kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

5/3/09

TAJDID NIAT :)




Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.



Ibadah di dalam Islam bukan hanya solat, puasa, zakat dan ibadat haji sahaja semat-mata, akan tetapi ia merupakan ibadah yang syumul meliputi segala jurusan kehidupan. Ibadat di dalam Islam merangkumi segenap kegiatan hidup dengan segala jurusannya, ini trmasuklah urusan makan minum, pakaian, ilmu dan amal, perkahwinan dan rumahtangga, masyarakat dan negara, memelihara anak-anak dan seterusnya.


Ibadah yang syumul juga bukanlah bermusim, tidak hanya tertumpu hanya ketika musim imtihan sahaja :)


TAJDID NIAT BERSAMA :)


Dinamakan sebagai badat yang lengkap apabila ianya mencukupi dua syarat:


Syarat pertama: Niat kerana Allah (s.w.t)


Syarat kedua: Cara melaksanakannya sesuai dengan syariat Islam.


Syarat Pertama:


Niat, selagi kita membuat (dengan niat kerana Allah) apa sahaja kerja yang tidak haram menurut pandangan Islam, selagi itulah kerja-kerja kita dinamakan ibadah. Kerja-kerja tersebut pula dijadikan alat kita untuk menyempurnakan taat kita kepada Allah (s.w.t), dan akan memudahkan kita merealisasikan kehendak Allah (s.w.t) yang telah menjadikan kita khalifah di muka bumi.


Lantaran itu, jika kita makan dan minum supaya kita bertenaga untuk taat kepada Allah (s.w.t) dan beribadat kepadaNya, maka makan dan minum kita tadi berubah menjadi ibadat dan mendapat pahala. Mencari rezeki pun menjadi ibadat kepada Allah (s.w.t). Demikian juga kita mencari ilmu yang berfaedah untuk umat Islam dan negara Islam, ia akan menjadi ibadat. Kita akan mendapat pahala dari segala harta, usaha dan masa yang kita korbankan untuk mencapai ilmu ikhtisas demi kepentingan muslimin dan daulah Al-Islam.


Kita mencari rezeki yang halal untuk menegakkan hidup kita dan memenuhi segala keperluan kita sekeluarga, juga menjadi ibadat kepada Allah(s.w.t). Demikian juga kalau kita bernikah kahwin untuk memelihara diri kita dari maksiat juga akan menjadi ibadat kepada Allah (s.w.t). Justeruitu kita mendirikan rumahtangga muslim yang menjadi tiang kuat di dalam membangunkan Ad-daulah al-Islamiah, negara Islam. Rumahtangga ini kelak akan melahirkan zuriat yang salihah (keturunan yang baik) yang memelihara dan membentuk asas-asas perlaksanaan Islam berlandaskan Al-Qur'an dan sunnah Nabi (s.a.w). Mereka ini kelak akan menjadi jenerasi muda Islam dan Allah akan memuliakan Islam dengan jihad mereka. Perkahwinan seperti ini dan kesusahan mendidik anak cucu, semuanya itu berubah menjadi ibadat kepada Allah (s.w.t).


Bersenam (riadhah) untuk menguatkan jasmani kita demi memelihara kesihatan supaya mampu dan kuat memikul tugas dakwah dan berjihad pada jalan Allah (s.w.t) juga menjadi ibadat. Demikianlah dunia menjadi mihrab, menjadi tempat beribadat kepada Allah (s.w.t). Inilah mihrab yang besar, yang padanya kita melaksanakan amal dan usaha yang semuanya merupakan ibadat kepada Allah (s.w.t) dengan kemuliaan niat benar kerana Allah Taala.


BERSAMA TAJDID NIAT :)


Syarat Yang Kedua:


Segala usaha dan amal yang kita kerjakan itu mestilah sesuai dengan syariat Allah (s.w.t) dan ajaran Islam.


Jadi kita tidak makan dan minum kecuali yang halal. Kita tidak berpakaian kecuali yang halal. Kita melakukan sebarang amal dan usaha sesuai dengan syariat Allah (s.w.t) dan menurut ajaran Islam. Semuanya itu menjadi ibadat yang diredhai Allah Taala. Adalah tidak munasabah bagi seseorang yang makan makanan yang diharamkan oleh Allah (s.w.t) untuk menguatkan dirinya bagi bertakwa dan mentaati Allah (s.w.t).


Demikianlah sikap kita di dalam peringkat ini. Setiap individu muslim mestilah mengikat seluruh kegiatan hidupnya, segala gerak gerinya atau diamnya, kata-katanya, tidur dan bangunnya, dengan syariat Allah (s.w.t). Justeru itu segala kegiatan hidup kita menjadi ibadat kepada Allah (s.w.t) dan bukan hanya terbatas kepada empat fardhu yang terkenal itu (solat, puasa, zakat dan haji).