kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

5/6/09

Pohon Maaf Segala..




aik apa kaitan gambar ni?? haa ni la semangat namanye :P


IMTIHAN, EXAM, PEPERIKSAAN… satu perkataan yang sama maksud berbeza bahasa yang sering menjadi igauan para pelajar di seluruh dunia tak kira di peringkat i’dadi, thanawi, jami’ah mahupun mejester..Ada yang menganggap ianya sebagai satu kepayahan “ala apa nak imtihan lak naik tahun je terus kan mudah,tak payah nak susah-susah nagapal” ada pula yang menganggapnya satu cabaran sebagai seorang pelajar dan berasa seronok dengan peperiksaan “bila nak imtihan ni, dah tak sabar-sabar rasa nak jawab, geletar dah tangan nak jawab imtihan ni” tapi tak study lagi pun..macam-macam ada..sama la tiflu pun…

Pelbagai ragam akan kita dapati dlam fatrah imtihan ini yang akan ditunjukkan oleh sahabat-sahabat kita.. tika musim imtihan ni la rajin nak update blognye ( den la tu :P ) tika ni la ahli bait buat masalah,(bukan ahli bait tiflu ek) tika exam ni la selalunya kita ditimpa pelbagai masalah..( team kepala masam pun biasa cari time exam ni la diorang nak wat keje, xpe2 exam suku, serang tetap serang) Ita ulah antarujian yang akan kita hadapi… Sebagai seorang yang beriman yang mengaku sebagai seorang islam dan berjuang dalam islam dia tidak akan terlepas dari ujian Allah..


Hal ini telah ditegaskan oleh Allah dalam firmannya :

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ

وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Angkabut 2,3 )


Jadi bersabarlah dengan ujian yang akan ditimpa keatas kita dalam fatrah imtihan ini..jadikan ujian tersebut sebagai semangat untuk kita hadapai ujian dalam pelajaran..


Di kesempatan ini tiflu ingin memohon jutaan kemaafan kepada sahabat-sahabat yang mengenali diri tiflu dan juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan yang sentiasa memberi semangat tanpa jemu :) ,mak ayah, mak abah, ahli bait tersayang yang selalu memberi semngat (ust faiz ciut,lokman boy ,nas wali, zul comel hii), sahabat-sahabat seperjuangan dari kuliah lughah mustakim,soleh,mursyid,bobo,ust azmil,veron, sahabat-sahabt dari kuliah lain, sahabat-sahabat dari medic tahun 3 dan 1, sahabta2 dari seluruh mesir dan malaysia terima kasih di atas semngat yang kalian berikan pada tiflu..syukran semoga Allah membalas jasa baik antum dengan kejayaan antum dalam imtihan yang akan dihadapi ini insyallah…


YA ALLAH KAU PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN KAMI DALAM MENGHADAPI IMTIHAN INI YA ALLAH,SAMADA IMTIHAN DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT.. YA ALLAH KAU PERMUDAHKAN KAMI UNTUK MENGHAFAZ APA YANG TELAH KAMI PELAJARI,KAU PERMUDAHKAN KAMI UNTUK MEMAHAMI AKAN APA YANG KAMI BACA,JUGA UNTUK MEMAHAMI SEGALA SOALAN YANG AKAN DIBERIKAN KEPADA KAMI.PERMUDAHKANLAH KAMI UNTUK MENJAWAP SEGALA SOALAN-SOALAN YANG DIBERIKAN..YA ALLAH KAU BUKAKANLAH HATI2 KAMI, KAU BERSIAHKANLAH HATI2 KAMI AGAR KAMI DIPERMUDAHKAN UNTUK MENGINGATI SEGALA YANG TELAH KAMI BACA DAH HAFAZ YA ALLAH.. HANYA PADA MU KAMI SEMBAH DAN HANYA PADAMU KAMI MINTA PERTOLONGAN KAU PERKENANKANLAH DOA KAMI INI DAN BERJAYAKANLAH KAMI DALAM IMTIHAN YANG AKAN KAMI HADAPI INI YA LLAH YA RAHMAN YA RAHIM…AMIN YA RABBAL’ALAMIN…