kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

5/31/09

Tazkirah Birthday



Selamat menyambut hari lahir kepada sahabat-sahabat yang telah dilahirkan dengan jayanya pada bulan 5 mengikut tarikh tahun kelahiran masing-masing :)


Ana mendoakan semoga usia sahabat-sahabat diberkati oleh Allah dan diberikan kejayaan dalam menempuh kehidupan yang penuh dengan ujian dan tribulasi ini. Ingatlah pertambahan umur kalian bukan bermakna kalian semakin meningkat dewasa semata2 akan tetapi juga sebagai satu petanda bahawa telah dekatnya tempoh perjalanan hidup kalian dalam menemui Rabbui Izzati :P


Teruskan perjuangn kalian, permantapkan ilmu serta iman kalian, pertingkatkan amalan kalian serta perhebatkan kebersamaan kalian dalam menegakkan Agama Islam di muka bumi Allah SWT ini Insyallah..



Ucapan khusus kepada


1) Kekanda Dzul Nawawi Munawwir ( abg nawi :P ) 19.5.1986 ( 23 )

2) Adinda Khairul syamrie Saad 25.05.1987 ( 22 )

3) Adinda Abdul Rahman Ahmad Bukhari ( Bidow ) 31.05.1990 ( 19 )

4) Sahabat Syazwan mohd Nor 31.05.1988 ( 21 )

5) Semua sahabat-sahabat yang lahir bulan 5 :D





Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut


Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu.


Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).


Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".


Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


'Ali r.a. berkata, "tetamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tetamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tetamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan panji-panji agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".




No comments: