kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

5/20/09

JIHAD ITULAH JALAN... (part 4)





SIKAP IKHWANUL MUSLIMIN TERHADAP JIHAD.



Di tahun-tahun kebelakangan ini jihad fi sabilillah telah mula menjadi wajib di bumi-bumi Islam. Realitinya telah dapat dirasakan di sebahagian dunia Islam. Di sebahagian yang lain pula, semangat bersedia untuk berjihad dan kesedaran tentang kemestiannya telah mula meresap.


Sesungguhnya jihad adalah satu-satunya jalan untuk membalas serangan musuh-musuh Allah dan membebaskan bumi Islam daripada serangan dan tipu muslihat mereka. Di sana telah timbul kesedaran bahawa cara berunding dan persetujuan damai dengan musuh Allah tanpa berjihad adalah merupakan penyerahan di bawah nama berdamai.


Berikutnya, di sana ada kewajipan yang difardukan pada setiap Muslim yang mana ia tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa berjihad dan bersiap sedia untuknya. Bukankah kewajipan itu ialah menegakkan Daulah Islamiah, Khilafah Islamiah dan memberikan kekuasaan kepada agama ini?



"Supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata bagi Allah."

(Surah Al-Anfal: Ayat 39)


Kami telah pun menjelaskan mengenai tabiat agama Islam ini serta kedudukan jihad fi sabilillah dalam Islam. Di sini insyaAllah kami jelaskan pula mengenai sikap Ikhwanul Muslimin terhadap jihad baik pada masa lalu, masa kini dan masa akan datang.


Semoga dengan itu kita akan dapat menghilangkan segala keraguan yang timbul berkaitan dengan tajuk ini, juga mengenai persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan, ataupun sebarang keraguan lain mengenainya.


Juga diharapkan agar pemuda-pemuda kita yang menjadi mujahid dapat melihat jalan ini. Dengan itu mereka tidak akan meninggalkannya dan tidak terpengaruh dengan kata-kata yang ingin melemah dan menimbulkan keraguan.



CARA UNTUK MENGEMBALIKAN SEMULA SISTEM KHILAFAH AR-RASYIDIN IAITU DENGAN IMAN DAN AMAL MUHIBAH SERTA UKHUWAH.. DAN JUGA BERSEDIA DAN BERJIHAD.


Di saat-saat Jemaah Ikhwan al-Muslimin akan bangkit dan selepas kejatuhan terus khilafah Islamiah, Imam Hassan al-Banna telah pun memerhatikan keadaan sekitarnya. Semasa itu beliau masih lagi seorang penuntut di kuliah Darul Ulum. Beliau telah mengkaji keadaan dunia Islam dan perkara yang berkaitan dengan umat Islam dengan pengkajian yang mendalam dan teliti.


Beliau tahu bahawa perkara yang menyebabkan musuh-musuh Allah dapat menguasai mereka, menjatuhkan mereka dari negara Islam, Khilafah Islamiah dan seterusnya menyerang umat Islam di sudut pemikiran, ekonomi dan politik ialah berpunca daripada jauhnya mereka daripada pati sebenar agama mereka dan juga kelemahan iman mereka.


Dengan itu musuh-musuh Islam berharap dapat menghapuskan akidah yang ada dalam diri mereka sebagaimana mereka telah berjaya menghapuskan tabiat yang menggambarkan sistem Khilafah Islam.


Al-Banna dapat merasakan betapa besarnya bahaya yang dihadapi oleh kaum Muslimin dan betapa pentingnya menangkis bahaya itu. Bahkan adalah menjadi kewajipan yang difardukan Islam pada setiap Muslimin dan Muslimat untuk bekerja mengembalikan semula sistem Khilafah Islamiah dan menegakkan semula daulah Islamiah atas dasar yang kukuh dan kuat.


Ini bertujuan untuk menjaga akidah mereka dan melaksanakan syariat Islam di kalangan umat Islam. Itulah dia cara untuk membebaskan umat Islam dan mengawal mereka daripada sebarang serangan musuh, serta membolehkan mereka mengembangkan dakwah Islam ke seluruh dunia, dan seterusnya memberikan kekuasaan pada agama yang maha besar yang diredhai Allah pada hambanya.


Setelah memikirkan dengan mendalam dan memohon pertolongan Allah, maka Imam Hassan al-Banna pun diberikan taufik oleh Allah. Beliau dapati satu-satunya jalan untuk melaksanakan kewajipan besar ini ialah dengan mengikuti jalan yang telah dilalui oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam dan para sahabatnya dahulu, iaitu semasa mereka menegakkan Negara Islam yang pertama. Dengan ringkasnya bolehlah disimpulkan sebagai keimanan, amal, muhibah, ukhuwah, persiapan dan jihad.



Begitulah, Rasulullah Sallallahu-alaihi wasallam mentarbiyahkan kaum Muslimin dengan santapan Al-Qur'an dan di madrasah Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam. Baginda telah mempersaudarakan sesama mereka, menyusun dan menggesa mereka supaya berjihad dan berkorban.


Mereka layak mendapat pertolongan dan sokongan dari Allah. Dengan mereka, Semenanjung Tanah Arab dibersihkan daripada syirik dan berhala. Dengan mereka juga negara Parsi dapat dibuka, negara Rom dikalahkan, orang-orang Yahudi diusir,kegelapan (kesesatan) dihapuskan dan cahaya menerangi seluruhnya.


Imam al-Banna mengetahui semua itu, beliau lalu menubuhkan jamaah Ikhwanul Muslimin dan menggerakkannya menurut jalan yang sama seperti Rasulullah. Beliau berpendapat, untuk membentuk tarbiyah atas asas yang kukuh dan menegakkan daulah Islamiah atas dasar yang selamat mestilah mengembalikan umat Islam kepada Islam yang sebenar, syumul dan bersih sebagaimana yang telah dibawa oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam. Islam tersebut adalah jauh daripada penyelewengan, kesalahan, serpihan-serpihan, kekaburan, bid'ah, khurafat dan punca perselisihan.


Al-Banna meletakkan usul dua puluh yang ada dalam Risalah Taklim di bawah rukun faham yang menjadi salah satu dari rukun bai'ah yang sepuluh itu sebagai satu lingkungan yang menjaga kefahaman Islam yang sebenar. Begitu juga, beliau sedar mengenai peranan jihad dalam perjalanan dakwah dan pentingnya bersiap sedia untuk berjihad. Sebabnya mestilah ada satu kekuatan yang memelihara kebenaran daripada dicerobohi.


Beliau dapat merasakan bahawa pada masa itu, roh jihad yang ada pada kalangan umat Islam hampir-hampir padam. Sebaliknya pula semangat untuk tunduk dan menyerah telah menguasai perasaan mereka.




JIHAD ITULAH JALAN... oleh Utz Mustafa Masyhur.

No comments: