kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

5/5/09

Takziah buat Akhi Faizal..



Dari Ummu Salamah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak seorang pun di antara orang-orang muslim yang ditimpa musibah, lalu dibacanya apa yang diperintahkan Allah: "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Allahumma ajurni fi musibati, wakhluf li khairan minha."

(Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya,

Ummu Salamah berkata lagi: "Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah SAW.
"
(Hadis sahih riwayat Muslim)


Salam takziah diucapkan kepada akhi karim Ustaz Faizal bin Abdul Rahman di atas pemergian ayahda tersayang pada 5.5.2009 ( isnin ) di sebabkan demam panas.. Bersama kita mendoa kanagar arwah ayahda beliau di tempatkan bersama-sama orang yang diberikan kenikmatan syurga insyAllah.. Kita semua menyayangi arwah, dan ternyata Allah lebih menyayanginya, bersyukur diberi kita nikmat kesempatan untuk kita bersama setelah itu tiba msa diambil kembali nikmat tersebut untuk ditempakan di tempat yang lebih baik..

Setiap mukmin pasti akan dihidangkan dengan ujian kehidupan dan dengan ujian itu kita dapat mengetahui natijah tahap kesabaran serta keimanan kita.. Tidak semua insan terpilih untuk diberi ujian dengan pemergian insan tersayang sedangkan kita tiada disisi jauh diperantauan, pasti ada hikmah disebalik kejadian ini dan sudah pasti Allah akan memberikan ganjaran yang terhebat bagi insan yang bersabar diatas ujian yang diberikan insyAllah..

Semoga Ustaz Faizal diberikan kemudahan serta kekuatan dalam menghadapi imtihan yang akan tiba tidak lama lagi.. Allah bersama orang-orang yang bersabar InsyAllah..



kesedihan kembali menjelma :)