kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

5/16/09

Semangat kawan, semangat !!


Bumi Palestin tidak menerima mereka yang ........

" Bersungguh-sunguhlah kamu
, janganlah kamu malas, dan janganlah kamu tergolong dalam orang2 yang lalai, maka akan menyesallah bagi mereka yang pemalas "


Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih diberikan lagi kenikmatan hidup juga kenikmatan iman dan Islam kepada ku untuk terus melakukan ibadah kepadanya. Semoga nikmat ini dapat ku syukuri dengan sempurna..

Alhamdulillah...Kertas pertama bagi imtihan musim panas telah pun selesai. Mengigati peristiwa hari pertama imtihan, diriku tersenyum sendirian, bayangkan soalan Al-Quran khas untuk pelajar mesir di beri kepada pelajar wafidin, tengok soalan pertama semua tersenyum, tengok solan kedua berkerut dahi, tgk soalan ketiga kami berpandangan, tidak sempat baca soalan keempat. "uztazzzz haza sual lil misriyyinnnnnn... " Bagi wafidin hanya perlu hafal 3 juzuk, sahaja bagi tahun3, manakala bagi arab 23 juzuk, huu bayangkan la dapat soalan untuk 23 juzuk...

Lebih best lagi apabila dapat sahaja soalan khas untuk kami, soalan tidak cukup dan terpaksa berkongsi satu kertas soalan untuk tiga orang.. hii inilah pengalaman imtihan yang tidak akan dapat di negara lain kecuali di mesir :)

Kurang dari 12 jam dari sekarang tiflu akan berhadapan dengan satu lagi kertas imtihan yang kedua iaitu kertas feqh munakahat dah faraaid.. Bukan mudah untuk membina sebuah mahligai rumah tangga, memahami feqh munakahat sahaja sudah berputar kepala dibuatnya. Hal yang berkaitan dengan hukum khitbah ( tunang) sahaja amat banyak perkara yang perlu difahami., inikan pula untuk memahami hukum-hukum lain yang berkaitan dengan pernikahan. Lihatlah, Perbezaan pendapat antara satu mazhab dengan mazhab yang lain menunjukkan betapa hebatnya imam-imam yang terdahulu.

Semoga kita semua dapat menjejaki serta mengutip segala mutiara-mutiara ilmu yang telah menjadi warisan ulama terdahulu pada kita.. Ayuh sahabat2 kuatkan semangat, tingkatkan keazaman, perhebatkan usaha untuk menjadi ulama masa depan bagi membantu mencapai kegemalangan Islam satu hari nanti..


p/s : Doakan kami untuk exam hari ini ( feqh munakahat )