini, bingkas bangun menuju ke hammam, berwudu' lalu menunaikan solat subuh dan mambaca mathurat, setelah selesai, hajat di hati ingin menyambung membaca Al-Quran, akan tetapi mata terlebih dahulu bertindak lalu terdampar seketika di hamparan sejadah..

Tiflu bermimpi.. mungkin ini hanyalah mainan tidur, tapi andai mimpi ini yang menjadi mainan tidur, tiflu bermohon kepada Allah agar dimimpikan perkara yang sama setiap kali tidur.. Apa mimpi tiflu sebenarnya?? mimpi yang sangat-sangat diharapkan oleh diri ini sepanjang tempoh 3 minggu 3 hari ini.. Iaitu bertemu dengan insan yang amat-amat dirindui yang telah pun meninggalkan diri ini buat selamnya.. yaps berimmpi bertemu dengan arwah Ateh..

Bagaikan tidak percaya kerna mimpi yang dialami seolah-olah realiti, Ateh berada betul di hadapan ku dan kami berjalan bersama.Wajah ateh berseri-seri kegembiraan. Kami bergembira bersama di satu taman yang aku sendiri tidak pasti dimana..Sempat aku bertanyakan akan kehidupan Ateh di sana, ateh menjawap dia dalam keadaan sihat sedang sedang belajar sesuatu. ateh ada mengulangi beberapa perkataan yang telah dihafal akan tetapi aku tidak mengingatinya..

Ya Allah alangkah bahagianya rasa ketika itu.. Aku peluk ateh sekuat-kuatnya, Aku nangis semahunya kerna kerinduan aku selama ini akhirnya terubat jua.. peluang bersama ateh ku manfaatkan sepenuhnya..Akhirnya aku terjaga dalam keadaan mata ku dibasahi air mata kegembiraan.. Aku bersyukur walaupun ia hanyalah sebagi mimpi akan tetapi sekurang-kurangnya memberiku satu petanda bahawa pemergian arwah Ateh bukanlah pemergian yang bersahaja..

Terima kasih pada Allah SWT yang telah menganugerahkan kami emak abah yang telah mendidik kami adik beradik dengan didikan Islam yang sempurna, walaupun agak keras didikan yang diberi pada awalnya tapi memberikan natijah yang amat baik pada kami semua..


TERIMA KASIH EMAK, TERIMA KASIH ABAH...