kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

5/14/09

Sebab Babi kembali Mengamuk




"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."



BABI, dengar sahaja perkataan babi pasti ramai yang berasa jijik dan jelik dengan binatang ini. Di dalam al-Quran Allah SWT telah menyebut banyak perkataan "khinzir" dan kebanyakannya membawa pengertian kepada maksud kotor dan najis..Sahabat boleh perhatikan dalam Surah Al-Baqarah 173, Al-Maidah 3, Al-An'am 145, dan An-nahlu 115.. Sekotor mana pun binatang ini, ia tetap makhluk Allah dan pasti ada hikmah di sebalik penciptaannya :)


Lu Fikirla Sendiri...

Semua orang tahu bahwa babi ni jijik, kotor dan sebagainya, kalau kita menggelar atau mengatakan pada seseorang mengunakan nama popular ini, pasti akan terdapat kesan peniggalan tapak kaki di badannya, tapi kita harus tahu bahawa babi juga mempunyai tabiat yang boleh diikuti bersama.Di antaranya, mengikut kajian babi tidak akan berada di satu tempat melaikan pasti ada bersamanya babi yang lain erti kata lain hidup berjemaah.. so Babi pun boleh hidup berjemaah, kalau kita tak nak hidup berjemaah,suka duk sorang2 je emh..... fkir2 la ek..




Penyakit bawaan babi..


Baru-baru ini ( biar lama dah pun :D )kita telah dikejutkan dengan satu penyakit baru yang datangnya daripada binatang hensem ini iaitu selsema babi atau nama barunya Influenza A (H1N1) -tetap dari babi-.. Tiflu berpendapat hal ini bukanlah satu penyakit yang biasa akan tetapi ia sebagai satu azab yang diturunkan oleh Allah SWT kepada kita untuk kita berfikir dan sedar bahawa telah hampirnya akan ketibaan hari kiamat.

Alhamdulillah, Kita amat bertuah kerana terpilih menjadi umat nabi Muhammad SAW yang mana kita tidak akan ditimpa azab oleh Allah SWT secara terus akibat dari kederhakaan yang telah kita dilakukan. Lihat sahaja sejarah kaum nabi-nabi yang terdahulu, kaum nabi Luth, kaum nabi Nuh, kaum Thamud, kaum Ad dan sebagainya, mereka telah diazab oleh Allah SWT sejurus sahaja mereka melakukan penderhakaan pada perintah Allah.. Bersyukurlah...

Penyakit yang datang daripada babi ini bukanlah merupakan satu perkara yang baru, telah ma'ruf bahawa babi ialah di antara binatang yang menjadi pusat ternakan virus-virus penyakit. Ketahanan fizikal tubuhnya mampu untuk membawa seberapa banyak virus..



Berikut merupakan beberapa kajian yang menunjukkan sejarah penyakit Influenza yang datangnya dari binatang ini :-


Pada tahun 1918 virus Influenza telah membunuh lebih daripada 20 juta manusia di seluruh dunia. Dan ada juga yang menganggarkan lebih 40 juta yang menjadi mangsa. Antara sebabnya apabila dibuat kajian ialah kuman-kuman ini sebenarnya datang dari babi-babi di Amerika, yang menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I. Dan tentera-tentera ini seterusnya membawa wabak ini ke merata tempat di pelbagai negara di seluruh dunia.

Dikatakan jumlah kematian berlaku dalam tempoh yang singkat dan wabak ini pada ketika itu adalah antara wabak yang membawa kematian yang cukup besar jika dibandingkan dengan lain-lain wabak penyakit moden pada masa itu. Dan setelah dibuat kajian terperinci, ternyata punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi. (source: The Civil Aboliotionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human, New York, 1998 )

Pada tahun 1957 satu wabak yang dinamakan sebagai Asian Flu dan juga wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 adalah berkemungkinan berpunca daripada binatang ternakan, sebelum ianya menjangkiti babi. Di dalama babi pula, virus ini berubah kepada bentuk yang lebih berbahaya, sebelum ianya menjangkiti manusia. wabak-wabak ini telah meragut nyawa lebih 2 juta orang. (source: Sun 26 Mac 2000, The 1918 Flu Pandemic: What Have We Learned From This? pg 1, iafrica.com/ )

Betul ke virus boleh berubah dalam bentuk yang lebih bahaya di dalam khinzir?

Jawapan kepada soalan ini telah dijawab oleh Alex Fano, pengarang sebuah buku terkenal Lethal Laws - Animal Testing, Human Health and Environmental Policy. Beliau juga adalah Pengarah Medical Research Modernisation Committee. Di dalam buku tersebut, beliau telah mengesahkan, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah dan menjadi lebih berbahaya atau mutations, daripada semasa ke semasa.
Manakala di sekitar tahun 50an pula, kita dikejutkan dengan cacing trichina daripada babi yang menjadi penyebab kepada penyakit trichinusis. Tidak ada ubat yang boleh mennyembuhkannya pada ketika itu. Dan oleh kerana itu, satu amaran telah dikeluarkan di Amerika tentang bahaya memakan daging babi. Amaran tersebut telah dikeluarkan di Washington Post bertarikh 31 Mei 1952 dan dikeluarkan oleh Dr. Glen Shepard. [Source : Washington Post , 31 Mei 1952 ]


Sebab babi kembali mengamuk

Daripada Ali bin Abi talib r.a Rasulullah bersabda "
Apabila Umatku telah melakukan lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu :

1) Apabila harta negara hanya berlegar pada orang-orang tertentu
( emh tak nak sebut sapa )
2) Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
(amnah rakyat wat cam harta sendiri )
3) Zakat dijadikan hutang (
zakat berjuta gi mana agaknye.... )
4) Suami memperturutkan kehendak isteri
( emh banyak sangat dah... )
5) Anak derhaka terhadap ibunya
( memang patut kene selsema babi pun lani belana.. )
6) Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
(sanggup jaga hati kawan lagi dari ibu ayah.. )
7) ia suka menjahkan diri dari ayahnya
8) Suara sudah di tinggikan di masjid
( robohkan masjid dah lani.. )
9) Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka
( penjenayah.. )
10) seseorang itu dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
( penjenayah la gak)
11) Arak sudah diminum di merata tempat
( nak wat camne dah lulus.. )
12) Kain sutera banyak dipakai - oleh lelaki -
13) Para artis-artis di sanjung-sanjung
( bukan setakat sanjung dah.. )
14) Muzik banyak dimainkan -yang melaghokan-
( tak hidup kalau tak dengar muzik )
15) Generasi akhir umat ini melaknat (menayalahkan) generasi pertama ( sahabat)

H.R Tarmizi..

Baca dan fikirkan k :)


promot blog :P

Nak tau sejarah selsema boleh buka blogger baru sahabat seperjuang tiflu ust solih :) www.solih-hizbullah.blogspot.com just klik..