kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

5/22/09

JIHAD ITULAH JALAN... (part 5)




JIHAD DALAM KAMI.. IALAH SYIAR DAKWAH.


Dalam dakwah Ikhwan, bidang jihad diberikan perhatian yang secukupnya oleh al-Banna. Kita dapat merasakan perhatian serius yang diberikannya itu dalam berbagai bentuk. Bukti yang menguatkan bahawa jihad adalah satu-satunya jalan ialah seruan yang dilaungkan oleh Ikhwan, iaitu:

'Allah matlamat kami,
Rasul pemimpin kami,
Al-Qur'an perlembagaan kami,
Jihad jalan kami,
dan mati di jalan Allah cita-cita kami yang tertinggi.'

Kemudian kita dapati, lambang Ikhwan ialah dua bilah pedang di samping Al-Qur'an. Kedua-dua bilah pedang itu menandakan jihad dan kekuatan yang menjaga kebenaran yang terbentuk dalam Al-Qur'an.

Setelah itu kita dapati al-Banna menyebut dakwah Ikhwan sebagai "Seruan kebenaran, kekuatan dan kebebasan." Ini menguatkan lagi betapa pentingnya kekuatan di samping kebenaran. Selanjutnya, kita dapati beliau menjadikan jihad sebagai salah satu dari rakun bai'ah yang sepuluh. Manakala "berkorban" pula mehjadi satu rukun yang lain.

Seterusnya, kita dapati beliau telah mengkhususkan jihad dalam salah satu dari risalah yang ditulisnya. Dalam ucapan-ucapannya beliau sentiasa menggesa supaya berjihad. Beliau sentiasa menarik perhatian orang ramai supaya mencintai syahid. Selanjutnya pula beliau menjalin ikatan antara Ikhwan dengan Jemaah pertama yang bersama dengan Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam, dan juga dengan contoh terbaik yang mereka tunjukkan dalam bidang berjihad dengan nyawa dan harta.


KENYATAAN MEMBUKTIKAN PENGALAMAN.. DAN JIHAD YANG BERTERUSAN


Imam al-Banna bukannya setakat menyuruh berjihad dengan kata-kata dan penulisan sahaja. Sebaliknya bila tiba sahaja peluang untuk berjihad di Palestin, beliau pun segera merebut peluang tersebut. Ikhwanul Muslimin telah menunjukkan contoh yang terbaik dalam jihad tersebut. Kalaulah tidak ada tipu muslihat, pakatan jahat dan masalah pengkhianatan daripada pemerintah-pemerintah negara Islam masa itu sudah tentulah keadaan berubah.

Selain daripada riadah tubah badan, antara kegiatan Ikhwan ialah membuat ekspedisi dan latihan-latihan pengakap. Semasa Imam al-Banna bersama kami dahulu, kami sering melihatnya memakai pakaian track suit ekspedisi. Beliau telah menyertai kami dalam latihan-latihan tersebut.

Pembunuhan al-Banna adalah merupakan sebahagian daripada rancangan jahat. Ikhwanul Muslimin telah menyambung lagi perjalanan mereka di jalan jihad di kawasan tebing terusan Suez bagi menentang Inggeris pada awal-awal tahun lima puluhan dahulu. Begitu juga Ikhwan telah meneruskan jihad mereka menentang Yahudi di daerah-daerah Islam yang lain selain dari Mesir, iaitu setelah dakwah dikurung dalam penjara semasa zaman Jamal Abdul Nasir.

Kita lihat Ikhwan bergabung dengan rakan-rakan mereka yang berjihad di Afghanistan, sama seperti mereka berjihad di Syria bagi menentang peraturan kafir yang zalim.


ADAKAH IKHWAN SUDAH SERIK MENGHADAPI MEHNAH? LALU MEREKA MELETAK SENJATA DAN MENINGGALKAN JIHAD!

Begitulah, kita lihat Ikhwan tidak pernah mengubah, menukar dan memutuskan perkara yang mereka lakukan di masa kini atau di masa lalu. Mereka juga tidak akan memutuskan hubungan dasar masa akan datang dengan masa kini, dan masa yang lalu. Mereka tetap mewariskan dakwah yang syumul dan bersih kepada generasi-generasi akan datang.

Mereka mewariskan kepada generasi tersebut roh jihad dan cintakan syahid serta berkorban agar tercapai pertolongan Allah, dan kalimah Allah yang menjadi paling tinggi sekali.


TIDAK.. BAGI MEREKA, MEHNAH MENGGILAPKAN LAGI PENGALAMAN. IA MENAMBAHKAN KEIMANAN DAN MENGUATKAN KEAZAMAN UNTUK TERUS MARA.

Ikhwan tidak pernah serik dengan mehnah. Mereka tidak akan meletakkan senjata ataupun meninggalkan jihad. Sebaliknya bagi mereka mehnah itu akan menggilapkan dan menambahkan keimanan mereka. Mereka akan terus bekerja untuk memenangkan agama mereka tanpa mengenal letih, lemah atau rendah diri kerana ditimpa mehnah semasa berada di jalan Allah.




JIHAD ITULAH JALAN... oleh Utz Mustafa Masyhur.

No comments: